Followers

Thursday, 6 September 2012

Anak malas belajar?

Salah satu masalah utama yang dihadapi hampir majoriti ibu-bapa sejak dahulu ialah anak malas belajar.. Ada yang mengambil jalan mudah dengan menjanjikan sesuatu jika si anak melakukan apa yang disuruh, tapi lama-kelamaan si anak akan jadi bosan kerana minat untuk belajar itu harus dipupuk oleh si anak itu sendiri, bukannya oleh orang lain.. Berikut merupakan 3 langkah terbaik untuk meningkatkan kemampuan pembelajaran si anak mengikut pandangan Ogi Naoki (尾木ママ), salah seorang pengkritik terkenal dalam bidang pendidikan di Jpon~


① 親子で登山 (Climb mountains together with parents)
Proses mendaki bukit atau gunung bukan suatu perkara yang mudah.. Sepanjang perjalanan akan ada babak hampir terjatuh, laluan jalan yang sukar, kepenatan, peluh keluar sampai baju basah lenjun, cuaca tidak menentu dsb.. Tapi apabila sampai di puncak, akan terbit perasaan "ini yang ak dapat apabila ak berusaha bersungguh-sungguh" setelah melihat keindahan pemandangan dari atas.. Pengalaman berjaya seperti inilah yang merupakan salah satu sebab anak yang tidak suka belajar~

② 家のお手伝いをさせる (Help with housework)
Berikan tanggungjawab memikul tugas "membersihkan halaman rumah" atau "cuci tandas" kepada anak-anak dan setelah mereka berjaya menyelesaikan tugas yang diberikan, pastikan anda memuji dan menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan atas "perkhidmatan" dia agar dia rasa terharu apabila berjaya menggembirakan hati kedua orang tuanya.. InsyaAllah selepas itu si anak akan melaksanakan sesuatu secara suka rela tanpa disuruh termasuk belajar~

③ 原体験をさせる (Allow formative experience)    
Apa yang dimaksudkan dengan 原体験 (Formative experience) di sini ialah "membenarkan si anak bermain di sungai", "panjat pokok", "tangkap rama-rama".. Pendek cerita apa sahaja pengalaman yang melibatkan penggunaan 5 pancaindera terhadap alam semulajadi.. Anak-anak akan tertarik dengan apa yang mereka rasai pada kulit tubuh mereka sekaligus meningkatkan sifat ingin tahu dalam diri~ Secara tidak langsung, mereka akan memupuk sikap ingin belajar dalam diri tanpa disuruh!

感想 (My view)
Salah satu bentuk pendidikan yang salah pada hemat ak ialah menyediakan persekitaran yang menyeksa jiwa si anak untuk belajar, belajar, belajar sejak dari kecil.. Mungkin itu adalah salah satu punca yang membuatkan si anak memberontak memberikan kesan buruk kepada keluarga apabila dia meningkat dewasa.. Daripada membiarkan si anak terperap di dalam bilik untuk menyiapkan kerja sekolah, tahukah anda bahawa kajian mendapati persekitaran paling terbaik bagi si anak mengulangkaji pelajaran ialah di depan TV bersama keluarga? 

Waktu itulah si anak dapat berkomunikasi dengan orang lebih dewasa, sambil bertukar fikiran tentang dunia semasa~ Waktu yang sama juga ibu bapa boleh mengikuti proses pembelajaran si anak sambil membantu sekiranya dia memerlukan pertolongan.. Merujuk kepada 3 langkah di atas, ak amat bersetuju malah boleh mengakui melalui pengalaman sendiri ketika memanjat gunung Fuji (link) bahawasanya memang ramai budak-budak yang ikut ibu bapa panjat sekali! Paling mengejutkan mereka memang ada subjek di sekolah yang suruh tangkap rama-rama dsb (Tak percaya tengok manga Doraemon)

p/s Kita nak anak rajin belajar, tapi kita sendiri pemalas.. Camne tu? (笑)

12 comments:

  1. yg ke dua and ketiga tu saaangat setuju! huhu...

    wow...tahukah anda bahawa kajian mendapati persekitaran paling terbaik bagi si anak mengulangkaji pelajaran ialah di depan TV bersama keluarga? hoho...untk ilang stress ye kot...tp percent masuk dalam otak no komen...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. that's the magic of children's brain..
      kita xleh samakan dengan otak orang dewasa dalam penghadaman maklumat.. kajian ni dibuktikan apabila ramai yg IQ tinggi di Jpon beritahu waktu kecil dulu cara pembelajaran mereka memang di depan TV bersama family!

      x caya, cuba buat :p

      Delete
  2. Akak dulu mmg jenis belajar sambil tengok tv.. Keputusan takde la bagus manapun.. Sekurang2nya takde la masuk dalam kategori bodoh.. Mungkin bodoh dalam bidang orang lain sebagaimana orang lain bodoh dalam bidang kita..

    :erk

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ tinggi di sini x semestinya kena hebat sains dan matematik.. tapi orang yg berjaya dalam bidang masing2~ so I agree with your point=

      Delete
  3. aku sndiri nk panjat gunung pon pikir patblas kali,xtau lah aku leh impement ke tak kat anak aku nnt ajak daki gunung sesame.hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe..
      Ojai kaki panjang.. mesti sanggup panjat nye..
      lol

      Delete
  4. anak xde lg, so xleh nak praktikkan, maybe 5 thn lg, hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..
      selamat mencuba dan kongsikan hasilnya..
      kalau ingat lagi la waktu tu :p

      Delete
  5. nice entry..agree with ur answer in 2nd & 3rd..huhu

    dh mcm penyelidik pun ade jg..thnx 4 sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha
      bukan jawapan ak bro..
      just took some notes what Ogi said on TV and put it here..

      the pleasure is mine~

      Delete
  6. "tahukah anda bahawa kajian mendapati persekitaran paling terbaik bagi si anak mengulangkaji pelajaran ialah di depan TV bersama keluarga?
    "...
    oh ye ke.... kami adik beradik suma wat camtu... hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC