Followers

Thursday, 18 October 2012

Experiencing Sumo Tournament

14 October - YOKOHAMA


Sejak menjejakkan kaki buat pertama kali di Jpon lagi ak sudah menyimpan harapan untuk menyaksikan perlawanan 相撲 (Sumo) secara live tapi sukar untuk menunaikan hasrat ini bila tiada member yang ingin pergi sekali (笑) Beberapa hari yang lepas, salah seorang kenalan yang berada di Jpon selama 3 bulan atas urusan kerja mengutarakan hasrat untuk menonton 相撲 dan kebetulan "Sumo Tour" pada bulan ini berlangsung di sekitar 関東 (Kanto) iaitu 埼玉 (Saitama) 13hb dan 横浜 (Yokohama) 14hb..

Tiket masuk

Kalau ikutkan ak berminat nak pergi yang 13hb supaya boleh menghadiri ceramah Sheikh Yusuf Estes yang bakal diadakan di 東京大学 (Tokyo University) pada 14hb tersebut.. Sayangnya isteri kenalan tersebut tiba di Jpon pada 13hb jadi plan "terpaksa" bertukar kepada 14hb (-_-) Mujur urusan tiket telah diuruskan oleh 先輩 (Senior) melalui telefon; kami beli tiket paling murah iaitu 5000円 (RM200) walaupun pada asalnya ada suara bangkit hendakkan tiket 1万円 (RM400) sebab pengalaman sekali seumur hidup (笑)


Pertandingan berlangsung di 横浜文化体育館 (Yokohama Cultural Gymnasium) yang terletak berdekatan dengan 関内駅 (Kannai Station)~ Bukan main awal lagi kami dah tiba di destinasi memandangkan atur-cara program menunjukkan masa bermula ialah jam 0800! Agak terkejut dengan barisan orang yang beratur untuk membeli tiket pada pagi tersebut dengan sebilangan kecil merupakan 外国人 (Foreigners) seperti kami.. Aktiviti awal pagi itu ialah beratur untuk mengambil gambar dan tanda-tangan pemain sumo~

Usia dia 2 tahun lebih muda tapi dah berkecimpung dalam dunia sumo lebih daripada 8 tahun! 

Pengunjung bebas untuk keluar masuk daripada dewan sepanjang masa memandangkan perlawanan sebenar bermula sekitar jam 1100~ Sekitar jam 0930 lagi kami sudah mengambil tempat duduk sambil menyaksikan pemain-pemain sumo memanaskan badan di atas gelanggang.. Agak terkejut dengan sebilangan kecil pemain sumo bukan warganegara Jpon tapi berada di divisyen atas termasuk salah seorang yang berat dia sahaja kurang daripada 100kg! (Yang lain semua taraf gajah)  

8:00  Baru bukak kedai.. pukulan drum
9:00  Salam ngan ahli sumo, mintak sign, amik gambar
10:00  Tgk sumo training
11:00  Match geng2 division bawah
12:00  Match geng2 division middle
13:30  Baru nak stat yang btol nye
14:00  Match btol nyer
15:00  Habis
Sesi memanaskan badan..

Selesai aktiviti memanaskan badan, ada sesi antara pemain sumo dengan kumpulan pelajar yang mengikuti kelas sumo.. Comel bila tengok budak kecil cuba menolak pemain sumo yang bertubuh besar dan akhirnya 廻し (Mawashi) mereka diangkat menggunakan sebelah tangan sahaja (笑) Acara seterusnya merupakan "persembahan karaoke" daripada persatuan sumo? yang terdiri daripada pakcik-pakcik dan seorang makcik yang lebih kepada 演歌 (Enka) (笑)

Daripada saiz lidi kepada saiz buluh!
Kena dukung 

Selepas itu barulah mula pertandingan sumo peringkat divisyen bawah selama beberapa pusingan.. Setiap pusingan tidak mengambil masa seminit pun; hatta sesi memperkenalkan peserta dan gimik sebelum mula perlawanan lagi lama (笑) Selesai perlawanan divisyen bawah, pengunjung dihiburkan dengan 漫才 (Gimik) 2 pemain sumo di atas gelanggang dengan aksi lucu yang pastinya tidak akan kita lihat dalam perlawanan sebenar.. Majlis diteruskan pula dengan sesi perkenalan pemain divisyen tengah dan "persembahan karaoke" mereka.. Kalah WWE siap ada karaoke lagi nih!


Kaw2 baling garam (Gimik semata-mata)
Karaoke?

Selepas itu, ada persembahan pukulan gendang? dan kemasukan pemain sumo kelas atasan untuk menari? yang mungkin ada kena-mengena dengan upacara permainan sumo ini.. Menariknya selepas itu ada pertunjukan cara pemain sumo mengikat rambut mereka.. Ternyata level perlawanan pemain sumo divisyen atas lebih menarik dengan pelbagai teknik yang mereka gunakan atas gelanggang.. Selesai perlawanan peringkat divisyen tengah, ada sesi cara ikatan tradisional pemain sumo khusus untuk 新横綱 (New-Yokozuna); menariknya ikatan itu ditarik sehingga memerlukan 6 orang! 


Kemasukan pemain divisyen atas
Upacara sikat rambut
Upacara ikat tali pinggang?

Selepas itu barulah kemasukan pemain sumo kelas pertama; ramai juga yang siap bawa anak masing-masing ke atas pentas.. Selesai sesi perkenalkan diri, tibalah giliran 6 ahli sumo termasuk 横綱 (Yokozuna) dan 新横綱 untuk menggegarkan gelanggang dengan aksi hentak kaki mereka (笑) Pertarungan paling menarik semestinya antara 横綱 dan 新横綱 yang akhirnya memihak kepada 新横綱! Selepas menang, 新横綱 dihadiahkan busur dan mulalah tarian kemenangan beliau selama hampir seminit.. Lucunya ramai mula meninggalkan dewan bila berakhirnya perlawanan sampai ada yang kejar 横綱 untuk dapatkan autograph sedangkan pemenang masih berada di gelanggang (笑) 

Kemasukan pemain sumo divisyen 1
Tarian 横綱 
MOTD: 横綱 vs 新横綱

Sebaik sahaja tarian 新横綱 tamat, ramai juga pengunjung yang maju ke gelanggang untuk mengambil pasir di atas gelanggang tersebut.. Tidak pasti atas tujuan apa, tapi ak syak mungkin mereka percaya pasir itu suci memandangkan sebelum setiap perlawanan bermula, pemain sumo akan membaling serbuk garam di atas gelanggang sebagai upacara "menyucikan" perlawanan mengikut kepercayaan 神道 (Shinto) Event berakhir sekitar jam 1500, beli barang cenderamata sedikit sebelum maju ke restoran berdekatan untuk makan tengahari sebelum pulang~

Suasana di dalam dewan
新横綱 memenangi perlawanan dan dihadiahkan busur
Beli bantal duduk pada harga 500円 (RM20) sebagai cenderamata alang-alang dah tak nak pergi lagi lepas nih :p

p/s Ngantok sangat dalam train sampai tertidur, dalam keadaan mamai sanggup berkejaran untuk tukar train sampai tergolek waktu turun tangga, luka lutut dibiarkan janji sempat naik train.. Cuma yang lucunya, train hanya bergerak 5 minit kemudian     (-_-") Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini

6 comments:

  1. bestnya dapat tengok sumo live macam ni... mahal juga sampai rm200 tapi berbaloi untuk jadikan kenangan sekali seumur hidup ... XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully xde orang ajak tgk sumo lepas nih..
      malas dah nk keluar duit :p

      Delete
  2. Saya pernah pegi tgk 2 kali di gelanggang lagi besar di tokyo. Tak tau harga tiket sebab org sponsor. Tapi pengalaman yg tidak dpt dilupakan.. Mmg best. Kalau ada org ajak, saya boleh pegi lagi. Hehe. Btw, saido dah pernah pergi tgk kabuki? Kalau tak pernah, cuba lah pergi sekali. Ini pun sgt best! Kagum dgn komitmen dan teknologi mereka menggunakan pentas untuk buat beberapa adegan...best.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      bila sensei bagitau baru saya teringatkan selama duduk di Jpon belum pernah lagi pergi tengok kabuki..
      selalu gak teringin nak pergi tapi sering terlupa..
      insyaAllah sedang plan nak pergi sekitar 新橋 bulan depan :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC