Mula  diperkenalkan dengan buku nih lama dah sejak kt Malaysia lagi; waktu  tuh sorang member nih memang suka bawak buku kehulu-kehilir walau dimana  dia pergi.. Saiz buku nih pon agak besar (A4), jadi memang senang nk  cam aa.. Waktu tido umah dia semasa ak g 東京 (Tokyo) beberapa bulan yang  lepas, dia mencadangkan ak membaca 1 episod di dalam buku nih yang  berjudul, "Waves and Rocks".. Episod tuh menceritakan suasana  seorang yang disegani barat sedang memberi ceramah di dalam sebuah dewan  yang penuh dengan orang ramai tentang Islam meskipun dia bukan penganut  agama tersebut.. Fakta2 yang diberikan tentang agama Islam memang jelas  mengkritik agama tersebut kendatipun sering kali mengatakan diri dia  menghormati agama tersebut..
Seorang  demi seorang tampil ntk mencabar fakta yang diberikan oleh orang  tersebut; dari kalangan Islam dan juga penganut agama lain iaitu  Kristian dan Yahudi.. Jika penganut Islam yang membantah, dia akan  dilabel sebagai fanatik dan setelah selesai hujah dia, pihak polis akan  datang dan membawa Muslim tersebut ke tempat lain ntk dihukum..  Menariknya dalam topik nih ialah bagaimana penulis menceritakan tentang  hujah yang dibawa oleh penganut agama lain yang memang x lari daripada  agama Islam tp dibangkang keras oleh pemberi ceramah terbabit.. Habis  baca 1 topik, ak sambung dengan topik lain sebelum masuk tido= Esok nyer  sebelum nk pulang ke 関西 (Kansai), member tuh dengan baik hati nyer  memberi ak pinjam buku tuh memandangkan dia memiliki 2 buah buku yang  sama..
Ak  meninggalkan buku nih kt dalam 研究室 (Lab) sebab kalo di umah, ak hanya  baca buku dalam トイレ (Toilet) jer (笑) Setiap kali ak terjumpa ayat2 yang  best, ak akan letak sebagai status dalam FB.. Memandangkan agak busy  dengan 実験 (Experiment) kt 研究室 (Konon nyer), ak mengambil masa yang agak  lama ntk menghabiskan buku nih.. Tetiba boleh dapat panggilan daripada  member yang minta ak pulangkan buku tersebut sebab dia nk hantar kt  family dia plak.. Buku nih memang best giler dan boleh dijadikan panduan  ntk diri di masa depan membuatkan ak membuat keputusan ntk membeli buku  nih kt Amazon (link)..  Selain penuh dengan fakta, cara penulis nih menggunakan ayat2 Al-Quran  memang membuka minda ak ntk mengaitkan dengan situasi skang; jauh beza  kalau baca terjemahan Al-Quran biasa..
Penulis dia, Dr. Khaled Abou El Fadl  merupakan seorang professor dalam bidang undang2 berkelulusan daripada  universiti di barat khusus dalam undang2 Islam.. Beliau telah mengarang  sebanyak 11 buah buku setakat nih, dan pernah di lantik menjadi  pesuruhjaya oleh bekas presiden US bagi mengendalikan isu2 berhubung  bebas beragama di US.. Antara topik yang menarik dalam buku nih juga  ialah "A Fatwa on Dogs" yang mana berbentuk perbincangan antara  Dr. Khaled dan beberapa bilangan pelajar yang diketuai seorang alim..  Menariknya ialah bila kita baca, kita akan rasa seperti kita sendiri  berada di situ sewaktu perbincangan tersebut dijalankan.. Korang boleh  baca secara percuma melalui sini~ Akhir kata, ak cadangkan ntk sesiapa yang minat ngan bahan bacaan ilmiah dan islamiah ntk dapatkan buku nih.. 
p/s Skang nih tgh baca Mukaddimah karya Ibn Khaldun.. Rasa agak menyesal gak sebab beli terjemahan DBP; rasa lagi best kalo baca 英語版 (English Version) dah alang2 dia terjemah dari situ gak.. Sekurang2 nyer leh belajar perkataan baru ;)
 
 

 
nanti boleh buat sinopsis kot hehe
ReplyDeletehuhu.. entri nih kire sinopsis la bro.. x menjadi ke? kui3
ReplyDelete