Followers

Monday, 17 September 2012

Odaiba Trip

16 September - TOKYO

Gambar yang wajib ditangkap bila sampai di お台場

Ak turut merasa tempias sempena kehadiran keluarga Abul di Jpon walaupun ini merupakan kali ke-3 ak bersua muka dengan mereka~ Mungkin kerana Abul banyak menceritakan tentang mereka dalam perbualan kami sehinggakan ak dapat merasa kehadiran mereka seolah-olah seperti ahli keluarga sendiri.. Rezeki bertambah-tambah apabila mereka sering mengadakan makan-makan dan rumah ak pula hanya 30 minit daripada rumah Abul jadi tiada sebab untuk ak menolak pelawaan tersebut.. Nasi Dagang, Nasi Lemak, Kari Ayam dan hari ini Nasi Beriyani Ayam; alhamdulillah ada hikmah ak tidak pulang beraya di Malaysia tahun ini~ 

Menu semasa 送別会 (Farewell party) Pn Siti dan Kak Linda
Menu semasa gathering di restoran Malaysia 
Beriyani Ayam 
Gathering di 大地の木, Takadanobaba

Hari ini pula ak merancang untuk berjalan-jalan bersama mereka di お台場 (Odaiba) dan ini merupakan kali ke-3 ak tiba di sini sepanjang ak berada di bumi matahari terbit.. Nafsu nak pergi sini membuak-buak bila diberitahu semua menu melibatkan ayam goreng di The Oven Odaiba adalah halal~ Ini juga merupakan kali pertama ak makan di The Oven, restoran ala buffet dengan caj seorang 1680円 (RM66)~ Bila hari-hari asyik kena makan ikan sebab tidak boleh masak dalam hostel, perasaan nampak ayam di depan mata memang suatu yang sukar digambarkan (笑) Kalau boleh tak nak keluar daripada kedai tapi malangnya perut dah tak boleh diisi lagi waktu itu~

1st round Ayam sahaja~ 
Dah macam drift kereta betul! 
Nak buang air pun boleh main game! 

Alang-alang dapat member baru dari Malaysia yang baru tiba di Jpon atas urusan kerja dan umur kami juga tidak banyak beza, ajak dia masuk Joypolis untuk main Initial D.. Kali pertama dan terakhir ak masuk Joypolis untuk tujuan yang sama ialah ketika musim panas 2008; agak terkejut juga perlu bayar 800円 (RM31) sebagai tiket masuk sahaja.. Memandangkan masa juga tidak mencukupi, kami hanya sempat bermain Initial D dan Sadako 3D yang masing-masing berharga 600円 (RM23) sekali main.. Sadako 3D paling sengal jika anda seorang hati keras dan selalu "control macho" seperti ak (笑) Lepak di お台場 sehingga hari dah gelap untuk ambil gambar Statue of Liberty~ 


p/s Kat mana spot paling best untuk solat dekat sini ek??  

11 comments:

  1. Replies
    1. nope..
      mmg tersergam indah depan shopping mall Diver City

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bese port ak solat dkt tgkt 7 aqua city sblh aqua city shrine

    ReplyDelete
    Replies
    1. sassuga orang Tokyo..
      x perasan plak ada shrine kt Odaiba..
      take note aa lepas nih..
      thanks!

      Delete
  4. wahhh best gila :D

    ReplyDelete
  5. Pndeknya cite....dlm joypolis tu best x? Aritu pg x smpat msk, insya Allah ada peluang nk pg lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      mmg pendek sebab sampai pun dah pkl 2 lebih...
      makan ape sumer pastu terus g Joypolis..
      Joypolis mmg ok tapi kalau nak lagi puas hati..
      g dari pagi pastu amik pass tiket yg leh main sumer..
      paling penting g waktu hari kerja.. baru x ramai sangat..
      coz ak g hari Ahad.. pastu cuti umum plak tu..
      mmg family ramai giler pastu budak2 lagi..

      Delete
  6. aikss kat dlm tandas (kencing) pun sempat main game lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..
      ni baru btol punye "game center" bro :p

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC