Followers

Sunday, 14 October 2012

Yusuf Estes Japan Tour

13 October - TOKYO

Yusuf Estes merupakan salah seorang pendakwah bebas yang terkenal di dunia; sejarah bagaimana dia berhijrah daripada seorang yang menentang Islam kepada seorang pendakwah begitu menakjubkan sehingga dialih kepada pelbagai bahasa.. Ak mula mengikuti ceramah beliau sejak di tahun ke-2 JAD dek tertarik dengan bidang "Comparative Religion" khususnya Sheikh Ahmad Deedat, Zakir Naik, dan juga Gary Miller..   Gaya penyampaian yang unik dan banyak jenaka membuatkan ceramah Yusuf Estes disukai seluruh peringkat umur meskipun dia agak tegas tentang beberapa isu yang pada ak masih diperbincangkan oleh para ulama.. 


Majlis dilaksanakan bertempat di Minami Otsuka Hall berhampiran 大塚駅 (Otsuka Station) dan dijadualkan bermula jam 1800~2000.. Awalnya ak khuatir samada perlu ke Masjid Otsuka terlebih dahulu untuk mengerjakan Maghrib atau terus maju dengan yakin ke dewan~ Alhamdulillah, ada ruang disediakan di dewan untuk solat dan bukan ak sorang sahaja memikirkan benda yang sama.. Atas masalah teknikal dan faktor kelewatan VIP, majlis bermula sekitar jam 1820 dengan bacaan Al-Quran dan persembahan nasyid oleh pelajar sekolah agama komuniti islam Otsuka.. Kemudian, sedikit pengenalan tentang biodata Sheikh dalam English dan Japanese..


Kagum dengan Sheikh yang mampu pusing seluruh negara walaupun sudah berusia lebih 70 tahun.. Kononnya dia baru sahaja tiba di Tokyo selepas selesai program di Fukuoka, selatan Jpon.. Topik yang dibawakan pada malam ini ialah "How to Introduce Islam to the non-Muslim?" Sheikh memulakan ceramah dengan menceritakan pengalaman beliau ketika melawat sebuah tokong di Fukuoka.. Sheikh pada mulanya terkejut apabila Sami di situ tidak membenarkan beliau masuk suatu tempat di dalam tokong tersebut tanpa "menyucikan" diri terlebih dahulu.. Lantas Sami tersebut menunjukkan cara mereka "bersuci" iaitu basuh mulut dan basuh tangan.. 


Sheikh menerangkan bahawa Islam juga ada konsep "bersuci" iaitu Wudhu' lalu beliau menunjukkan cara mengambil Wudhu' di hadapan Sami tersebut.. Kagum dengan tindakan Sheikh, Sami tersebut lantas membenarkan beliau masuk ke tempat tersebut memandangkan beliau "lebih suci" daripada Sami tersebut kerana basuh muka, tangan, rambut, kaki dll (笑) Sheikh menyambung dakwah dengan memaklumkan Muslim masih boleh solat tanpa air tapi Sami tersebut mungkin tidak boleh jika tiada air.. Malah keistimewaan umat Nabi Muhammad ialah kita boleh mengerjakan solat di mana-mana sahaja di muka bumi ini dengan sedikit pengecualian dan bukan sahaja di tokong seperti penganut agama Sami..

Sheikh dan Sami banyak bertukar pendapat sehinggakan bila tiba masa Sheikh untuk maju ke lapangan terbang untuk kembali ke Tokyo, Sami tersebut menghadiahkan sesuatu yang agak bernilai dan bukan calang-calang orang untuk menerima hadiah tersebut! Oleh kerana Sheikh tidak menyediakan apa-apa pada waktu itu, beliau hanya dapat menghadiahkan sekeping pelekat tingkap kereta bertulis, "WORSHIP the CREATOR, not the CREATION" dan menariknya Sami tersebut menerima hadiah tersebut kendatipun sudah diterangkan maksud ayat tersebut.. Sheikh menjelaskan "Nothing is like Allah, yet He is All-Seeing and All-Hearing"


Sheikh kemudian memaklumkan suatu perkara yang buat beliau tertarik dengan masyarakat Jpon ialah mereka kurang gemar bercakap tentang agama.. Sheikh bersetuju kerana baginya Muslim tidak perlu bercerita tentang agama kerana kita ada sesuatu yang lebih besar daripada agama iaitu Ad-Deen, pegangan hidup.. Masyarakat Jpon sudah memiliki akhlak yang baik, cuma mereka tiada ilmu tentang jalan kehidupan.. Banyak perkara yang boleh Muslim pelajari daripada masyarakat Jpon dan antaranya ialah jika kita tidak tahu tentang sesuatu perkara, eloklah kita senyap seperti masyarakat Jpon (笑)


Ak begitu tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Sheikh apabila ditanya adakah orang non-Muslim yang berlaku baik di dunia boleh masuk Syurga? Sheikh membalas, "If you are nice to the people, look to the people for the reward!" Ganjaran syurga adalah khusus bagi mereka yang menjaga hubungan baik dengan Allah~ Kenapa tidak berterima kepada Allah yang menciptakan segala benda meskipun sudah berterima-kasih kepada sesama manusia?  Sheikh juga menegaskan Muslim tidak perlu sibuk menerangkan Islam kepada non-Muslim sebaliknya cukuplah sekadar Muslim mengikut apa yang Allah suruh, dan meninggalkan apa yang Allah larang.. 

Whoever try to please the people by displeasing Allah, then Allah will be displease and He will make the people be displease with him! Whoever try to please Allah albeit it might displease the people, Allah will be please, and He will make the people be please with him! 
-Yusuf Estes-

Majlis bersurai sekitar jam 2030.. Kalau ikut program pada malam itu, semua tetamu dijemput ke Masjid Otsuka untuk menunaikan solat Isya' berjemaah dan menjamu selera dengan 弁当 (Bento) yang telah disediakan.. Tapi bila melihatkan jumlah tetamu yang hadir, ak memilih untuk menjamu selera bersama rakan yang lain di restoran Thai halal bertempat di 田端 (Tabata) pada malam itu.. Kebetulan waktu sedang menjamu selera, tuan kedai berada di situ dan dia maklumkan yang dia akan membuka sebuah lagi restoran baru "Korean-style" bertempat di 新大久保 (Shin-Okubo) sekitar penghujung bulan ini ;) 


p/s Sayangnya tidak dapat bergambar bersama Sheikh Yusuf Estes pada malam itu ;(




10 comments:

  1. ilmu bru utk sye, first time dgar psal Yusuf Ester, rse ktngglan la plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      tak kenal orang nye pun xpe,
      janji mesej yg ingin disampaikan itu selamat dihadam sudah mencukupi :)

      Delete
  2. Menarik2!!!>_<...rse cm penh tngok die kt jejak rasul...pas ni mesti sami tu bersuci cam amik wuduk...ha2...power la pemilik kedai tu dah puas thai-style bralih pulk ke korean-style...x tnye mlaysian-style bile pulk die nk bukak? ha3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysian-style?
      Dah tanya, dan dia pun suka gak masakan Malaysia..
      tapi sayang, xde tukang masak buat masa skang..
      kalau Ain berminat, apa kata Ain g try interview :p

      Delete
    2. Diploma pon x abis lagi...lpas diploma kene sambong degree pulak...lepas degree la kalau x de orang nak amik keje nanti ain cuba apply jadi tukang masak malaysian style kat jepun ;P

      Delete
  3. mesti best ceramahnya kn.. bile aku tgk ko explain dlm ni nmpk menarik je gaya ceramhnya... baru ku kenal Yusof Estes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      ceramah dia sekejap je..
      tapi sesi soal jawab dia mmg menarik..
      sayang masa x cukup :(

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC