Followers

Wednesday, 31 October 2012

BBQ Malaysia Food Net

27 October - TOKYO

Roll-call di pagi hari (笑)

Sebuah majlis BBQ anjuran Malaysia Food Net iaitu satu kumpulan yang ditubuhkan oleh beberapa rakyat Jpon yang begitu cintakan Malaysia dan makanannya (笑) telah diadakan bertempat di 新木場公園 (Shinkiba Park) berhampiran dengan 新木場駅 (Shinkiba Station) sekitar jam 1100.. Ini merupakan kali ke-2 ak menghadiri majlis anjuran mereka, kali pertama ialah majlis makan-makan selepas raya yang lepas  tapi kali ini agak menarik kerana lebih 100 orang turut-serta dalam majlis hari ini! Ini merupakan kali pertama ak menikmati majlis BBQ orang Jpon menggunakan daging halal ;)

Bahan mentah..
Daging halal!
Kat Malaysia tak makan satay, tapi kat sini makan dengan penuh selera plak :p

2/5 daripada tetamu yang hadir merupakan rakyat Malaysia yang menetap di sini~ Bagi melancarkan aktiviti, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil, dan beberapa rakyat Malaysia diminta mengetuai kumpulan tersebut agar memudahkan proses memperkenalkan kepada orang Jpon tentang Malaysia dsb.. Daging halal disediakan oleh MyHalal Corp malah pihak Malaysia Food Net turut menjemput 2 orang chef daripada Malay Kampong, sebuah restoran Malaysia yang terletak berhampiran dengan Tokyo Station untuk menunjukkan style orang Malaysia masak (笑)

Suasana majlis
Mana satu yang artis sebenarnya nih :p
Kumpulan Nasi Lemak!

Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa wartawan daripada RTM dan TV3 termasuk pengacara Nona, FaFau? untuk menemuramah rakyat Malaysia yang berkahwin dengan orang Jpon.. Kononnya hasil wawancara hari ini akan disiarkan di kaca TV Malaysia di dalam slot Nona pada 23 December depan (笑) Alhamdulillah, dapat juga berkenalan dengan beberapa golongan professional di sini dalam misi meluaskan "network" disamping mengambil tips tentang hidup sebagai pekerja di sini~ Kagum dalam masa yang sama kasihan juga bila berborak dengan beberapa 先輩 (Senior) yang sudah menetap di Jpon berbelas tahun tapi masih 独身 (Single) o_0

Antara keluarga yang dimaksudkan...
Gambar kenangan bersama super 先輩 dan bekas tenaga pengajar di JAD
Gambar terakhir sebelum bersurai

Ada juga sebilangan kecil daripada orang Jpon yang hadir di majlis kali ini tidak pernah pergi ke luar negara apatah lagi Malaysia.. Ada yang boleh kata kerap pergi sampaikan cuti 3 hari (Jumaat~Ahad) pun sanggup pergi ke Malaysia untuk tujuan melancong terutamanya perempuan o_0 Majlis bersurai sekitar jam 1600; daripada situ ambil 電車 (Train) menuju ke 八王子 (Hachiouji) sekitar 1 jam setengah pula bagi menghadiri rumah terbuka sempena Raya Aidiladha budak batch JAD~ Bila difikirkan semula, tempoh perjalanan hari ini sahaja menggunakan 電車 sudah melebihi 4 jam! (^_^")


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~    

12 comments:

  1. Wahhhh meriah sgt
    Curlastt sgt kaka Ayla Kena interview ngan fafaw

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..
      kenal ke?
      hoho.. orang lama gak la nih :)

      Delete
  2. hahha...ok kyo da mcm retiss je dlm satu gambar tu.. hahah...comeyl2 je diorng...

    amboihhh, makan satay kat sane boleyh plak ye...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan dalam semua gambar ke :haa

      Delete
  3. wahh bestnya buat macam tu kan?
    orang yang rindu makanan kat malaysia boleh la makan puas2.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      alhamdulillah, x sangka leh jumpa group yg cintakan Malaysia di bumi orang.. :)

      Delete
  4. Wah bestnye, hihi..dpat mkn2 n boleh rapatkan silaturahim kn...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali ..
      tapi bukan free aa :)

      Delete
  5. family yang kene interview tu mana satu yang jeponnye? lelaki ke perempuan? boleh besarkan lagi la network kyo kat sini...best2!...uhhh jumpa farah fauzana kyo x try? nanti kyo x single lagi...ngeh2:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. aih..
      yg pompuan tu x nampak melayu dah ke??
      x main la tackle artis..
      cukup la famous kt blog je.. :p

      Delete
    2. nampak cuma nakkan kepastian je...huhu...uuuhhh untong a budak kecik tu ada kampung kat jepun ngn malaysia...best2!!!

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC