Followers

Saturday, 29 September 2012

Tuhan Manusia


Sudah lama ak mengejar novel "Tuhan Manusia" karangan penulis tersohor, Faisal Tehrani sejak ak rajin membaca blog beliau beberapa tahun yang lepas (sewaktu dia aktif update blog) Jenuh nak mencari di kedai buku, ak beli secara online dan alhamdulillah buku tersebut tiba tepat pada masa sebelum ak bertolak semula ke Jpon awal Mac lepas (link).. Dalam banyak-banyak novel Malaysia yang pernah ak baca, "Tuhan Manusia" boleh dikatakan antara yang terbaik kerana plot dia seolah-olah seperti kita sendiri yang mainkan watak utama cerita ini!

Secara keseluruhan, "Tuhan Manusia" menceritakan tentang seorang pelajar yang cuba memahami kemurtadan abangnya disamping menambah ilmu tentang golongan pluralisme yang cuba menyatukan semua agama di dunia ini~ Sepanjang pembacaan, pembaca akan sering ternampak ayat ini "andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan tiang serinya adalah agama"~ Apa hubungan antara peradaban dengan budaya? Di akhir novel, pembaca pasti akan akur dengan jawapan yang diberikan oleh penulis~ 

"...Kita tidak boleh ambil budaya orang sebab kita ada budaya kita sendiri, 
yang tiangnya adalah agama..." 

Selain mempersoalkan tentang isu murtad, penulis juga mengajak pembaca memahami maksud ayat-ayat di dalam Al-Quran sambil berkongsi beberapa potong hadis.. Buku ini juga sesuai bagi mereka yang meminati subjek sejarah terutama sirah Islam dan juga cerita pertembungan dunia Islam dan dunia Barat.. Jarang dapat jumpa buku yang memuatkan debat agama dan juga sesi forum dalam 1 buku! Daripada isu murtad, kepada muallaf, gejala sosial, diara mengerjakan umrah, sehinggalah kepada uhlul albab; novel ini cukup penting bagi mereka yang gemar menuntut ilmu dalam bentuk pembacaan "ringan" RECOMMENDED!

Berceritalah untuk menjelaskan sesuatu 

p/s Kurangkanlah baca novel jiwang wahai rakyat Malaysia sekalin ;) Nasihat untuk diri sendiri dan juga para pembaca~  


8 comments:

  1. I read this book! Antara novel prtama yg aku baca yg menyebabkan benih membaca aku bercambah. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. GOOD FOR YOU!
      Banyakkan bercerita untuk menyampaikan sesuatu yg berguna :)

      Delete
  2. Mmg sukA juga baca karya dia. Tapi tajuk ni belum lagi. Will find it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. payah nk jumpa kt kedai..
      try search online..
      beli yg ori tau :p

      Delete
  3. Wah, macam menarik, tertarik nak baca. Aihh, tunggu habis exam laa gamaknya. Thx for sharing the synopsis!^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. thanks!
      btw, I couldn't leave a comment in your blog for some reason.. so all the best on your SPM!

      Delete
  4. Replies
    1. last time kyo ada hantar gambar kt Za thru twitter..
      gambar tu kyo amik dari buku nih la :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC