Followers

Tuesday, 9 October 2012

飲み会 (Drinking Party)

Salah satu majlis yang ak kurang gemar untuk turut-serta terutamanya majlis pihak syarikat ialah 飲み会 (Drinking Party) kendatipun jus disediakan khas untuk ak.. Sewaktu pelajar dulu, ak senang memaklumkan kepada rakan-rakan yang lain yang ak tidak minum jadi mereka tiada masalah untuk ak tidak menyertai parti dsb tapi situasi di tempat kerja menyukarkan untuk ak tidak turut-serta majlis seperti ini lebih-lebih lagi kes 新入社員 (New employee) seperti ak.. Salah satu sebab utama ak tidak turut-serta juga ialah bayaran yang mahal sedangkan tidak banyak yang boleh ak makan (-_-") 

2 minggu yang lepas, ak "terpaksa" menghadiri 2 飲み会; satu dilaksanakan khusus untuk mengenal 海外社員 (Foreign workers) di dalam syarikat ini dan yang lagi satu pula khusus untuk fakulti sekarang.. Kagum dapat bersua-muka dengan beberapa senior dari Mongolia, Nepal, dan Cambodia yang mempunyai pengalaman menguruskan tapak pembinaan di luar negara kendatipun baru 2,3 tahun pengalaman bekerja.. Kebanyakan daripada mereka mudah bercerita pelbagai topik bila sudah minum 2,3 teguk jadi mudah untuk ak bertanya pelbagai isu tentang kerja, peribadi dsb.. 

Satu perkara yang paling ak kurang gemar ketika berborak dalam 飲み会 ialah pancutan air liur mereka bila sudah mabuk (-_-") Selagi boleh ak cuba untuk menjaga jarak agar pancutan tersebut tidak sampai ke muka tapi ada kalanya sukar nak elak (笑) Selalunya di parti sebeginilah mereka banyak soal tentang Islam terutama 上司 (Superior)~ Ada yang sibuk bercerita tentang pengalaman bekerja di negara Islam, dan ada juga yang bercerita pandangan dia tentang isu pemakaian tudung sampai kaitkan dengan olimpik baru-baru ini.. Siap kuatkan hujah dia dengan mengatakan wanita negara Islam boleh menang banyak piala kalau tak pakai hijab seperti kebanyakan wanita "biasa".. 

Mereka memandang pemakaian hijab ini merupakan sesuatu "penyeksaan" kepada wanita yang mengekang kebebasan mereka untuk memakai apa yang mereka suka.. Dia cerita pengalaman menaiki kapal terbang dari negara Islam menuju ke Eropah, dalam kapal terbang ada kelibat seorang muslimah yang memakai hijab lengkap atas ke bawah.. Selepas kapal terbang berlepas, muslimah itu masuk ke dalam tandas dan bila dia keluar, 上司 ak terkejut beruk bila lihat muslimah tersebut 変身 (Change) kepada orang "biasa" (笑) Ak suarakan bahawa tujuan pemakaian hijab adalah untuk "melindungi" mereka, bukan fesyen tapi sukar untuk dia terima memandangkan ayat itu keluar dari mulut lelaki.. 

Belum pernah lagi dengar atlet muslimah menyalahkan hijab sebagai punca mereka kalah
p/s Terfikir juga kalau lelaki Jpon banyak soal pasal muslimah, adakah perempuan Jpon banyak soal tentang muslim?

12 comments:

  1. memang sengaja pancut air liur ke diorang mmg tak sedar..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade ke orang sengaja pancut air liur bila bercakap?
      tu mmg minta penampar kalau ada yg sengaja.. haha~
      kena "sabar" je la kalau mmg orang tu dah camtu..

      Delete
  2. Takde bau busuk ke air yang dorang minum tu..?

    Geli je bila tengok orang mabuk todi ni.. Nau'zubillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mustahil x bau..
      tapi bau arak x seteruk bau asap rokok..
      mmg geli sebab kita x minum dan kita "cuak" bila terkena kt tangan ke muka ke baju dsb..
      tulah risiko kerja di persekitaran yg mmg hidup dengan benda tu..

      Delete
  3. Replies
    1. itulah..
      dah 偉い nanti nak je "haram" kan arak bila dijemput hadiri 飲み会 :p

      Delete
  4. banyak sangat dia orang soal pasal islam ajak je la depa pi masjid ke klas agama ke...bru dorang tau pe sebab kena pakai buat ni smue...haha...sasalemat depa smua masuk islam pas tu...senang kyo keje kt sane nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      d0a2 je la Allah buka pintu hati diorang ntk terima Islam.. :)

      Delete
  5. banyak dugaan... sabar2... hidup sebagai duta Islam memang mencabar .. all the best bro .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bro..
      actually bro pun duta Islam gak kendatipun di negara sendiri.. sebab x ramai yg memahami Islam itu sendiri walaupun nama je Islam..

      Delete
  6. I have the same dilemma as I dont drink. So, I dont attend such parties as much as I should.

    Some people just cant get it when I say I dont drink (I'm non-muslim)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most Chinese Malaysian I met in Japan also don't drink..
      I can use the "religion issue" as an accuse but other than that, I think it would be hard to make them understand (lol)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC