Followers

Sunday, 3 October 2010

Open House Shiga

3 Oktober - KUSATSU

Keputusan yang dibuat ntk melaksanakan umah terbuka Shiga nih dibuat secara terus sewaktu ditanya oleh member MyKyoto kerana memikirkan bulan Syawal yang semakin meninggalkan kita.. Setelah dipersetujui, majlis akan diadakan di umah kak Sya kerana keluasan tempat tinggal dan "free-parking" di situ.. Turut di jemput ialah warga kinki yang sanggup datang dari 大阪 (Osaka)~ Majlis sepatut nyer mula jam 1400; ada jer sesetengah yang semangat datang awal ntk siapkan juadah pada hari tersebut.. Batch ak sepatut nyer sediakan tomyam; 6 paket tomyam telah dibawa keluar dan 1.4kg ayam telah siap dipotong.. Tetiba member plan nk buat menu baru; Nasi Goreng Tomyam! Nasi yang siap dimasak akan digaul dengan garam terlebih dahulu sebelum di goreng bersama perencah Tomyam! Mujur menu baru tuh "selamat" ntk dimakan..



Menerima kunjungan mengejut daripada geng 関東 (Kantou) yang tiba di 関西 (Kansai) ntk sementara atas urusan "peribadi".. Alhamdulillah, boleh kata 30 orang gak yang sempat hadir ke majlis kali nih meskipun ada yang terpaksa balik dulu sebelum juadah lengkap disediakan.. Secara ringkas, setiap batch dikehendaki menyediakan 1 "main dish" dan masing2 tiba dengan masakan spesel masing2.. Hujan rahmat turun waktu petang membuatkan suasana di umah sentiasa "bising" keriangan (笑) Majlis tamat sekitar jam 1730, ada yang sanggup pulang ketika hujan masih "lebat" dan ada juga yang sanggup tunggu ntk melantak buat kali yang terakhir~




p/s Syawal dah nk tamat, sudahkah anda menyelesaikan ibadah puasa 6?? Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~

3 comments:

  1. nampak macam ramai juga orang malaysia kat sana...

    ReplyDelete
  2. memang ramai bro..
    mula bulan 12 nanti mungkin bertambah ramai sebab Air Asia.. kui3

    ReplyDelete
  3. aaa...ak lg 2 hari puasa sunat syawal. adeh.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC