Followers

Friday, 20 July 2012

Ramadhan 2012


Alhamdulillah, bulan yang dinanti-nanti oleh mereka yang mengejar keredhaan Allah telah pun tiba~ Ini merupakan kali ke-6 ak menyambut bulan penuh kerahmatan ini di bumi matahari terbit; jika tahun lepas ak menyambutnya di 名古屋 (Nagoya), tahun ini pula ak menyambutnya di 宇都宮 (Utsunomiya) bersama warga Malaysia yang lain~ Berbeza bagi tahun-tahun yang sebelumnya, ini merupakan kali pertama ak menyambut Ramadhan dengan status "社会人 (Working adults)"~ Jika dahulu boleh tidur selepas Subuh, tapi kini kena tidur selepas Tarawikh, bangun sekitar jam 0200 untuk Sahur dan Subuh, kemudian tidur balik  dan bangun semula sekitar jam 0600 untuk bersiap ke tempat kerja o_0 


Cabaran paling utama ketika berpuasa di tempat kerja bagi kes ak ialah menghadapi suasana 現場 (Site project) yang agak bahang kerana Jpon kini sedang memasuki tahap kritikal musim panas dengan suhu melebihi 35℃ (-_-") Kendatipun 現場 ak buat masa ini ialah di dalam bangunan, ketiadaan air cond dan terpaksa bergantung kepada kipas letrik sahaja memang menguji iman~ Reaksi orang Jpon di sekeliling bila diberitahu ak bakal berpuasa selama 30 hari berturut-turut agak menarik dengan majoriti "bersimpati" sambil menasihatkan ak agar berhati-hati agar tidak diserang 熱中症 (Hypothermia) Mujur bulan 8 ini banyak cuti umum jadi boleh berpuasa di rumah ;)

Alhamdulillah, kurma juga sudah dibeli.. Kena letak dalam beg setiap kali pergi kerja memandangkan waktu Maghrib semakin hari semakin awal ;)

Ya Allah, berikanlah ak kekuatan untuk menempuhi cabaran dan dugaan berpuasa disamping meningkatkan amal ibadah dalam usaha mendekatkan diri kepada-Mu

p/s Tahukah anda Muslim di Denmark berpuasa selama 21 jam? Jadi malulah jika kita tidak mampu berpuasa melainkan tidak sihat, uzur dsb ;) Selamat berpuasa para pembaca sekalian~ 

2 comments:

  1. wow!! 21 jam
    camne nak ckap kite puase dlam b.jpon??

    and camne bro leh lanjutkan pelajaran/kerja kat sane??

    ReplyDelete
    Replies
    1. puasa = danjiki
      berpuasa = danjiki o shimasu

      camne? rezeki bro :)
      alhamdulillah dapat scholar lepas abis SPM
      sambil belajar buat job hunting last year kt sini..
      nak tau lebih lanjut, leh klik kt label "work" atau "就活" sebab banyak info ak tulis kt situ~

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC