Followers

Wednesday, 18 July 2012

The Secret of Arabian Mode

15 July - TOKYO


The Secret of Arabian Mode merupakan sebuah majlis pertunjukan fesyen Arab yang dibangunkan oleh pelajar tahun 2 早大 (Waseda University) dan gabungan pelajar University sekitar Tokyo.. Ak dapat tahu tentang majlis ini daripada tweet salah seorang Muslim Jpon yang mengajar di 同志社大学 (Doshisha University) yang memberikan kritikan tentang majlis ini.. Salah satu sebab yang membuatkan ak berminat untuk turut-serta majlis ini adalah kerana jarang ada majlis sebegini yang dibangunkan oleh pelajar untuk memperkenalkan budaya Arab disamping memberikan peluang kepada masyarakat Jpon untuk berinteraksi secara terbuka dengan Islam.. 


Awalnya agak keberatan juga untuk menghadirkan diri memandangkan ak ditempatkan di 宇都宮 (Utsunomiya) yang agak jauh daripada 東京 (Tokyo); tapi bila soalan ak tentang tempat solat dijawab dengan begitu berhemah oleh pihak penganjur membuatkan ak nekad untuk beli tiket awal pada harga 1500円 sambil "menghasut" rakan-rakan lain untuk pergi sekali (笑) Bertolak daripada 宇都宮駅 (Utsunomiya Station) sekitar jam 1345 selepas makan tengahari di サイゼリヤ~ Beli siap-siap tiket 新幹線 (Bullet train) murah sehala pada harga 4100円 tapi turun dekat 原宿 (Harajuku) semata-mata nak ambil gambar dengan "star"~ Kebetulan hari ini merupakan hari terakhir dia di sini dan ada beberapa pelajar 高専 (Kosen) yang teman dia beli-belah pada hari ini~

Hari sebelumnya baru je lepas tonton "Mael Lambung" di YouTube tapi segan pula nak beritahu pada Zizan (笑)

Daripada 原宿 kami ambil 地下鉄 (Subway) menuju ke 三越前 yang memang merupakan venue majlis iaitu 日本橋三井ホール (Nihonbashi Mitsui Hall)~ Kagum juga bila keluar keretapi dah nampak orang pegang papan tanda memberitahu kedudukan dewan~ Agak sakit bila dah daftar baru diberitahu tiada tempat untuk letak bagasi memandangkan ak bawa 2 beg pada hari itu daripada 宇都宮 (-_-") Terkejut juga dengan bilangan pengunjung yang hadir yakni sekitar 400 orang dan antara VIP yang hadir merupakan beberapa duta negara Arab! Majlis bermula dengan kata-kata aluan pengerusi majlis sekitar jam 1700 disambung dengan pengenalan VIP dsb~ Pertunjukan fesyen bermula sekitar jam 1720 dan berakhir pada jam 1750.. Agak terkejut bila ada "Belly dance" sekali pada majlis itu o_0


Majlis berehat sekitar 20 minit selepas itu bagi memberi masa kepada pengunjung untuk menikmati gerai di luar~ Halal Malaysia Corp turut membuka gerai di situ dan ak sempat berbual mesra dengan 社長 (President) dia sambil berbual pasal bisnes (笑) Majlis bersambung sekitar jam 1820 dengan sesi dialog di mana ahli panel terdiri daripada orang Mesir, Arab Saudi, dan Lebanon.. Agak lucu apabila para pengunjung boleh menanyakan soalan menggunakan twitter jadi ak juga tidak melepaskan peluang keemasan (笑) Sesi dialog berakhir sekitar jam 1900; majlis diakhiri dengan ucapan pengerusi majlis yang memaklumkan mereka akan mengadakan "The Secret of Japanese Mode" di Dubai pada tahun depan! 

Antara soalan-soalan yang ditanya ialah isu pemakaian hijab, harga hijab, isu perkahwinan masyarakat Arab, gay dan lesbian dll

Selesai majlis para pengunjung bebas untuk mencuba pakaian Arab, juadah, dsb.. Siapa sangka ak boleh jadi "laku" pula pada malam itu bila mengenakan jubah (笑) Ada juga kelihatan beberapa Japanese Muslimah pada malam itu tapi segan pula nak tegur~ Terharu bila ada booth untuk tabung derma Syria malah hasil jualan sabun wangi di situ juga akan disumbangkan kepada mangsa Syria.. Majlis bersurai sekitar jam 2000; daripada situ terus bergegas untuk makan malam di restoran buffet 2x2=8 yang terletak di 下北沢 (Shimokitazawa)~ Puas hati makan malam itu sehingga perut terlalu kenyang memaksa ak membatalkan hasrat awal untuk pulang ke rumah tapi sebaliknya tidur di Malaysian Hall Tokyo.. 



p/s Kagum bila dapat tahu ada sebilangan kecil Japanese yang berminat nak belajar bahasa arab.. Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~ Rakaman video mengenai majlis tersebut juga boleh ditonton melalui sini

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC