Followers

Saturday, 1 September 2012

Rasa Malaysia Restaurant

31 August - GINZA


Sempena hari kemerdekaan, timbul idea untuk makan malam bersama di restoran bertemakan Malaysia dan malam ini buat pertama kalinya ak pergi ke Restoran Rasa Malaysia yang terletak di 銀座 (Ginza)~ Bandar 銀座 menempatkan banyak bangunan mewah dan rata-rata restoran di sekitar sini semua mengenakan harga yang tidak munasabah bagi seorang pelajar untuk membayar (笑) Itu merupakan salah satu alasan kenapa ak tidak pernah makan di sekitar sini namun bila dah jadi 社会人 (Working adults), sekali-sekala kena cari restoran lain selain Saizeriya dan Indian Restaurant (笑)


Terletak berhampiran dengan pintu keluar 銀座駅 (Ginza station), tapi lagi jimat jika turun di 有楽町 (Yurakucho) jika naik JR (Japan Railways) sebab tempoh berjalan kaki hanya sekitar 5 minit tapi ada kebarangkalian akan sesat jika pertama kali pergi (笑) Sepanjang 夏 (Summer) syarikat ak melaksanakan ノ残業デー (No Overtime Day) pada hari Rabu dan Jumaat dan ini membolehkan ak bergerak awal selepas bunyi loceng jam 1730~ Daripada 6 orang yang hadir sama, cuma seorang sahaja yang pernah makan di situ memandangkan dia paling senior (笑) Hari Jumaat memang kena 予約 (Booking) dahulu sebab memang selalu penuh~    

Bancau (RM25)

Restoran ini dimiliki oleh seorang Chinese Malaysian dan menariknya Tun Mahathir juga pernah makan di sini~ Kagum dengan hiasan bendera dan poster berkenaan Malaysia; malah TV turut menayangkan video berkenaan Malaysia termasuk video yang ada ditayangkan dalam pesawat MAS setiap kali balik Malaysia~ Agak terkejut bila tengok harga makanan dan minuman pada menu memandangkan kesemuanya pernah kita rasa di Malaysia cuma mungkin di sini agak 珍しい (Rare) (^.^") Perut agak kelaparan sepanjang hari memandangkan hanya menelan メロンパン (Melon Bun) sahaja untuk 昼食 (Lunch)~ 

Ipoh Claypot Chicken Rice (RM60)

Puas hati dapat makan Ipoh Claypot Chicken Rice yang kononnya agak susah nak dapat sebab selalu habis stok =) Kesian juga bila lihat menu Kuey Teow yang dipesan member seolah-olah tak serasi dengan imej restoran sebab terlalu "simple" (笑) Bila dah ramai 社会人 berkumpul dalam 1 meja, topik paling panas semestinya tentang keperitan bekerja di syarikat masing-masing dan juga isu negara~ Bila dah nak balik baru dapat tahu pelayan berbangsa Jpon juga mahir berbahasa Malaysia (Kantoi dok kutuk menu) Restoran tutup jam 2230 jadi terpaksa cari tempat lain untuk 二次会 (After party)

Hari Merdeka tapi tiada special menu atau special price (笑)

Menariknya kebanyakan restoran sekitar kawasan itu tutup awal yakni sekitar jam 2300.. Ada 居酒屋 (Bar) yang langsung tiada menu kopi atau minuman ringan pun! Memandangkan masih awal, ada member ajak jalan kaki menuju ke 東京駅 (Tokyo Station) sebab tidak jauh, tapi dalam perjalanan terjumpa juga 居酒屋 yang membolehkan kami sambung borak sehingga jam 2345 sebab 終電 (Last train) ak jam 0005~ Perit sungguh naik 終電 sebab sempit gila dengan manusia tanpa mengira jantina.. Lucunya boleh pula ada ruang kosong sekelip mata bila ada orang muntah (笑)

Selagi boleh semua nak masuk (-_-")

p/s Orang perempuan, kanak-kanak, bayi dan juga rendah tidak digalakkan naik keretapi waktu 終電! 

5 comments:

  1. 'dan juga rendah' maknanya orang yang rendah? klau de modal meniaga makanan kampung pon boleh kaya kat jepun :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..
      yup, takut rendah2 ni kena penyet kang nanti (lol)
      makanan kampung laku kot kt sini..
      tapi jangan buka kt area Ginza la..
      kang gaduh plak ngan restoran nih ;p

      Delete
    2. haha...jadi macam cerita nasi lemak 2.0...cakap pasal penyet teringat pulak nasi ayam penyet...sedap:D

      Delete
  2. perghh la..
    mahal gila yg kyo makan tu. rm60 tu kalau kt sini, jangankan chicken rice, chocolate rice pun boleh beli banyak2 XD mesti nak nangis jer masa bayar tu kan? hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      chocolate rice?? cambest je.. ada ke??
      jangan nak nangis, rasa cam x nak bayar pastu tolong cuci pinggan je malam tu :hoho

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC