Followers

Saturday 2 October 2010

The Search for Beauty in Islam

 

Mula diperkenalkan dengan buku nih lama dah sejak kt Malaysia lagi; waktu tuh sorang member nih memang suka bawak buku kehulu-kehilir walau dimana dia pergi.. Saiz buku nih pon agak besar (A4), jadi memang senang nk cam aa.. Waktu tido umah dia semasa ak g 東京 (Tokyo) beberapa bulan yang lepas, dia mencadangkan ak membaca 1 episod di dalam buku nih yang berjudul, "Waves and Rocks".. Episod tuh menceritakan suasana seorang yang disegani barat sedang memberi ceramah di dalam sebuah dewan yang penuh dengan orang ramai tentang Islam meskipun dia bukan penganut agama tersebut.. Fakta2 yang diberikan tentang agama Islam memang jelas mengkritik agama tersebut kendatipun sering kali mengatakan diri dia menghormati agama tersebut..

Seorang demi seorang tampil ntk mencabar fakta yang diberikan oleh orang tersebut; dari kalangan Islam dan juga penganut agama lain iaitu Kristian dan Yahudi.. Jika penganut Islam yang membantah, dia akan dilabel sebagai fanatik dan setelah selesai hujah dia, pihak polis akan datang dan membawa Muslim tersebut ke tempat lain ntk dihukum.. Menariknya dalam topik nih ialah bagaimana penulis menceritakan tentang hujah yang dibawa oleh penganut agama lain yang memang x lari daripada agama Islam tp dibangkang keras oleh pemberi ceramah terbabit.. Habis baca 1 topik, ak sambung dengan topik lain sebelum masuk tido= Esok nyer sebelum nk pulang ke 関西 (Kansai), member tuh dengan baik hati nyer memberi ak pinjam buku tuh memandangkan dia memiliki 2 buah buku yang sama..


Ak meninggalkan buku nih kt dalam 研究室 (Lab) sebab kalo di umah, ak hanya baca buku dalam トイレ (Toilet) jer (笑) Setiap kali ak terjumpa ayat2 yang best, ak akan letak sebagai status dalam FB.. Memandangkan agak busy dengan 実験 (Experiment) kt 研究室 (Konon nyer), ak mengambil masa yang agak lama ntk menghabiskan buku nih.. Tetiba boleh dapat panggilan daripada member yang minta ak pulangkan buku tersebut sebab dia nk hantar kt family dia plak.. Buku nih memang best giler dan boleh dijadikan panduan ntk diri di masa depan membuatkan ak membuat keputusan ntk membeli buku nih kt Amazon (link).. Selain penuh dengan fakta, cara penulis nih menggunakan ayat2 Al-Quran memang membuka minda ak ntk mengaitkan dengan situasi skang; jauh beza kalau baca terjemahan Al-Quran biasa..

Penulis dia, Dr. Khaled Abou El Fadl merupakan seorang professor dalam bidang undang2 berkelulusan daripada universiti di barat khusus dalam undang2 Islam.. Beliau telah mengarang sebanyak 11 buah buku setakat nih, dan pernah di lantik menjadi pesuruhjaya oleh bekas presiden US bagi mengendalikan isu2 berhubung bebas beragama di US.. Antara topik yang menarik dalam buku nih juga ialah "A Fatwa on Dogs" yang mana berbentuk perbincangan antara Dr. Khaled dan beberapa bilangan pelajar yang diketuai seorang alim.. Menariknya ialah bila kita baca, kita akan rasa seperti kita sendiri berada di situ sewaktu perbincangan tersebut dijalankan.. Korang boleh baca secara percuma melalui sini~ Akhir kata, ak cadangkan ntk sesiapa yang minat ngan bahan bacaan ilmiah dan islamiah ntk dapatkan buku nih.. 

p/s Skang nih tgh baca Mukaddimah karya Ibn Khaldun.. Rasa agak menyesal gak sebab beli terjemahan DBP; rasa lagi best kalo baca 英語版 (English Version) dah alang2 dia terjemah dari situ gak.. Sekurang2 nyer leh belajar perkataan baru ;)

2 comments:

  1. nanti boleh buat sinopsis kot hehe

    ReplyDelete
  2. huhu.. entri nih kire sinopsis la bro.. x menjadi ke? kui3

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC