Followers

Saturday 7 July 2012

Solat di tempat kerja


Salah satu perbezaan ketara yang ak alami sejak menjadi pekerja ialah persepsi ketika menunaikan solat fardhu di dalam tempat kerja.. Hari pertama ak di dalam pejabat, ak meminta pihak 人事 (Human Resource) untuk menyediakan tempat kosong bagi memudahkan ak untuk solat, tapi akhirnya mereka meminta ak cari sendiri dengan memberi alternatif untuk solat di kawasan lapang iaitu tempat lepak pekerja (ouch) Lucu apabila pihak 人事 bertanya dalam Islam tiada solat "ekspres" ke seperti agama lain misalnya melakukan 2,3 pergerakan tangan dsb (笑) Sepanjang berada di HQ, tempat solat ak ialah di tangga tingkat 21 1/2 (Mujur tidak ramai yang lalu-lalang di situ waktu tengahari jadi boleh khusyuk sedikit)

Tempat solat ketika di HQ

Perkara yang paling merisaukan ak sebelum bertolak ke 現場 (Construction site) ialah tempat solat kerana sebelum ini ak pernah kena tegur dengan 上司 (Superior) yang melarang pemakaian selipar ketika berada di 現場.. Banyak kali telefon Baba (父) bertanyakan tentang situasi pekerja solat di Malaysia tapi Baba cakap pekerja bukannya solat pun (-_-") Biasanya kedudukan 現場 berdekatan dengan surau/masjid juga satu kelebihan di Malaysia.. Hari pertama di 現場, ak menyuarakan hasrat untuk menunaikan solat dan alhamdulillah, 世話役 (Person in charge) siap menyediakan karpet setelah diberitahu ak perlu sujud dsb! 

Tempat solat di dalam pejabat 現場

Timbul ilham untuk memudahkan ak bercerita tentang solat apabila ditanya kelak oleh rakan sekerja dsb.. Jika ditanya kenapa ak solat, ak akan tanya balik pada dia, "Apa matlamat anda bekerja di syarikat ini?" Jika Islam dianggap sebagai sebuah syarikat, maka solat adalah salah satu pekerjaan wajib bagi setiap pekerja di dalam syarikat itu.. Menariknya "gaji" pekerja dibayar sepanjang hari dan bukannya semasa waktu bekerja sahaja.. Malah "gaji" yang terkumpul itu hanya boleh digunakan apabila kita sudah tiada di dunia ini.. Kalau di dunia kita mahu kumpul duit gaji, masakan konsep yang sama tidak boleh diguna pakai untuk di dunia "akhirat" ? Just my 2 cents ;)


p/s Buat masa ini soalan pertama yang bisa keluar bila tahu ak Muslim ialah tentang makanan (-_-") 

4 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC