Followers

Saturday 6 October 2012

Majlis Santapan Malam bersama YDP Agong

4 Oktober - TOKYO

Mula mendapat berita tentang majlis ini kira-kira 2 minggu yang lepas menerusi Facebook; pihak kedutaan menjemput golongan professional untuk meraikan majlis makan malam bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan (YDP) Agong di Imperial Hotel, Tokyo.. Kononnya pihak kedutaan akan membuat cabutan sekiranya bilangan yang memohon terlebih jadi ak tidak mengharap sangat untuk terpilih memandangkan ak baru mula bekerja di sini~ Seminggu kemudian dapat email yang memaklumkan kad jemputan akan sampai di rumah dan ak diminta untuk memastikan kehadiran! 


Memandangkan majlis bermula jam 1830 dan para tetamu diminta menghadirkan diri dalam dewan pada jam 1745, ak terpaksa meminta kebenaran untuk pulang awal kepada pihak atasan.. Asyik risau jika tidak diberi pelepasan, tapi siapa sangka, pihak atasan membenarkan dengan alasan, "Kalau dah Agong kasi jemputan, siapa aku untuk halang engkau pergi~" \(^o^)/ Oleh kerana syarikat ak tidak melaksanakan flex time, maka ak diberikan cuti separuh hari; tapi ak sengaja balik sekitar jam 1430 bagi meneruskan ulangkaji untuk peperiksaan bertulis 第一種電気工事士 pada Ahad ini..


Bertolak daripada rumah sekitar jam 1630, ajak member yang terpilih sekali untuk bertemu di 新橋駅 (Shinbashi Station) sekitar jam 1715 dan daripada situ jalan kaki menuju ke Imperial Hotel yang mengambil masa sekitar 10 minit.. Sesampai sahaja di lobi hotel, kelibat ramai tetamu dari Malaysia benar-benar membuatkan kita berasa seperti sudah pulang ke tanah asal.. Selesai mendaftar diri, bersyukur apabila diberitahu surau ada disediakan memandangkan Maghrib hari itu jam 1730~ Sukar untuk dipercayai tempat duduk ak ialah no9; antara meja hadapan berhampiran dengan meja VIP dan juga Agong!


Majlis bermula sekitar jam 1830 dengan ucapan daripada Duta Malaysia ke Jpon, dan seterusnya titah ucapan YDP Agong.. Duta memaklumkan lebih 5 ribu rakyat Malaysia menetap di Jpon telah mendaftar bersama pihak kedutaan dan hampir 3/5 daripada jumlah tersebut merupakan golongan professional~ YDP Agong pula kagum dengan beberapa syarikat Malaysia antaranya Petronas, AirAsia dan YTL kerana berjaya menyahut cabaran globalisasi dengan membuka cawangan di negara matahari terbit ini.. Baginda juga menyeru kepada rakyat Malaysia supaya menjaga nama baik negara dalam menjalani kehidupan di sini..

My dinner table
Tak kenyang pun tapi cukup sekadar alas perut :p

Sedikit terkejut dengan menu malam itu walaupun sedikit sebanyak sudah boleh duga menerusi pengalaman makan malam bersama Dato' Najib Razak 2 tahun lepas di Hotel New Otani.. Memandangkan ak baru sahaja bergelar "関東人 (Orang Kantou)", agak gembira dapat berkenalan dengan warga 関東 yang lain termasuk dari pihak kedutaan sendiri.. Paling mengejutkan apabila YDP Agong setuju untuk sesi beramah mesra bersama tetamu seramai 200 orang yang hadir pada malam itu.. Cuak apabila di minta beratur di barisan hadapan untuk bersalaman dengan Agong dan para VIP malam itu~

Gambar kenangan bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin yang bertindak sebagai Menteri Pengiring untuk YDP Agong sepanjang baginda berada di Jpon

Pertama kali memberi salam mengikut adat istana; siap sempat berborak lagi sebab Duta Malaysia ke Jpon memperkenalkan ak sebagai seorang "pelajar" jadi terpaksalah ak membetulkan status semasa (笑) Paling lucu apabila ak memaklumkan nama syarikat, dan mereka mengeluarkan suara kagum padahal tidak pernah dengar pun (笑) Selesai bersalaman, kami diberi hadiah cenderahati dalam bentuk beg~ Sedikit kecewa kerana tidak sempat beri kamera kepada rakan untuk ambil gambar ketika ak bersalaman dengan Agong sebab mereka-mereka yang lewat semua dapat buat (-_-") Majlis bersurai sekitar jam 2130~ 

Cenderahati daripada pihak Istana Negara

p/s Pengalaman paling bernilai sepanjang ak berada di bumi Jpon ini..  


11 comments:

  1. You know what...?

    Masa berita ni keluar kat TV3, akak terus cakap dalam hati, entah2 Kyo dapat jumpa Agong ni...

    Dan rasa hati akak itu betul dan tepat sekali.. Tahniah.. Bukan semua orang dapat peluang macam ni even ada yang kata tak heran... :)

    p/s: Cantik bunga merah kat tuxedo tu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..
      melampau sape yg kata x heran tu.. :hei
      thanks.. x sangka keluar berita..
      waktu Menteri kena interview, sengaja lalu depan kamera kot2 kluar TV ke (lol)

      Delete
    2. Masa event tu keluar tv, akak tak tengok berita.. Akak tengok masa Agong baru nak naik kapalterbang tu.. Masa pembaca berita tu kata Agong nak buat lawatan ke Jepun, masa tu la akak terus teringat kat ko.. Siapa lagi kawan yg ada kat sana selain ko, kan... ehehh..

      Delete
  2. bestnya.....kawan za pun dpt jumpa dia. tp za tak tahu lah, ada aritu tgk dia post kat instragram. seronoknya....agong pulak kan.seronok! tinggi kyo ye :)

    ReplyDelete
  3. wahh smartnya kyo malam tu. huhu.
    tetiba teringat, piah slalu terkene camni..

    "Kamu blaja kat mana skrg?"
    "Kite blaja kat unisza :)"
    "ohhhhh.. erk kat mane tu?"

    kihkih. same situation goes here lol

    ReplyDelete
  4. kyo keje mane skg? nihon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      lama x singgah sini sue..
      yup, mula kerja sini sejak April yang lepas ;)

      Delete
    2. sebab blog kyo hilang dlm list (alasan!)
      sokka..omedetou gozaimasu!
      sue da balik malaysia..inshaAllah dec datang nihon balik..okinawa e ikitai yo!

      Delete
    3. arigatou~~
      hoho..
      nak mai Okinawa terus tuu..
      kyo pon x pernah mai lagi situ :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC