Followers

Thursday 23 August 2012

Zojirushi ET-VT22

Mula berminat nak angkat oven sejak kali pertama memakan roti paratha bakar di rumah Kumin pada April 2009 ketika 花見 (Spring blossom) yang lepas (link).. Siapa sangka roti paratha bila dibakar dengan oven selama 7 minit boleh 変身 (Transform) menjadi roti Nan (笑) Cuma lepas itu hajat untuk beli asyik tertangguh memandangkan tak terfikir apa lagi yang akan ak gunakan selain untuk bakar roti paratha sahaja waktu itu.. Niat untuk beli mesin ini datang semula bila berada di dalam situasi tidak boleh memasak di dalam rumah sekarang~ 


Setelah survey pelbagai jenis oven toaster di internet, ak tersangkut dengan produk Zojirushi ET-VT22 yang kebetulan ada diskaun pada waktu itu di Amazon.. Meskipun belum lagi beli roti paratha di baticrom, buat masa ini ak gunakan oven toaster untuk bakar kentang goreng yang dijual dalam paket kecil di pasaraya~ Ini merupakan kali pertama ak menggunakan oven sendiri, jadi tak biasa sangat cara penggunaan dia~ Mujur buku manual ada ajar apa kebolehan mesin ini selain bakar roti paratha (笑)


Agak gelojoh ketika membeli mesin membuatkan ak terlupa untuk berbincang dengan pekerja staff di kedai barangan elektrik terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.. Kononnya kalau berminat nak buat kek atau biskut, orang lebih biasa gunakan mesin yang tukar suhu dan bukannya kuasa watt seperti mesin yang ak beli ini (-_-") Malah kebanyakan buku masakan juga menggunakan oven yang mempunyai pembolehubah suhu jadi agak pelik kalau tulis dalam unit watt~ (笑)

p/s Memang tak rajin lagi nak buat biskut atau kek (笑) 

13 comments:

  1. Kalau tak nak guna oven tu, passing la kat akak.. hehehe.. Oven ni macam microwave je, kan..? Guna hanya untuk sessi pemanasan dan bukan untuk pembakaran.. :konpius

    Baper hengget oven ni Kyo..? Tak boleh ke convert-kan watt tu kepada suhu..?

    :erk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesi pemanasan?? :erk

      brape? hmm.. around RM100 kot..

      convert watt ke suhu? ada rumus dia x?

      Delete
    2. Ko kan engineer.. Mana la tau kalau ko boleh buat rumusan sendiri.. :idea

      Takde la mahal sangat.. Cuba la buat biskut yang senang2.. Tengok jadi ke tak...

      Delete
    3. haha.. memang x aa.. buat2 xde masa :hihi

      Delete
  2. pakai oven kyo ni boleh bajet bill eletrik rumah...haha...masak ayam bakar la sedap kyo ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak ayam pakai oven??
      hmm.. cam leceh je.. :p

      Delete
  3. ya masyaALLAH..rupe2 nye post comment ni dh ditukar ke tulisan jepon rupenye.. x mesra alam btul la kyo ni.. :( wakaka :D

    oven? mcm best je guna oven. try la masak yg simple2 dulu. mcm panaskan makanan dalam tin ke,buat biskut ke,ayam bakar ke,, ikan bakar pon boleh.. mesti sedap :terharu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. sian baru tahu :mujuk

      kalau setakat nak panaskan makanan kyo prefer guna microwave je..
      buat biskut ngan ayam tu simple ke :erk
      ikan bakar insyaAllah nak try nanti :cool

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. ayam dgn biskut tu simple pe? senang je nak masak.. cri kt gugel then try masak,,simple la tu.. :hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua benda kalau rajin mmmg insyaAllah senang.. :cool

      Delete
  6. pssst.. kalau dh x reti nak pakai tu kan,tolak kt noona je la.. biar noona pakai.. pas tu bru ajar kyo cara nak pakai. bijak x?? :hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho..
      beli la sendiri..
      masak pastu upload video tunjuk kt kyo :cool

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC