Followers

Thursday 14 October 2010

Tomorrow City

12 Oktober - INCHEON

Hari ke-2 ICEMS dan ak mempunyai sedikit masa ntk 観光 (Sightseeing) di Korea sebelum pulang keesokan hari nye.. Banquet bermula pada jam 1800 dan ak mempunyai masa lebih kurang 5 jam ntk pusing2 sekitar Korea; nak pergi Seoul memang dah x sempat sebab daripada Incheon mengambil masa sejam lebih ntk pergi jer.. Incheon juga mempunyai beberapa tempat menarik dan setelah berbincang dengan tourist guide, ak tertarik ntk pergi ke Chinatown yang konon nyer hanya mengambil masa 30 minit kalo pergi naik City Bus.. City Bus tuh memang khas ntk 外人 (Foreigner) jadi kalo nk naik kene call diorang dulu.. Malang nyer call banyak kali tp x angkat2 gak membuatkan ak terpaksa pilih tempat persinggahan lain.. Memandangkan Tomorrow City agak dekat dengan tempat tinggal dan juga berhampiran dengan 会場 (Venue), ak memilih ntk melawat situ jer..

Tomorrow City merupakan sebuah tempat yang menyediakan teknologi ユビキタス (Ubiquitous) serba maju buat pengunjung dan servis kepada bandar masa depan Incheon dalam bentuk 3D.. Bayaran tiket ialah sebanyak 5000 Won dan pengunjung akan ditemani dengan seorang tour guide dalam masa lebih kurang 1 jam ntk pusing seluruh bangunan.. Puas hati giler di layan oleh tour guide cun lebih2 lagi waktu tuh cuma ak sorang jer pengunjung ;) Sayang xleh amik gambar kt dalam bangunan tuh sebab teknologi 3D yang ditunjukkan memang menakjubkan.. Bagaimana Incheon yang asal nyer cume lautan kemudian ditambak dan dijadikan pulau sedikit demi sedikit sehingga sebesar kini dalam bentuk 3D! Pastu ak dibawa ke tingkat berikut nyer ntk menunjukkan keadaan umah di masa depan yang segala2 nyer berada di hujung jari jer~


Budak2 dah x yah g skola sebab leh blaja dari umah dengan menggunakan teknologi video conferencing.. Perpustakaan peribadi juga dalam bentuk digital dan boleh baca kt skrin besar.. Malah skrin tersebut juga boleh jadi PC ntk layan email dan FB (笑) X yah g ke pejabat kerana mesyuarat pon leh di buat di umah jer.. Ada satu mesin yang boleh scan fizikal ntk lihat keadaan seseorang daripada ukuran badan, suhu kepada penyakit yang mungkin dihadapi.. Lepas tuh ak dibawa kepada pusat kecantikan di mana wajah kita akan di ubah kepada bentuk avatar dan kita leh lihat keadaan diri selepas di hias ;) Potret yang digantung kt dinding pon boleh di ubah ikut suka hati kerana semua nyer dalam bentuk digital.. Pastu kebanyakan kawasan di bandar Songdo tuh bakal dipasang skrin besar di mana kita leh membeli belah di situ jer tanpa masuk mana2 kedai~


Paling mantap bagi ak ialah perhentian bas; macam ada iPhone gergasi kt situ di mana kita leh tau bila bas akan sampai, camne nak pergi ke satu2 tempat, peta kawasan dsb! Sebelum balik, ak dibawa ke tingkat atas ntk lihat pemandangan luar dan juga ambil gambar sebagai kenangan ntk diisi di dalam pokok digital! Ntk memudahkan korang bayang apa yang ak rasa kt Tomorrow City, boleh la layan video dibawah.. Enjoy~

2 comments:

  1. kalo ade peluang melawat korea.. sila la ziarah tempat nih..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC