Followers

Thursday, 5 July 2012

Peristiwa Nisfu Shaaban

15 Shaaban - UTSUNOMIYA


Alhamdulillah tahun ini ak menutup buku lama dan membuka baru ketika berada di surau Utsunomiya selepas pulang daripada kerja~ Selesai waktu Maghrib, ak pulang berjalan kaki ke rumah yang mengambil masa 12 minit perjalanan kaki~ Tiba-tiba datang ilham untuk baca Ratib Al-Haddad ketika dalam perjalanan sedangkan sebelum ini pasang iPod sahaja~ Sampai di rumah, hilangkan penat, layan facebook, tengok TV dan sebagainya sementara menunggu Isya'~ Mujur hujan tidak turun malam itu membolehkan ak gerak ke surau dengan basikal pinjam~ Ramai juga yang turun surau malam itu; bukan sahaja Melayu dan Bangladesh, ada juga rakyat daripada Afrika Utara yang turut hadir memeriahkan surau~ 

Malam itu juga ak nekad untuk masuk tidur sekitar jam 2300 dan kunci alarm iPhone jam 0200 dan 0210 sebagai persediaan untuk bangun sahur.. Ini merupakan kali pertama ak berjaya bangun untuk sahur dan seterusnya mengerjakan solat Subuh sekitar jam 0230.. Masuk tidur semula sekitar jam 0300 dan bangun sekitar jam 0610 untuk bersiap ke kerja.. Memandangkan ini merupakan cubaan pertama ak berpuasa ketika di 現場 (Site), ak hanya dapat berdoa agar tidak medapat 熱中症 (Hyperthermia), salah satu perkara yang paling ditekankan setiap kali 朝礼 (Morning assembly)~ Seperti biasa ak keluar hostel pada jam 0650 dan menunggu 上司 (Superior) datang jemput..

Biasanya 上司 datang jemput paling lewat pun jam 0700, tapi pagi ini jam 0720 pun bayang-bayang masih tidak muncul.. Risau dia terlupa, ak cuba telefon tapi tidak dapat membuatkan ak terpaksa maklumkan kepada 世話役 (Person in charge) di pejabat tapi 世話役 tetap suruh ak tunggu sambil minta ak telefon setiap 10 minit.. Menunggu di luar sehingga jam 0740 hanya membazir tenaga lantas ak masuk ke dalam rumah sambil cuba telefon 世話役 pula tapi malang tidak berjawab~ 朝礼 bermula sekitar jam 0800 dan kami biasanya sudah keluar pejabat menuju ke 現場 sejak jam 0740 lagi; mungkin sebab itu 世話役 tidak menjawab telefon.. Ak terus menunggu dan menunggu (sempat layan Winning satu game) sehingga jam sudah menunjukkan jam 0900 (笑)

Akhirnya ak berjaya juga telefon 世話役 memaklumkan 上司 tidak datang ambil sambil minta izin untuk menggunakan teksi.. Pertama kali juga menggunakan teksi menuju ke pejabat; teksi tiba di hostel sekitar jam 0915 dan terus bergerak setelah ditunjukkan alamat.. Terkejut juga apabila jalan yang pemandu teksi itu pilih agak sesak pada pagi itu membuatkan ak selamat sampai di pejabat sekitar jam 0945~ Mujur tambang 3950円 (RM 157) dibayar balik oleh 世話役~ Lucu apabila 上司 tersebut masih tidak muncul pada pagi itu membuatkan teori ak ditinggalkan itu dusta semata-mata (笑) Seronok berada di 現場 yang hampir siap jadi dalam keadaan bilik berhawa dingin ;) Berjaya menahan lapar dan dahaga sepanjang hari; rezeki apabila diberi air botol pada waktu rehat jam 1500 (Jimat tak perlu beli air untuk berbuka nanti)

Kembali pula ke pejabat sekitar jam 1715; rehat sebentar di tempat duduk sebelum maju ke tempat khas untuk ak solat di dalam pejabat.. Selesai solat, sambung tulis laporan harian sambil membuat kerja yang berkaitan sehingga jam 1820 iaitu waktu 先輩 (Senior) menghantar ak ke perhentian bas berhampiran.. Sewaktu menunggu bas, agak terkejut bila melihat bilangan kereta yang agak banyak sedangkan hari ini bukannya ノー残業デー (No OT Day) yakni setiap hari Rabu.. Biasanya bas datang paling lewat pada hari itu (5~8 minit daripada jadual) tapi hari ini buat pertama kali bas datang tepat pada masa iaitu 1840 dan ak selamat turun di hadapan perhentian bas 宇大東 sekitar jam 1900, tempat paling hampir dengan surau~ Daripada situ jalan kaki ke surau mengambil masa 7 minit perjalanan.. Alhamdulillah, azan masuk sewaktu ak sedang berjalan kaki ke surau dan ak berbuka dengan minum air botol yang diberi tadi~

p/s 上司 langsung tidak memunculkan dir sepanjang hari di pejabat.. Mengikut cerita, ada 飲み会 (Drinking party) malam sebelumnya dan 作業員 (Workers) turut serta dalam majlis tersebut membuatkan susah nak kawal nafsu minum sedangkan dah tahu esoknya merupakan hari bekerja.. Suatu contoh yang tidak baik dihadapan pekerja baru seperti ak (笑)     

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC