Followers

Tuesday, 31 August 2010

独立記念日 (Independence Day)

31 Ogos - MALAYSIA

Negara Malaysia menyambut kemerdekaan kali ke-53 pada hari ini.. Tahun ke 3 ak menyambut kemerdekaan di tanah bekas penjajah..  Erti kemerdekaan menurut Arkib Negara ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah (link).. Mungkin ramai akan akur apabila dikatakan cengkaman kuasa asing masih kekal di bumi Malaysia; bukan dari segi fizikal tetapi lebih kepada aspek rohani di mana saban hari media massa kerap mengutarakan gejala2 sosial yang sememangnya bukan budaya orang Timur.. Ramai menunding jari ke arah Barat atas segala yang berlaku tp adakah kita lupa ntk muhasabah diri ntk berubah? 

"People of the world don't look at themselves, and so they blame one another"
-Rumi-

Bila di imbas kembali, setiap kali hari kemerdekaan, orang akan mempersoalkan soalan yang sama; adakah kita ni benar2 sudah merdeka? Laungan "Merdeka" sebanyak 7x di laungkan di hadapan bekas penjajah pada tarikh yang sama tahun 1957, agak2 tahun berikut nye rakyat masih mempersoalkan negara sudah merdeka ke blom x ek?? Mengapa status kemerdekaan negara sering di persoalkan hanya apabila melihat gejala sosial yang x surut2 meskipun kini kita berada di bulan Ramadhan?? Mengapa status kemerdekaan negara masih dipersoalkan meskipun keadaan negara masih aman dan makmur tanpa peperangan atau darurat?? Mengapa status kemerdekaan negara masih dipersoalkan meskipun dah 53 tahun kita bergelar "rakyat yang merdeka"??


Teringat waktu mengikuti kursus BTN sebelum fly dulu, kitorang dipertontonkan tayangan video mengenai perjuangan rakyat dan pemimpin yang berganding bahu ntk mencapai kemerdekaan negara; yang perempuan menggadaikan barang kemas bg membantu pemimpin ntk belayar ke barat dalam proses kemerdekaan manakala yang lelaki pula mengerah keringat menyebarkan risalah2 patriotik kepada seluruh masyarakat.. Jika dahulu rakyat boleh berganding bahu bersama pemimpin ntk mencapai objektif yang sama, pelik gile bila melihat situasi kini yang mana rakyat boleh berpecah-belah atas nama politik?? Bila rakyat x bersatu, macam2 isu boleh timbul sehingga meleret membawa kepada isu besar.. Mujur iklan2 petronas setiap tahun menjelang hari kemerdekaan sentiasa mempunyai mesej patriotik ntk disampaikan..






MERDEKA!

Monday, 30 August 2010

Islamic World Food Festival

28 Ogos - KYOTO

Kepenatan setelah pulang dari 学会 (Conference) masih belum hilang namun ak terpaksa pergi juga ke 大学 (University) bagi membantu menjayakan オープンキャンパス (Open Campus) terakhir sebelum sesi pembelajaran bermula pada bulan depan.. Kali nih ak terpaksa membuat segala kerja2 mengangkat barang2 sorang2 memandangkan member2 lain dah "selamat" pulang ke 実家 (Parent's home) masing2 -_-" Terserempak ngan 高山先生 (Mr. Takayama) yang juga merupakan supervisor kepada rakan ak yg "bermasalah"; berita mengejutkan bahawa member yg disangkakan telah pulang ke Malaysia sebenar nye masih berada di Jpon dan kini keluarga dia terpaksa datang ke Jpon ntk "menjemput" dia pulang bersama.. Mujur supervisor tuh cakap member tuh masih memerlukan 3 単位 (Credit hour) ntk membolehkan dia 卒業 (Grad) tp dengan syarat perlu menghadirkan diri ke kelas! オープンキャンパス berakhir sekitar jam 1530 dan ak terpaksa bergegas pulang ke umah ntk bersiap bagi menghadiri program Iftar anjuran Masjid Kyoto.. 


Iftar bertemakan Islamic World Food Festival nih dianjurkan setiap tahun dalam pertengahan bulan Ramadhan; kali pertama ak menyertai program Iftar nih ialah sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di Jpon pada tahun 2008.. Tahun 2009 ak x sempat sertai kerana tarikh yang sama ak pulang ke Malaysia ;) Tahun nih merupakan kali kedua ia diadakan bertempat di 京都市勧業館 (Kyoto International Exhibition Hall)= Bergerak daripada 南草津駅 (Minami-kusatsu Station) sekitar jam 1650 menuju ke 京都駅 (Kyoto Station), dari situ kitorang naik bas menuju ke 東山ニ条 (Higashiyama-nijo).. Setelah berjalan kaki sekitar 10 minit, kitorang selamat tiba di destinasi sekitar jam 1745; waktu tuh dah ramai gak yang menghadirkan diri termasuk non-muslim kerana sesi pendaftaran bagi non-muslim sudah dibuka sejak jam 1600 lagi; terdapat sesi dialog dalam bahasa Jpon bagi membincangkan tentang Islam pada waktu tuh yg di laksanakan oleh seorang prof. daripada 京大 (Kyoto University)~


Alang2 dah sampai awal, ak try call keluarga angkat memandangkan tiket masuk diorang bersama ngan ak.. Terkejut bila mendapati diorang dah lama sampai ntk menghadiri "kuliah" jam 1600 tuh o_0 Dewan yang agak besar tuh menempatkan pelbagai juadah beraneka jenis daripada negara2 Islam seperti Mesir, Bangladesh, Indonesia, dan Iran.. Berbuka ringkas sebelum mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah; selesai solat kitorang diminta bergegas ke dewan makan kerana upacara bakal bermula lepas tuh.. Konon nyer 市長 (Mayor) akan merasmikan program Iftar nih seperti tahun lepas namun ak x perasan plak kelibat 市長 tuh; mungkin ak masuk lambat sket kot (笑) x boleh blah tgk pinggan bdk2 nih yang penuh dgn ayam tandoori; ghupe2 nyer Raju pon turut serta dalam program Iftar kali nih \(^o^)/ Selama nih dok bayar mahal2 ntk makan situ, kali nih amik free jer memang x leh lepaskan peluang aa~ (笑)
Sambil makan2, ak amik kesempatan ntk borak2 ngan beberapa orang Jpon yang turut hadir dalam program Iftar nih.. Terkejut gak bila satu pasangan Jpon nih memberitahu diorang dah hadir lebih daripada 4 kali program Iftar nih; konon nyer dapat tau daripada Kelas Bahasa Arab yang diorang sertai.. Bila di tanya kenapa nk blaja Bahasa Arab, diorang cakap "Nak berbaik dengan orang Arab~" Segan gile bagi seorang berketurunan Arab dan Islam yang x reti berbahasa Arab ;p Bile borak2 ngan orang lain, tetiba dia leh tanya samada kitorang daripada program JAD; ghupe2 nyer dia pernah mengajar 日本語 (Japanese) ntk JAD 3~5.. Kini mengajar di RITS ntk pelajar tahun 1 (笑) Nak masuk program Iftar kene ada tiket, tp tiket tuh hanyalah ntk menyertai acara cabutan bertuah lepas selesai makan.. Seperti biasa nombor yg ak dapat jarang bertuah (笑) 
Selesai program sekitar jam 2030, waktu tuh keluarga angkat ajak g lepak2 tempat lain tp oleh kerana ak masih kepenatan x sudah2, ajakan mereka terpaksa ak tolak dengan baik.. Dalam perjalanan pulang, usha jap livescore, terkejut match Arsenal dah lama start dan waktu tuh Arsenal tengah leading 1-0 hasil jaringan Walcott.. Try usha kt iPhone menerusi app TVUlite; kagum gile dapat tengok laju jer tp ghupe2 nyer dia kasi tgk free selama 2 minit jer.. Kalo nk tengok lebih kene beli app full version nyer berharga 600円 (RM 22) -_-" Laju jer balik umah ntk tgk guna komputer, nasib baik menang 2-1 \(^o^)/


p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~

Sunday, 29 August 2010

Sunshine City

25 Ogos - IKEBUKURO

Plan asal nk g Studio Ghibli, konon nyer tiket x di jual di situ jadi kene beli tiket siap2 kat コンビニ (Convenience Store) tp waktu nk beli boleh plak 売り切れ (Sold Out) jadi terpaksa pilih tempat lepak lain.. Tetiba ada kluar suara nk pergi Sunshine City yang terletak di 池袋 (Ikebukuro) kerana ada banyak tempat menarik kat situ.. Ak x kisah g memana janji leh lepak2 ngan member yang dah lama x jumpe= Keluar umah sekitar tengahari dan berjumpa di 池袋駅 (Ikebukuro Station) sekitar jam 1400~ Singgah di Bic Camera ngan Labi ntk usha2 netbook sambil menunggu kedatangan member lain~ Daripada situ kitorang bergerak ke destinasi dengan berjalan kaki~ Sampai jer situ, semua blank x tau nk wat per; muncul satu suara yang ajak p ねこぶくろ (Cat's House) yang terletak di tingkat 8 bangunan utama..


Sampai skang ada dikalangan kitorang masih mempersoalkan kenapa 4 lelaki macho leh masuk ke tempat tuh? Bayaran ntk tiket masuk jer dah 600円 dan kitorang stay kt situ sampai jam 1615; mana x nyer, waktu masuk situ hampir semua 14 kucing tuh tengah tido.. Staf yang bertugas bagitau yang kucing2 tuh akan bangun dengan sendiri pada jam 1600 kerana waktu tuh ialah waktu makan diorang.. Ingatkan budak2 jer yg masuk tempat camni, sape sangka orang dewasa sekitar 30~40-an pon turut serta kelihatan dalam tuh (笑) Pertama kali ak kasi makan kucing= Selama nih dok fobia ngan kucing dek peristiwa kucing cakar pipi kakak waktu kecik2 dulu~ Bayaran 600円 cam terlalu mahal jer sebab ruang yang agak sempit malah x banyak aktiviti yang dapat dijalankan.. Mesti laku waktu budak2 cuti sekolah jer kot~


X tahan stay situ lama2, kitorang berlepas ke destinasi seterusnya iaitu Ultraman Festival (juga di tempat yg sama) yang diadakan hampir setiap tahun di sekitar 東京 (Tokyo).. Kitorang sampai ke destinasi berikut nye sekitar jam 1630; sedih gak bile dimaklumkan yang kebanyakan pertunjukan telah tamat kerana pameran akan tutup pada jam 1730~ Bayaran tiket 1800円 ternyata x dipersia2kan melalui "input2" berguna tentang sejarah Ultraman~ (笑) Sebelum balik, teringin nak angkat sesuatu sebagai kenangan, malang nyer 葉書 (post card) pon 売り切れ gak -_-" Mujur dah beli Ultra Cola siap2 ;) Kitorang berbuka di restoran Thai (Halal) yang terletak di 新大久保 (Shin-Okubo)~ Ak baru tau 新大久保 juga boleh dikatakan 韓国タウン (Korean Town) kerana banyak gile kedai2 yang menjual barangan idol2 Korea~ Boleh kata majoriti awek Jpon penuh gile kt dalam kedai tuh o_0 Singgah usha2 keadaan di beberapa kedai sebelum pulang ke 町田 (Machida) semula~ 


p/s お疲れさん buat mereka2 yg terlibat menjayakan trip 関東 (Kantou) ak selama 3 hari! \(^o^)/ Jasa korang akan dikenang= Gambar2 lain boleh diusha melalui sini~

Saturday, 28 August 2010

平成22年電気学会産業応用部門大会 (IEEJ Industry Applications Society Annual Conference 2010)

24~26 Ogos - TOKYO

学会 (Conference) kedua dalam Jpon pernah ak turut-serta nih bertempat di 芝浦工大 (Shibaura Institute of Technology) cawangan 豊洲 (Toyosu).. Bukan sahaja pelajar University yang menghantar 論文 (Paper) malah 研究者 (Researcher) dari pelbagai 会社 (Company) turut sama memberikan 発表 (Presentation) pada hari berkenaan; sebab tuh kot 参加費 (Participation cost) lagi mahal daripada biasa iaitu 7000円 (RM 260) bagi pelajar -_-"


準備 (Preparation)
論文 telah selamat dihantar pada penghujung bulan Mei yang lepas; ak memilih ntk mengadakan ポスター発表 (Poster Presentation) kerana waktu tuh masih cuak nk buat オーラル発表 (Oral presentation) (笑) Sekitar bulan Jun kot terima email yang mengatakan 論文 telah diterima, tp waktu tuh memang sibuk gila ngn 学会 lain, 勉強 (Study), 研究 (Research) membuatkan ak memilih ntk menghasilkan poster pada waktu 夏休み (Summer Vacation) nanti~ Sikap bertangguh membawa padah apabila diberitahu RITS akan bercuti daripada 13~22hb Ogos sempena cuti お盆 (Bon Festival).. Yang pelik nye waktu ak g 予約 (Book) tempat ntk 印刷 (Print) poster, staf yang bertugas x cakap ape2 pon pasal 13hb cuti = Yakin jer ak 予約 13hb; bila pergi ke 事務室 (Office) tuh, pintu siap terkunci membuatkan kitorang terpaksa tunggu sampai 23hb baru leh 印刷 -_-"


Waktu gi 予約 23hb tuh, staf yang bertugas bagitau ada masalah dengan 印刷機 (Printer) membuatkan kitorang terpaksa tunggu sampai jam 1730 namun terpaksa akur menggunakan 印刷機 yang boleh print kertas saiz A1 sahaja.. Poster sebenar bersaiz A0 jadi kitorang kene print 2 kertas saiz A1~ Dah la nk print out pon mengambil masa yang lama, hasil yang di keluarkan pon perlu 調整 (Modify) banyak kali sebab 設定 (Setting) asal adalah ntk kertas A0 ;) Memikirkan ak masih belum siapkan beg ntk berlepas malam tuh membuatkan ak nekad ntk melakukan ポスター発表 dengan menggunakan slide PowerPoint jer~ Selesai kemas beg dan berbuka puasa, tetiba lan_pali yang baru pulang dari US ntk 学会 call cakap dia ada kt pintu masuk o_0

出発 (Departure)
Borak2 ngan lan_pali sampai x sedar masa dah nak jam 2200; solat terawikh pon lom lagi waktu tuh.. Tetiba dapat panggilan daripada 先生 (Supervisor) yang menyuruh kitorang g jumpa dia kt 南草津駅 (Minami-Kusatsu Station) waktu tuh gak sebab konon nye ada 人身事故 (Traffic accident resulting in personal injury or death)~ x leh blah bila diberitahu bomba pon ada skali waktu tuh.. 先生 ak pon g naik bas gak cuma bas dia awal 1 jam daripada kitorang.. Memandangkan ak pon blom bersiap ape2 lagi waktu tuh, terpaksa mengambil risiko dan bergerak dari umah sekitar jam 2230~ Tiba di 南草津駅 sekitar jam 2245; ghupe2 nyer 人身事故 tuh berlaku pada landasan berlawanan dengan arah yang kitorang nk g -_-" Bas bergerak sekitar jam 2355 dan selamat tiba di 東京駅 (Tokyo Station) pada jam 0630; 1 jam lebih awal daripada 予定 (Schedule) o_0  Lawak nye bas kitorang sampai lebih awal daripada bas 先生 ak naik (笑)

First time naik bas yang menunjukkan waktu bila diorang nk blah.. Memudahkan sket daripada dok bagitau pakai mic tp suara x jelas -_-"

学会 (Conference)

24hb Ogos - TOKYO

Sampai jer di 東京駅, kitorang bergegas ke 越中島 yang hanya berpisah lebih kurang 5 minit daripada 東京駅.. Daripada situ, kitorang singgah jap コンビニ (Convenience Store) berdekatan sebab member nk sarapan pagi ;) Waktu nk sambung perjalanan, bertembung plak ngan 先生= Perjalanan daripada 越中島 menghala ke 芝浦工業大学 mengambil masa sekitar 15 minit perjalanan.. Selesai urusan pendaftaran sekitar jam 0800, kitorang bergegas ke tempat di mana 先生 ak akan 発表~ Kesukaran ntk tido di dalam bas membuatkan kitorang tiada pilihan lain kecuali 'ter'tido sewaktu 発表 sedang berjalan (笑) Tengahari tuh plak member ak nyer bahagian ntk 発表; Selesai jer 発表, kitorang lepak2 jap sebelum masing2 mengundur diri= Sorang nk g pusing2 秋葉原 (Akihabara) alang2 pertama kali jejakkan kaki di 東京, manakala sorang lagi nk terus balik 関西 (Kansai) malam tuh gak~


Plan asal nk tido umah 後輩 (Junior) yang menuntut di 大学 (University) tuh; tapi last2 minit plak diberitahu yang orang nye ada バイト (Part-time) membuatkan ak terpaksa tido di umah member kt 町田 (Machida); 1 jam perjalanan dengan menggunakan 電車 (Train), dah la x cukup tido, masuk 電車 waktu tuh memang tengah ラッシュアワー (Rush Hour) waktu orang baru balik kerja jadi 満員 (No vacancy) -_-" Nak berbuka pon x sempat membuatkan ak terpaksa berbuka ikut waktu 関西 =( Penat giler malam tuh tetiba member leh ajak makan malam di Sweets Paradise (笑) Geram gile makan nasi putih ngan kuah kari kt situ~ Selebihnya makan manisan yang hanya sesuai ntk alas perut buat seketika; mujur member masak berat sket waktu sahur \(^o^)/ -->ご苦労さん!

26hb Ogos - TOKYO

Hari nih giliran ak plak ntk 発表; setiap kali hari2 penting, pagi tuh memang susah gile nak tido.. Ak gerak dari 町田 sekitar jam 0930 dan tiba di destinasi sekitar jam 1030~ Uruskan hal poster buat seketika sebelum lepak2 kt 研究室 (lab) 後輩 sampai tengahari.. 発表 ak bermula pada jam 1220; boleh kata ak sorang jer wat poster dalam 英語 (English) membuatkan x banyak soalan2 menarik yang ditanya.. Ada yang lagi best terus tanya ak leh cakap 日本語 (Japanese) ke x pastu terus soal macam2 dalam 日本語.. Kalo 学生 (Student) yang tanya pon seolah2 hanya mahu berkomunikasi dalam 英語 bersama ak -_-" Tensen jer tengok poster budak 大学 yang lain yg boleh bertukar2 syif ngn member; sorang 発表 dan sorang lagi g usha poster budak lain.. Best nyer ポスター発表 ialah waktu 説明 (Explanation), korang leh tunjuk video atau sumber rujukan dengan menggunakan komputer @ iPad tanpa peduli faktor masa.. Sesi ak berakhir sekitar jam 1400~


帰宅 (Returning home)
Plan nk lepak tido umah 後輩 petang tuh sebelum berangkat menaiki bas pulang ke 関西; malang giler nasib bila sampai 行徳 iaitu kawasan perumahan diorang, call sorang2 langsung x dapat2.. Kecewa gile plus mengantuk yang teramat membuatkan ak membuat keputusan drastik ntk tido di masjid yang berdekatan dan akhirnya Masjid Otsuka yang dipilih~ Waktu tengah 乗り換え (Transit) di 丸の内線 (Marunouchi line), tetiba ak ditegur oleh 小林先生 yang kebetulan dalam perjalanan pulang daripada 会議 (Meeting) JUCTe sambil ditemani seorang professor daripada 近大 (Kinki University).. Dok borak2 dalam masa yang singkat, tetiba 小林先生 memberitahu suatu info yang menarik; sekitar bulan november nih pihak JUCTe akan membawa beberapa pelajar JAD yang bertuah ntk pulang ke Malaysia bagi membentangkan hasil 研究 terkini di dalam bentuk シンポジウム (Symposium) --> Segala urusan perbelanjaan akan ditanggung 100% oleh pihak JUCTe! \(^o^)/


Ak berhenti di 新大塚駅 (Shin-Otsuka Station) dan dari situ jalan kaki mengikut GPS iPhone.. Dalam perjalanan boleh terserempak dengan satu 祭り (Festival) khas ntk kanak2 di mana mereka mempersembahkan beberapa bentuk tarian buat pengunjung? Sempat ambil beberapa keping gambar jer sebab kene gegas g masjid memandangkan ak masih belum mengerjakan solat pada ketika tuh.. Masjid keempat yang pernah ak jejakkan kaki di Jpon; bangunan kecil yang mempunyai 3 tingkat..

Selesai mengerjakan solat, ak stay di situ ntk berbuka bersama para jemaah yang hadir kebanyakannye daripada belah Arab dan belah India.. Jamah sedikit ntk berbuka lalu bersiap ntk mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah.. Ingatkan nk blah jer lepas tuh tetapi di ajak oleh sorang Indonesia ntk sama2 menjamah juadah berat di tingkat atas.. Alang2 dah lepak situ, ak stay terus sampai selesai solat witir sebelum berangkat ke 東京駅 ntk pulang~


p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini

Friday, 27 August 2010

Sebastien Squillaci

Arsenal telah berjaya melengkapkan pembelian ketiga dan kemungkinan besar terakhir sewaktu pintu perpindahan musim panas apabila membawa masuk pemain pertahanan berpengalaman, Sebastien Squillaci daripada kelab Sepanyol, Seville pada harga yg dilaporkan sebanyak 5.3 juta pound.. Dilahirkan pada 11 Ogos 1980, Squillaci akan memakai jersi bernombor 18 ntk pasukan Arsenal.. Karier bola sepak professional Squillaci adalah bersama kelab Sporting Toulon sekitar tahun 1997 sebelum berpindah ke AS Monaco pada tahun 1998~ Dibawah pengurusan Didier Deschamps, Squillaci berjaya membantu pasukan menuju ke pusingan akhir UEFA Champions League 2004 setelah menumpaskan Real Madrid dan Chelsea.. 


Squillaci berpindah ke kelab Lyon pada tahun 2006 dan berjaya memenangi juara Ligue 1 sepanjang bersama kelab tersebut~ Squillaci bersetuju ntk dijual ke Seville pada tahun 2008 pada harga sekitar 6 juta pound~ Pada peringkat antarabangsa, Squillaci mula bermain ntk negara sejak tahun 2009 dan kini telah mengumpul sebanyak 21 caps.. Kehadiran Squillaci ke dalam skuad Arsenal diharapakan dapat mengukuhkan barisan pertahanan yang sememangnya menjadi isu sejak beberapa musim yang lepas khususnya setelah Arsenal melepaskan 4 pemain pertahanannya sewaktu pintu perpindahan baru2 nih..


p/s Penulis masih mengharapkan kemasukan ramai pemain berpengalaman dalam skuad Gunners bagi menambahkan saingan dari segi mental dan fizikal ntk merebut piala musim nih~

Sunday, 22 August 2010

PES 2011


Seperti yang telah hangat diwar2kan, PES 2011 bakal menemui para peminat siri ini pada sekitar bulan 10= Namun, kemungkinan besar WE 2011 (Japan version) pula bakal 発売 (Sale) sekitar bulan 11 mengikut 発売日カレンダー (Calender) KONAMI.. Di umumkan pada 9 Febuari yang lepas, PES 2011 bakal menampilkan beberapa pembaharuan terutamanya dari segi corak permainan, aksi pemain, dan juga penambahan lesen; buat pertama kali UEFA Super Cup dan Copa Libertadores boleh dimainkan dalam PES 2011.. Konon nyer 解説者 (Commentator) juga ada pembaharuan bagi versi 海外 (Overseas) o_0 Antara pembaharuan yang menjadi tumpuan kali nih ialah Master League Online di mana pemain akan bertarung sebagai マネージャ (Manager) pasukan secara online; daripada dalam padang hingga ke luar padang iaitu proses membeli pemain! Ibarat pemain itu dilelong la plak, sape kasi harga tinggi dia dapat.. (笑) 3 kelab besar daripada liga German juga bakal muncul dalam PES 2011 iaitu Bayern Munchen, Schalke, dan Werder Bremen \(^o^)/ Nak citer banyak kang x cukup 1 entri, lebih senang kalo layan video di bawah~ Enjoy!





p/s Skang nih tengah sangap main Unblock Me kt iPhone ;p

Friday, 20 August 2010

コブクロ (Kobukuro)


Band yang ditubuhkan pada tahun 1998 ini dianggotai oleh 2 orang pemuda; Kobuchi Kentarou (Gitar, Vocal) dan Kuroda Shunsuke (Vokal).. Nama band nih juga di ambil daripada gabungan 2 perkataan pada nama anggota kumpulan, KOBUchi + KUROda.. Mereka bertemu di 大阪 (Osaka) pada Mei 1998 di mana waktu tuh mereka sering mengadakan persembahan di jalanan.. Pada September tahun yang sama, Kobuchi menyerahkan sebuah lagu kepada Kuroda; bila mendapati Kuroda kurang mahir menggunakan gitar, Kubochi menjadi gitaris ntk kumpulan tersebut dan akhirnye コブクロ telah dibentuk.. Mengikat kontrak bersama Warner Music Japan pada 2001 setelah kejayaan 3 album indie mereka, コブクロ melancarkan single pertama berjudul "Yell" sehingga meraih kedudukan #4 carta Oricon pada tahun 2001~ Album paling berjaya bagi コブクロ ialah "All Single Best" yang dikeluarkan pada tahun 2007 kerana terjual melebihi 3 juta unit.. Lagu yang paling berjaya pula semestinye "蕾 (Flower bud)" yang dikeluarkan pada Mac 2007 sehingga berjaya meraih pelbagai anugerah antaranye 49th Japan Record Awards~ Enjoy! 

Thursday, 19 August 2010

携帯電話 (Handset)

Kehidupan manusia zaman kini khususnye remaja memang x leh dipisahkan dengan 携帯電話 (handset).. Ak mula pakai handset sewaktu menjalani PLKN dengan Nokia 3310 kepunyaan abang sebagai handset pertama.. Pakai pon sebab senang nk simpan no member2 kem dan sebagai keperluan kecemasan ntk telefon keluarga kerana kemudahan telefon awam di kem tuh amat x mencukupi (masih dalam pembinaan -_-") Tamat PLKN, ak guna duit gaji tuh beli handset 中古 (2nd hand) member nyer Nokia 2100; ntah kenapa bateri cepat bengong membuatkan ak kembali pakai Nokia 3310 buat seketika sewaktu masuk program JAD.. Beberapa bulan lepas tuh ak angkat Nokia 6600 (sabun) di Low Yat pada harga nk dekat RM 1k ketika tuh o_0 Sepanjang 3 tahun menuntut di JAD, ak menggunakan Nokia 6600 sehinggalah hari ak fly~ Handset nih ak pass kt ahli keluarga ntk diguna; konon nyer dah hancur sebab terjatuh -_-"

 
CASIO W53CA
Sejak awal2 lagi dah diberitahu ntk ikat kontrak dengan Softbank kerana pakej panggilan percuma bersama pengguna Softbank daripada jam 0100~2100 dan perkhidmatan SMS percuma.. Sengalnye waktu nk g kedai Softbank awal2 tuh, kitorang gagal ikat kontrak sebab kekurangan dokumen2 penting terutamanya Alien Card.. Kecewa giler lantas pergi ke kedai AU; tetiba AU leh kasi lepas plak tanpa dokumen2 yg diminta pihak Softbank ;) Disebabkan kegunaan handset memang penting waktu tuh lebih2 lagi internet pon blom masuk, nk x nak ak buat gak kontrak dengan AU.. Handset pertama ak beli ketika sampai di Jpon ialah W53CA jenama CASIO sewaktu mendaftar ntk AU.. Bangga giler dapat handset nih yg berharga 0円 kerana ikat kontrak 2 tahun bersama AU.. Semua handset AU xleh un-lock ntk diguna pakai di luar negara -_-"


Sengal nyer hanya pakai x sampai setengah tahun pon seblom berpindah kepada Softbank pada awal Julai 2008 atas desakan rakan2 JAD yg lain pada waktu tuh (笑) Disebabkan ak langgar kontrak 2 tahun, ak dikehendaki membayar sekitar 2万円 (RM 750) -_-" Waktu nk tukar kepada Softbank, ak mempunyai pilihan ntk membeli iPhone 3G yang bakal memasuki pasaran Jpon buat pertama kali pada bulan tersebut.. Namun, ak dinasihati oleh pekerja Softbank ketika tuh yang menyarankan ak amik model lain memandangkan waktu tuh, plan iPhone masih blom ditetapkan dan dijangka bil internet jer dah nk dekat 1万円! Dok usha2 model lain, skali tertarik gile dengan Nokia N95 (X02NK) model X-series dalam katalog Softbank..

Nokia N95
Jenama Nokia memang agak jarang di Jpon, sampai skang kalo member nampak ak pakai handset nih, orang akan ingat ak beli di luar negara sedangkan dah terpampang perkataan Softbank kt handset tuh (笑) Ak angkat handset nih pada harga sekitar 4.6万円 (RM 1.7k) kalo x silap tanpa mengikat kontrak 2 tahun.. Waktu tuh memang bangga gak pakai handset nih sebab kamera 5.1MP disamping leh pakai WiFi.. Main2 pakai 3G ntk usha 地図 (Map) sekali bil handset naik lebih 5,6千円 membuatkan ak stop terus pakai 3G; sejak daripada tuh bil handset ak hanyalah sekitar 2~3円 jer sebulan~ Pengalaman memakai jenama Nokia sejak dari Malaysia lagi memudahkan ak menyesuaikan diri dengan cepat.. Serta-merta download macam2 apps dan cipta ring tone sendiri; kalo handset Jpon memang x lepas nyer, semua kene bayar (笑)  


Pakai Nokia N95 nih memang best waktu nak taip SMS kepada member2 Malaysia, tp bila nk hantar email kepada member2 Jpon, leceh giler dengan tulisan kanji ape sumer.. Walaupon boleh WiFi, nk tunggu data tuh proses mengambil masa yang agak lama sebab internet handset nih ibarat tengah guna kt komputer  (Saiz data adalah sama) -_-" Paling sengal bila ak try guna 3G di Malaysia; dah siap bayar sekali xleh guna sebab x 設定 (Setting) handset (笑) Memandangkan dah 設定 semua kepada Softbank, ak amik risiko main tukar2 sendiri tp gagal gak.. Malang nyer dah balik Jpon dapat masalah lain plak sebab x tukar 設定 semula (Seblom nih main tukar2 terus lupa nk bubuh ape balik).. -_-" Lepas tuh memang dah nekad nak angkat handset baru, dan model yang ada dalam kepala otak ak waktu tuh hanya satu, iPhone 4!! Sejak kt Malaysia lagi dah barua kt semua nk bawak balik handset baru ntk raya tahun nih ntk "menunjuk" kt ahli keluarga sebab time2 tuh mesti Malaysia lom kluar lagi handset nih~ (笑)

iPhone 4
Disebabkan ak 機種変更 (Change model) dan bayar secara 一括 (Sum up), ak x terikat kepada kontrak selama 2 tahun membuatkan ak x perlu bayar ±1万円 (RM 370) waktu nk balik Malaysia kelak.. Hmm, ntah nasib apa semua handset yang ak pakai di Jpon mempunyai kamera 5.1MP (笑) Barua sangat, kan dah dpt balasan x dpt pulang beraya tahun nih sebab ada 学会 (Conference) -_-" 


p/s Sehingga kini ak masih gunakan handset CASIO tuh sebagai Alarm Clock sebab handset tuh leh berbunyi dengan sendiri meskipun dah tutup 電源 (Power) seblom masuk tido..   

Wednesday, 18 August 2010

iPhone family

予約 (Booking)
Kalo diikutkan cerita, kaunter tempahan iPhone 4 dibuka pada 15hb Jun (Selasa).. Ak rancang nk g 予約 di ビックカメラ京都 (Bic Camera Kyoto) pada hujung minggu sebab ak akan bayar secara tunai bagi memperoleh point= Alang2 hari Sabtu tuh memang ada program di 奈良 (Nara) jadi dalam perjalanan leh singgah jap di 京都 ntk 予約 yg pada sangkaan ak hanya mengambil masa beberapa minit jer.. Siapa leh sangka kaunter tempahan di tutup serta-merta pada hari Jumaat memandangkan bilangan tempahan melampaui jangkaan pihak Softbank! Dah kecah banyak giler pasal iPhone 4 kt facebook skali orang lain dah tempah, ak plak gagal tempah; memang kene gelak aa waktu tuh (笑) Sikap optimistik ak mengatakan ada hikmah disebalik kejadian; hasilnye bila iPhone 4 dilancarkan, muncul satu masalah besar yg dipanggil "death grip" konon nyer bila tutup satu bahagian, signal terus hilang!


Kes nih dikatakan terlalu serius sehinggakan dengar cam ramai giler yang komplen.. tp bila tanye kt member2 yg dah pakai iPhone 4 di Jpon, macam xde ape2 masalah pon.. Bile Steve Jobs buat press conference pada 16hb Julai (Jumaat) menerangkan pasal isu signal dan juga pemberian casing secara percuma, ibarat dah terima "wahyu" ntk beli iPhone 4, ak terus tekad ntk 予約 (笑) Ak g 京都 pada 24hb Julai ntk 予約 alang2 dalam perjalanan menuju ke 大阪 (Osaka) ntk menyaksikan WWD hari tuh.. Ingatkan 予約 skejap jer, tp boleh tahan gak macam2 kene soal dgn proses penerangan secara terperinci memandangkan ak bukan pengguna iPhone sebelum nih.. Agak melegakan apabila diberitahu jumlah yang perlu ak bayar ialah 41880円 (RM 1554) daripada harga asal 46080円 (RM 1710).. Pemotongan harga daripada SB point = 1050円 dan diskaun tukar handset = 3150円~ Sedihnye bila diberitahu hanya 5% point yg diberikan oleh ビックカメラ kalo beli secara 一括 (Cash)~ Konon nyer iPhone 4 akan diterima dalam tempoh sebulan tempahan dibuat -_-"


購入 (Purchase)
Rezeki apabila ak menerima panggilan daripada pihak Softbank yang mengatakan iPhone 4 ak telah sedia ntk diambil pada pagi 14hb Ogos (Sabtu)~ Pihak Softbank memberi masa dalam tempoh 10 hari ntk mengambil gadget tersebut, tp dengan semangat nyer ak cakap nk amik petang tuh gak alang2 nk g 大阪 ntk berbuka puasa petang tuh.. Ak bayar menggunakan gift card 11500円 yg diterima hasil pertukaran エコポイント (Eco-point) dan selebih nye menggunakan wang peribadi.. Hasilnye jumlah point yg diberikan hanyalah 3% kerana menggunakan gift card.. Ak dah 覚悟 (Preparedness) awal2 lagi kene bayar bil telefon lebih kurang 5000円 (RM 185) sebulan gara2 memakai iPhone berbanding ±2000円 (RM 74) hasil penggunaan Nokia N95= Siapa sangka petang tuh jugak iPhone ak digunakan sebagai alat GPS ntk mengesan umah 後輩 (Junior) yang mengadakan majlis berbuka puasa tuh (笑)


Jailbreak
Bak kata member yg x mau dikenali, "iPhone x best kalo x jailbreak"~ Siapa sangka malam selepas berbuka puasa tuh jugak iPhone ak di-jailbreak oleh otai iPhone dalam sekelip mata menggunakan website www.jailbreakme.com! Ini semua gara2 teringin nak layan teknologi FaceTime menggunakan 3G daripada menggunakan WiFi= Setelah install perisian My3G, perasaan bangga xleh blah bila berjaya main FaceTime ngan mamat yg dok seblah jer (笑) Buat masa nih, skype iPhone xleh nk buat video call jadi ak pon x pasti bila la nk main FaceTime lagi lepas nih.. -_-" Alang2 dah jailbreak, banyak gile apps yang ak install antaranye i-KeyHoleTV yang membolehkan ak layan TV menerusi iPhone dengan menggunakan 3G..


Free Case
Pihak Apple akan memberikan casing percuma kepada pembeli produk iPhone 4 sebelum hujung bln 9; ntk tempah casing tersebut, kene install dulu App yang boleh diambil daripada App Store~ Yang x best nyer, casing yang ak minat xde plak dalam senarai pilihan yg diberi -_-" Produk Otterbox Defender kegemaran ak masih xde dalam pasaran Jpon membuatkan ak terpaksa pilih daripada 7 produk yg disediakan seperti di bawah..

Apple Bumper (Black)
Incase Snap Case (Smoke or Clear)
Griffin Motif (Diamonds/Smoke)
Griffin Reveal Etch (Black/Black Graphite)
Speck Fitted Case (Black Tartan)

Hasil penyelidikan melalui internet, ak berpuas hati dengan rating dan video yang ditunjuk di YouTube mengenai produk Griffin Motif ~ Sengal nyer bila dapat email daripada pihak Apple yg mengatakan casing tersebut konon nyer akan diterima pada awal bulan 10 -_-" x sanggup tunggu nyer pasal, ak angkat screen protector secara percuma menggunakan point card ビックカメラ pada keesokan hari nyer (笑)


p/s Dah terbeli Otterbox Defender ntk 3GS tp last2 x angkat pon handset tuh ;p Try pasang kt iPhone 4 tp x muat gak~ Sape nak angkat? Ak jual murah nyer~ (笑)

Tuesday, 17 August 2010

Words of Wisdom


  • Jangan sekali2 kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupon hanya sekadar senyuman
  • Dunia nih umpama lautan yg luas.. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnye.. Andai muatan kita adalah iman dan layarnye adalah takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup nih~
  • Hidup x selalu nyer indah tp yg indah tuh tetap hidup dlm kenangan~
  • Setiap yg kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran tuh terlalu penting dlm sebuah kehidupan.. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang~
  • Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnye
  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  • Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dgn ketenangan dan keamanan.. Hidup tanpa pegangan ibarat buih2 sabun. Bila2 masa ia akan pecah~
  • Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.. Memberi sedikit dgn ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tp diiringi dgn riak
  • Tidak ada insan suci yg x mempunyai masa lampau dan x ada insan yg berdosa yg x mempunyai masa depan
  • Kata2 yg lembut dpt melembutkan hati yg lebih keras dr batu. Tetapi kata2 yg kasar dpt mengasarkan hati yg lunak seperti sutera.
  • Lidah yg panjang nyer 3 inci boleh membunuh manusia yg tinggi nyer 6 kaki~
  • Agama x pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yg selalu mengecewakan agama.
  • Nafsu mengatakan perempuan tuh cantik atas dasar rupanye.. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannye.. Dan hati mengatakan perempuan tuh cantik atas dasar akhlaknye..
  • Keikhlasan tuh umpama seekor semut hitam di atas batu yg hitam di malam yg amat kelam.. Ianya wujud tp amat sukar dilihat..
  • Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagianan.
  • Seseorang yg bijak melahirkan kata2 selalu nyer disanjung sehingga ia mula bercakap kosong..
  • Harta akan habis digunakan tanpa ilmu ttp sebalik nyer ilmu akan berkembang jika ianye digunakan.
  • Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh tuh jika anda memiliki kedua2 nyer janganlah anda lupa pd Yang Maha Berkuasa.
  • Sahabat yg x jujur ibarat dapur yg berhampiran. Jikalau pun kamu x terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnye..
  • Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan..
  • Kita sentiasa muda ntk melakukan dosa ttp x pernah tua ntk bertaubat.
  • Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
  • Setiap mata yg tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
  • Jadikan dirimu bagai pohon yg rendang di mana insan dpt berteduh. Jgn seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api..
  • Menulis 10 jilid buku mengenai falsafah lebih mudah drpd melaksanakan sepotong pesanan..
  • Jgn menghina barang yg kecil kerana jarum yg kecil tuh kadang2 menumpahkan darah..
  • Kegembiraan ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainye sema akan dapat merasa harumnya. Oleh tuh berikanlah walau secebis kegembiraan yg anda miliki tuh kepada teman anda..
  • Esok pasti ada tp esok belum pasti ntk kita.. Beringat2 lah ntk menghadapi esok yg pastikan mendatang..
  • Reaksi emosi jgn dituruti kerana implikasinya x seperti yg diimaginasi~
  • Sahabat yg beriman ibarat mentari yg menyinar. Sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharumkan.. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah..
  • Orang yg bahagia itu akan selalu menyediakan waktu ntk membaca kerana membaca itu sumber hikmah; menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa; menyediakan waktu ntk berfikir kerana berfikit tuh pokok kemajuan; menyediakan waktu ntk beramal kerana beramal tuh pangkal kejayaan; menyediakan waktu ntk bersenda kerana bersenda tuh akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat tuh adalah ibu dari segala ketengangan jiwa..
  • Penglihatan itu sebagai panah iblis yg berbisa, maka siapa yg mengelakkannye kerana takut pada-Ku, maka Aku akan menggantikannya dgn iman yg dirasakan manisnya dalam hati..
  • Wanita yg cantik tanpa peribadi yg mulia, umpama kaca mata yg bersinar2 ttp x lihat apa2.
  • Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup=
  • Tanda orang bijaksana ialah hatinye selalu berniat suci; lidahnye selalu basah dgn zikrullah; matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa); sabar terhadap perkara yg dihadapi dan mengutamakan akhirat berbanding dunia
  • Jika kejahatan di balas kejahatan, maka tuh adalah dendam.. Jika kebaikan dibalas kebaikan, itu adalah perkara biasa~ Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim~ Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji!
  • Hidup umpama aiskrim, nikmatilah ia sebelum cair =)
  • Kata2 itu sebenarnyer x mempunyai makna ntk menjelaskan perasaan; manusia boleh membentuk 1000 kata, 1000 bahasa~ tp kata2 bukan bukti unggulnye perasaan..
  • Hidup x leh berpandukan perasaan hati yg kadangkala leh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu @ membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan~
  • Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang~ Malang nyer bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati x sanggup menerima penderitaan..
  • Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri @ emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan..
  • Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, jgnlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain~
  • Dunia ini ibarat pentas, kita adalah pelakonnye.. Maka berlumba2 lah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat..
  • Akal itu menteri yg menasihati, hati tuh ialah raja yg menentukan, harta tuh satu tamu yg akan berangkat, kesenangan itu satu masa yg ditinggalkan..
  • Selemah2 manusia ialah orang yg xleh mencari sahabat dan orang yg lebih lemah dari tuh ialah orang yg mensia2 kan sahabat yg telah dicari~
  • Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dr nenek moyang..
  • Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman, dan mati x berteman~
  • Lidahmu adalah bentengmu, jika ko jaganye maka ia akan menjagamu, dan jika ko biarkan nyer, maka ia x akan pedulikanmu~
  • Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dpt menguasai dirinye sendiri~
  • Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang; sedangkan orang lain menganggapnye sebagai batu loncatan..
  • Kalo kita lakukan semua yg kita upaya lakukan.. sesungguhnye kita akan terkejut dgn hasilnye..
  • Kita selalu lupa @ jarang ingat apa yg kita miliki, tp kita sering kali ingat apa yg orang lain ada..
  • Apa yg diperolehi dlm hidup ini adalah sepenuhnye daripada apa yg kita berikan padanye..
  • Fikirkan hal2 yg paling hebat, dan ko akan menjadi terhebat.. Tetapkan akal pd hal tertinggi, dan ko akan mencapai yg tertinggi..
  • Dunia nih xde jaminan melainkan satu peluang..
  • Kehidupan kita di dunia nih x janjikan satu jaminan yg berkekalan.. Apa yg ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.. Jaminan yg kekal abadi hanya dpt ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi~
  • Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia ntk menyambut kesempatan yg menjelma..
  • Kekuatan x dtg dari kemampuan fizikal, tp ianye dtg dari semangat yg x pernah mengalah..
  • Mengetahui perkara yg betul x memadai dan bermakna jika x melakukan perkara yg betul..
  • Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yg ingin sentiasa melakukan yg terbaik; jadikan sebagai aturan hidup ntk melakukan yg terbaik dlm apa jua yg dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

Monday, 16 August 2010

fakta menarik


Source: Mastika Ogos 2010
  • Salah sorang pengawal Maharaja Byzentium berketurunan lanun
  • Otak manusia sangat kompleks sehinggakan sesape yg nk programkan komputer ntk menyamai otak manusia perlu belanjakan lebih USD 8 bilion!
  • Otak manusia berhenti berkembang pada usia 18 tahun~
  • Sebenarnye mata manusia melihat semua benda dari atas dan bawah, tp otak yg membetulkan pandangan manusia..
  • Badak mempunyai kulit setebal 3.81cm sehinggakan peluru besi pon x mampu menembusinye..
  • Honey Badger @ sejenis binatang seperti landak boleh bertahan disengat ratusan lebah Afrika.. Sengatan yg sebanyak tuh leh bunuh binatang lain~
  • Ginjal manusia menapis 500 gelen darah setiap hari..
  • Negara terbesar di Benua Afrika adalah Sudan
  • Ramai yg menyangka Taj Mahal adalah masjid. Tidak, sebalik nyer ia adalah makam yg menempatkan kubur Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Masjid yg sebenar letaknye di sebelah barat Taj Mahal, manakala bangunan di sebelah timur pula, rumah tetamu.. Kedua2 nyer dibina menggunakan batu pasir berwarna merah..
  • Pembinaan Taj Mahal diselenggarakan oleh Ustad Ahmad Lahori sebagai ketua arkitek, Mulla Mushid dari Parsi, dan Muhammad Afandi, dari Turki.. Oleh kerana itu, Taj Mahal mempunyai gabungan ciri2 seni bina India, Parsi, dan Turki~
  • Keempat2 menara yg mengelilingi Taj Mahal mempunyai ketinggian 54m.. Kubah besar2 di tengah2 nyer pula berukuran 19m garis pusat dan 66.5m tinggi~ Pada setiap menara ini diukir huruf arab 'Ra' 'Ha' 'Mim' 'Nun' bermaksud "Rahman (Pengasih)", salah satu nama Allah~
  • Pintu masuk menuju ke Taj Mahal yg berwarna merah nih sebenar nyer melambangkan pengakhiran hidup duniawi dan pintu masuk menuju ke sebuah syurga di dunia~
  • Penyakit seperti akne, dan ekzema, titinus (bunyi dlm telinga yg kronik), gayat, fibromialgia, glaukoma, displasia serviks, sakit leher dan pinggang yg kronik, plimialgia reumarika dan banyak yg lain boleh disembuhkan dengan puasa; Malah doktor mengesahkan penyakit pekak pon leh dipulihkan melalui puasa!

京の七夕 (Kyoto's Tanabata)

15 Ogos - KYOTO

七夕 (Star Festival)
Sejarah mengatakan 七夕 berasal daripada Qixi Festival yang berlangsung di negara China; mula di raikan di Jpon sekitar 奈良時代 (Nara Period) dan kini Taiwan, Vietnam, Korea dll turut mengadakan perayaan yang sama setiap tahun~ Mitos perayaan nih ialah pertemuan antara 織姫 (Vega) dan 彦星 (Altair); menurut legenda, kedua pasangan kekasih nih telah dipisahkan oleh 天の川 (Milky Way); sungai yang dicipta daripada bintang2 yang bertaburan di langit dan mereka hanya dapat bertemu sekali jer setiap tahun.. Bagi agama 神道 (Shinto) pula, perayaan nih disambut dengan seorang 巫女 (Shrine maiden) menganyam sehelai kain bernama 棚機 (Tanabata) berdekatan dengan sungai ntk dihadiahkan kepada Tuhan sebagai suatu bentuk penyembahan meminta keselamatan buat padi daripada hujan ribut; dan juga supaya mendapat hasil penuaian yg baik di waktu 秋 (Autumn).. 


日本の七夕 (Japan's Star Festival)
Di Jpon pula, cara perayaan nih dijalankan ialah dengan menulis harapan, kadang-kala dalam bentuk puisi diatas 短冊 (Strip of paper) dan digantung kt 竹 (Bamboo) yg kadang-kala nyer dihias.. 竹 dan perhiasan tuh selalu nyer akan dibiarkan terapung di atas sungai atau dibakar selepas berakhir nyer perayaan tersebut, iaitu pada tengah malam atau keesokan hari nyer.. Cara sambutan 七夕 konon nyer berbeza mengikut tempat~


京の七夕
Walaupon pernah meraikan 七夕 ketika sedang menuntut 日本語 suatu ketika dahulu, ini mungkin kali pertama ak meraikan pesta yang agak meriah kerana dibanjiri dgn orang ramai.. 京の七夕 bermula sejak 6hb yang lepas dan hari nih merupakan hari terakhir pesta nih dijalankan.. Namun bilangan orang yg hadir tetap x boleh blah (笑).. Kagum dengan karya seni daripada 竹; kebanyakan yang hadir hanya ingin menyaksikan 光の天の川 (The lights of the Milky Way), di mana 80 ribu LED dipasang pada monumen gergasi diperbuat daripada 竹 di 堀川会場 (Horikawa Venue)~ Jalan kaki nk pergi jer ambil masa sejam, tp nak patah balik menuju ke 二条城前駅 (Nijojomae Station) pula mengambil masa hampir setengah jam! Pesta lampu hanya terpasang bermula jam 1900~2130.. Berat gile kaki waktu nak balik~ ;) 






p/s Gambar2 lain boleh didapati melalui sini~

Saturday, 14 August 2010

Iftar Osaka

14 Ogos - OSAKA

Iftar rasmi telah selamat dijalankan pada hari nih bertempat di kediaman pelajar 阪大 (Osaka University) sekitar 箕野 (Mino)~ Perjalanan mengambil masa selama 1 jam setengah daripada 南草津 (Minami Kusatsu) ke 北千里 (Kita Senri) dengan tambang hampir 千円= Daripada 北千里, kene naik bas no 175 dan berhenti di 小野原東.. Kalo usha daripada facebook, bilangan yang setuju ntk hadirkan diri agak ramai membuatkan ak khuatir kalo2 rumah tuh x muat.. Terkejut gak ghupe2 nyer diorang nyer rumah sewa ala2 banglo 2 tingkat dengan ruang tamu yg kaw2 luas.. Majlis dimulakan dengan bacaan yassin dan sedikit pengisian sewaktu menunggu masuk waktu solat sekitar jam 1850~ Pertama kali berbuka dengan kurma ntk Ramadhan tahun nih (笑) Jiran seblah diorang yg mempunyai kebun kecil turut sama "berbuka" puasa bersama kitorang sambil membawa sedikit buah-buahan~ Terbaik aa mee kari yang dimasak oleh diorang; majlis kali nih turut disertai oleh pelajar daripada 富山大 (Toyama University) dan paling jauh semestinye 長岡技大 (笑) Borak sakan ngan member2 lain seblom bersurai selepas mengerjakan solat tarawih berserta witir secara berjemaah.. Selamat sampai di 南草津 sekitar jam 0000 ;) 

Cubaan seorang pelajar RITS yang ingin menggunakan buah tembikai (Suica) sebagai medium ntk membayar tambang bas yg gagal..

Friday, 13 August 2010

The Verve

 
Band yang berasal daripada Wigan (UK) ini terdiri daripada Richard Ashcroft (vokal), Nick McCabe (gitar), Simon Jones (bass), dan Peter Salisbury (Drum)~ Ditubuhkan pada tahun 1990, band nih mula terkenal dengan corak lagu berbentuk psychedelic= Kebanyakan lagu2 yang dihasilkan pada awal adalah hasil daripada sesi jamming~ Sekitar tahun 1993, band nih pernah muncul bersama Oasis, sebuah band yang memang terkenal pada ketika tuh.. Pernah berpecah pada Disember 1995 apabila vokalis x seronok dengan keadaan band, namun menubuhkan semula band beberapa minggu selepas itu.. Nama band nih mula dikenali dunia apabila single pertama "Bitter Sweet Symphony" daripada album ketiga mereka berjaya memasuki carta UK #2 pada Jun 1997; lagu nih juga berjaya memasuki carta US #12, pencapaian terbaik mereka waktu tuh.. Lagu2 selepas tuh semua nyer berjaya mendapat perhatian ramai, namun nasib malang band nih bermula apabila pemain bass terjatuh di atas pentas sewaktu band nih sedang hangat mempromosi album~ Band nih berpecah lagi pada tahun 1998 sebelum bersatu semula sekitar tahun 2007~ Lawak nyer band nih berpecah kembali pada tahun lepas dan lepas tuh senyap jer sampai skang.. (笑)


p/s Sangkut ngan lagu nih waktu layan Cruel Intentions

Thursday, 12 August 2010

The Doha Debates

"The Doha Debates" merupakan sebuah rancangan berbentuk forum bebas bersuara dan berpusat di Qatar.. Rancangan nih mengetengahkan isu2 kontroversi dan hangat disamping cuba membawa mata dunia kepada Asia tengah sebagai satu cara menghubungkan dunia Islam kepada dunia barat.. Rancangan nih dikendalikan oleh Tim Sebastian, bekas koresponden ntk BBC dan penerima anugerah BAFTA (British Academy of Film and Television Arts) Richard Dimbleby pada tahun 1982~ Rancangan ini adalah sebahagian daripada Qatar Foundation, dan hak milik persiaran telah dijual kepada BBC World News dimana rancangan nih ditayangkan sebulan sekali, 8x setahun~


Corak debat ala2 parlimen olok2 dimana setiap siri akan mengetengahkan suatu topik hangat (motion); setiap pihak diwakili oleh 2 ahli panel dan setiap seorang akan diberikan masa ntk memberikan hujah; ahli panel dibenarkan menyuarakan pendapat setiap kali seseorang selesai memberikan hujah.. Setelah 4 ahli panel selesai menyuarakan hujah, tiba masa ntk para penonton di studio ntk mengemukakan soalan kepada ahli panel terbabit.. Rancangan nih mengambil masa hampir 50 minit dan sebelum berakhir, Tim akan meminta para penonton di studio ntk mengundi samada bersetuju dengan topik pada hari tersebut atau membangkang~ Keputusan undian akan ditunjukkan di akhir rancangan.. 


Rancangan ini bermula pada tahun 2004, dan sehingga kini telah masuk musim ke-6~ Setiap episod boleh di layan secara percuma melalui laman web nih~ Ak baru jer diperkenalkan dengan rancangan nih setelah membaca blog saifulislam dan setakat nih telah selesai layan 3 episod (笑) Lepas layan video di bawah, agak2 korang akan sokong pihak mane?

Wednesday, 11 August 2010

Good Luck


Kelmarin, member Jpon ak berangkat ke Turki ntk 留学 (Study abroad) selama 40 hari.. Seblom dia berangkat, kitorang berpakat ramai2 ntk hantar sms ucapan "Good Luck" memandangkan dia bakal hidup di suasana yg mana masyarakat sekeliling nyer menggunakan bahasa lain; dia pon tgh risau kalo2 orang sana x reti cakap 英語 (English) =) Waktu nak hantar sms, ak teringin plak nak tau "Good Luck" dalam トルコ語 (Turkish) agar nampak otai sket sms ak (笑) Hasil nyer, ak terjumpa macam2 perkataan menarik dan ak fikir elok dikongsi ntk entri kali nih~


  • Arabic: حظ جيد - بالتوفيق (pronounced, Haz jaid - be al tawfeeq)
  • Bengali: আল্লাহ হাফেজ (pronounced, Allah hafez) (Note: "Allah Hafez is not Bangla. It is an Arabic or Persian greeting, often used for "Good Bye" in Pakistan and Bangladesh, similar to the common 'Khuda Hafez")
  • Catalan: Bona sort
  • Chinese: 福 (pronouced, "Fu")
  • Danish: Held og lykke
  • Dutch: Veel geluk
  • English: Good luck
  • Farsi: Bedrud
  • Filipino: Pagpalain ka
  • Finnish: Onnea
  • French: Bonne chance
  • German: Viel Glück, Alles Gute!
  • Greek: Kali tihi
  • Hawaiian: Maikaʻi pomaikaʻi
  • Hebrew: בהצלחה (pronounced: Behatzlacha)
  • Hindi: Shubhakaamana
  • Indonesian: Semoga beruntung
  • Italian: Buona Fortuna
  • Japanese: Ganbatte kudasai
  • Korean: haeng un
  • Latin: Bona Fortuna
  • Maltese: Awguri
  • Mandarin: Zhu ni hao yun
  • Marathi: Shubhecha (Shu-bhe-cha)
  • Malay: Semoga berjaya
  • Norwegian: Lykke til
  • Português: Boa sorte
  • Romanian: Noroc
  • Russian: Udachi
  • Spanish: Buena suerte
  • Swedish Lycka till! (pronounced (IPA): lʏka tɪl)
  • Turkish: Iyi Sanslar (pronounced -- ee-yi Shans-la
  • Welsh Pob lwc
source: link

Teka-teki


1. burung aper kaki dier kat kaki, sayap dier kat kaki, paruh dier kat kaki, mata dier pun kat kaki? (burung kena pijak)

2. lalat ader enam kaki, hinggap atas seketul tahi kaki dier tinggal beraper? ( tinggal 5 , 1 tutup idung)

3. ulat gonggok ader 100 kaki, belok ke kiri tinggal beraper? (99, 1 beri signal belok)

4. burung ader 10 ekor hinggap atas satu dahan, pemburu tembak kener 2 ekor. Beraper ekor yg tinggal ? (10 ekor, ekor tak tanggal)

5. Kapal layar bertolak dari utara ke selatan, angin bertiup dari timur ke barat, asap kapal tu kemana (naik ke atas)

6. Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk. (masuk benang dlm jarum)

7. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai? (bas sekolah)

8. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais? (milo)

9. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki? ( kalau 2-jatuh)

10. Mana lagi tua, motorsikal ke kereta? (motor – bertongkat)

11. Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah (panjat pokok kelapa)

12. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan? (betina – duyong, bakar – jantan)

13. Kalau makan isi, buang kulit. Kalau makan kulit, buang apa? ( buang tebiat)

14. Kalau kat tangan jam tangan, kalau kat dinding, jam dinding, kalau kat dahi, jam apa? ( jambul)

15. Beza Burung dgn Unta (Unta ada burung , tapi burung tak ada unta)

16. Jauh macam ambulan , dekat macam doktor..apa dia?(nyamuk)

17. Potong panjang tak potong pun panjang?(kacang panjang)

18. Nampak dibawah cari di atas? ( bumbung bocor)

19. Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik( bilik – tutup tuk start permainan, stadium- bukak start permainan)

20. Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol (semut mata bengkak)

21. Ahmad bin Abu, kambing bin apa? ( Binatang)

22. Apa dia, 3 pasang - 2 kaki, 2 pasang - 1 kaki (kereta manual & otomatik)

23. Dalam dunia ni kan haiwan apa yang paling miskin, dihina dan dicercasian dia ( AYAM yelah sebab kalau nak makan dia kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dah tu peribahasa pun ada kata, org yang tak pakai selipar/kasut/alas kaki tu ber'kaki ayam' alamak ayam lagi yang kena..kesian dier..)

24. Dalam banyak -banyak huruf, huruf apa paling panjang (Paling panjang dan paling membosankan ialah huruf Q)

25. Ada 2 ekor katak, salah sekor katak tu melompat tapi yg sekor lagi tak melompat kenapa yg sekor tu tak leh melompat macam member dia..kenapa hah?? ( sebab yg sekor tu 'KATAK bawah tempurung' bab tulah ia takleh melompat macam member dia.)

26. Barang/benda jenis apakah yang disukai oleh semua orang tapi tak semua orang suka membelinya? ( Barang asli Sebabnya ialah kebanyakan harga barang-barang asli adalah mahal, jadi ada orang lebih suka membeli barang tiruan kerana ianya murah)

27. Buah apa yang gantung tak berdahan tapi bila pegang waktu panas ia melekat (buah melaka belum gaul kelapa )

28. Buah apa yang panas selama2nya bila2 kena pun panas. ( buah penerajang ngan penampor)

29. Ku kangkang ku taruk ku bukak uhhh sedapnye. ( Cermin Mata)

30. Bulu bertemu bulu semakin rapat semakin sedap rasanye. ( Tutup mata nak tido ler)

31. Badan bertemu badan cucuk batang keluar air . ( Mesin Tebu)

32. Tutup pintu tutup lampu bukak kain main. ( Panggung Wayang)

33. Lembu ada 4org pompuan ada dua jer benda tuape ke bendanye . ( Kaki )

34. Binatang ape ada banyak buahnye. ( Naga cina sebab yg main naga tu mungkin lebih dari 10 org jantan tu yg banyak buah dia tu )

35. Laki-laki kalau tak dapat benda tu dia gunakan tangan. ( Sudu atau garpu nak makan)

36. Masuk tegang keluar lembik. ( Stokin)

37. Bile dia masuk tegakbila dia keluar dia bengkok. ( Jari kelingking korek hidung)

38. Kenape org lelaki tak boleh berendam dalam air laut lama-lame. ( Takut jadik telur masin.)

39. Huruf apa paling tinggi (jawi)& paling panjang (rumi)
( huruf wau & Q )

40. Bulu bertemu bulu, dunia bertambah gelap ( tutup mata)

41. Banyak² singh, singh apa plg gembira? (Singarung)

42. Banyak² kelapa, kelapa apa tak der kat malaysia? (Kelapa laut Afrika)

43. Ada satu jln, bila warna hijau tak jalan, tapi bila warna merah, jalan tak berhenti sampai habis? (ubat nyamuk)

44. Ketika kecil pakai yang besar, bila besar pakai yang kecil,(pampers)

45. Banyak² pokok, pokok apa plg tinggi? (pokok kat gunung everest)

46. Banyak² pokok, pokok apa yang tak malu? (pokok menumpang)

47. Banyak² siput, siput apa org bela? (siput rambut)

48. Banyak² siput, siput apa plg bijak?(siput sarawak)

49. Menyepit bukan ketam, mencangkung bukan monyet? (chopstick)

50. Gosok² tegak? (strerika)

51. Dilihat keras di pegang cair? (airbatu)

52. Antara kapal & duit sepuluh sen mana lebih berat? ( duit sepuluh sen bila masuk dalam air tenggelam)

53. Banyak² rumah, rumah apa tinag dia kat atas? (kubur)

54. Benda terlicin kat dunia (org minyak)

55. Mlm hidup, siang mati (ikan)

56. Apa dia, kepala kat kepala, taik kat kepala, tangan kat kepala, kaki kat kepala? (kutu)

57. Banyak² angota ayam, apa plg sedap? (bulu ayam tuk telinga gatal)

58. Binatang apa yang bertelur & beranak (siput b@b!)

59. Banyak² kuih, kuih apa yang bukan kuih? (kueh teow)

60. Banyak² kereta, kerata apa yang pemandunyer memandu dari belakang? ( kereta sorong)

61. Ada 2 ekor anjing wat lumba renang, yang sekor menang tapi yang sekor lagi mati lemas kenapa? ( 1- anjing laut, 1- anjing biasa)

62. Sebelum masuk keriang, dah masuk basah? (uncang teh)

63. Mana lebih tinggi ayam ker kura²? (kura² sebab 4 kaki)

64. Banyak² jaring, jaring apa yang kalau wat tangkap ikan tak akan dapat? (www.jaring.com.my )

65. Dlm satu balang ada 2 jenis kacang - kacang hijau & kacang merah, cam mana nak asingkan kacang itu dgn tutup mata? ( asingkan jer lah coz cuma ada 2 kacang)

66. Ada kat rumah, tak ada kat bilik ada kat dalam air? (huruf "a")

67. Banyak² jam, jam apa plg murah ?(jamban)

68. Mata banyak, mulut satu, mata & mulut kat kakai? (kasut)

69. Tekan putih, keluar hitam? (door bell rumah india)

70. Anak raja mana yang jalan bawah tanah? (Putra LRT)

71. Bersih dia hitam, kotor dia putih? ( Papan hitam)

72. Kenderaan apa yang pemandu ramai, penumpang satu? (keranda)

73. Asal dari ayam, tapi tak sebut ayam, (telur tembelang)

74. Kalau kita tikam org sampai mati, selain kuar darah, kuar apa? ( kuar paper)

75. Banyak² van, van apa yang tak leh jalan? (van rosak)

76. Kenapa bila kita berak dlm air, taik tu tengelam timbul? ( taik tak tahu berenang)

77. Banyak² buah, buah apa yang banyak mata? (nanas)

78. Kecil hitam, besar putih? (micheal jackson)

79. Antara penyu dan telur mana boleh makan? ( penyu)

80. Burung yang tak bela anak dia? ( burung belatuk-bela atuk)

81. Bila sejuk dia cair, panas beku? ( telur ayam )

82. Masuk lurus keluar bengkok? (korek idung)

83. Banyak² baju, baju apa plg malas? ( baju tidur)

84. Banyak² kuih, kuih apa plg jauh seklai? (kuih bulan)

85. Tambat dia gemuk, lepas dia kurus? ( kelambu)

86. Kenderaan apa yang plg banyak tayar kat dunia nie? ( kapal kargo bawak tayar)

87. Buang isi, ambil kulit? ( tong sampah)

88. Atas pokok ada buah, atas buah ada pokok? ( nanas)

89. Pegang boleh, ambil tak boleh? ( bayang² )

90. Payung yang tak leh digunakan waktu hujan? ( paku payung)

91. Bulan yang boelh di capai? ( bulan kat kubah masjid)

92. Banyak² bunga, bunga apa yang disiram mati? ( bunga api)

93. Banyak² bola, bola apa yang gol dia kat mulut ( bebola ikan)

94. Dlm satu tahun ada berapa bulan? ( 1 bulan )

95. Apa dia yang ada kayu kat bibir? ( manusia pakai lipstik)

96. Banyak² tepung, tepung apa yang tak warna putih? ( tepung gomak)

97. Burung apa yang ada satu jantia jer ( burung kakak tua, sebab tak ada burung abang tua)

98. Benda apa yang warna dia sama dgn nama dia? ( cokelat)

99. Binatang berkakai 8, berkepak, bertelur 2, berbahasa mamak? ( mamak naik kuda bawak ayam)

100. Negara apa bila di buang satu huruf jadi benda, bila di buang 2 huruf jadik nama org? ( Itali)

101. Ada pertandingan lumba lari antara manusia ngan katak, tapi yang pelik nyer katak leh menang kenapa? ( manusia tu atlit paraolimpik)

102. Banyak² ular, ular apa plg masam? (ular sawa - sour)

103. Aku telah jatuh cinta, tapi aku malu untuk menyatakan hasrat ku itu, di manakah maluku itu? (indonesia)

104. Seorang pemburu nie tangkap harimau, pas tu dia jual kulit tu, tapi kemana pegi kepala harimau tu? ( maybank)

105. Ada 2 bangunan, kat kiri dan kanan, kat tengah² tu ada kolam, cam mana nak berak? ( pijak kaki satu kat bangunan kiri, satu lagi kat bangunan kanan, dan berak)

106. Apa beza seluar panjang dan kacang panjang? ( seluar panjang kalau di potong jadik seluar pendek, kacang panjang kalau di potong still kacang panjang)

107. Dlm dunia nie buah apa plg manusia suka tapi tak leh dimakan? ( buah hati)

108. Banyak² telur, telur apa warna hijau? ( telur Incredible hulk)

109. Dlm banyak² kerja kat dunia nie, kerja apa yg kita khidmatkan last seklai kat org tu? ( gali kubur)

110. Askar putih dalam gua? ( gigi)

111. Ia tak makan, tapi makin lama makin panjang? ( rambut)

112. Lagi tengok, lagi tinggi? ( kening)

113. Kolam di kelilingi rumput? ( mata)

114. Ular berlingkar dibawah hidung? (misai)

115. Dlm diri kita, apa plg manis? (jari)

116. Bahagian badan apa yg boleh dicuri? (tulang)

117. Dalam banyak-banyak tok –Nenek, tok apa tak boleh dipercayai jawab?( tok pembohong .Cerita sejarah)

118. Apakah benda yang berwarna perang dan boleh dijerat? (toyol lah)

119. Banyak² hantu, hantu apa yang tak der gigi? ( burung hantu)

120. Dlm batang ada daun, dlm daun ada isis? ( lemang)

121. Serai bawah titi (ketiak)

122. Banyak² unta, unta apa yang ada kat kutub utara? ( unta sesat)

123. Banyak² kaki, kaki apa yang tak boleh tendang? ( kaki kudung)

124. Org yang beli tak pakai benda nie, org yang pakai tak nampak? ( keranda)

125. Sentiasa masuk tapi sentiasa kat luar? ( butang baju)

126. Makin potong, makin tinggi? ( seluar panjang)

127. banyak kaki tiada tengkuk, tiada kepala tiada ekor ( ketam)

128. cam ner nak kenal comp. mouse tu , betine ke , jantan?? ( yang pakai pad betina)

129. Siang menguncup, malam mengembang? ( kelambu)

130. Ada sekor bapak b@b!, sebelum lintas jembatan, dia kira anak dia ada 10 ekor, tapi bila lintas jembatan dia kira anak dia ada 8 ekor, mana 2 ekor lagi. ( b@b! mana pandai mengira)

131. Biasa nyer kalau org sembur nyamuk kat rumah kan, kita akan tutup semua nyer termasuk lah tingkap, pintu, dan lain² benda yang terbukak. Kalau dah semua kena tutup,habis tu.. asap tu nak keluar ikut mana?? ( kuar dari lubang/corong penyembur tu lah)

132. Harga anak ayam lima puluh sen seekor Ayam betina lima ringgit seekor Ayam jantan sepuluh ringgit seekor Duit yang ada sebanyak Seratus ringgit Nak beli ayam seratus ekor jugak Berapa bilangan anak ayam, ayam betina dan ayam jantan yang harus dibeli dengan duit itu supaya bilangan kesemua ayam adalah seratus ekor juga. (anak ayam.....90 ekor ayam betina....9 ekor ayam jantan... 1 ekor )

133. Kalau kat tangan, org panggil jam tangan kalau kat dinding, org panggil jam dinding kalau kat dahi lak, org panggil apa? ( jambul)

134. Apa dai botak dan berbulu ( bola tangkis)

135. Banyak² ikan, ikan apa yang nak bunuh diri ( ikan cekik leher)

136. Ada misai bukannya kucing, ada poket bukannya kanggaroo, binatang apakah itu? ( doreamon)

137. Pegang kuncup tak pegang tak kuncup? ( pokok semalu)

138. Ade 2 biji kereta,satu warna merah dan satu lagi warna kuning yang sedang b'lumber tetiber jer kereta warna merah b'henti,tapi kereta warna kuning terus. KENAPA!!!!(sebab kereta merah pijak brek!)

139. Dari berjuta-juta spises ikan,ikan ape yang paling mahal -berharga? (ikan emas)

140. Orang ape yg sewel? (orang gila)

141. Dalam banyak² 'U','U' mana yg. tak kira keputusan? (Ikan yu.)

142. Dalam banyak² benda,benda ape yg. menjadi sumber warna? (WARNALAH)

143. Banyak banyak bom di malaysia,bom apa yang berwarna merah???? (bomba)

144. Dalam banyak² tempat burung raja udang suka tinggal kat maner ?????? (burung atas pokok,raja dalam istana,udang mestilah dalam laut )

145. Saper yg x makan x tidur x mandi x mati? (RAJA)

146. Kenapa apabila anjing berlari, air liurnya meleleh?? (sebab anjing tak pandai ludah air liur)

147. Dalam banyak² bom, bom aper yang tak leh meletup? (bomba)

148. Ade sorang budak,mak dia suruh beli kain dan tebu pastu,bila dia sampai je kat kedai,dia tanya kakak tuh. tentiba je kakak tu malu. Apasal kakak tuh malu agaknye?? (sebab budak tuh cakap "kak kain kak tebu kak".(kak kain kak terbuka)

tula kakak dia malu)

149. Sebanyak-banyak burung .burung apa yg tidak pandai terbang(burung patah sayap)

150. Pada satu hari ada seorang pencuri telah mencuri sebuah rumah semua nya sudah dia sapu.....tetapi ada yg tertinggal....apakah ia? (tinggal habuk)

151. Sorang lanun karam di lautan.ditemui mayatnya 100 tahun kemudian. setelah di buat bedah siasat,doktor pun menjadi hairan. kerana masih ada bahagian yang tidak kebasahan..apakah itu? (tulang kering)

152. Dalam banyak² batu, batu manakah yang paling sejuk?( Stone Clod)

153. Dlm banyak² batu, batu manakah yang paling kuat? (The Rock)

154. APA MANGGA YANG TAK BOLEH DIMAKAN TETAPI BAIK KEPADA KESELAMATAN KITA? (MANGGA YANG ADA DI PINTU PAGAR)

155. Kereta mewah dia yang punya, duit ada,isteri tak disara, kalau anda bijak orangnya, kotak apa keluar suara? (Speaker)

156. Dari rumah ada sehelai sajak, duduk berehat diatas titi, kalau anda seorang bijak,bagaimana tahu kawan sejati? (Bila senang dia ada, bila susah dia hilang)

157. Pistol apa yang bergas? ( kentut)

158. Dalam byk byk MI!..MI apa yang dalam TIN?!?!? (Milo)

159. Balak yg ada dlm lori balak di mana ujung dan mana pangkal balak tuh? depan lori kebelakang lori kee.. (ujung & pangkal tinggal kat hutan)

160. Buang bgn lua,makan bgn dalam,makan bgn lua,buang bgn dalam.apo tuh??? (jagung)

161. Binatang ape yg paling kurang ajar? (kutu)

162. Rumah apa yg orang buat dari atas (atap)

dulu pastu baru buat bawah dia pulak????( rumah lukisan)

163. Kalau IA dibuang daripada hujung "Orang Putih pun tahu" dia menjadi "tiada". Kalau IA dikembalikan dia "mungkin ada harga" dan dia ada di Negeri Sembilan. Kalau dia lengkap Orang Putih takkan tahu kecuali yang ada di Negeri Sembilan itu.Kalau I sahaja dibuang dia menjadi BIRUApakah dia ??(nil, nilai, nila)

164. Pada zaman jepun.. seorang jeneral Jepun gila telah teringin hendak makan buah-buahan tempatan di Malaya. Maka dipanggilnya ketua-ketua kaum di Malaysia seorang Melayu, Cina & India. Disuruhnya mereka membawa buah kegemaran kaum masing². Tak lama kemudian si cina berlari-lari datang membawa beberapa biji limau bila Jepun makan, muka dia berkerut kerana masam ini menjadikannya amat marah.. lalu ia pun mengambil limau² tu dan sumbat limau tu ke dalam lubang bontot si cina meraung²lah si cina malang itu sedang si jepun sibuk menyumbat limau datang si india bersama du biji kelapa melihatkan apa yang terjadi si india menjadi risau, bayangkan saiz kelapa dibanding dgn limau. Si jepun terus mengambil kelapa dan dikupasnya. Malang sekali kelapa itu berbau hapak lalu tanpa fikir panjang disuruh si india menonggeng agar boleh disumbatkan kelapa sepertimana yang di buat pada si cina tadi. Bila si jepun mula menyumbat si india tidak meraung kesakitan tapi ketawa terbahak-bahak kerana dari jauh si india nampak si Melayu datang bersama ?????? Soalnya, apakah yang dibawa oleh si Melayu kenapa si india ketawa walaupun bontotnya disumbat kelapa ?( buah durian)

165. Kenaperlerrr telinga gajah besar..? heheh naper? (sebab kalu gajah tu malu atau nangis ker boler ler die tutup muka die ngan telinga die yg besar tu..)

166. Kalau Orang England Orang Puteh mengatakan benda ini tiada walaupun sedikit, bermakna mereka akan mati dalam beberapa minit sahaja. Kalau Orang Malaysia, Orang Melayu mengatakan benda ini tiada walaupun sedikit, bermakna mereka akan mati dalam beberapa hari, paling lama pun dalam dua minggu.. Apakah bendanya tu? (AIR)

167. Tanggalkan yang diluar masak yang didalam makan yang diluar buang yang didalam (jagung)

168. Pada satu hari, ade 2 orang bapa telah pegi memancing dengan 2 orang anak. dapatlah mereka ikan sorang satu.. bila sampai rumah diorang check ikan tinggal tiga macammana perkara ni boleh berlaku?sila beri penerangan sekali ( Alaaaa apa susah² bapak 2 anak tu 3 orang jer laaa datuk,bapak dan cucu.. datuk dan bapa tu 2 bapabapa dan cucu tu dua anak. abendeee punya teka-teki bagi laa susah sikit bangg ooiiiii tak ikan tu tak jatuh la kalau jatuh mesti diorang kutip balik punya ini last call yer.. lepas ni kalo salah abang kasile jawapannya macam mana kalau ikan tu jatuh tengah jalan? yang mengecheck ikan-ikan diorang adalah seorang hakim yang tiada kaitan ngan teka teki ini.. so hakim tak main lah mereka semua pulang kerumah yang sama rumah tempat diorang tinggal ler.. sama hakim yang mengecheck ikan-ikan tu.. cuba piqiak lagi.. soalan nie kurang jelas nie. Adakah A pergi bersama B dan 2 orang anak B? Siapakah yang mengecheck bilangan ikan tersebut? Adakah keempat empat mereka itu pulang ke rumah yang sama?atau A tinggal di tempat lain? sedangkan B dan dua orang anaknya tinggal serumah. Sekiranya B dan anak anaknya tidak tinggal di rumah A maka sewajarnyalah ikan ikan tersebut tinggal 3.)

169. Anda sedang mengembara dalam sebuah hutan seorang diri, tiba-tiba anda ditangkap oleh sekumpulan orang asli hutan. Mereka merenung anda dan berkata-kata,"Dia ni bulehlah nampak cam bijak jer.." Anda dibawa ke kampung mereka dalam hutan dan disuruh duduk dalam satu bulatan. Sebelum mata anda ditutup dengan sehelai kain hitam, anda sedari yang ada 2 orang lagi yang bertuah yang duduk menghadap anda. Anda diberitahu yang raja orang asli hutan itu sakit dan dah nak mati dah. Dia menghantar wakil untuk mencari 3 orang terbijak di hutan itu. Anda dan dua orang yang lain telah terpilih, dan raja itu ingin memberi satu ujian untuk menentukan siapakah yang terbijak antara anda bertiga.Raja yang tua itupun berkata "Beta telah tempatkan kamu duduk dalam bulatan menghadap antara satu sama lain. Semasa mata kamu ditutup, beta akan menandakan satu titik atas dahi kamu, samada titik hijau atau merah, ia akan jadi apa-apa kombinasi, contohnya 2 hijau, satu merah, atau semuanya hijau, dsb. Bila beta buka ikatan penutup mata kamu, kamu mestilah mengangkat tangan jika kamu nampak titik hijau, samada 1 atau 2 titik. Jika anda dapat mengenalpasti titik warna apakah yang ada pada dahi kamu, beritahu beta bagaimana kamu boleh tahu" Jadi raja itu pun mengecat titik hijau pada dahi ketiga-tiga orang tadi. Bila penutup mata dibuka, ketiga-tiga mengangkat tangan masing-masing. Setelah berfikir sejenak, orang yang paling bijak (anda lah)

berkata,"Tuanku, saya mempunyai titik hijau. Sebab saya mengetahuinya ialah.." Bagaimana anda boleh tahu? (Katakan saya adalah A, dan dua orang yang lain adalah B dan C. Saya perlu pertimbangkan sama ada saya adalah merah atau pun hijau. Saya lihat B dan C mengangkat tangan, ini bermakna; Katakan saya adalah merah, dengan ini B lihat C hijau, dan saya merah. C lihat B hijau, dan saya merah. B sepatutnya tahu dia adalah hijau, kerana dia lihat saya merah dan C angkat tangan, iaitu C melihat dirinya adalah hijau. C juga berkeadaan yang sama, iaitu dia melihat saya merah, dengan itu B mengangkat tangan kerana melihat dirinya hijau. B dan C sepatutnya sudah mengetahui diri mereka adalah hijau ( serta merta )

----------->sekiranya saya adalah MERAH. Tetapi B dan C masih gagal menjawab, ini kerana saya BUKAN MERAH, tetapi HIJAU. Maka yakinlah saya bahawa saya bertitik hijau. Penganalisisan ini hanya berjaya dilakukan kerana mereka mengangkat tangan!!kalau main kejip kejip mata jer tak boley la nak buat teori )

170. Satu hari ali pegi kat bandar untuk gunting rambut. kat bandar tu hanya ada 2 kedai gunting, dah diorang 2 orang je yang reti gunting rambut.Ali pun masuk kedai gunting A. puhh kedai dia sikit punya bersih, tukang guntingnya pandai jaga kebersihan dan rambut tukang guntingnya sikit punya hensem cuttingnya.Ali masuk kedai sebelah, ceh kotor giler.. berterabur...siap ade lipas ngan tikus lagi... tukang gunting dia pulak selekeh rambut dia punya potongan hampeh berselerak habis...tapi ali pilih gak kedai kedua tu untuk potong rambut... kenaper yer?? ( Pasal cuma ada sorang je kat situ yg boleh gunting rambut lawa macam rambut Tukang gunting A iaitu Tukang gunting sebelah tu.( rambut dia punya potongan hampeh tu dikerjakan oleh tukang gunting A)

.Tapi kat sini ada exception iaitu kedua-dua tukang gunting tu tak boleh gunting rambut sendiri,kalu tidak lain ceritanya.)

171. Ade sorang sultan negeri inderasakti yang zalim dan anti ngan sorang bendaharanya yang sangat bijak. maka sultan ini bertemu semua hulubalang dan berkata,"beta akan sediakan 2 kertas undi untuk dicabut oleh bendahara, kertas itu tertulis samada BLAH atau SAMBUNG, kalau bendahara dapat BLAH maka dia kena letak jawatan, kalau dapat SAMBUNG maka dia kena sambung lah.." tapi sultan yang zalim tu meletakkan 2 kertas undi bertulis "BLAH". bendahara tu tahu akan hal ini sebab spy dia yang cakap. tibalah hari mencabut undi. ada 2 saja kertas bertulis "BLAH" dalam peti undi. so cammana bendahara tu nak mempertahankan kedudukannya sebagai bendahara, sebab dia nak lagi jadi bendahara??cuba jawap kalau pandai...( JAWAPANNYA CAMNI...BENDAHARA TU CUMA PERLU CAKAP NI JER..."NAMPAKNYA SAYA KENA IKUT ARAHAN SULTAN UNTUK MENCABUT 2 KERTAS UNDI INI SAMADA SAYA STAY ATAU BLAH... DIDEPAN SULTAN DAN SEMUA PENDUDUK NEGERI INI YANG DAH BERKUMPUL NI... SO DENGAN INI SAYA MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA SULTAN UNTUK MENCABUT SATU KERTAS DAN SATU LAGI YANG TINGGAL UNTUK SAYA LAH... DAN SAYA AKAN MENGIKUT APA YANG DITULIS DALAM KERTAS YANG TINGGAL TU... DIMANA SEMUA ORANG AKAN TAHU APA ISI KERTAS KEDUA TU.. IAITU BERLAWANAN NGAN KERTAS YG DICABUT OLEH SULTAN TADI..." SO SULTAN PUN MENCABUT KERTAS PERTAMA DAN TERPAKSALAH MENUNJUKKANNYA KEPADA PENDUDUK NEGERI YANG BERKUMPUL... MAKA TERTULISLAH BLAH (MEMANGLAH... DUA-DUA BERTULIS BLAH PUN)

... SO BENDAHARA CAKAP LAGI..."OO MAKA YANG TERTINGGAL DALAM PETI ITU KERTAS STAY LAH YER... YAHOO AKU DAPAT STAY LAGI... TERIMA KASIH SULTANKU YANG BAIKKK.." )

172. Mula-mula jumpa rumah hijau,lepas tu jumpa rumah putih,lepastu jumpa rumah merah,dalam rumah merah ade banyak orang negro.. apa dia? (BUAH TEMBIKAI )

173. Kenapa satu benda tu nampak lebih gelap kalau ia basah? contohnya kain putih kalau direndam dalam air, ia akan nampak kelabu sikit...kenaper ye..? (Bila kain basah,ianya diselaputi oleh air.Air ni bertindak sbg lapisan yang anti pantulan terhadap cahaya.Untuk melihat kita memerlukan cahaya.Semakin banyak cahaya yg masuk kat dalam mata makin terang kita nampak begitu juga sebaliknya.Jadi bila kain tu basah,lapisan air tu telah telah menyebabkan jumlah cahaya yg di pantulkan balik/diserakkan jadi sikit.Sebab itulah kita nampak kain putih yg basah jadi kelabu sikit.)

174. Tiap tahun berganti baru, apa benda yang tak baru-baru? ( KUIH bATANG BURUK)

175. Kenapa kedai 7-eleven perlukan kunci sedangkan ia buka 24 jam sehari, 356 hari setahun?? (Dah tokey dia suruh... nak buat camno)

176. Ada 10 budak hitam main tepi sungai 1 dah jatuh...pas tu apa yg jadi (yang lain selamatkan dialah)

177. 2 - 1 apa jadi (jatuhlah satu tu )

178. Satu hari abang nampak satu benda:-yang panjang, besar dan tegap..-yang masuk satu lorong gelap -dengan goncangannya dan bunyian yang ganjil..-setelah sampai, dengan perlahan, ia berhenti -dan keluarlah isinya bertaburan... (keretapi bawah tanah)

179. What's the diference between Gajah and Kain Pelikat Cap Gajah? ( Gajah belalinya kat luar. Gajah kain pelikat belalainya kat dalam kain)

180. And what's the difference between having a new wife and having a new car? (When having a new car, you avoid a hole. When having a new wife, you aim for the hole.)

181. And what's the diffrence between pucuk betik -papaya and a lady? ( Pucuk betik melembutkan daging. Lady mengeraskan daging.)

182. And what's the difference between when you want to pump a tyre and when you want to pump a lady? ( When pump tyre, you pump dulu baru naik. When pump a lady, you naik dulu baru pump)

183. And what's the difference between kapal –peasawat, terbang and skirt, rok ? (Kapal terbang makin tinggi makin tak nampak. Skirt makin naik makin nampak)

184. Binatanag apa lak paling miskin and binatang apa yg paling kaya (miskin ayam, kaya beruang)

185. Beza anak dara dengan hutan dara? (hutan - susah nak tarik balak kuar coz lum ada laluan, anak - susak nak masukkan balak coz lum ada lalaun)

186. Binatang 4 kaki ada 4 buah ( tarian singa)

187. Kenapa org gali kubur tak pakai spender ( pakai cangkul)

188. Banyak2 mee, mee apa yang tak boleh di makan? (misai)

189. Banyak2 pintu, pintu apa yang tak boleh di tutup? ( pintu Gol)

190. Dunia mana yang cuma ada 2 org (Dunia jam 10)

191. Daging apa yang ada satu tulang ( beef steak)

192. Permainan apa yang bila dimain kita akan tabit? (golf la.)

193. Dalam banyak-banyak warna, warna apa yang kurang sekali penglihatannya? (Warna gelap le dalam gelap kan susah nak nampak )

194. Bumi di atas Langit di bawah Apakah huruf di tengah- tengahnya??? ( huruf Y)

195. ADA SATU BARANG . BARANG NI BILA NAK DI GUNAKAN , KITA AKAN BUANG IA DAN BILA TIDAK HENDAK DIGUNAKAN KITA AKAN SIMPAN IA. (SAUH)

196. Satu perlawanan bola sepak antara lipan menentang lipas.pada masa pertama, lipan tewas tanpa perlawanan. kenapa.? jawab! jangan tak jawab!!! ( lipan tak habis pakai kasut pada masa pertama.)

197. Ada 3 ekor cicak, dua jahat satu lagi baik. yg jahat nie suke sangat lah gaduh. satu hari tuh yg jahat dua ekor gaduh. gaduh punyer gaduh, diorang pun jatuh. skali tuh tetiba cicak yg baik tuh jatuh gak. apsal? (sebab dia tepuk tangan!!!)

198. Ape benda yang kita makan kita sedut? ( Siput sedut)

199. Bolehkah anda matikan rokok dengan mata ????? (boleh mula² nyalakan rokok & lihatnya selama dua jam..mesti boleh padam)

200. Bunga ape warna hitam? (bunga tayar)

201. Ada seorang ahli korporat,dia telah pergi minta guntingkan rambutnya di sebuah kedai gunting.stail yang dia minta tidak diikut oleh si tukang gunting tersebut.jadi dia telah mengeluarkan surat saman untuk menyaman si tukang gunting tersebut.tetapi si tukang gunting tidak sedikitpun rasa gentar?mengapa dia berkelakuan begitu? (sebabnya sebelum si ahli korporat tersebut sempat menaip surat saman rambutnya telah panjang semula.)

202. Kereta dgn motor,yang mana lebih tua? (motorlah,sebab bertongkat)

203. Berikan 3 cara nak masukkan gajah ke dalam kotak. (buka pintutolak gajah masuk tutup pintu)

204. Dekat tubuh badan seekor lembu,kaki,kepala,ekor,dsb aper yang tak ada perkataan lembu? misalnye,,, kaki= kaki lembu, kepala= kepala lembu, ekor= ekor lembu, kulit=kulit lembu dan lain-lain ( Kutu b@b!)

205. Pada sebatang pokok pinang, ape yang tidak ada perkataan pinang? contoh sama seperti di atas. daun=daun pinang ( Sarang burung)

206. Dari kenaikan, sampai keturunan.tiada kedudukan? apa dia??? (naik bas penuh)

207. Makhluk apakah yang berkaki empat pada waktu pagi, berkaki dua pada waktu tengahari dan berkaki tiga pada waktu senja?( Manusia. Bayi, orang dewasa dan orang tua bertongkat.)

208. Sakit apa yang paling sakit? (Sakit tengkuk/salah bantal. Kalau tak berpaling tak sakit)

209. Apakah hukum menyembelih ayam pakai songkok? (Haram. Pasal kena pakai benda yang tajam sahaja)

210. Bunga apakah berwarna hitam?(Bunga tayar. Tak Hitam ke? )

211. Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia (Jawapan Tauge.)

212. Yang lari tak berekor, yang mengejar tak berkaki, yang melihat tak bermata (katak,ular dan ketam)

213. Bulat bukan piring, bersilau bukan lampu, nipis tapi keras (CD -Compact Disk, permukaan CD bulat dan bersilau.)

214. Mandi tak basah, makan tak kenyang, mengapa dan kenapa? (sebab mandi pakai baju hujan, dan makan junk food)

215. Buku apa letaknya di kaki? (buku lal)

216. Ada Bumbung tidak bertiang ada kaki tidak berjari. ( Langit)

217. Diikat dia berjalan dilepas dia diam penuh kaki didalam badan.(Kasut)

218. Ayam berkokok, tahi berderai.(Kukur kelapa)

219. Apa yang turun tidak akan naik lagi?(Hujan.)

220. Di luar syurga, didalam neraka? (Cili)

221. Diluar neraka, didalam syurga? (Durian)

222. Ikan apakah yang paling tua? (Ikan sembilang atau ikan keli. Pasal dah berjanggut.)

223. Yang dijemur sudah kering, yang menjemur belum balik (Orang sedang memanjat pokok kelapa)

224. Bila terang ia mengecil, bila gelap ia membesar (Anak mata manusia dan binatang)

225. Apa dia yang kelihatan betul-betul serupa dengan lutut kanan seorang manusia? (Lutut kiri manusia lah, sama sahaja kan)

226. Dua belas orang anak dididik, sangat gemar orang membelek, bertangan dua panjang dan pendek, sampai masanya dia memekik. (Jam tangan convensional, atau jam dinding )

227. Di tekan sekali terbuka, di tekan sekali lagi ia tertutup, kadang-kadang tersangkut apakah bendanya? (CD-Rom Driver/Pemacu CD-Rom.)

228. Tekan kanan tekan kiri, bila tekan hiduplah dia, bergerak-gerak kesana-kesini, mati dan hidupnya ditangan manusia. (Tetikus)

229. Buka pintu nampaklah cermin, dibawah cermin ada lampu, digunakan ia menyala, dibiarkan ia padam. (Flatbed Scanner)

230. Mulutnya sentiasa terbuka, menunggu rakan tolong suapkan.( Floopy disk driver )

231. Bermata tidak pandai melihat, bercakap tidak ada bunyi. ( Pen.)

232. Ada sebuah perahu yang hanya boleh memuatkan dua orang sahaja keseberang sungai. Semasa itu ada tiga pasangan suami isteri yang ingin menyeberang. Ketiga-tiga suami itu tidak mahu beralah sesama mereka, masing-masing ingin menyeberang bersama isteri tersayang. Persoalannya sekarang, bagaimanakah mereka dapat keseberang dengan suami mereka masing-masing? ( Pada mulanya dua orang isteri akan belayar keseberang. Kemudian tinggalkan seorang diseberang, seorang lagi balik semula untuk mengambil seorang isteri lagi. Sesudah sampai keseberang, tiap-tiap isteri akan membawa suami mereka masing-masing)

233. Daun koyak rabak, buah menggerutu. ( Buah Peria)

234. Pak Malau memetik buah petai, dibawa pergi makan kenduri, jika anda orang yang pandai, apa binatang tidur berdiri? ( Kuda, termasuk zebra)

235. Rodanya dua, kakinya lapan (Kereta Lembu)

236. Anda sedang memandu dari Kota Bahru ke Johor Bahru, semasa dalam perjalanan tayar anda pancit di Lebuhraya Segamat-Kuantan, dan keempat-empat nut pada tayar yang pancit itu hilang pula. Apakah yang anda perlu lakukan untuk meneruskan perjalanan. ( Ambil sebiji nut dari setiap tayar, dan gunakan ketiga nut itu untuk menggantikan tayar yang pancit tadi. Jangan lupa, jika ternampak kedai tayar ditengah jalan, belilah nut.)

237. Tahi apa yang di sebut manis? (Tahi Lalat kat badan manusia)

238. Berkulit di belakang berkulit di depan, mukanya banyak tiada bermata, kepada murid menjadi teman. ( Buku latihan )

239. Ada satu padang yang rata, ada enam perigi buta, ada enam gajah melata, ada benda nak dikata. (Sedang bermain billiard/snoker)

240. Di tengah parit ada apa? (ada huruf r )

241. Lubang gua ada dua, didalam gua ada berlian, kalau dibiarkan semaklah dia, kalau dikemaskan cantik berseri. ( Lubang hidung )

242. Di hujung nama disebut api, gigitnya sakit tidak terperi, badannya kerdil kecil sekali, kalau bijak cuba kenali (Semut api)

243. Dalam banyak2 kerbau, kerbau apa yg kita nak cari ? ( Kerbau yg hilang)

244. Kalau polis jadi petani, menteri jadi petani, akauntan jadi petani, doktor jadi petani, lawyer jadi petani, abis tu petani jadi apa? (Petani jadik ramai )

245. Dalam banyak2 binatang ciptaan Allah dlm dunia, binatang yg mana satukah serupa/sebijik macam gajah?.. (anak gajah)

246. Macamana nak cakap "saya naik motosikal" dlm bahasa jepun? ( Suzuki ku naiki)

247. Ada sebuah bas yang sarat dengan penumpangnya dalam perjalanan ke stesen bas. Apabila sampai di stesen, apa yang turun dulu? (Meter)

248. Ada seorang budak . Dia ni dalam perjalanan.Naik bukit turun bukit, naik bukit turun bukit itu je kerja dia. Cuba teka apa benda yang dia cari sebenarnya? (Cari penat)

249. Dalam banyak – banyak ubat, ubat apa yang di cipta bukan untuk menyembuhkan penyakit tetapi membunuh!?(Ubat nyamuk)

250. LAHIR DEKAT CHINA, BESAR DEKAT ARAB, ADA PADA AYAM, TAK DER PADA ITIK.. (HURUF A )

251. Keluar mengirin masuk mengirin apakah jawapanya ? ( butang baju )

252. Makan menyelam,tidur bergantung. (gayung )

253. Dalam banyak² pokok,pokok apa yg berani. ( pokok pisang )

254. Bulan bintang siapa bapa si bulan ( tang )

255. Bertopi,bukan askar .Berbaju putih,bukan doktor .Ada ekor, bukan binatang. ( taugeh )

256. Mee apa warna hitam? (misai)

257. Jika anda menunggang motorsikal dengan tiba tiba adalah 2 ekor binatang iaitu ular dan biawak maka yang mana satukah perlu anda jireK @ pijak ( BEREK MOTOR LAH )

258. Banyak-banyak tikus, tikus apa ada dua kaki? ( mickey mouse )

259. ayam berkokok.. harimau ( siang )

260. Apakah beza di antara muda mudi zaman dahulu dengan mude mudi zaman sekarang? (muda mudi zaman dahulu kini dah tuatapi muda mudi zaman sekarang masih tetap muda )

261. Yang buat bukan punya, yang punya tidak tahu, yang tahu tidak mahu. (keranda )

262. Kita tarik semakin jauh,kita hulur semakin dekat ( bendera )

263. Tembak ke lantai, tapi hidung yang kena. ( Kentut )

264. Dalam banyak binatang binatang apa yg paling bodoh selain lembu dan berikan sebabnya ? (unta sebabnya seumur hidup tinggal di tanah arab tapi tidak pandai cakap arab )

265. Kenapa leher zirafah panjang? (kerana kepalanya jauh drpd badan )

266. Ada laa pemandu lori ni,dia main langgar jer traffic light,dah la tu,lalu pulak kat jalan yang ader sign 'NO ENTRY'.tapi,yg peliknyer,polis traffic tak tahn pulak dia.kenapa? ( sebabnya,pemandu lori tu tak pandu pun lori dia,dia berjalan jer)

267. Mengapa anak b@b! berjalan tertunduk-tunduk ? (kerana ia malu yang ibunya seekor b@b! )

268. Macam ni..seorang pedagang Arab telah bermusafir .dia telah merempuh satu padang pasir yang luas lagi gersangoleh kerana bekalan makanannya telah habisdia terpaksa menyembelih untanya.dia telah menggoreng daging untanya itu.soalan nya ialah macam mana saudagar itu nak balik? (Balik dengan sudip balik daging )

269. Teki dalam satu situasi,hussein abu bakar yang sedang menunggang motosikal kena tahan oleh polis traffik dalam satu pemeriksaan polis di bandar sedangkan dia mematuhi peraturan iaitu mempunyai lesen memandu motosikal,memakai topi keselamatan dan motosikalnya dalam keadaan baik.mengapakah ini terjadi??? (Kerana motosikal itu ditunggang oleh tiga orang iaitu hussein,abu dan bakar.)

270. Duduk macam raja,selimut macam tidur ( Gunting rambut )

271. Apakah yang boleh naik tetapi tidak boleh turun? ( Umur )

272. Pada suatu hari ada seekor burung. Ia terbang di atas sebuah kapal terbang, tetapi ia tiba-tiba jatuh di atas kapal itu,mengapa? ( Kerana ia tidak tahan dgn bunyi kapal terbang lalu menutup telinganya dengan sayap)

273. ADA SEEKOR HARIMAU YANG GARANG SEKALI DI HUJUNG SEBUAH KAMPUNG. RAJA SANGAT BIMBANG AKAN HARIMAU YANG GARANG ITU.LANTAS RAJA MENGHANTAR DUA ORANG HULUBALANGNYA YANG GAGAH,BERANI LAGI PERKASA UNTUK MEMBUNUH HARIMAU ITU.MAKA,DUA HULUBALANG ITU BERJALANLAH KE HUJUNG KAMPUNG ITU SIAP DENGAN SEGALA TOMBAK DAN PEDANGNYA.LALU SAMPAILAH DUA HULUBALANG ITU DITEMPAT HARIMAU TERSEBUT. HULUBALANG PERTAMA LALU MENCAPAI TOMBAKNYA,BELUM PUN SEMPAT HULUBALANG TERSEBUT MENDEKATI HARIMAU ITU,DIA TELAH DIBUNUH DENGAN KEJAM SEKALI.LANTAS HULUBALANG KEDUA MENCABUT PEDANGNYA TETAPI DIA BERASA HAIRAN KERANA HARIMAU TERSEBUT KETAWA TERBAHAK- BAHAK MELIHAT KEPADANYA.KALAU ANDA SEMUA NI BIJAK (KONONLAH)

,KENAPA HARIMAU ITU TIDAK MEMBUNUH HULUBALANG ITU MALAH IA TERTAWA TERBAHAK-BAHAK???????? ( Sebab harimau tu garang sekali aje )

274. Ada sekor binatang. punya empat mata lima kaki dua kepala. kepak tak ada.. tapi satu badan.. satu jantung .. tak ada otak apa bintangnya..? (Mana ada binatang macam tue.. )

275. Dimana ada disitu tidak ada dimana tidak ada disitu ada cuba teka ( Bayang-bayang)

276. Selak kain,nampak bulu (jagung)

277. Ade orang melayu tengok orang cina makan dengan chopstik,selepas tu dia tengok orang India makan dengan apa? ( Mata)

278. Bila keseorangan, dia tahu ;bila dua orang, mereka tahu; bila tiga orang, mereka tidak Tahu ( kentut )

279. Aku berguna kepada manusia. Bertelinga dua bukan untuk mendengar. Namun digunakan setiap masa.. ( Kuali)

280. Aku bermata dan bertahta dikepala. Jika tahu cubalah teka.. ( Buah Nanas )

281. Banyak-banyak banduan berbaju belang, banduan apa yang susah nak tangkap? (Nyamuk)

282. Peha bertemu peha,masuk batang keluar air apa dia? ( Mesin tebu )

283. Peluk-peluk terkangkang,peluk-peluk terkangkang,nampak buah.. apa dia? ( Orang panjat pokok kelapa )

284. Air Apakah Yang Paling Berani Dalam Dunia Ini? ( Air Terjun )

285. Ia bersembunyi di belakang katil Hanya keluar di tengah malam Tetapi AWAS ia akan muncul di depan lilin ( Huruf L )

286. Ada sayap boleh terbang,gelaran di beri raja malam,Buang air di atas pokok, jadi hero pujaan ( Kelawar )

287. Banyak banyak sungai kat malaysia, sungai apa yg paling berat??? ( Sg besi kat Kuala Lumpur )

288. Abu Bakar Ellah dan Azman, siapa kuat??? ( Ellah sakit.Abu kuat )

289. Ada 2 kumpulan cicak,mereka berada di syiling sebuah rumah,tiap-tiap kumpulan menghantar satu wakil untuk berlawan,tiba-tiba wakil satu kumpulan itu kalah,kenapa ahli kumpulan yg wakilnya menang tiba-tiba jatuh ke lantai????? ( Sebab mereka bertupuk tangan.)

290. Apakah nama sejenis tumbuhan yang di hujung nama asalnya adalah sesuatu buatan manusia (Daun sup)

291. Dimana terletaknya kekuatan lori pengangkut sampah. (minyak diesel)

292. DIATAS ADA BULU,DIBAWAH PUN ADA BULU APAKAH JAWAPAN? ( MATA)

293. Dia lalu kite hormat ,kita lalu dia tak hormat ( keretapi )

294. ADA SATU NAMA IANYA BOLEH DIGUNAKAN, DIBACA DAN DIMAKAN. APA DIA? ( MANGGA - MANGGA DIGUNAKAN UNTUK KUNCI PINTU MANGGA SEJENIS MAJALAH MANGGA SEJENIS BUAH )

295. Ku kangkangkan kakinya,ku semburkan air, ku usap-usap,letak atas batang,rasa lega apa dia? (Cermin mata )

296. Buah atau benda apa yang tidak bernyawa jika dilangkah mati? ( buah catur/dam )

297. Ada 2 anak beranak..ibu dan anak perempuan nyer..keje mereka hari2 petik buah kelapa..suatu hari ibu nyer sakit..terpaksa lah anaknyer mengantikan nyer memanjat pokok kelapa..tuan punyer kebun risau lalu melihat apa yg budak kecil itu buat..dalam mencari tuan punya kebun tuh terperanjat melihat anak gadis itu tidak memakai seluar dalam lalu tuan kebun itu memberi nya RM20.00 utk membeli seluar dalam..lalu ia nyer pulang memberi tahu ibu nya tentang kejadian tadi..lalu keesokan hari nya ibu nya pergilah memetik buah kelapa seorang diri tampa memakai seluar dalam agar dia mendapat duit lebih dari anak nya..di pendek kan cerita tuan punya kebun pun ternampaklah ia memanjat pokok kelapa tanpa memakai seluar dalam. lalu tuan kebun pun memberi ia cuma 20 sen sajer soalan nya..kenapa tuan kelapa itu hanya memberi 20 sen sahaja sedang kan anak nya mendapat lebih dari nya??. apa benda yg boleh dibeli ngan duit secipot tu????jawap ler woiiiiiiiii.. (sebab tuan kebun beri 20 sen suruh dier beli pisau cukur sebab dah lebat sangat)

298. Ada seorang budak berlari ditepi pantai,bila dia pusing belakang nak tengok tapak kaki, tapi tapak kaki tu takde .mana hilangnya tapak kaki dia tuu?? ( sebab dia berlari ke belakang laa. )

299. Masuk Lurus Keluar Bengkok (Jari dok tengah korek hidung)

300. Sekumpulan cicak sedang berborak dengan rakan seperjuangan nya di siling rumah mengenai awek masing-masing tiba2 akibat ketidakpuasan hatimereka bergaduh dan yang menjadi pelik..mereka jatuh sebelum mereka bergaduh.kenaper ia terjadi demikian (kerana mereka sebenarnya berada diatas )

301. Banyak-banyak sampah. sampah apa yang tidak berbau busuk.??? (sampah masyarakat )

302. Kenapa orang perempuan takleh berjalan kaki di padang pasir? (sebab takut susunya bertukar menjadi keju )

303. Antara ayam dengan telur yang mana dahulu? (antara dulu)

304. Apo kalau lepaskan duk diam tapi kalau jalan merata dia jalan? ( Kasut )

305. Sebut sekali ia melihat, sebut 2 kali ia menjaga keamanan. apakah itu? (Mata)

306. Sekiranya di tahun akan datang semua binatang di dalam dunia ini memakai baju yang cantik serta menaiki kereta dan pandai memandu jadi semua manusia didunia ini akan naik apa ? (semua manusi pasti akan naik hairan betul tak )

307. Apa benda yang bila dia putus-putus leh potong. dan bila dia bersambung tak leh potong (pembahagi jalan raya )

308. Abu,Bakar,Muthu,Samy. mereka ini kawan baik. Suatu hari, Abu dituduh jahat, dia ditangkap dan didapati bersalah. Kenapa. ( Abu bakar motor samy)

309. Mengapakah tukang masak dianggap kejam. (pukul telur dan tumbuk cili)

310. Amat digemari orang tua-tua, disampan rapi kut merbahaya, ketika nak guna angkatkan peha, disorong dengan kepala pula, kalau anda berjiwa ceria, cubalah teka jangan ketawa..!!? (kacip)

311. DALAM BANYAK-BANYAK TELUR, TELUR APA YANG BESAR SEKALI? (TELUSAN DI KELANTAN )

312. ADA SATU BENDA YANG BERWARNA HITAM, BERSAIZ KECIL DAN BERPELUH? (SEMUT HITAM JOGGING)

313. Pisau digunakan untuk menghiris daging, daging digunakan untuk menghiris apa? (TAHI)

314. Tig, tig, tig, tag,tag, tag, keluar dengan berbunyi, tapi dengan senyap,,, apakah dia ha!??? (kentut)

315. Pakai topi,Buka topi,Picit perut,Keluar benda putih.Ha.. jawab..jawab.. jangan tak jawab. ( ubat gigi )

316. Jikalau anda seorang lelaki anda telah melihat seorang perempuan yang cukup sifatnya pada anda apakah yang menarik pada dirinya. (tangan)

317. Ade sebuah hutantinggal la seorang manusia bername tarzan..die berkawan baik ngan monyet..satu hari ..tarzan pergi la man di kat sungai.lepas die mandi,die bangun je monyet ketawa kat die.. kenape monyet tu ketawe kat die??? (sebab monyet tu pelik laa ekor die kat belakang tapi ekor tarzan kat depan)

318. Bila siang ia keseorangan ,bila malam ia berdua duaan ,bila subuh ia menghilang tanpa ia malam tidak bererti (huruf A )

319. Bukak kain nampak bulu, tarik bulu nampak biji,tarik biji nampak lubang ( jagung)

320. Ada tiga ekor b@b! mak abah ngan anak.. satu arie tiga² ekor b@b! nie nak gi minum ayor kat sg.. sg tue banyak boya.. boya² nie sumer suka makan daging b@b! pastue sampai jer kat sg tue bapak dan mak b@b! nie. turun le kat sg tue nak minum ayor.. pastue ngappp!!!!!! mati ler mak ngan bapak b@b! nie.. esoknya pulak anak dia lak minum ayor kat sg tue.. tapi semua boya usyar jer. haa kenapa semua boya kat sg tue tak makan anak b@b! nie?? ( sebab sumer boya dah masuk Islam.! )

321. Dua tiga kucing berlari Mana nak sama si kucing belang.. Kenapa dua tiga kucing.. berlari..? (kucing tu takut kena sunat)

322. Kutu apa yang haram disentuh? ( Kutu b@b! )

323. Di pijak-pijak tak mati,ditumbuk pun tak sakit,dicincang pun tak putus.Apa dia? ( Bayang-bayang )

324. Dalam banyak-banyak orang,orang mana yang paling bodoh sekali? (Patung orang-orang kat sawah padi! )

325. Ada sebuah kapal selam. di dalamnya terdapat ramai penumpang dan salah seorangnya wanita sarat mengandung. apabila kapal tersebut hendak berlayar, tiba-tiba kapal tadi tenggelam.KENAPA IA TENGGELAM? ( kerana kapal itu kapal selam dan ia memang tenggelam)

326. Macamana nak dapatkan saudara kembar yang mukanya sebijik macam kita,suara sama dan semua yang ada pada diri kita dia pun ada. ( Diri je depan cermin,tengoklah kembar kita kat dalam tu.)

327. Setiap kali kita bersin apa yang akan pasti kita lakukan -Secara tidak sedar (Tutup mata!! )

328. Kalau anda peminat lagu Hati Kama dendangan S.Nurhaliza dan N.Idris tahukah anda apakah jenama sesuatu barangan yang sering2 disebut oleh N.Idris dalam lagu ini. ( Yale- Jenama mangga)

329. Ikan, apadia ikan yg ada bulu ketiak? ( ikan duyung)

330. Diantara buah,buah aper yang paling sedap (buah yang manis )

331. Tubuhku panjang aku digunakan untuk bermain muzik di badanku terdapat banyak lubang untuk mengubah bunyiku. cuba teka sipakah aku (recorder )

332. Ada seorang pelancong arab datang ke malaysia .Pak arab berhajat nak makn burger tapi burger dah habis.apa peniaga burger tu nak jawab pada pak arab sedangkan dia tak tahu nak cakap arab.? ( saddaqallahhulazim )

333. Sebanyak-banyak batangbatang apa yang tidak dapat ditebang? ( Batang hidung )

334. Dalam sebulan ada berapa hari? (ada 7 hari ler, mana ada hari lain dah )

335. Monyet makan pisang,buang kulit,manusia makan kulit,buang apa? (Buang tabiat )

336. Mula-mula kita boleh makan dia tapi bila dah besar kita boleh buat bangunan (pokok bamboo)

337. Dalam satu perlawanan,Tak kiralah apa jenis perlawanan,Dikalangan binatang-binatang, Siapa yang layak jadi pengadil? (Kuda belang.. sebab warna baju pengadil sama dengan warna kulit kuda belang)

338. Tutup api, bukak tabir baru main (wayang)

339. Jilat, cucuk, tarik (masukkan benang ke dalam jarum )

340. Binatang apa hidup dalam tiga alam? (Kuda,dalam laut,kuda laut ,di darat kuda,di udara terbang,unikorn.)

341. DI ATAS SEBUAH KAPAL ADA RAKYAT, RAJA, DAN NABI. APABILA KAPAL ITU SAMPAI DI TENGAH LAUT TIBA-TIBA KAPAL ITU BOCOR LALU TENGGELAM SIAPAKAH YANG MATI ? (RAKYAT KERANA RAJA MANGKAT DAN NABI PULA WAFAT )

342. Bila keluar orang berbau bila tak keluar dia tak berbau.hehehe apa dia? (kentut)

343. Dalam dunia ni banyak orang.Dalam banyak-banyak orang tu kan,orang mana yang tak boleh bernafas. (Orang-orangan)

344. Sebanyak-banyak bunga,bunga apakah yang bewarna hitam??? (bunga cengkih )

345. APAKAH YANG MEMAKAN BATU, KETINGGIAN GUNUNG,MENOLAK AWAN MELIMPASI LANGIT, DAN MEMBUATKAN ORANG MUDA MENJADI TUA. (MASA)

346. RINGAN SEPERTI BULU, TAK ADA APA APA DI DALAMNYA, ORANG YANG PALING TEGAP DAN KUAT TAK BOLEH MENAHANNYA DALAM MASA TIDAK LEBIH DARIPADA I MINIT. TEKALAH. (NAFAS)

347. Lebih banyak anda ambil, lebih banyak anda tinggalkan di belakang. ( kesan tapak kaki )

348. Jam apa paling panjang? ( jambatan )

349. Kalau kamu tengok dia, dia tengok kau balik, kalau kau angkat tangan kanan, dia angkat tangan kiri haaa, tekalah (cermin)

350. Ada sebuah gua.Di dalam gua nie ada banyak intan & permata.Ramai yang ingin mendapatkannya.Tetapi di gua nie ada penunggu.Penunggu ini hanya boleh berkata "TIDAK".Suatu hari ada dua orang sahabat ingin mengambil intan & permata tersebut.Usaha mereka sia-sia belaka.Bagaimanakah cara yang berkesan umtuk mereka masuk ke gua tersebut.? (Penunggu adakah awak marah kami masuk ke gua ini.Jawab Penunggu "TIDAK"..Jadi masuklah mereka.. )

351. Kalau semua binatang dalam dunia nih jadik harimau. Harimau akan jadik ? ( Banyak )

352. Ada suatu benda. ketika ia muda warnanya hijau, ketika ia tua warnanya merah. benda yang sama ketika ia muda warnanya hitam dan ketika ia tua warnanya putih. (RambutTan )

353. Kiok dengar sini ye ! dalam banyak-banyak pokok, pokok apa yang tak leh kahwin? ( pokok pinang )

354. Kalau ada pada jalan.jalan itu bagus..kalau ada pada manusia.manusia itu terpuji.tapi kalau ada pada keris keris itu tidak menjadi..ape dia?? (LURUS )

355. Ade satu teka-teki yg berbunyi Ade seorang raja yang zalim,tapi yg kelakarnya belalai gajahnya tersangatlah panjang sehingga ke anjung istana.Pada suatu hari Raja tersebut menitah supaya bodyguardnya membawa bersiar2 di taman tidak jauh dari istana miliknya.Jadi terpaksalah bodyguardnya seramai 5 orang memimpin belalai yg panjang itu.Setibanya di suatu kawasan terdapatlah landasan keretapi dan kebetulan Raja tersebut hendak melintas landasan tersebut.Sedang melintas, sebuah keretapi yang gerabaknya amat panjang dengan laju menuju ke arah Raja yang sedang melintas.Tetapi yang sedang melintas itu ialah belalainya.Empunyanya masih jauh ketinggalan nun di sana. Soalannya, bagaimanakah untuk mengelakkan belalainya daripada dirempuh oleh keretapi yang sangat laju ituuu???? (mestilah raja tu suruh bodyguardnya menggosok-gosokkan balalainya yang panjang tu )

356. Ader sebuah lori..speed punyer la laju.dalam lori tu ader seorang melayu dan kelendan cina tiber2 lori tak leh nak brekkk..pastu jatuh dalam gaung.datang la polis,polis ni nak buat sportcekpolis cek2 ader 3 orang yang mati maner datang lagi sorang tuu? ( keling dan cina /drebar melayu )

357. HARGA SEHELAI KAIN IALAH RM6 SEMETER DAN BERAPA HARGA BAGI SEEKOR AYAM. (RM4,KERANA SATU METER BERSAMAAN DENGAN 3 KAKI,JADI AYAM ADA 2 KAKI )

358. Kenapa ikan berenang berkumpulan dan kenapa burung terbang berkumpulan??? (berenang dan terbang untuk negara )

359. Bila di tarik tegang bila buka bergulung (stoking)

360. Dalam banyak banyak gunung , gunung apa paling malas dalam dunia ? (Everest)

361. Langit tak nampak, tapi bumi nampak. Orang lain tak tahu, tapi kita tahu.apa benda tu. ( selipar yang berlubang )

362. 'Benda'tu kiter yang beli.tapi,'benda'tu kiter tak boleh pakai.jadi,kiter bagi la pada orang lain.tapikan,orang tu tak boleh tengok 'benda' yang kiter bagi tuapa dia 'benda' tu? ( kain kapan )

363. Banyak - banyak nombor dari 1hingga 999 yang manakah nombor yang paling terkuat. ( nombor tiga sebab kalau kita hendak angkat benda yang berat mesti kita bilang sampai tiga , 1,2,3, baru terangkat kan )

364. Ada lapan ekor cicak sedang bergaduh dengan seekor cicak ,setelah bergaduh cicak yang seekor tadi terjatuh ,tetapi beberapa ketika sekumpulan cicak tadi juga jatuh, mengapa???? ( sekumpulan cicak terjatuh kerana mereka bertepuk tangan, mereka lupa yang mereka berada diatas siling lalu mereka pun jatuh)

365. Kulum kulum pas tuh masuk lubang apeer dier?????? (masuk kan benang dalam jarum )

366. Banyak-banyak binatang kat dalam dunia ni binatang apa yang paling gagah? ( cicak sebab sentiasa tahan siling rumah )

367. KENAPA SEMASA BUAT JALAN RAYA ORANG TAK GANTI BATU DENGAN GULA-GULA? (NANTI ORANG AKAN AMBIL DAN MAKAN GULA-GULA ITU )

368. Dahulu,ada sepasang suami isteri di sebuah hutan.Si isteri yang berbadan dua teringin sangat makan daging kambing hitam.Maka,si suami pun pergilah mencari kambing tersebut.Malangnya,kambing tersebut tidak dapat dicari. Sekembalinya si suami,isterinya sudah selamat bersalin.Dia kesal.Lalu dinamakanlah anaknya itu Hafiz,mengapa??? ( Kerana anaknya itu adalah bayi lelaki!!! )

369. PERGI TERBANG,BALIK BERENANG (PANCING)

370. Binatang apa yang paling kaya? (Beruang sebab dia banyak wang.)

371. Kenapa durian tak gugur pada waktu siang,sebaliknya pada malam?jawab semua!!!! (sebabnya kalau durian gugur pada siang dia tahu tinggi ke rendah dia ,so kalau malam dia takkan nampaklah,so dia gugur ke bumi)

372. LUBANG BESAR IANYA TIDAK BOLEH KELUAR.LUBANG KECIL IANYA KELUAR DENGAN CEPAT (ORANG MELUDAH )

373. Dalam banyak-banyak van, van apa yang dapat dimakan? ( coklat vanhouten )

374. Benda apa yg matanya dalam air tapi badannya atas darat? (joran - mata kail )

375. Dalam sehari, berapa kali kita tengok tikar semayang ( tikar mana pernah semayang..keh..keh )

376. Kenapa superman pakai baju ketat ( sebab baju dia sais "S" )

377. Dia bukan mak saudara kamu, tetapi dia adalah saudara seibu sebapa dengan bapa saudara kamusiapakah dia? ( emak kamu ler.)

378. Masuk satu lubang keluar tiga lubang. ( Baju )

379. Pada zaman dahulu ada seorang perantau pergi memburu dalam keletihan dia tertidur di sebatang pokok lalu bermimpi seorang wali datangmemberitahunya janganlah kau memburu disini kalau kau mahu aku akan beri kamu satu seruling sakti bila kau tiup semua binatang didalam hutan ini akan menjadi jinak kepada kamu di setujulantas terjaga dilihat pada tanganya tadinya ada panah kini ada seruling lalu dia pun masuk kehutan ingin mencuba,dalam perjalanan ia berjumpa gajah,ular.beruang singa bila di tiup seruling kesemua binatang tadi menjadi jinak dalam keriangan dia berjalan pula dgn seekor harimau kumbang yg berada diatas pokok mengaum dgn kuat dan ingin menerkamnya lantas dia meniup seruling itu tapi lain jadinya harimau itu semakin kuat mengaum lalu pemuda itu larisambil meniup seruling itu semakin ditiup semakin kuat harimau itu mengejarnya(kalau diikutkan kata wali tadi semua binatang akan menjadi jinak)

kenapa semakin ditiup semakin kuat harimau itu mengaum dan mengejarnya?makin ditiup makin kejar harimau itu ( harimau itu pekak )

380. Dalam sungai ada buaya, dalam almari ada baju, dalam baju ada apa? ( kulit)

381. Ada sekumpulan gajah hendak menyeberangi melalui titi.ketua gajah menyeberangi nya dulu.apabila sampai di tengah titi.titi itu roboh dan kaki ketua gajah iti patah.gajah2 yang lain patah apa? (patah balik la )

382. Bumi berpusing' rumah bergoyang, binatang terseksa, manusia bergembira. bumi adalah roda,rumah adalah atapnya,binatang ialah lumbunya yang dipukul,dan manusia bergembira kerana dapat menaiki kereta lembu (kereta lembu. )

383. Ini adalah teke teki di bulan puasa berbunyi ada 3 orang budak A,B,C yg berpuasa si A korek hidung si B dengan tangan nye sendiri tapi si C pula yang batal puasa nya. kenapa? (sebab si C makan tahi hidung si B )

384. Dalam Banyak banyak Kuala, di Kuala manakah , penduduknya kerap menangis???? (KUALA KRAI)

385. Benda itu menyorok,tapi kepalanya nampak.Ha..jawab!! ( paku )

386. Binatang apakah yang suka menjual kueh pada waktu pagi dengan perkataan. "kuehkueh.kueh" untuk mendapatkan wang yang men cukupi ( itik.yang berbunyikuekkuehkuek..kueh )

387. Dalam dunia kini. semua naik. Roket naik, harga barang pun naik dan macam-macam lagi.Sedangkan yang turun adalah air hujan. Ada satu benda yang turun lambat tetapi bila naik cepat. Apa dia ? (Hingus)

388. Sedang kita berjalan-jalan membeli juadah untuk berbuka. Tiba-tiba semua orang terkejut dan berpaling ke belakang bila terdengar bunyi hon kereta. Kenapa? ( Belakang kepala mana ada mata, sebab tu kena berpaling untuk melihat. Kalau dah ada mata.kan senang)

389. Kita jalan dia jalan, kita berhenti dia jalan, dia berhenti kita jalan. ( Jantung)

390. Benda tu. macam gajah, tetapi cuma kecilnyeeee jeee. ( tu diiaaaa anak gajah )

391. Ade satu sungai tu memang ade banyak buaya dalam sungai tu and semua buaya dalam sungai tu ganas-ganas.pantang ade benda yang melintas akan disambarnya.suatu hari adalah 3 orang mamak nie nak ke seberang sungai sana tapi mereka nie terpaksa melintas sungai yang penuh dengan buaya ganas tadi mereka tiada jalan lain lagi untuk melintas sungai tu melainkan berenang sahaje.tanpa membuang masa lagi mereka pun menanggalkan baju dan hanya berseluar dalam sahajaapabila mereka terjun sahaja ke dalam sungai itupemuda pertama dan pemuda kedua terus disambar oleh buaya yang ganas-ganas itu tetapi yang peliknya pemuda yang ketiga itu pula tidak langsung diusik oleh buaya-buaya itukenapa pemuda itu selamat dan tidak disambar oleh buaya-buaya itu? (pemuda yang ketiga tadi memakai seluar dalam cap 'CROCODILE' dan buaya-buaya ganas itu menyangkakan pemuda itu adalah kaum kerabat nyer. )

392. Ada 7 ekor burung atas dahan,dibawah dahan tu ada longkang.datang lagi 3 ekor burung.4 ekor burung kena tembak,2 ekor burung terbang.soalannya,berapa dalam longkang tu? ( mana kita tahu dalam longkang tu berapa.takde ditulis pun dalam longkang tu - tak tau longkang tu dalam berapa meter)

393. Kenapa buaya tak boleh hidup di laut (kaki buaya pendek tak sampai ke dasar laut )

394. Dalam sebuah kapal terbang, ada seorang juruterbang dan tujuh anak kapal. jika kapal terbang itu terhempas, berapa orangkah yang sepatutnya meninggal dunia? ( 2 orang. kerana ada seorang juruterbang dan seorang penumpang yang bernama Tujuh anak Kapal)

395. Sebab apa kita tebang pokok balak ( sebab tak boleh cabut )

396. Seorang lelaki dijumpai mati tergantung di tengah-tengah sebuah bilik kosong. Di bawah lelaki tersebut ada sedikit air..takde kerusi takde apa2 di bawahnya. Tapi polis dapati dia membunuh diri bukan orang bunuh dia Jadi apa bukti dia bunuh diri? (dia berdiri atas seketula ais besarlepas tu dah cair)

397. Satu binatang yang digelar penyanyi ? (Binatang=Singa - singer)

398. Singa apakah yang tak boleh berlari? (SINGAPURA laa.. )

399. Zaman dahulu kala ada seorang lelaki suka makan daging ayam.Satu hari,kawannya memberi 2 pilihan.Samada makan sayur atau makan daging ayam.Tapi yang peliknya dia memilih untuk memakan sayur.Kenapa tu? (Sebab daging ayam tu busuk)

400. Sorang balaknak pegi keluar sebelum keluar kereta kesayangan diperiksa semuanya perfecttayar o.kenjin sihatso,dia pun masuk ke dalam keretastart enjinmasuk geartekan minyaklepaskan brektapi kereta tak nak berjalan mengapa lak macam tu? (kereta tak ada kaki,camna nak jalan.. )

401. Orang putih dia kawin ngan org. negrokanbila dia dapat anak gigi dia warna aper (mana ader gigi!!! takkan ler budak baru lahir dah ader gigikan??? )

402. Ader seekor burung dia nie tak pandai berenang, nak dijadikan cerita dia jatuh dari pokok lalau terjunam kat dalam sungai so, aper yang terjadi?kesian kan burung tu!!!! ( Dia terbang ler takkan dia nak mati free tul tak? )

403. Binatang apakah yang paling tua di dasar laut Bentuknya bongkok, bermisai panjang dan kakinya banyak.. ( udang )

404. Ada dua ekor ketam berlumba lari seekor warna hitam seekar lagi warna merah ketam yang manakah menang? (hitam kerana ketam merah dah mati kerana sudah dimasak)

405. Kalau di ikat dia jalan kalau tak di ikat dia tak jalan apa kah dia ? (kasut - bertali )

406. Binatang apa yang berkaki 7? (laba-laba yang patah kaki satu)

407. Ada dua ekor anak itik yang baru menetas yang mana jantang kah dan yang mana bertina kan. (yang didepan betina dan yang dibelakanglah jantan)

408. Antara motor dengan kereta yang mana lebih tua samada motor atau kereta? (Motor sebab ia menggunakan tongkat)

409. Ni ada tiga kedai kan.satu kedai cina,india,melayu.hari tu ada pelanggan nak kopi kan.dia pelikla kan apasal yg kedai cina dia kacau kopi tu kan sudu dia hala ke kiri,kedai melayu hala ke kanan,kedai india hala kedepan belakang..aaa jawab bang jawab ( sebab nak larutkan air ler.. )

410. Buah merah tapi boleh terbang,apa dia (buah tomato dim.kapal terbang )

411. Dalam banyak2 bola, bola apa kita kena tabik macam inspektor polis?? (bola golf )

412. DALAM BANYAK-BANYAK BINATANG BINATANG APA PALING SEKSI? ( kuda belang)

413. DALAM BANYAK-BANYAK MANGKUK , MANGKUK APA YANG TIDAK DIGUNAKAN UNTUK MENGISI MAKANAN? (Mangkuk tandas)

414. Buah, buah apa yang boleh kita langkah ? (buah dam)

415. Kenderaan apakah orang tak panggil kereta tetapi sebenarnya memang kereta..dan memanglah kereta betul betul le bereta.. fahamtak kereta-kereta Tapi orang tak panggil kereta (prepet atau teksi)

416. DIPELUK, DICIUM, DIBELAI, DIBUKA DAN ANDA MENJERIT DENGAN PENUH KEASYIKAN. (ORANG MENGAJI AL-QURAN)

417. Ada seekor lipan yang mempunyai 10 pasang kaki.suatu hari lipan tu berjalanlah tiba - tiba ia terpijak tahi lembu pastu ia sambung jalan balik tapi tengok-tengok berjalan guna 9 pasang kaki aje,1 pasang lagi pergi mana hah? (1 pasang lagi tu ia guna utk tutup hidung.. tahi lembu kan busuk ,dan sebab tulah ia tinggal 9 aje,,,betul tak? )

418. Cerdik berotak bukannya manusia, bercahaya bukannya dapat melayari seluruh dunia,tetapi bukannya bahtera jika pandai , apakah dia? ( KOMPUTER.- keterangan cerdik berotak-CPU, bercahaya- melayari seluruh dunia-INTERNET.)

419. Haa korang tengok betui-betui teka teki nie dalam banyak –banyak taik ,taik ape paling cantik. (tahi lalat - dekat badan kite la)

420. Kalau semua org jadi nelayan. nelayan jadi aper? (nelayan jadi ramai )

421. Selak kain nampak dia (Wayang Gambar )

422. Seekor kucing dikejar oleh seekor anjing. Tiba-tiba kucing itu hilang entah kemana. Kat mana agaknye kucing tu pegi? (Kat Sarawak le )

423. Bila di hampar menjadi bentuk empat segi bila digulung menjadi menjadi bentuk silinder apakah benda itu? (tikar mengkuang)

424. Antara katak bawah tempurung dengan katak bawah kotak, mane satu lebih cerdik. ( dua-dua same cerdik, pasal dua-dua katak)

425. Terdapat 3 helai kain yang berwarna biru,kuning dan merah.Ketiga-tiga kain itu direndam kedalam tiga buah bekas berisi air yang berasingan.Selepas setengah jam apakah yang jadi kepada kain itu? (Kain itu menjadi basah! )

426. Mula-mula pak abu bawa satu sudu pergi makan ubi kaya.lepas tu dia tengok sudu dia ada dua errr apasal ( sudu dia kena kerat)

427. Banyak-banyak mata , Mata apa yang paling Besar? (Matahari)

428. Ada seorg raja yg boleh bercakap satu perkataan sehari.dipendekan cerita datang lah seorg tukang masak utk bertanya kan apa yg ingin dimasak. dalam masa yg sama juga, si petani menyanyakan apa yg hendak di buat dgn padi masak. waktu yg sama juga sik tukang kayu tanya apa yg perlu di buat dengan kayu yg baru sampai. apa yg harus raja jawab.. ( ketam le..sebab raja suka makan ketam,padi diketam dan kayu itu juga diketam )

429. Didalam satu perlumbaan motorsikal Suzuki- panter dan yamaha- tzm yang mana sampai dahulu . ( Polis sampai dahulu - sebab lumba haram)

430. Kenapa kalau orang naik teksi, diorang tak bayar duit dulu?bila sampai kat tempat yang diorang tuju baru diorang bayar duit. ( sebab duit - zaman dulu dah tak laku )

431. Mengapa penggali kubur mengali kubur tak pakai seluar? (Sebab dia pakai cangkul untuk gali kubur )

432. Orang Melayu makan pakai tangan,Orang Cina makan pakai chopstik .Orang India makan pakai ape.????? (Pakai Mulut ler )

433. Apa yang ada di tengah 'pulau'? (Huruf L ler. )

434. Kita bangun dia tidur,kita tidur dia bangun,apa itu ??? (Tapak kaki la )

435. Ade 2 buah kereta sport sedang berlumba. sebuah warna merah dan satu warna biru. Semasa membelok tiba2 sebuah daripada kereta itu bang dalam belukar.Yang mana satu kereta merah /BIRU?? ( kERETA BIRU 'bLUE CAR')

436. Banyak-banyak tahi, tahi apa yang boleh di makan??? (Tahi Minyak )

437. Apakah negara yang mengalami banjir dan lepas tu baru mengalami hujan?? ( Negara Bahrain)

438. Banyak-banyak daun, daun apa yang tidak bertangkai??? (Daun Terup )

439. Bongkok Badannya, Berbulu Dadanya, Sabutnya (Sabut Kelapa )

440. Kapal Terbang, Terbang, Tinggal??? (Tengok )

441. SEBANYAK-BANYAK TIKUS, TIKUS APA BERJALAN DUA KAKI. ( MICKEY MOUSE )

442. Banyak-banyak kilang, kilang apa yang tidak memberikan sampel apabila ada pelawat yang datang melawat. (Kilang yang membuat duit )

443. Pada suatu hari,ada 5 org pemuda tengah jln2 kat sebuah kampung di dlm kampung tu.kawasannya di penuhi dengan pokok kelapaso semasa mereka b'jln dikawasan t'sebut mereka ada jumpa anak monyet minta tolong supaya ia diturunkan dari atas pokok itu.. sedangkan anak monyet ni pandai naik saja tak pandai turun.. so soalanya cam mana mereka mahu tolong anak monyet itu turun dari atas pokok kelapa itu. (buat apa nak tolong dia bukan sedara kita.)

444. Binatang apakah yang paling bakhil dan kedekut ? ( Kuda, cuba dengar bunyi kaki kuda bila berlari)

445. Kenapa kucing berlari sambil melihat belakang bila dia dikejar anjing. (sebab kucing tak de side mirror)

446. Ada 2 org berjalan terbalik - kebelakang. Sorang dari Johor dan sorang dari Kedah. Di mana mereka bertemu?(Mereka berjumpa di Tanjung Rambutan)

447. Aper benda pokok di bukit daun di air? ha jawap (pokok teh ler)

448. Seorang pemburu handalpergi berburu dengan menaiki sampan si sebatang sungai.Tiba disatu selekoh,seekor buaya yang sedang mengandung muncul dengan tiba-tiba.Dengan pantas si pemburu tadi menembak buaya itu Siapa yang mati dulu,buaya atau anak dalam kandungannya? (Buaya tak mengandung- bertelur)

449. Ambil sekeping wang kertas berharga RM10. Kemudian lipat duit berkenaan 2/3 kali… kemudian celupkannya di dalam sebuah baldi air yang mengandungi air yang berwarna jingga…kemudian angkatkan wang kertas itu pada tempat panas sehingga seharian. Soalannya, apakah yang akan terjadi kepada wang kertas yang dijemur tadi? (wang tersebut hilang kerana dicuri orang seharian ditinggalkan.)

450. Dalam banyak-banyak buku, buku yang manakah kita dah jemu untuk membacanya? ( buku lali )

451. Dalam banyak-banyak kapal kapal apa yang boleh bercakap??? (Karpal Singh )

452. Andainya dunia ini terbalik. Maksud saya monyet naik kereta ,kera naik basikal dsb.Untk meringkaskan teka teki haiwan menaiki semua kenderaan.Yg menjadi soalannya, kalau haiwan menaiki kenderaan manusia nak naik apa?Jawab aaaaaaaaah ( Naik hairan lah)

453. Dalam banyak huruf ,huruf apa boleh dikahwinkan? (huruf I & U)

454. Jika dia sedang berlari tiada siapa yang ingin mengejarnya, jika dia sedang sakit tiada siapa yang ingin mengubatnya dan jika dia sedang sembunyi tiada siapa pula yang ingin mencarinya apa dia buat gamaknya yeee???? (dia nak buang air besar )

455. Banyak-banyak kereta engine kereta apa yang boleh di sembelih dan dimakan??? ( kereta lembu )

456. Ianya bukan benda,keras bukan batutapi bila dipotong tetap panjang. ( kacang panjang )

457. Dalam banyak banyak aksesori kereta apa orang tak panggil kereta ( tali pinggang keledar )

458. Tahi apa kita selalu pijaK? (TAHI KITA TIDAK NAMPAK )

459. Bende nih kecik, Warnanya hitam, bernyawa, dan berpeluh.. apa dia? ( semut hitam yang baru lepas jogging )

460. Jatuh kebawah , tengok keatas (atap bocor)

461. Di tubuh badan kita ,apakah yang bukan milik kita. (tahi lalat)

462. Apakah ditengah-tengan bulan yang menyinari di tengah malam hari. ( Huruf L )

463. Kena apa kelapa jatuh (kena batu atau pun daun yang ada atas rumput tu)

464. kucing apa yang berwarna biru (doreamon)

465. Dalam satu kubang kerbau,terdapat 4 ekor kerbau,kemudian masuk dua ekor kerbau,kemudian lagi, keluar 3 ekor kerbau dari kubang kerbau. soalanya; berapa dalam kubang kerbau sekarang? (sebenarnya dalam kubang kerbau itu belum di sukat,tak tahu le! )

466. Di sebuah negara ade seorang puteri yg suka berkahwin dgn lelaki yg kacak.pada suatu hari puteri tersebut mulai jemu dgn lelaki kacak dan akan membunuhnya. jika anda lelaki kacak itu dimanakah anda ingin lari? jawab ler (ade hati nak jadi handsome)

467. Mak minah dia mengandung .pastu dia nak makan daging kijang.suami dia pi la cari daging tu .tapi mak minah dah bersalin.apasal dia letak nama anak dia mat ki (sebab anak dia tu kan lelaki)

468. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang bertanduk. (HONDA , HORN - TANDUK)

469. kalau pandai cube jawab dalam banyak2 kotak.kotak ape yg tak boleh dibuke & ditutup wassalam.( kotak penalti la)

470. Ada seorg lelaki..namanya ali..ali nak pergi kedai..tiba tiba, ada seekor anjing mengejarnya lalu menggigitnye..apabila anjing itu menggigit ali, ali ketawa berdekek dekek kenapa dia ketawa? (kerana anjing itu tak ada gigi nak gigit ali )

471. Tetamu duduk didalam, Pemilek duduk diluar. (Pengayoh Beca)

472. Tanam sekarang dan makan sekarang.Tanam la makan la - kata orang Kedah. (Tanam ulam dalam nasi )

473. DALAM SEBUAH KERETA BENDA APAKAH TAK DIPANGGILKERETA (TAYAR SPARE)

474. Ape akan terjadi kepada katak jika ianya diterbalikkan?? ( KATAK )

475. Dalam banyak-banyak binatang, binatang aper yang bertelur ditengkuk (kuda kepang)

476. Banyak-banyak binatang, binatang aper yang banyak telur? (naga cina)

477. Sekali dalam sejam, tiada dalam seminit, dua kali dalam sesaat. ape dia (A)

478. Dalam banyak-banyak ikan ikan aper yang mempunyai kepala yang besar dan mempunyai i badan yang sangat halus didunia ini (ikan bilis pakai helmet)

479. Bila malam, menjadi besar. Bila siang, menjadi kecil. (Anak Mata ler.)

480. Banyak-banyak buah, buah apakah yang tidak boleh dimakan (buah dadu)

481. Sebut sekali terlalu jauh,tak boleh disentuh. sebut dua kali terlalu dekat boleh disentuh dengan jari pulak tu.. (langit dan langit-langit dalam mulut)

482. Saya tidak mempunyai abang, adik dan kakak. ayah azman adalah anak kepada bapa saya. apakah hubungan saya dan azman (saya adalah bapa azman)

483. Alkisahnye, pada suatu hari Pak Abu hendah pergi menoreh getah macam hari-hari sebelumnya. Untuk sampai ke kebun getah dia tuh, dia mesti melalui hutan tebal dulu. Jadi dia pergi la naik motor. Sebaik saja dia mahu lintas hutan tu dia terlanggar 1 ekor kerbau lalu dia pon jatuh terkangkang bersama 400 ekor b@b! yang lain.Dia pon cedera laa. Wad apakah Pak Abu dimasukkan? (Orang kelate panggil juga loyar buruk iaitu wad lolok )

484. Dalam dunia nih, mutur apo yang paling murah?? Berbanding dengan air tin pon, mahal air tin lagi?? (Orang kelate panggil motor honda ' samah')

485. La ada mata, tapi tak boleh nampak. ia bergerak, tapi perlu digerakkan ia amat berguna kepada manusia (pen)

486. Jika seorang rakyat india pergi ke bulan apa akan jadi di bulan? (Maka bertambahlah seorang lagi rakyat india di bulan )

487. sebuah pohon mempunyai 12 dahan.setiap dahan mempunyai 30 ranting. setiap ranting mempunyai 5 bunga. 3daru pada bunga itu kembang ketikamatahari ada dan selebihnya pada bayang-bayang matahari. (solat. 12 dahan=12 bulan. 30 ranting=30hari dalam sebulan. 5 solat. 2 solat adalah zohor dan asar. )

488. Banyak-banyak ikan, ikan apakah yang mempunyai bulu ketiak ? ( tauke ikan )

489. kluar-masuk kluar-masuk.. lalu kluar buih apa kah itu? (GOSOK GIGI )

490. SUATU BENDA BOLEH DITEMPAH ADA SEHASTA ADA SEDEPA MATA DAN GIGI SAMA SERUPA MAKAN BERTERIAK DIMANA KAU JUMPA (GERGAJI)

491. MENGAPA TERBENTUK PASTI TERPISAH PERPISAHAN PULA PASTI BERTEMU BERTEMU MUDA PASTINYA LELAKI BERTEMU TUA BANYAK KHASIATNYA (HURUF P DAN E)

492. Dimanakah dalam dunia ni kita boleh jumpa hari KHAMIS datang dulu dari RABU. (Dalam Kamus la, kan ke huruk "K"dulu baru "R" )

493. DALAM SEBUAH KERETA BENDA APAKAH TAK DIPANGGILKERETA (TAYAR SPARE )

494. Ambil sekeping wang kertas berharga RM10. Kemudian lipat duit berkenaan 2/3 kali… kemudian celupkannya di dalam sebuah baldi air yang mengandungi air yang berwarna jingga…kemudian angkatkan wang kertas itu pada tempat panas sehingga seharian. Soalannya, apakah yang akan terjadi kepada wang kertas yang dijemur tadi? (wang itu hilang)

495. Dalam banyak-banyak buku, buku yangmanakah kita dah jemu untuk membacanya? (buku lali)

496. sebut 1 kali tiada makna sebut 2 kali ada pada semua orang sebut 3 kali ada pada diri sendiri (1-ku 2-kuku 3-kukuku)

497. Banyak-banyak tiang, tiang ape yang tak boleh patah? (tiang seri tegak berlima)

498. Lembu apa yang perlu kita cari ? (lembu hilang)

499. Apabila menjelang malam bulu di atasakan bersentuh dengan bulu di bawah sehingga sedar sampai pagi apakah bendanya (bulu mata)

500. Ada tiga mata satu badan, tiada mulut, hidung dan telinga, sentiasa ia berdiri, APA ITU? (traffic light)

501. Sebanyak-banyak kambing. tak kira le..kambing gurun ker. kambing jantan ke,,betina ker.. kambing aper yang orang selalu cari???? (Kambing hilang)

502. sebanyak-banyak kaki. kaki aper yang paling panjang????? (kaki lima)

503. turun tak naik balik. (air terjun)

504. apa benda yang orang curi yang dia tidak akan jual?(curi duit la)

505. DARI DAUN APABILA DICINCANG TERUS MENJADI BUNGA. (BUNGA RAMPAI )

506. Ini ada satu benda tidak lembut,tidak keras tapi bolehlah tahan kuatnya.dia ni kepala keras,di pukul-pukul kepalanya tidak pula pecah,tapi kepalanya semakin dipukul semakin tenggelam,apakah bendanya itu?????? (kepala paku)

507. MANUSIA DIBERI KAKI UNTUK BERJALAN ITIK DIBERI KAKI UNTUK BERENANG TUPAI DIBERI KAKI UNTUK MEMANJAT KALAU ULAR DIBERI KAKI APA DIA BUAT (MESTI DIPATUK KALAU DIBERI KAKI)

508. Yang manakah lebih tua,kereta atau basikal?dan beri alasan anda (basikal lepasal ada tongkat )

509. Bagaimanakah caranya untuk menangkap 10ekor gagak yang berada di atas sepohon pokok sekaligus??? (tangkap gambar)

510. Ada sorang akak tu..tengah masak..tetiba jerr sekor katak muncul depan akak kita tu, yelah biasak lerr pas tu ..dia halau lerr si katak tuu ngan penyapu..tapi yang jadik masalahnya..katak tu tak nak lari pasai apa tu dik non oii ( allo kawan ..itu katak ..mana tau lari woo..dia tau lompat saja )

511. Ada sebuah kapal yg besar,dalampelayarannya di tengah-tengah laut kapal itu mengelami kebakaran, semua orang meninggal dunia,tidak siapa dapat mengelamatkan diri. tapi ada satu sahaja yang masih hidup..apa dia? ( spana hidup.)

512. Kedai yang paling cantik di dunia? (kedai jamilah.Ini kerana dalam bahasa arab jamilah membawa maksud cantik.)

513. Kedai yang paling kaya? (rezeki motor)

514. Negara yang lapar? (negara Hungary)

515. Negeri yang lapar? (negeri Kelantan sebab dia tak makan!!!)

516. Ikan yang sentiasa sakit? (ikan kembung)

517. Ikan yang poyo? (ikan puyu.Sebab ejaan puyu dalam tulisan jawi pa,wau,ya`,wau.Jika disebut,ia boleh jadi puyu atau boleh jadi poyo)

518. Van yang sial? (Van Dammne)

519. Van yang boleh dimakan? (coklat Van Houten.)

520. Van yang terer main bola ? ( bekas pemain bola sepak Belanda iaitu Marco VAN Basten)

521. Air yang keras? (air batu)

522. Bas yang pandai? (bas sekolah)

523. Haiwan yang lebih pantas daripada cheetah? (Bura` iaitu haiwan yang dinaiki Nabi Muhammad semasa Israk dan Mikraj)

524. Air yang paling berani? (air terjun)

525. Ayam yang berada dalam kesejukan? (ayam yang berada di dalam peti sejuk.)

526. Pulau yang paling ringan? (Pulau Kapas)

527. Binatang yang kedekut? ( kuda sebab bila kuda berlari kan bunyinya kedekut, kedekut, kedekut)

528. Kereta yang pandai? (kereta kancil)

529. Batu yang boleh dimakan? (Air Batu Campur)

530. Van yang tak boleh bergerak? (van Nissan.Sebab dia terpacak kat kubur)

531. Bunga yang boleh dimakan? (bunga telur)

532. Keluarga yang suka makan bihun? (keluarga Mc Mahon)

533. Batu yang sejuk ? ( Stone Cold atau ais batu)

534. Buah yang tak boleh dimakan? (buah khuldi)

535. 4-1-air = ? (Anjing kencing anjing sebab anjing ada empat kaki,bila dia nak kencing,dia kena angkat sebelah kaki dia,lepas tuh baru lah dia boleh buang air.)

536. Banyak² binatang, binatang apa tak der kepala? (Ketam)

537. Berbelalai bukan gajah, mengaum bukan harimau? (Nyamuk)

538. Berkelip² bukan api, bercahaya bukannya lampu ? (Kunang-kunang)

539. Binatang apa tulang nyer satu? (Sotong)

540. Binatang apa keris di kaki? (Ayam)

541. Mempunyai jarum seribu, tetapi tidak pernah menjahit baju? (Landak)

542. Binatang apa berkeris di mulut? (Ikan Todak)

543. Ikan apa paling tua? (Ikan Sembilang)

544. Burung apa yang orang paling takut? (Burung Hantu)

545. Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia. (Tauge)

546. Anak pakai baju hijau, emak pakai baju merah. (Cili)

547. Banyak-banyak buah, buah apa tiada biji? (Kelapa)

548. Baju hijau kongsi bersama, baju putih milik sendiri. ( Petai)

549. Budak-budak hitam, bermandi dalam telaga merah. (Tembikai)

550. Buka kain nampak bulu, buka bulu nampak biji. ( Jagung)

551. Daunnya boleh buat pedang, buahnya boleh buat pukul gong. (Nanas)

552. Hujan tidak, ribut tidak, tetapi penuh air setempayan. ( Kelapa)

553. Masa muda ia tegak melangit, sudah tua ia tunduk mencondong. (Padi)

554. Ada anjing, arnab dan lobak. Anjing dan arnab tidak boleh bersama dan arnab dan lobak juga tidak boleh bersama. Sampan hanya muat pengayuh dan satu penumpang sahaja. Macam mana hendak menyeberang sebatang sungai dengan sebuah sampan sahaja? (Mula- mula bawa arnab ke seberang. Kemudian bawa anjing dan letak anjing di seberang dan bawa arnab balik ke seberang. Arnab diletak pada tempat ini dan bawa lobak ke seberang tempat anjing. Akhir sekali bawa arnab ke seberang)

555. Ada lima orang pakai satu payung tetapi mereka tidak basah. Mengapa? (Sebab tidak hujan)

556. Ada satu perahu yang hanya boleh muat dua orang sahaja ke seberang.Tetapi ada tiga pasang suami isteri yang cemburu ingin ke seberang. Bagaimana mereka dapat ke seberang dengan suami mereka masing-masing? (Pada mulanya dua orang isteri akan belayar ke seberang. Kemudian tinggalkan seorang di seberang dan balik semula untuk mengambil seorang isteri lagi. Sesudah sampai ke seberang, tiap-tiap isteri akan membawa suami mereka masing-masing)

557. Ada seekor kerbau menyeberang sungai, lalu di atas titi dan titi itu patah. Selepas itu lalu pula kambing. Apa pula yang patah? (Patah balik)

558. Ada seorang besar dan seorang kecil sedang berjalan. Si Kecil adalah anak kepada si Besar, tetapi si Besar bukan bapa kepada si Kecil. Siapa si Besar? (Emak)

559. Ada seorang budak mempunyai seruling yang ajaib. Bila sahaja dia meniup serulingnya maka semua binatang akan tertidur. Pada suatu hari, budak itu telah dikenakan hukuman mati iaitu dikehendaki memasuki kandang singa. Dalam kandang itu ada 10 ekor singa. Ketika singa itu hendak menerkamnya lantas dia meniupkan serulingmya lalu 9 ekor singa itu tertidur. Tetapi seekor singa terus menerkamnya. (Sebab singa itu pekak)

560. Saya pendek sahaja tapi agak gempal. Kekadang saya itam kekadang saya putih kekadang saya basah kekadang saya kering…tenguk masa lah. Saya sukerrr memberi berita baik dan kalo ade berita tak baik saya terbalik…ciannn kan ! Saya anak sulong tetapi kalo ikutkan teori abang nasir yang ‘hidup ini adalah parabola’saya anak bongsu..ekekkekeke..beskan manje gituk ! Siapa saya? (ibu jari)

561. Saya pulak bang long kata muke bersegi cam romlah ram..cedihkan? Tapi saya selalu ceria per walau kekadang gelap gulita. Keadang saya bau maggi kekadang saya bau kopi ..selalunyer bau minyak wangi ..aha Depa nikan kalo saya mati depa sure gilababi sebab takboleh nak IRC..saya apa dulik? Saya tak pernah mandi tak pernah gosok gigi tetapi kerap kene jual beli..sapa saya niiii? (pc monitor)

562. Saya rasa sungguh terseksa sebab orang tak kata saya ni seksi .. Saya bengang laaa , dah lah tu depa kata saya ni asik asik lagu asli Tidak kah mereka tahu lagu tu semua lagu abadi..mereka betul la otak pakai bateri Abis bateri mereka macam ikan pari..nasib baik abang nasir ada di sisi…tidak lah saya makan hati Tapi apapasal abang nasir dengan saya tak jatuh hati..ini sudah tentu Erra fazira yang abang nasir gila di hati…haaiiiii melepasssss laaa lagiiiiiiiiii…dondangggg sayang…sapa saya niiiiiii? (siti nurhaliza penyanyi tuh)

563. cam mana nak tahu sebatang pokok tuh ....yang mana depan yang mana bakang .... (kalu kiter menghadap dier..depan lah dan kalu kiter membelakang dier...belakang lah...tul kan.)

564. Ada 3 ekor burung kat atas pagar...kalau kau ambik senapang dan tembak ....kena sekor...berapa ekor yang tinggal? 565. Ada 3 orang perempuan duduk kat kedai makan ais krim. Sorang tengah jilat ais krim, sorang tengah hisap ais krim, dan sorang lagi tengah gigit ais krim. Korang rasakan...perempuan mana yang dah kawin? (yg pakai cincin)

566. Kereta apa di dunia ini yang boleh lompat dari pokok ke pokok? (MAZDA 323)

567. Kenapa ubi berisi dan kenapa wanita mengandung, pencuri kena tangkap? (Lambat cabut )

568. wokeh...benda apa dalam donia nih... makin digelek, makin banyak air... ( buah limau nipis laaaaa.... petua nak bagi banyak air tuuuu)

569. Bayangkan ko pemandu bas,jalan punye jalan benti kat satu bus stop.. naik 13 org pasenger pehtu benti lak kat bus stop lain.. turun lak 6 org pasenger.. pehtu jalan lagi sampai kat kontan naik lak nam blas org ... soklannyer.. berapa umur pemandu bas tu? (umo pemandu bas tu sebenornya sama ngan umo tukang jawab laaaa...iskkk tak kirer la sapa jawab kan aku dah bagi klu tadi.. bayangkan ko pemandu bas)

570. Andainya sekarang, disini ada 12 bungkusan dipenuhi dengan syiling.Salah sebungkus daripadanya adalah dipenuhi dengan syiling emas yang palsu Beratnya setiap syiling emas tulen ialah 10 gram sedangkan syiling emas palsu cuma 9 gram beratnya. Soalan : Kita nak timbang berapa kali baru dapat tahu bungkusan yang mana ialah syiling emas palsu? (Sekali timbang jer leh setel. Letak semua bungkus atas timbang, pehtu keluarkan bungkusan tu satu persatu sehingga berat dia menjadi round figure kepada 0 - eg.100 ker, 120 ker kerana kehadiran syiling berat 9 gm akan memberi jumlah berat yang hujungnya bernombor 9, 8, 7, 5, 4, 3, 2, atau 1.)

571. Dalam banyak -banyak huruf, huruf apa paling panjang. (Huruf Q )

572. Dalam banyak-banyak mangkuk, mangkuk apa isi air tak pernah penuh. (Mangkuk tandas)

573. Mengapa superman omputih pakai seluar dalam dekat luar ( Supaya nampak lebih sexy dan gelemour.)

574. Kayu balak yang tersusun diatas lori dimanakah pangkal dan hujung kaya balak itu. Dikepala lori kah atau belakang lori atau dimana kah. ( Pangkal dah ujung kayu tinggal dalam utan)

575. Binatang apo yang tak boleh berjalan, terbang,merangkak, mengelongsor, melompat, dan sebagai nya. (Binatang dah mampuih )

576. Aperkah jenis mati, nampak hidup tapi mati. ( Mati pucuk)

577. Dalam dunia nie aper binatang yang belakang ade ekor....depan pun ader ekor (Gajah)

578. Ape benda yang masuk..masuk..masuk tapi tetap kat luar (Butang Baju)

579. Apakah jenis benda elok yang paling disukai oleh lelaki dan yang paling tak sukai oleh kaum wanita? ( Madu ........ kan bermadu orang pompaun tak suka.)

580. Banyak banyak lembu, Lembu ape yang dicari orang ( Lembu hilang)

581. kertas ini berasal dari filipina.Kegunaannya bermacam macam.....siapa pandai sila jawab! (Manilakad)

582. Banyak² nasi.... nasi apa yg kita tak leh makan?! (nasi yg bercampur ngan b@b!.... kan?)

583. Ikang mender hok paling wangi dalam dunia nihh???...kalo tahu cubalah kalo rasa pandaii... aku gerenti tak lehh (ikan kerisi - tengok dalam iklan “krisie ...emmmm.....wangi”)

584. Benda ni kalau di hidupkan ianya berjalan kebelakang..dan berwarna hijau apakah benda itu? (Ubat nyamuk)

585. Ayama mana lebih terror? Ayam hitam kah atau ayam putih kah ? (Ayam hitam. Sebabnye ayam hitam boleh bertelur warna putih. Ayam putih takleh telurkan warna hitam.)

586. Bentuk Bola Warna Putih, Langit Warna Hijau, menatang apa tuh hah ? (bendera pas !! Hidup pas)

587. Kalau terrer sangat, apakah dia, dalam bahasa Arab, ayat berikut: 1. " Seorang tua terjatuh dari bangunan 400 tingkat " 2. " Siti lari keliling padang tanpa seurat benang " 3. " Gaji Dean dinaikkan menjadi 1 juta bulan depan" ( Tak payah belajar bahasa arab pun aku tau.. 1. Innalillahiwainnalillahirojiun 2. Astagfirullahhalazim 3. Alhamdulillah )

588. Apasal orang pompuan, yang pakai skirt pendek, kalau duduk, mesti silang kan kaki dia?? apasal? (manalah aku tau. aku tak suka jaga tepi kain orang . pegi la tanya pompuan tu..jangan lupa bagi salam dulu)

589. Ia bukannya makanan, bukan minuman tapi cukup disukai oleh ramai orang. Kalau ambil pinjaman bank tanpa faedah tu bolehlah juga tapi yang ni ambil benda ni tanpa faedah & mencari penyakit pulak! Apakah namanya? (Rokok)

590. Dalam tanah banyak biji...korek lubang...ambik sebijiiibuka kulit ade bijiksilap2 ade 2 bijik...kalo nasib baik ade 3!! dah test...SODAPPP!!ape kobodo ehhh jang??? ( kacanng NGAN YINN)

591. Ada satu gua, tiga orang masuk.Apabila sudah masuk,mereka bergaduh dan berdarah-darah.seorang menjaga pintu gua itu,bergerak ke hulu hilir, dan tidak memperdulikan apa yang berlaku dalam gua.Apabila di berhenti,dia tersentil keluar....apa dia? (orang makan sirih dan tembakau songgel)

592. Kenapakah ayam sewaktu ia minum air ia mendongak keatas. Berlainan pula semasa ia makan asyik menunduk aje (Ia makan ia boleh berak tetapi minum air ia memikirkan bagaimana ia nak kencing nanti.)

593. Putus apa yang tidak boleh disambung semula ( Mimpi )

594. Keretapi berlanggar dengan seekor gajah. Keretapi habis remuk tetapi gajah tidak sedikit pun cedera. Siapa yang kuat? (Orang yang berceritalah yang kuat. Kuat berbohong)

595. KARI APER TAK ADER KUAH? (Karipap)

596. Kata orang-orang tua kalau kau masuk kandang kambing..kau mengembek. Kalau kau masuk kandang rimau kau...? (Masuk kandang rimau kau pekiklah kuat-kuat mintak tolong. Kalau kau mengaum jugak...agaknya rimau tu akan cakap..."Helo Brader, kau buat kelakar ke ape?")

597. Dalam byk-byk bulan, bulan apa yang ada 28 hari????? (Semua bulan)

598. Tahukah anda semua bahawa sebenarnya sekarang ini ada juga terdapat manusia yang tinggal di angkasa? Siapakah sebenarnya mereka itu? (Mereka yang bertugas di ANGKASA - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia, mereka yang bertugas di ANGKASAPURI dan juga yang tinggal di TAMAN BUKIT ANGKASA, KUALA LUMPUR)

599. Ada satu van tu aksiden darah banyak keluar tapi pemandunya tak ada apa cedera pun. kenapa? (sebab tu van darah)

600. Dia bukan binatang,tapi.......fulamak kuatnya menghisap darah.Kalau nyamuk orang marah dia,tapi kalau benda ni ,orang suka pulak.diperlukan pulak tu.....Apa dia? (Tuala wanita)

601. Apakah ciptaan tuhan, apabila dipandang semakin jauh,dan apabila terus dipandang semakin lah jauh? (Telinga)

602. Banyak-banyak Bos, Bos apa yang selalu kena buli. (BOSNIA)

603. Ada sebyuah kapal selam ,ia boleh memuatkan 50 orang tetapi pada masa itu hanya ada 49 orang. Tiba² ada seorang perempuan mengandung datang. setelah ia menaiki kapal selam itu mengapa kapal selam itu tenggelam?????jawab ( pasai ia kapal selam la)

604. Kalu raja, rakyat dan monyet naik kereta...tiba² kereta itu terbabas...korang rasa sape yang mati? (monyet laa, pasal raja mangkat, rakyat meninggal, monyet mati)

605. Bukit hitam di padang pasir. ( tahi lalat)

606. Kenapa Kucing membuang najis mesti dikubur (Untuk menjaga kebersihan)

607. Dalam banyak² negeri, negeri ape yang paling famous teke la kalau terer 608. MAK DATANG JADI AYAH PUN TOLAK YANG LARI TU ANAK..APAKAH IA? (PISTOL)

609. Di pangkal nampak, ditengah tak nampak, di hujng nampak.apa kah ia (cahaya lampu suluh)

610. Kita Makan ia, Kita Hidup. Ia makan Kita, Kita mati. (Air)

611. TENGAH TERBELAH, TEPI BERBULU (BERUS GIGI)

612. Aderr seekor anjing, apabila anjing tu gigit seorang polis,enapa polis tu ketawa? ( sebab anjing tu tak derr gigi)

613. Ada 3 ekor b@b!. Diorg gemuk² belaka. b@b!-b@b! ni berkongsi satu payung padahal payung tu muat untuk sekor b@b! je.Tapi kenapa diorg tak basah langsung. ( Pasal hari tak hujan)

614. Kenapa lelaki kentut lebih nyaring lagi dpd perempuan? (pasal laki ada mikrofon)

615. Bila berair ia tegang, bila kering ia lembik (Ais krim dalam plastik)

616. Apa kelebihan lelaki & perempuan? (laki bawak telo tak pecah, pompuan bawak susu tak tumpah bodo)

617. Apa menatang kalau di udara ada sayap dan 2 pasang kaki, kalau kat darat cuma ada 2 pasang kaki - sayap tak de kalau kat air,kaki dan sayap sekali tak de? mende tu haa? (kuda lahh..apa lagi -unikorn,kuda,kuda laut)

618. Teka teki ni senang, okeh dalam banyak banyak duri , duri apa sedap dimakan. (kenDURI)

619. Kalau masa kecil pakai baju, bila dah besar telanjang (buluh)

620. Ada seorang budak dia mempunyai dua batang pensel dia sangat sukakan pada pensil kedua kerana ia sangat panjang .pd. bulan ogos,dia hairan kerana pensil kedua telah menjadi pendek. mengapakah ia terjadi sedemikian? ( sebab dia telah menggunakannya)

621. Dalam segala pakaian kita, benda apakah yang dibuat di negara kita tetapi menggunakan nama negara lain? (selipar jepun)

622. Ada sorang pakcik nie,dia duduk dalam gua.dalam gua tu banyak harta.dia ada bela penunggu,satu hari tu dia nak kuar,dia cakap ngan penunggu tu suruh dia jaga gua tu,pastu penunggu tu tanya"tuan,kalau org tu nak masuk jugak macam mana?"pastu tanpa berfikir panjang lagi dia cakap,"kau cakap je tak setiap kali dia tanya."adalah pencuri ni dia nak mencuri harta tu,macam mana dia nak masuk? ( Dia tanyalah penunggu tu, saya nak masuk awak marah tak? mestilah penunggu tu cakap tak)

623. NEGERI MANA YG TAK CUKUP MAKAN DAN NEGERI MANA YG TERLEBIH MAKAN? (NEGERI YG TAK CUKUP MAKAN IALAH KELANTAN KERANA SEBUTANNYA IALAH MAKE DAN NEGERI YG TERLEBIH MAKAN IALAH TERENGGANU KERANA SEBUT makang)

624. Mana yang terdahulu telur atau ayam (Telur,kerana telur yang terdahulu disebut)

625. Ada urat, tadak darah, ada kulit, tadak isi,duduk diam, perut kosong-lapar, sedang berjalan, kenyang saja, kaki ada, kepala tadak. (Kasut)

626. Apabila saya pegang awak punya saya rasa, apabila awak saya punya awak rasa .kemudian kita dua-dua tersenyum (berjabat tangan)

627. Tengok dari atas nampak satu lubang besar tengok dari bawah ada dua lubang kecil... apa dia ye? (ahak..ahak... jawabannya seluar panjang)

628. Aku ini 6 beradik sama bentuknya lain wajahnya abangku keris berwajah songket aku hanyalah si gasing besi siapakah aku si gasing besi?? (SYILING 5 SEN)

629. Kalau NAIK mesti KE ATAS kalau TURUN, mesti KE BAWAH kalau MASUK...mesti KE DALAM kalau KELUAR.?? ( KELUAR ..KELIHATAN atau TERASA)

630. Malam ke tengah siang ketepi (pelita minyak tanah)

631. Sekotak kayu berisi pasir berukuran 30cm x 15cm x 17cm. berapakah lagi isipadu pasir yang boleh diisi dalam kotak tersebut? (Dah penuh dah... mana boleh isi lagi.)

632. Macam mana nak bezakan tetikus jantan dan tetikus betina (TIKUS PAKAI PAD=BETINA, TIKUS TAK PAKAI PAD=TIKUS JANTAN)

633. Sebelum kamu pergi ke dalam hutan yg besar,apakah kamu akan nampak,dahulu (NAMPAK HUTAN)

634. Makin ditarik makin pendek (ROKOK)

635. Ada satu kemalangan langgar lari...malangnya hanya seorang mamak menjadi saksi.Polis tanya nombor kereta..dia jawab:(slang India sikit)........ "S..satu ada tiga mari..satu tiada...dua...tiada.. Q juga ada mari..itulah dia." Tapi polis tidak faham apa binatangnya.Sekarang..jadilah seorang yang berIQ tinggi...tolong polis itu untuk mendapatkan nombornya
(SB 1020 Q)

636. Baca ataupun sebut dari arah hadapan....memberi amaran....adanya bahaya.Kalau dibaca atau disebut dari arah belakang sangat merbahaya.Apakah ia?
(Perkataan AWAS)

637. DALAM SATU KOTAK MACIS.ADA SATU BATANG ANAK MACIS.ANAK MACIS TU ADA TIGA NAMA.APA NAMA ANAK MACIS TU?
(BAKAR,BUANG,ABU)

638. mengapa semasa melintas jalan, lembu tidak perlu melihat ke kiri dan ke kanan?
(sebab mata lembu sudah berada di tepi.....buat apa dia perlu susah-susahkan diri tengok kiri kanan)

639. mengapa Alim ulama mengatakan b@b! boleh makan dan telur tak boleh makan
(sebabnya b@b! mempunyai mulut)

640. buah kelapa dan buah durian jatuh di kepala mana yang sakit
(kepala)

650. ORANG YANG PALING POPULAR BILA TIBA HARI RAYA......??????
(Posmen la.. sebab org tunggu kad raya)

651. STONECOLD&UNDERTAKER NAIK MOTOR,THE ROCK NAIK APA?
(NAIK KENING)

652. apakah satu huruf rumi dan satu huruf jawi yang dicantumkan menjadi satu perkataan(benda).
(HURUF RUMI T HURUF JAWI LAM - TILAM)

copied from forum

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC