Followers

Monday 3 September 2012

Malaysia Food Net

2 September - TOKYO

Sesiapa sahaja perlu bersedia dengan perubahan dan ak juga tidak dapat lari daripada itu.. Sejak berpindah ke 関東 (Kanto) pada penghujung March lalu, ak terpaksa bermula daripada 0 semula seolah-olah baru datang ke Jpon beberapa tahun yang lepas memandangkan majoriti 同期 (Colleague) JAD sudah pulang ke tanah air untuk berbakti di sana dan yang tinggal di 関東 pun hanya sebilangan kecil.. Selain mendapat 同期 baru di tempat kerja, ak perlu berusaha untuk meluaskan "network" di kawasan 関東 pula dengan cara menghadiri pelbagai jenis undangan terutama daripada FaceBook..

Maskot group

Selain JAGONG, salah satu group di FaceBook yang ak ikuti baru-baru ini ialah マレーシアごはんの会atau Malaysia Food Net (link), sebuah group yang ditubuhkan oleh beberapa orang Jpon yang jatuh hati dengan Malaysia dan ingin menyebarkan kepada orang Jpon yang lain tentang keindahan Malaysia yang mereka rasai sepanjang berada di situ =) Apabila terlihat sahaja event Sambutan Hari Raya yang berlangsung pada hari ini, ak terus ajak beberapa kenalan untuk turut-serta bagi memeriahkan majlis.. Dikhabarkan ini merupakan majlis makan-makan ke-7 dianjurkan oleh mereka dan kali ini bertempat di 大地の木, Takadanobaba~ Tuan kedai merupakan orang Melayu yang berasal daripada Penang~


Menariknya majlis hari ini terbahagi kepada 3 bahagian memandangkan sambutan yang menggalakkan pada majlis-majlis yang sebelumnya dan juga ruang kedai yang agak sempit jadi setiap bahagian terhad untuk 20 orang sahaja.. Ak memilih majlis jam 1430~1630 supaya boleh gerak dari rumah selepas menunaikan solat Zuhur.. Agak segan untuk memakai baju melayu atas bawah, jadi ak simpan baju sahaja dalam beg sepanjang perjalanan dalam 電車 (Train)~ Kagum dengan seorang member yang memakai pakaian raya siap bersampin lagi sepanjang perjalanan! Bahagian 2 menyaksikan lebih 20 orang termasuk staff group FaceBook yang hadir; 5 rakyat Malaysia termasuk ak :)


Bayaran sebanyak 2500円 (RM100) dikenakan untuk turut-serta majlis ini dan gambar di atas menunjukkan antara juadah yang disediakan~ Terharu apabila majoriti orang Jpon yang hadir termasuk staff menceritakan betapa gembiranya mereka ketika berada di Malaysia; ada yang dah menetap lebih 5 tahun, dan ada juga yang setiap tahun pergi melawat Malaysia sehingga jika dikira bilangan hari dia berada di Malaysia sudah melebihi 400 hari! Sambil makan, ada disediakan slot untuk kami memperkenalkan diri, menceritakan pengalaman berpuasa di Jpon, memperkenalkan baju Melayu, dll.. Siap ada slot bermain "sumo jari" iaitu permainan kanak-kanak orang Malaysia (笑)


Tabik hormat kepada salah sebuah keluarga yang turut-serta memeriahkan majlis walaupun baru sahaja selamat tiba di Jpon daripada Malaysia semalam! Majlis bersurai sekitar jam 1730 dan waktu itulah kelam-kabut nak mencari tempat solat memandangkan lagi beberapa minit sahaja lagi sudah nak masuk Maghrib.. Mujur stesen 高田馬場 (Takadanobaba) ini terletak bersebelahan dengan stesen 新大久保 (Shin-Okubo) dan di situ ada surau kecil.. Pertama kali juga menunaikan solat di situ kendatipun ini merupakan kali ke-3 ak tiba di 新大久保= Dulu ada restoran Thai halal di situ tapi kini sudah tiada~ Selesai Maghrib baru berangkat pulang~ 


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~       

8 comments:

  1. Ada kedai melayu eh dkt takadanobaba? Shiranakatta! Dkt mana eh? Bleh try pegi nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. 高田馬場2丁目14−9, Tokyo, Japan 1690075
      masakan dia pun not bad!
      jalan kaki around 5 minit kot dari 駅..

      Delete
  2. game lai lai ci lai sofami sekolah jadi sumo jari? x sangke...haha...org jepun suka Malaysia TERHARUNYE~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..
      game tu lah..
      dulu main waktu kecik2 dulu x pernah plak nyanyi laichi2 ape sumer.. haha~

      Delete
  3. Wahhh...
    Ada lemang laa...
    Camner dorang bakar lemang kat sana...? Ke dorang kukus je.. :erk

    Yang sebelah nasi impit tu lemang, kann...??

    Pakai baju melayu satu sut pun segan... hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..
      ikut kata tukang masak, tu bukan lemang asli..
      beras Jpon biasa je tapi dihias seolah2 mirip lemang..
      tak boleh buat kt sini sebab x dibenarkan pembakaran terbuka (lol)

      segan sket aa..
      sebab naik train sorang.. kalau ramai2 xpe aa~
      hehe

      Delete
  4. the foods look nice i bet they taste good too

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..
      delicious indeed but I bet you'll not gonna pay the same price when u eat them in Malaysia (lol)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC