Followers

Friday, 26 October 2012

Eid Adha 2012

26 October - SHIBUYA


Alhamdulillah, ini merupakan kali ke-5 ak menyambut hari lebaran di bumi matahari terbit ini tapi istimewanya pada tahun ini ialah buat pertama kalinya ak dapat menyambut bersama rakyat Malaysia yang lain di Kedutaan Malaysia setelah berjaya mendapat cuti sepanjang hari dari pihak syarikat.. Sejak minggu lepas lagi asyik risau apa alasan yang perlu ak beri untuk meminta cuti~ 

Isnin lepas terus hantar email kepada 上司 (Superior) meminta kebenaran mohon cuti untuk mengerjakan solat di Kedutaan.. Terkejut apabila 上司 minta surat rasmi daripada pihak Kedutaan sebagai bukti adanya majlis ini tapi oleh sebab majlis berlangsung setiap tahun, mimpi la nak dapat surat rasmi walaupun ak sudah menghantar email kepada wakil kedutaan berkenaan aturcara majlis.. 

Antara alasan orang Jpon tidak ambil cuti bergaji o_0

Puas juga mencari laman web rasmi Kedutaan Malaysia di Jpon tapi sayangnya tak jumpa.. Ak hantar link  kedutaan Jpon di Malaysia yang tertulis hari Jumaat cuti kerana 犠牲祭の日 (Eid Adha) disamping menguatkan hujah bahawa perayaan ini sama pentingnya dengan Ramadhan (Kebanyakan orang Jpon tahu Ramadhan itu bulan penting bagi umat Islam) dan Alhamdulillah 上司 membenarkan ak mengambil cuti bergaji pada hari ini ;)

Sengaja ak mengambil cuti sepanjang hari sebab buat masa ini ak ditempatkan di 金町浄水場 (Kanamachi Water Purification Plant) dan tempoh perjalanan daripada rumah ke destinasi mengambil masa hampir 2 jam! Jika bekerja di 本社 (HQ) bolehlah nak minta cuti separuh hari pada belah pagi seperti dibuat kebanyakan professional yang lain, tapi alang-alang cuti bergaji selama 25 hari masih tak terusik lagi, biarlah ak rasmikan pada hari yang mulia ini :) 


Solat sunat bermula jam 0830 tapi oleh sebab dah janji dengan rakan untuk tunggu di hadapan JR渋谷 (Shibuya station) 南口 (South Exit) maka terpaksalah juga keluar rumah pada jam 0645 untuk mengambil keretapi jam 0650.. Paling terkejut ketika transit di 武蔵小杉 (Musashi Kosugi) untuk naik 東急東横線 (Tokyu Toyoko line) sebab terpaksa berdiri sambil berhimpit sejak naik sampai la tiba di destinasi! 


Bersyukur ak tidak guna 東横線 setiap hari untuk ke tempat kerja sebab memang boleh stress lebih-lebih lagi bagi kaum hawa.. Jalan kaki daripada stesen menuju ke kedutaaan dan selamat tiba sekitar jam 0805.. Agak terkejut pihak kedutaan sampai menyediakan permaidani sampai ke luar dewan mengharapkan tetamu yang ramai pada hari ini tapi sayangnya hari minggu, pelajar ada kelas dsb membuatkan pengunjung hanya mencukupi 6 baris saf pada pagi itu.. 


Juadah yang disediakan memang cemerlang pada pagi itu sampai boleh tapau jadi terpaksa berterima-kasih kepada mereka yang tidak dapat hadir (笑) Sempat bertegur sapa dengan 先輩 (Senior) setelah setahun lebih tidak bersua, baru tahu dia sudah berhenti kerja sejak tahun lepas dan kini buat bisnes bersama 2 lagi rakan kongsi yang lain.. Majlis bersurai sekitar jam 1100~


p/s Minal Aidin WalFaizin. Kullu 'amin Waantum Bikhair

11 comments:

  1. Hamboihh... siap terima kasih pada yang tak datang lagi tu.. hahaha... sabo je la..

    Ye la kan, kalau ramai yang datang, tak dapat pulak nak makan ulang2, apa lagi nak tapau.. :)

    Salam aidil adha untuk Kyo jugak... Maaf zahir bathin..

    ReplyDelete
  2. wah trigin di nk g jepun :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin lagi nk sambut di negara sendiri (-_-")

      Delete
  3. kyo, selamat hari raya aidil adha. semoga tabah di perantauan. hm, btw. ada sorang student sini seem like you...cuma mcm pendek sikit la. paras za je...

    hehe, enjoy ur day !

    ReplyDelete
  4. kueh ros pon sampai jepun...cayalah...haha...kat jepun x de masjid buat korban ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..
      kalau x silap, undang2 Jpon x benarkan pembunuhan binatang secara terbuka..

      Delete
  5. Ada wajah2 yg dikenali di situ... Thanks pos entri. Tokoro de, riyuu 3.7% tu omoshiroi ne. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang camtu mmg pelik..
      diorang banyak habis duit pada arak tu pasal agak gila kerja.. (-_-")

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC