Followers

Sunday, 1 July 2012

Edo Wonderland

30 June - NIKKO


Sempena kehadiran 2 orang rakan daripada 東京 (Tokyo) yang tiba atas jemputan ak untuk bersiar-siar di 栃木県 (Tochigi Prefecture), ak membawa mereka ke 日光江戸村 (Edo Wonderland), salah satu tempat tumpuan di 栃木県 ini.. Meskipun hanya mengambil masa 45 minit dengan menggunakan 電車 (Train) menuju ke 日光駅 (Nikko Station) dan daripada situ ada disediakan shuttle bus setiap 30 minit, alhamdulillah komuniti Malaysia di sini begitu bermurah hati dengan meminjamkan kereta kepada ak~ 



Bertolak daripada rumah sekitar jam 0900 untuk mengambil rakan yang tiba di 宇都宮駅 (Utsunomiya Station), dan daripada situ bertolak sekitar jam 0930 dan selamat tiba di destinasi kira-kira 1 jam memandangkan kami mengikut jalan dalam.. Yuran parking berharga 700円 manakala yuran masuk untuk dewasa ialah 4500円; mujur kami dah sediakan 割引券 (Discount ticket) yang boleh di print melalui sini; jadi dapat diskaun 10%

Gambar ketika di 映画村

Imbas kembali sewaktu tahun pertama ak berada di Jpon, 和田先生 (Wada sensei) bawa kami ke 東映太秦映画村 (Toei Kyoto Studio Park), di sini tema dia lebih kepada zaman 新撰組 (Shisengumi) tapi di 江戸村 pula lebih kepada 忍者 (Ninja) dan suasana 江戸時代 (Edo period)~ Kebetulan sewaktu kami tiba, terus berlari ke Grand Ninja Theater untuk menyaksikan persembahan selama 30 minit.. Persembahan memang menarik tapi agak tidak berpuas hati sebab dapat tempat duduk hujung belah kanan pintu masuk~

Gambar bersama maskot 江戸村

Dalam banyak-banyak persembahan, ak beri rating paling tinggi bagi Ninja Karasu Yashiki House sebab persembahan dia banyak からくり (Trick) dan aksi perlawanan 1 lawan 2 ninja di dalam bilik yang kecil dan efek lampu turut menambahkan impak sepanjang 12 minit persembahan! Selain persembahan, di sini juga banyak attraction lain seperti rumah hantu, maze yang memeningkan, persekitaran yang saling tak tumpah seperti di dalam drama lama dll.. Tapi sampai bila-bila ak akan ingat banggunan "ajaib" yang apabila kita masuk, rasa macam penat gila sampai tak boleh maju ke depan langsung! 



Banggunan itu direka senget sedikit tapi interior dia tidak senget membuatkan otak manusia pening untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sebegitu.. Saling tidak tumpah seperti dalam filem "Inception" tapi di sini kita akan rasa pening; kagum juga bip/sla tengok rakan yang siap boleh lari-lari lagi di dalam itu kononnya sebab dia kaki sukan jadi refleksi badan dia lebih lembut membuatkan otak cepat mengadaptasi dalam persekitaran sebegitu (Wallahua'lam) Menu makan tengahari kami hanya jagung bakar pada harga 350円 memandangkan tak "mampu" nak beli menu nasi (笑)



Secara keseluruhan, tempat ini memang menarik tapi kebanyakan attraction dia lebih khusus kepada orang Jpon atau lebih tepat lagi mereka yang faham 日本語 (Japanese)~ Kesian juga bila lihat ada pelancong daripada Indonesia yang keluar ketika persembahan sedang berlangsung kerana tidak faham apa-apa dialog yang dibicarakan ;p Kami mula beransur pulang sekitar jam 1700; terus memecut laju untuk pulang ke rumah memandangkan masih belum solat lagi dan alhamdulillah sempat tiba sebelum Maghrib~



Malam itu pula kami pergi ke Bell Mall yang terletak bersebelahan dengan 宇大 (Utsunomiya University) untuk makan malam dan seterusnya menyaksikan wayang "The Amazing Spiderman" dalam 3D~ Kononnya Jpon negara pertama yang dilancarkan pada hari ini jadi agak bangga dapat tengok antara yang terawal meskipun jalan cerita hampir tidak ubah seperti yang lama; beza dia lebih pada logik akal plot dan juga mengikut plot komik (Kononnya ramai fans tidak suka yang lama sebab itu)


p/s Paling tak boleh blah malam itu selepas selesai wayang sekitar jam 2330, kereta tersangkut kat tempat parking tingkat 3 Bell Mall sebab dia tutup jam 2200 (-_-") Mujur pak Guard baik hati beri kebenaran untuk masuk tapi cuak giler terpaksa bawa kereta dalam suasana gelap gelita, bawa turun daripada tingkat 3 ke bawah o_0"  Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini

2 comments:

  1. Boleh tumpang tanya, yang mana lebih menarik dan di-recommended, Kyoto studio park or edo wonderland? Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. last time kyo pergi studio park tu pon tahun 2008.. skang ni x tau la kot2 ada benda baru ke dia tambah.. Edo wonderland lagi best kot sbb memori masih fresh lagi :p

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC