Followers

Friday 17 August 2012

Robin van Persie

Ketika entri ini ditulis, bekas kapten Arsenal, Robin van Persie (RVP) baru sahaja selamat berpindah ke kelab baru iaitu Manchester United~ RvP telah bersama skuad Arsenal sejak May 2004; sepanjang 278 penampilan, RvP telah menjaringkan 132 gol, termasuk 37 gol daripada 48 penampilan musim lepas.. Musim lepas boleh dikatakan persembahan terbaik RvP yang menyaksikan beliau memenangi pemain terbaik PFA (Professional Footballers' Association) dan FWA (Football Writers' Association) dan juga Kasut Emas EPL dengan purata 1 gol setiap perlawanan~ 


Ibarat sudah menjadi tradisi bagi kapten Arsenal untuk berpindah kelab dimulai dengan Thierry Henry yang berpindah ke Barcelona ketika berusia 30 tahun dan seterusnya Cesc Fabregas juga ke kelab yang sama pada musim lepas; semuanya atas tujuan yang sama iaitu memburu piala.. Menariknya, ketiga-tiga pemain semuanya meninggalkan Arsenal setelah 8 tahun menyarung jersi tersebut~ RvP dan Fabregas menjadi kapten selama 1 musim manakala Henry pula menjadi kapten selama 2 musim sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Emirates Stadium.. 


Caci-maki daripada penyokong turut menjadi tradisi setiap kali seseorang pemain berpindah kelab meskipun pemain itu sudah dibenci lama (笑) RvP juga tidak terlepas sejak menyuarakan hasrat untuk tidak menyambung kontrak yang berbaki setahun pada beberapa bulan yang lepas.. "Ugutan" RvP kononnya Arsenal dilihat tidak mampu memberi saingan piala membuahkan hasil apabila Arsenal membawa masuk 3 pemain bintang baru-baru ini~ Meskipun kemasukan mereka gagal mengubah fikiran RvP untuk tidak berhijrah, "ugutan" tersebut jelas menyaksikan "sumbangan" terakhir beliau untuk Arsenal! 

Once a Gunner, Always a Gunner

Sudah jadi lumrah bagi pemain untuk berpindah kelab lebih-lebih lagi yang sudah lanjut umur dan berada di tahap prestasi terbaik seperti RvP.. Penyokong mempersoalkan kesetiaan pemain itu tapi kenapa tidak cermin diri terlebih dahulu? Karier bola sepak juga boleh disamakan dengan situasi seorang pekerja..Tujuan utama ramai pekerja Malaysia berhenti kerja adalah faktor kewangan; kita sendiri jelas tidak setia terhadap syarikat sendiri, jadi buat apa nak persoalkan kesetiaan orang lain? Kata-kata dibawah jelas menunjukkan kenapa ak menyokong Arsenal.. 


p/s RvP ibarat seperti Dark Knight, hero di dalam gelap yang sanggup menerima cacian penyokong sendiri supaya Arsenal dapat membawa masuk lebih ramai pemain bintang dalam skuad.. THANK YOU FOR EVERYTHING! ALL THE BEST AT YOUR NEW CLUB! 

2 comments:

  1. a nice entry about RvP. haha this is how the fan should react!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC