Followers

Monday, 16 July 2012

Beriyani Party

14 July - UTSUNOMIYA

Jika diikutkan pelan asal, ak sepatutnya bertolak ke 鹿島田 (Kashimada) hari ini memandangkan 14~16hb merupakan cuti umum mengikut kalendar Jpon.. Tapi bila terdengar komuniti Islam di 宇都宮 (Utsunomiya) ingin mengadakan juadah bulanan pada malam itu membuatkan ak terpaksa menunda hasrat untuk pulang pada keesokan harinya~ Ini mungkin kali terakhir ak dapat bersama dengan mereka memandangkan 現場実習 (Site training) ak bakal habis pada hujung bulan ini~ 

Entah kenapa terdetik di hati untuk masuk kerja pada hari ini kerana majlis bermula lepas Isya' jadi agak kebosanan kalau setakat tunggu di rumah sahaja sepanjang hari itu.. Minggu lepas dah 休日出勤 (Working on a day off) untuk melihat 衝突実験所 (Collision Experiment Room) Honda yang mana tidak boleh dilihat pada hari biasa.. Malah penggunaan kenderaan berat seperti クレーン (Crane) juga hanya boleh dilaksanakan pada hari cuti memandangkan hari biasa terlalu ramai pekerja di Honda (Lebih 10 ribu pekerja) jadi ini merupakan alasan ak untuk masuk kerja pada hari ini ;)

Alhamdulillah, waktu bekerja tamat sekitar jam 1800 malah hujan tidak turun sepanjang hari walaupun diberitahu akan hujan oleh ramalan kaji cuaca~ Tiba di surau sekitar jam 2015 kerana diberitahu majlis bermula pada jam 2000; agak terkejut dengan bilangan jemaah yang agak kurang, rupa-rupanya mereka ingat mula jam 2100 jadi terpaksa tunggu semua hadir~ Menu malam ini kononnya Pakistan Beriyani yang dimasak oleh Bangladesh Muslim yang menuntut PhD di sini.. Majlis bersurai sekitar jam 2145~  Balik rumah, layan PES secara Online bersama 後輩 (Junior) RITS sehingga Subuh pada jam 0235 (笑)


p/s Dengar khabar mereka akan mengadakan majlis berbuka puasa besar-besaran juga selepas ini.. Nantikan~ 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC