Followers

Tuesday 24 July 2012

Party Kita-Kanto


18 July - UTSUNOMIYA


Ini merupakan kali pertama ak turut-serta dalam majlis yang dilaksanakan oleh pihak syarikat yang bermotifkan 飲み会 (Drinking party)~ Pada awalnya ak ingat percuma sahaja jadi bila diajak oleh 世話役 (Person in charge), ak terus memberi kata putus tapi siapa boleh sangka yuran kemasukan ialah 3000円 (RM120) o_0 Mujur 世話役 yang tanggung memandangkan bilangan yang hadir daripada 現場 (Site) ak hanya 3 orang sahaja (笑) Majlis dilaksanakan di Hotel Port yang berdekatan dengan 宇都宮駅 (Utsunomiya Station) dan bermula sekitar jam 1815.. Tempat duduk ditentukan menerusi cabutan dan ak dapat tempat duduk bahagian belakang, agak terpisah daripada 世話役 dan 先輩 (Senior)~

社長 baru memberikan sepatah dua kata

Majlis kali ini menghimpunkan para 役員 (CEO) dan juga pekerja yang berkerka di sekitar 北関東 (Kita-kanto) Pertama kali juga diperkenalkan dengan 社長 (President) yang baru sahaja naik pangkat menggantikan 社長 yang lama~ Baru dapat tahu yang mereka berdua merupakan graduan 京大 (Kyoto University) o_0  Mujur ak tidak bayar sesen pun untuk majlis kali ini memandangkan makanan yang ak boleh makan hanyalah cili udang sahaja! Yang lain hanya perlu tengok sahaja orang lain makan~ Ada makcik duduk sebelah siap offer teman pergi コンビニ (Convenience store) kat bawah untuk beli benda yang ak boleh makan (笑) Sebagai pekerja baru, ak turut dikehendaki membuat 自己紹介 (Self introduction) secara tiba-tiba ;p

Terpaksa menggantung papan tanda ini di leher sepanjang 自己紹介 (笑)

Sepanjang majlis, ak begitu terharu dengan sikap 世話役 dan juga 先輩 yang sanggup hadir ke meja ak menjelaskan kepada yang lain yang ak tidak boleh sentuh arak dan tidak makan makanan berdaging.. Paling mengejutkan bila bekas 社長 turut hadir ke meja ak untuk menjelaskan apa yang dia tahu tentang Islam sambil menceritakan tentang logo "halal" sekali! Rata-rata 役員 yang datang bersalam turut bercerita tentang pengalaman 海外出張 (Overseas business trip) mereka terutama di Indonesia jadi mereka tahu sedikit sebanyak tentang Islam.. Majlis bersurai sekitar jam 2015 dan ak terus mengambil teksi untuk pulang ke rumah kerana kelaparan (笑) 

p/s Majlis dah berakhir baru dapat tahu makcik yang duduk sebelah ak juga tidak minum arak ;)

2 comments:

  1. suka baca yang ni :)
    perenggan terakhir tu buat orang senyum, diorang tahu Islam dan hormat penganutnya~

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far memang dia hormat..
      agak bersyukur juga la daripada x hormat langsung kan :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC