Followers

Wednesday 13 October 2010

ICEMS 2010


ICEMS (International Conference on Electrical Machines and System) is an annual conference held in Korea, China, and Japan in turn, which examines and analyzes the latest developments in electrical machines and systems. Technical papers present research and new advances in Power Converters/Inverters, DC-DC Converters, Power Conditioning Systems for Renewable Energy, Motor Drives, PM Machines and DC Machines, Induction, Synchronous Machines, Field Analysis and Optimal Design Technologies, Special Machines and Their Applications, and Transformers and Reactors. As IEEE Industry Application Society and IEEE Industrial Electronics Society are Technical Co-sponsorships of this meeting, all presented papers will be included in IEEE Xplore and Engineering Index (EI). (link)

Ini merupakan kali ke-3 ICEMS di adakan di Korea dan kali nih ia diadakan di Incheon, bandar metropolis ke-3 terbesar di Korea selepas Seoul dan Busan.. Tempat yang dipilih ialah Songdo ConvensiA, pusat konvensi "first Green" yang diiktiraf oleh "LEED" iaitu suatu bentuk piawai kebangsaan mesra alam~ Bayaran sebanyak USD 300 dikenakan kepada pelajar yang ingin menyertai 学会 (Conference) nih; semuanya ditanggung oleh 先生 (Supervisor) ak :p ICEMS 2010 bermula pada 10hb sehingga 13hb yang mana 10hb lebih pada parti pembukaan; agak sengal apabila kitorang gagal mendapatkan tiket lebih awal kerana 満席 (Full seat) pada belah pagi dan petang membuatkan kitorang terpaksa berlepas pada belah petang.. ;)

11 Oktober - INCHEON

Mungkin cuak @ excited sangat ntk 発表 (Presentation) pada pagi tuh membuatkan ak x dapat tido dengan secukupnye; mujur dapat bangun dengan bantuan alarm yang disediakan di dalam bilik.. Makanan yang disediakan ala buffet ntk 朝食 (Breakfast) memang gempak tp ntah kenapa ak kurang selera sebab sebelum nih memang jarang giler bangun pagi (笑) Shuttle bus berlepas daripada tempat kitorang sekitar jam 0835 dan tiba beberapa minit sebelum jam 0900.. Sewaktu sesi pendaftaran, agak terperanjat apabila diberi sijil penyertaan dan sebuah beg! Majlis bermula dengan ucapan sepatah 2 kata daripada pengerusi ICEMS 2010 iaitu presiden KIEE (Korean Institute of Electrical Engineers) dan di teruskan dengan ucapan daripada wakil CES (China Electrotechnical Society) dan IEEJ (Institute of Electrical Engineers of Japan) sebelum diakhiri dengan ucapan oleh presiden IEEE~


Majlis kemudian diteruskan dengan 2 発表; seorang Professor daripada China yang menerangkan tentang teknologi PV di negara beliau dan seorang lagi pakar daripada Korea yang menerangkan tentang makmal penyelidikan beliau.. Majlis kemudian memberi laluan ntk minum pagi sebelum diteruskan dengan 2 lagi 発表: seorang daripada オランダ (Holland) manakala seorang lagi daripada Korea yang menceritakan tentang teknologi automotif semasa; 発表 dia memang mantap siap tunjuk video lumba kereta lagi= Sewaktu makan tengahari, siapa sangka ak leh duduk sebelah presiden IEEE dan berborak tentang kehidupan dia dsb memandangkan kiri-kanan kitorang cam dah bukak meja kopi sendiri ;) Konon nyer ini merupakan tahun terakhir dia sebagai presiden; lepas nih kene fokus lebih kt pekerjaan sebenar dia di Rockefeller Automation~ 


Sesi poster ak bermula pada jam 1330 dan berakhir sekitar jam 1500.. Kalo di bandingkan dengan sesi poster pada 学会 sebelum nih, ak lebih berpuas hati kerana poster ak berjaya menarik ramai pengunjung khususnye daripada negara Eropah kerana 研究 (Research) yang kitorang wat memang xde orang wat (笑) Banyak gak input2 baru dan beberapa pengubah-suaian yang perlu ak buat sebagai persiapan ntk Symposium bulan depan plak~ Memandangkan ramai yang buat 研究 berkaitan motor, ak dapat berkenalan dengan beberapa pelajar yang seusia daripada negara lain khusus nyer di China; kagum ak dengan keberanian dia kerana dia bakal 発表 dalam sesi oral pada keesokan hari nye dan kebetulan 研究 yg dia buat juga berkenaan dengan BLDC motor.. Waktu yang sama juga ak berkenalan dengan 2 wakil UTEM yang juga buat sesi poster~ Layan sat sesi oral pada belah petang sebelum pulang pada jam 1730~

12 Oktober - INCHEON

Alhamdulillah, berbeza dengan malam sebelum nyer, ak dapat tido dengan tenang dan nyenyak~ Sesi oral pada pagi tuh memang x leh blah, masa yang diperuntukkan ialah sehingga jam 1020 tp boleh plak 2 orang presenter x muncul2 langsung ;) Tergelak kaw2 bila member China tuh nyer USB di detect virus sehingga 発表 dia tergendala buat sementara (笑) Oleh sebab bilik tuh abis awal, kitorang try pergi bilik lain yang sepatutnye masih lom abis; sekali bilik lain pon ada gak yg "ponteng" x hadir ntk 発表 pagi tuh ;) Yang paling best nyer, wakil UTEM yang sepatutnye 発表 pagi tuh pon x muncul2 gak (笑) Pastu ak terserempak ngan wakil UiTM yang bakal 発表 pada belah petang tentang Active Filter, tema 研究 ak waktu 学部 (Degree) dulu ;) Ramai gak yang sebaya ngan ak wat sesi oral meskipun hampir majoriti daripada mereka suruh 先生 masing2 ntk tolong jawabkan semua soalan yang dilontar ;) 


Selesai sesi oral, suatu majlis makan diadakan sekitar jam 1800~ Sempat berkenalan dengan seorang pelajar B4 (Bachelor final year) daripada Iran yang hadir seorang diri bagi menggantikan rakan dia yang sepatutnye 発表 pada hari tersebut o_0 Majlis diraikan dengan ucapan daripada wakil setiap negara termasuk wakil dari US~ Geram gak banyak benda yang xleh di makan membuatkan ak terpaksa "membenarkan" 先生 ak belasah (笑) Waktu tengah makan, kitorang dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan "Fantastic" yang menunjukkan hasil gabungan muzik tradisional Korea dengan gaya tersendiri.. Lepas tuh kitorang dipersembahkan pula dengan beberapa aksi bertenaga daripada kumpulan yang sama~ Majlis berakhir sekitar jam 2015 dan ak ambil kesempatan ntk amik gambar sebanyak yang mungkin kerana esok dah nk balik~ 


13 Oktober - INCHEON

Kali ni pon xleh blah; excited sangat nk balik membuatkan ak x dapat tido dengan secukupnye membuatkan ak nyaris2 terlajak tido.. Di kejutkan oleh bunyi ketukan pintu oleh 先生 yang sudah selesai bersarapan dan waktu tuh dah jam 0710! Menggelabah mandi, solat ape sumer dan bersiap ntk turun ke lobby memandangkan kitorang kene kejar bas pada pagi tuh~ Mujur dapat naik bas jam 0800 dan selamat tiba di 空港 (Airport) sekitar jam 0830 =) Memandangkan ak x sempat berjalan membeli-belah ape sangat di Incheon, ak cuba habiskan segala duit Korea yang ak ada dengan membeli 御土産 (Souvenirs) dsb di dalam 空港.. Kapal terbang berlepas pada jam 1020 dan selamat mendarat di 関西空港 (Kansai Airport) sekitar jam 1150.. Ak x galakkan langsung korang pilih Asiana Airlines kerana servis yang diorang beri x grand langsung; bayar lagi mahal daripada Korean Airlines tp makanan ngan movie x banyak pon ;) Korean Airlines lagi puas hati~


p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~

5 comments:

  1. memang banyak manafaat ni attend majlis ilmu macam ni

    ReplyDelete
  2. syed.. wakil Utem yang syed berkenalan tu rasanya kawan suami cikgu.. En Auzani dan En Abd rahimkan namanya.. sebab ada juga tgk gambar diorang ke conferance ni

    ReplyDelete
  3. haah.. ye kot..
    oh, suami cikgu UTEM ke dulu?

    ReplyDelete
  4. bukan dulu.. tapi sampai sekarang. datang jepun pun utem yang taja.. e saya cari info dalam blog awak saya akan ke korea 27hb ni suami ada conferance disana... hanya nak tanya lama tak urusan keluar dari airport di incheon sebab saya sampai malam lebih kurang 915 mlm takut tak sempat nak kejar bas limousine untuk ke seoul..

    ReplyDelete
  5. owh.. saya baru tau :p
    hmm.. dari airport memang ikut nasib la kot, tp saya rasa paling lama pon mungkin dalam 30 minit jer kot.. kalo orang x ramai lagi cepat :p

    cikgu nk kejar bas? hmm.. saya pon x pasti waktu operasi bas sampai pkl brape.. tp andaikata terlepas, setahu saya kalo naik subway sempat jer kalo nk p Seoul (1 jam).. bayaran pon lagi murah ntk 1 kepala..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC