Followers

Monday, 24 September 2012

Taklimat Keusahawanan MARA

21 September - TOKYO

Sebuah taklimat keusahawanan anjuran MARA telah diadakan bertempat di Hotel New Otani, Tokyo pada jam 1545~ Tempat yang sama juga menyaksikan majlis menandatangani MOU antara Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan wakil beberapa universiti di Jpon sempena lawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah ke Tokyo atas urusan kerja.. Kebetulan hari ini syarikat ak memberikan cuti istimewa memandangkan keesokan hari merupakan cuti umum di Jpon; 秋分の日 (Autumnal Equinox Day)~ Ini merupakan kali ke-2 ak menjejakkan kaki di Hotel New Otani; kali pertama adalah sewaktu kedatangan PM pada 2 tahun yang lepas (link)

Gambar bersama para "alumni" pihak lelaki

Agak terkejut dengan kelibat ramai wartawan dan polis di sekitar Hotel New Otani sebaik sahaja keluar daripada 赤坂見附駅 (Akasaka Mitsuke Station)~ Rupa-rupanya dewan yang disewa oleh pihak YPM untuk majlis kali ini bertentangan dengan dewan parti politik Jpon yang juga sedang hangat dengan kempen pilihanraya! Member siap bangga dapat lihat PM Jpon secara live depan mata walaupun gagal ambil gambar sebagai bukti (笑) Taklimat keusahawanan kali ini khusus untuk memberi galakan kepada pelajar untuk membawa pulang sesuatu daripada Jpon yang boleh dijadikan bisnes; jika menarik pihak MARA akan menawarkan pinjaman RM5 juta untuk memulakan bisnes di Malaysia! 

Gambar kenangan bersama Menteri dan Ketua Pengarah MARA

Majlis seterusnya pada jam 1700 merupakan proses menandatangai MOU antara pihak YPM dan wakil universiti di Jpon dan seterusnya sesi bergambar~ Mujur bukan ak seorang sahaja yang bukan pelajar tapi hadir pada majlis kali ini sebab dapat interaksi dengan 先輩 (Senior) lain yang sudah bekerja lebih lama.. Paling terkejut bila dapat tahu salah seorang 先輩 sudah menetap di Jpon lebih 17 tahun dan masih solo (笑) Makanan yang disediakan di Hotel New Otani memang terbaik; kalah hidangan sewaktu PM datang dahulu~ Sewaktu sesi makan malam, pertama kali ak diperdengarkan dengan lagu "1Malaysia" walaupun "dipaksa" nyanyi sekali walaupun mulut tengah penuh (笑) Majlis bersurai sekitar jam 2030~   


p/s Tiba-tiba rasa rindu nak jadi pelajar semula bila berada di dalam kelompok pelajar~ 

8 comments:

  1. camna nak present projek? i mean,kena daftar dulu ke camne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..
      try call pejabat MARA
      Global Entrepreneur
      03-2691-34795

      Delete
  2. Replies
    1. hoho..
      kyo xde idea nak bawa balik bisnes ape..
      mmg Jpon macam2 barang ada tapi ada benda yang sukar nak diguna pakai di Malaysia sebab mind set penduduk yang berbeza.. Ambil contoh, vending machine di Jpon ada macam2 jenis.. boleh je nak apply 1,2 di Malaysia tapi sikap segelintir masyarakat Malaysia yang suka menjahanamkan benda agak mengecewakan aa..

      Delete
  3. Naseb baik when I come back from Dublin xde lagi lagu 1malaysia... kalau tak mahu termuntah nyanyi...lol

    Apelagi, jual la anime product...lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh.. bro study Dublin ke dulu?? macho aa~~

      Anime? not my type.. download sudah~~ :hoho

      Delete
  4. mantap saido kalau balik bukak bisnes plak.aku nk join venture!hehe..oh,1st time dgr 1 Malaysia?aku da lali~~hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..
      ko orang kerajaan..
      of course dah lali..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC