Followers

Sunday, 22 July 2012

Ueno Day Out

16 July - UENO

Kali pertama dan terakhir ak menjejakkan kaki di 上野 (Ueno) ialah pada 2 tahun yang lepas iaitu sewaktu dalam perjalanan pulang menuju ke 関西 (Kansai) setelah menghadiri program motivasi anjuran YPM di Hachioji Seminar House (link) Teringin hendak ke 上野 apabila diberitahu di sini juga ada banyak gerai yang menjual makanan halal dan kebetulan ak masih belum membeli kurma jadi terus ajak rakan-rakan yang lain untuk makan tengahari di 上野 sebelum bertolak semula ke 宇都宮 (Utsunomiya) pada petang itu.. Memandangkan masing-masing bertolak daripada tempat berlainan, kami berkumpul di hadapan Hard Rock Cafe sekitar jam 1300..

Interior 上野駅

Ketika turun daripada 電車 (Train) daripada 鹿島田 (Kashimada), ak terus mencari coin locker memandangkan agak leceh untuk membawa 2 beg berjalan tapi malangnya semua penuh! Kagum dengan keluasan 上野駅 (Ueno Station) yang juga menempatkan 新幹線 (Bullet train)~ Berjalan kaki menyusuri アメ横 (Ameyoko) yang mirip Petaling Street~ Ada beberapa gerai yang menjual makanan halal di sini dan kami berhenti untuk makan tengahari di restoran Chicken Man dengan masing-masing meminta "Nasi Ayam" pada harga 600円 (RM 24) Pekerja restoran berasal dari Nepal, dan menurut beliau, duta Malaysia di Nepal semuanya kaum Cina malah dia juga pernah bekerja di Penang :)


Menariknya di アメ横 adalah gerai bawah tanah yang kononnya pernah keluar dalam rancangan TV Jpon kerana menjual daging dalam bentuk yang sukar dilihat di pasaraya.. Mungkin sebab dah terlalu lama di sini membuatkan dah kurang rasa geli beli nampak "daging" itu (笑) Misi mencari kurma di situ gagal meskipun banyak rempah masakan dari Malaysia ada dijual di situ.. Lepak di situ sehingga Asar; pertama kali menjejakkan kaki di Assalam Mosque yang mengambil masa sekitar 10 minit daripada 上野駅~ Masjid ini masih baru didirikan dan kebetulan orang yang tolong menjaga masjid itu merupakan 先輩 (Senior) kami JAD3 yang kini sedang menyambung pelajaran di 芝浦 (Shibaura);) 


3 minit perjalanan dari masjid ada kedai yang menjual barangan halal tapi sayang stok kurma sudah habis sewaktu kami tiba (-_-") Pertama kali juga ak mengambil 普通電車 (Local train) dengan sengaja daripada 上野駅 menuju ke 宇都宮駅 kendatipun sudah mengetahui perjalanan tersebut mengambil masa sekitar 1 jam 45 minit tapi sekurang-kurangnya boleh jimat 2000円 (RM 80) daripada mengambil 新幹線~ Semangat bawa laptop dengan harapan nak tengok cerita ketika dalam 電車 tapi oleh sebab naik 電車 biasa yang agak sempit malah tempat duduk juga terbuka menyukarkan keadaan.. Mujur ada bawa buku sebagai peneman dalam perjalanan.. Bertolak sekitar jam 1700 dan selamat tiba di 宇都宮 sekitar jam 1945 ;) Alhamdulillah, hanya perlu membayar 200円 ketika mengambil basikal di sekitar 駅 (Station) =)

Macam Petaling Street kan? 

p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC