Followers

Thursday, 28 June 2012

Olivier Giroud


Beberapa hari yang lepas Arsenal telah berjaya membawa masuk seorang lagi pemain baru yang turut-serta dalam skuad France semasa Euro 2012 baru-baru ini, Olivier Giroud~ Pemain yang mempunyai ketinggian 1.92m ini merupakan penjaring terbanyak Ligue 1 musim lepas apabila menjaringkan 21 gol bersama kelab Montpellier; kelab tersebut juga berjaya memenangi juara liga buat pertama kali dalam sejarah kelab~ Giroud memulakan karier bola sepak bersama kelab Grenoble dan Arsenal merupakan jersi kelab 6 pernah disarung oleh Giroud sepanjang karier~ Boleh bermain menggunakan kedua belah kaki, kemasukan Giroud turut memberi lampu hijau kepada beberapa pemain Arsenal memilih jalan keluar untuk mencari rezeki di kelab lain daripada memanaskan bangku simpanan..


p/s Masih menunggu jawapan kapten samada menyambung kontrak atau berhijrah (-_-")

Tuesday, 26 June 2012

Baraka


Baraka merupakan filem dokumentari pertama yang ak lihat tanpa plot, pelakon, mahupun sebarang dialog dan suara sepanjang filem tapi yang pastinya masa anda tidak akan terbuang dengan apa yang ingin disampaikan~ Filem yang dihasilkan 20 tahun yang lepas ini akan membawa anda mengelilingi dunia dalam masa 96 minit untuk mengenal pasti keindahan alam semulajadi, kesan teknologi terhadap alam sekitar, dan budaya lama yang masih wujud di abad ke-21 ini.. Salah satu daya tarikan filem ini juga dari aspek agama; keindahan agama yang terdapat di dunia ini dan juga kesan peredaran zaman.. 


Penampilan rakyat Jpon 20 tahun yang lepas begitu berbeza terutama dari segi warna rambut (笑) Seronok juga bila ada babak yang menunjukkan suasana di dalam kilang pembuatan mesin di Jpon dan Thailand~ Bagaimana laju para pekerja melakukan kerja disamping menjaga kualiti memang menakjubkan! Babak di Indonesia menunjukkan situasi pekerja di kilang pembuatan rokok dan juga perayaan pelik komuniti asli di situ.. Malangnya situasi Malaysia tidak diceritakan dalam dokumentari ini tapi anda pasti akan kagum dengan keindahan masjid-masjid termasuk Qaabah; suasana keluar masuk para jemaah di dalam masjid dari sudut kaleidoscopic~ 


p/s Tak sia-sia download versi 1080p sebab kualiti gambar memang boleh menangis! Anda boleh menonton versi penuh secara percuma melalui sini~  

Sunday, 24 June 2012

Utsunomiya Mosque

16 June - UTSUNOMIYA

Pertama kali menziarah masjid @ surau Utsunomiya yang terletak berdekatan dengan 宇大 (Utsunomiya University) ini.. Alhamdulillah, ada hikmah juga ak tercampak di kawasan yang agak jauh daripada tempat kerja kerana kedudukan rumah kini agak dekat dengan surau~ Jalan kaki mengambil masa sekitar 13 minit; pertama kali pergi agak bingung kerana jalan berpandukan GPS iPhone ketika hari hujan.. Mujur sampai sekitar jam 2030 (Isya' masuk jam 2045)~ Selesai Isya', komuniti masjid di sini mengadakan "Beriyani Party" dan setiap yang hadir dikehendaki membayar 700円 untuk turut-serta.. 


Majoriti komuniti Islam di sini ialah warga Malaysia, selebihnya dari Bangladesh, Indonesia, Pakistan dll.. Agak terkejut bila diberitahu masjid ini masih baru, di buka sekitar tahun lepas tapi alamat sudah didaftarkan bersama Islamic Finder jadi senang untuk google.. Bayaran sewa kononnya sekitar 3万円 (RM1k) dan ruang solat boleh menampung sekitar 20 orang.. Biasanya orang ramai ketika Isya', malam jumaat mereka ada mengadakan majlis membaca Quran, Sabtu malam pula ada tafsir Quran, dan hampir setiap bulan ada diadakan majlis makan-makan bersama.. Selesai majlis, ak ikut pergi rumah 後輩 (Junior) sini untuk mengambil basikal yang diberi pinjam bagi memudahkan "kehidupan" ak di sini ;)   


p/s Alhamdulillah, hanya 5 minit untuk pergi ke masjid daripada rumah.. InsyaAllah, kalau larat, akan rajinkan diri untuk mengerjakan Isya' mulai hari ini :) 

Friday, 22 June 2012

歓迎会 (Welcoming Party)

12 June - HAGA

Hari ini merupakan hari pertama ak dibenarkan menjejakkan kaki di 現場 (Site) walaupun tidak sampai 1 jam setelah mendapat 許可 (Approval) dari pihak atasan.. Pagi itu turut-serta dalam 朝礼 (Morning assembly) yang berlangsung sehingga jam 0815 (Ak sudah berada di pejabat sejak jam 0730 dan bergerak ke 現場 sekitar jam 0740)~ Selepas itu ak dibawa mengelilingi 現場 untuk mempelajari alat-alat yang digunakan, suasana di dalam 現場 sebelum diiring semula ke pejabat untuk membuat tugasan yang diberi.. Waktu kerja tamat tepat jam 1700 tapi oleh sebab tumpang kereta 先輩 (Senior) setiap hari, terpaksalah tunggu 先輩 ajak balik baru boleh balik (-_-") 


Istimewa buat hari ini ialah mereka mengadakan sebuah parti untuk menyambut kedatangan ak kendatipun dah masuk hari ke 3 ;) Majlis dilangsungkan tepat jam 1900 bertempat di sebuah restoran makanan laut yang tertelak tidak jauh daripada 現場~ Mujur ak dah bagitau 世話役 (Person in charge) sejak hari pertama yang ak tidak dibenarkan menyentuh arak jadi ak tak perlu risau tentang 飲み会 (Drinking party) dsb.. Kebetulan waktu yang sama juga TV ada menayangkan perlawanan bola sepak Jpon vs Australia; syok layan bola sambil makan sehingga 世話役 pun pelik majlis kali ini nak sambut ak ke atau tengok bola? (笑) Majlis bersurai sekitar jam 2200 dengan menggunakan perkhidmatan 運転代行 (Driving agent) memandangkan masing-masing dah mabuk dan ak pula tidak dibenarkan memandu sepanjang tahun pertama ini (-_-") 

p/s Puas hati menu 100% makanan laut tapi ada juga yang mentah membuatkan perut tak berapa kenyang malam tu :p 

Wednesday, 20 June 2012

BBQ Utsunomiya

10 June - KINUGAWA

Sebelum berhijrah ke sini, ak ada bertanyakan pada group IPIJ di Facebook tentang 宇都宮 (Utsunomiya) dan di situ ak diperkenalkan dengan seorang kenalan yang menuntut di 宇大 (Utsunomiya University)~ Kami banyak berhubung melalui mesej dan ak banyak bertanya tentang tempat yang ak bakal tinggal selama hampir 2 bulan ini; kebetulan mereka akan mengadakan BBQ pada hujung minggu dan dia ajak ak turut-serta ;) Alhamdulillah siap ada kereta datang menjemput sekali sekitar jam 1000.. Destinasinya ialah 鬼怒ふれあいビーチ (Kinu Friendship Beach?) yang mengambil masa sekitar 10~15 minit daripada tempat ak..


Kebetulan juga tempat tinggal ak berdekatan dengan 宇大 dan rakyat Malaysia di sini majoriti juga tinggal berdekatan dengan universiti~ Dapat berkenalan dengan hampir 30 orang rakyat Malaysia di majlis BBQ yang kononnya kerap dijalankan oleh mereka.. Ada juga yang sebaya dengan ak dan kini di tahun akhir Masters manakala yang lain majoriti masih 学部生 (Undergrads)~ Ada juga pasangan keluarga dengan 2 anak perempuan mereka turut-serta dalam majlis itu; kedua-duanya pelajar tajaan MARA jadi ada isi nak diborakkan (笑) Puas hati melantak ayam dan daging sehingga jam 1400~ Kagum dengan mereka yang rajin membuat aktiviti sebegini di hujung minggu; kalau di RITS biasa bukan main susah nak kumpul (笑)


p/s Sempat berkenalan dengan geng Jpon yang buat BBQ berdekatan dengan kami, siap bergambar sekali :)

Monday, 18 June 2012

現場実習 (Site training)

7 June - UTSUNOMIYA

Dalam masa setahun 研修 (Training), kami akan ditempatkan ke 3 現場 (Site) berbeza dan menariknya setiap orang berpeluang untuk merasa hidup di レオパレス21 (Leopalace21) iaitu rumah sewa bagi mereka yang ditempatkan di 現場 (Site) di luar 神奈川県 (Kanagawa Pref)~ Untuk 現場実習 (Site training) pertama, ak ditempatkan di Honda R&D bertempat di 栃木県 (Tochigi Pref) untuk kerja 復興工事 (Reconstruction) memandangkan banyak kelengkapan yang rosak dek gempa bumi tahun lepas.. Bakal hidup selama hampir 2 bulan di 北関東 (North Kantou), wilayah yang belum pernah ak tiba sebelum ini.. 


Bagi mereka yang ditempatkan di 地方 (Countryside), kami diberi sehari suntuk untuk proses perpindahan manakala rakan-rakan lain pula sudah mula bergerak ke 現場 masing-masing sejak awal pagi.. Ak sudah menghantar 2 bagasi terlebih dahulu semalam dan dijangka sampai pada petang ini.. Bertolak dari 寮 (Hostel) sekitar jam 1030; naik 新幹線 (Bullet train) daripada 東京駅 (Tokyo Station) menuju ke 宇都宮駅 (Utsunomiya Station).. Pertama kali naik 新幹線 yang mempunyai 2 tingkat; malangnya 指定席 (Reserved seat) yang diberi oleh pihak syarikat menempatkan ak di tingkat 1 sebelah tingkap (笑)

Bentuk rumah

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 2 jam menggunakan 電車 (Train) biasa tapi 新幹線 hanya mengambil masa 1 jam dan ak selamat tiba di destinasi sekitar jam 1200.. 上司 (Superior) akan menjemput di 宇都宮駅 sekitar jam 1330 jadi ak ada masa untuk makan tengahari sambil usha sekitar 駅 (Station)~ Senang cerita, 宇都宮市 (Utsunomiya City) saling tak ubah macam 滋賀 (Shiga) tapi 草津市 (Kusatsu City) lagi "maju" (笑) Rezeki apabila terjumpa Saizeriya di hadapan 駅 membuatkan ak tidak perlu mencari restoran lain untuk mengisi perut tengahari itu.. Nak pusing banyak pun tak larat memandangkan ak bawa 3 beg pada ketika itu membuatkan ak hanya lepak di 駅 menunggu 上司.. 


Pertama kali diperkenalkan dengan 上司 yang mempunyai pengalaman bekerja selama 20 tahun.. Wajah beliau mirip 八重樫先生 (Yaegashi Sensei), salah seorang pensyarah JAD yang mengajar subjek 情報処理 (Programming) ketika di tahun 1 UniSEL.. Destinasi pertama ialah mengambil kunci di Leopalace Center sebelum maju ke rumah yang bakal ak duduki selama hampir 2 bulan.. Rumah yang diberi agak besar, lengkap dengan TV, internet fiber optic, mesin basuh, peti ais, air cond, dan microwave.. Selebihnya kena bawa sendiri! Terlupa membawa alat pemanas air (Camne nak masak Maggi?!) Selepas bagasi tiba, gerak ke supermarket yang mengambil masa 10 minit perjalanan dari rumah untuk membeli barangan keperluan seperti sabun basuh dsb.. Mujur コンビニ (Convenience store) terdekat hanya 3 minit daripada rumah~

p/s Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~

Saturday, 16 June 2012

Wikifiqh


KAMI akan menceritakan kepada kalian satu persatu. Kata Saidina Abu Bakar, 'Pada setiap buku terdapat rahsia, dan pada tiap-tiap rahsia itu ada dalam al-Quran dan ia terkandung pada huruf-huruf pembukaan setiap surah.'

Kami akan menceritakan. Supaya kalian dapat pengajaran. Pada suatu malam yang gelita Tuan Presiden didatangi seorang lelaki yang tampak sungguh berwibawa. Ia mengenakan jubah putih santan, dengan serban hitam yang gelap ibarat malam tanpa bintang, di tengkuknya terlilit kain hijau daun pisang. Janggut lelaki tersebut lebat tetapi rapi. Matanya bening berkaca-kaca, menambah mendung pada wajah. Di tangan kanannya memegang al-Quran. Lelaki misteri itu menjelma dalam mimpi Tuan Presiden sambil memesan, "Himpunkan ilmu-ilmu yang ada di dalam kitab suci al-Quran untuk tatapan."

Maka Tuan Presiden pun memanggil sekian ramai bijak pandai, ilmuwan, ahli falsafah, ulama, sarjana, ahli akademik dan pujangga untuk melancarkan sebuah projek yang ia namai: Wikifiqh.

Dalam sidang akhbarnya selepas penubuhan Majlis Penggubalan Wikifiqh tersebut, Tuan Presiden memberitahu, "Kita hidup tidak lama. Kita perlu mewariskan sesuatu yang mega untuk generasi hadapan."

Projek Wikifiqh itu mendapat sambutan seantero dunia. Sungguh ramai ulama dari dunia Islam datang mencebur diri. Mufti al Azhar dan alim Universiti Madinah turut serta. Seluruh sarjana empat mazhab bergotong royong menjayakannya. Dana yang tiba juga mencurah melimpah sehingga setiap ahli Majlis Penggubalan Wikifiqh tersebut kekenyangan. Wikifiqh akan menjadi jawapan buat segala soalan. Sembilan puluh sembilan hari kemudian, Wikifiqh siap. Menanti dirasmikan.

Sekali lagi lelaki yang tampak sungguh berwibawa tampil dalam tidur Tuan Presiden. Kali ini ia mengenakan jubah hitam bukat, dengan serban hitam yang gelap arang, di tengkuknya terlilit kain merah warna darah. Janggut lelaki tersebut lebat dan kerusut. Matanya memerah saga menonjolkan kedukaan pada wajahnya yang berlumur debu. Di tangan kanannya memegang al-Quran. Lelaki misteri itu bersuara, 'Masih ada yang belum lengkap. Perhatikan pada Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad di awal surah Maryam.'


Tuan Presiden tidak berani melancarkan projek ilmu Wikifiqh tersebut. Selagi ia tidak menemukan rahsia sebenar Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad. Akan tetapi Pengarah Pilihan Raya Parti percaya Tuan Presiden mesti membuka laman tersebut kepada khalayak, kepada rakyat, kepada seluruh dunia. Menurut Pengarah Pilihan Raya, "Sudah tiba masanya dunia mengetahui kebenaran Islam. Bukankah Tuan Presiden mahu membantu barat menghapuskan Islamofobia?"

Tuan Presiden enggan. Akan tetapi Pengarah Pilihan Raya berjaya meyakinkan Tuan Presiden bahawa di tengah-tengah kancah inflasi, kenaikan harga barang, tiada lagi pemberian subsidi, dan kemelut siasah; hanya Wikifiqh sahaja yang akan menjamin Tuan Presiden menang pilihan raya dan terus memerintah. Projek Wikifiqh adalah mercu tanda pemerintahan Tuan Presiden.

Ensiklopedia
Maka demikianlah Wikifiqh dilancarkan. Pada ensiklopedia tersebut rahsia Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad dijelaskan sebagai "huruf-huruf Muqaththa'ah". Adalah huruf muqaththa'ah tidak diucap sebagai bunyi huruf yang disyakali. Huruf muqaththa'ah dibaca dengan huruf yang merangkai. Ini kerana ia datang dalam bentuk huruf hijaiyah seperti alif, lam, mîm, shad, ra', kaf, ha', ya', ain, tha', sin, ha', qaf dan nûn dan jumlahnya empat belas yang bererti separuh dari seluruh huruf hijaiyah. Pada bahagian Wikifiqh di awal surah Maryam itu dihuraikan; bahawa huruf muqaththa'ah adalah potongan ayat yang termasuk dalam ayat mutasyabih yakni tidak ada seorang pun mengetahui ertinya. Huruf muqaththa'ah hadir dalam beberapa bentuk dan di banyak tempat pada al-Quran.

Mengapa lelaki misteri itu mesti menekankan lima huruf yang terdapat pada surah Maryam itu? Mengapa misalnya tidak disebutkan pada surah Shad, Qaf, dan al-Qalam. Kenapa tidak dipersoalkan huruf-huruf pembukaan pada surah-surah hawamim iaitu surah-surah yang dimulai dengan huruf ha' dan man iaitu pada surah Ghafir, Fushshilat, Al-Syura, Al-Zukhraf, Al-Dukhan, Al-Jatsiyah, dan Al-Ahqaf? Atau mungkin sahaja huruf Muqaththa'ah pada Al-Baqarah, Ali Imran, Al-'Ankabut, Al-Rum, Luqman, dan Al-Sajadah. Atau pada awal surah Al-A'raf dan surah Al-Ra'd.

Tuan Presiden mendapati lima huruf pada surah Maryam itu muncul pada surah yang menyinggung persoalan penganut agama Kristian. Adakah Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad dapat menjadi formula penyelesaian pertembungan peradaban barat iaitu Kristian dan dunia Islam? Tuan Presiden pun mengambil masa satu malam menekuni perenggan Wikifiqh pada surah Maryam tersebut. Ia mendapati semua ahli tafsir menyerah kalah pada rahsia huruf-huruf muqaththa'ah itu. Misalnya kata Ibnu Qutaibah, tidak ada seorang juapun yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Ibnu Katsir mencuba-cuba menafsir, dengan mengatakan huruf-huruf tersebut merupakan nama-nama Allah. Misalnya alif lâm mîm itu bererti ana Allah a'lam (Aku Allah lebih Maha Mengetahui); alif lâm mîm râ yang bererti ana Allah a'lam wa ara (Aku Allah lebih Maha Mengetahui dan Melihat). Akhirnya, setelah sekian himpunan ahli tafsir itu dibaca, Tuan Presiden Wikifiqh merumuskan: Tiada siapa yang memahami Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad. Allah yang lebih tahu apa erti huruf-huruf itu.

Suatu malam, lelaki berwibawa kembali tika tidurnya. Ia masih mengenakan jubah hitam, serban hitam seraya melilit kain merah di leher. Lelaki itu bersuara, "Mahukah kau aku dedahkan rahsia di sebalik Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad di awal surah Maryam."

Tuan Presiden yang kelu lidahnya cuma berupaya mengangguk.

Lelaki berjambang lebat hebat itu bertanya lagi, "Sebagai muslim apakah sumber rujukanmu?"

Tuan Presiden menjawab yakin, "Al-Quran dan sunah Rasulullah SAW."

Lelaki tersebut masih mengasak, "Setelah ketiadaan Rasulullah SAW siapakah yang dapat menafsirkan al-Quran?"

Tuan Presiden terdiam. Kemudian ia menjawab ragu-ragu, "Para ulama. Mereka pewaris Nabi."

Lelaki tersebut menggeleng. "Sedangkan Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad pun mereka gagal menafsirkannya. Pernahkah engkau membaca hadis sahih tentang Saidina Ali, selaku pintu ilmu? Dari Ibnu Abbas yang berkata Rasulullah SAW bersabda 'Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya dan siapa yang hendak memasuki kota itu hendaklah melalui pintunya.' Nah tahukah engkau apa kata Saidina Ali tentang mereka yang mencuba-cuba menafsir al-Quran?"

Tuan Presiden tidak menyahut.

"Kata Saidina Ali, al Mushaf bayna daftay al-kitab la yanthiq, wa innama yantihiqu bihi al-rijal. Iaitu al-Quran itu bisu, ia diberi suara oleh penafsir."

"Jika begitu, jawapanku tadi benar?" Tuan Presiden memberanikan diri berhujah.

"Jawapanmu salah. Kerana itulah al-Quran ditafsir sesuka hati di zamanmu. Kerana itulah kerajaan pimpinanmu tidak dapat mengunggul. Kata engkau tadi, sumber ilmu umat Islam ialah al-Quran dan hadis. Saat aku bertanyakan siapakah yang dapat menafsir al-Quran sesudah ketiadaan Rasulullah SAW engkau tiada dapat menjawab. Ketahuilah al-Quran itu melekat bersama ahlul bait. Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa Nabi saw telah bersabda pada Haji Wida': "Wahai manusia aku seakan dipanggil (oleh Allah) dan saatnya telah semakin hampir untukku menjawab panggilan, aku tinggalkan kepada kalian dua perkara berat (tsaqalain): Kitab Allah dan itrahku, Ahlul Bait. Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui telah memberitahu kepadaku bahawa kedua-duanya tidak akan berpisah sehinggalah menemuiku di telaga. Maka perhatikan apa yang kalian lakukan kepada mereka selepas peninggalanku.' Adakah engkau membuka pintu hatimu?"

Tukang sapu
Tuan Presiden tidak berkelip.

"Yang berhak menafsir al-Quran ialah ahlul bait sesudah ketiadaan Rasulullah SAW. Bukan yang lain. Merekalah yang mengetahui tiap rahsia al-Quran. Mereka pintu ilmu Jika engkau ingin mengetahui rahsia Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad, esok siang engkau tanyakan kepada tukang sapu sampah di pejabatmu. Ia lelaki yang putih matanya kerana banyak menangis. Namanya Yaakub." Ujar lelaki berwibawa sebelum berlalu dari mimpi Tuan Presiden.

Keesokan hari, Tuan Presiden membatalkan semua acara yang diatur pembantunya. Ia masuk ke dalam kamar kerja dan memesankan, "Carikan kita seorang tukang sapu bernama Yaakub."

Tidak berapa lama kemudian, tukang sapu buta itu dihadirkan ke pejabat. Tuan Presiden menggeletar. Inilah lelaki yang muncul dalam mimpinya sekian lama. Cuma, cuma ia cacat penglihatan. Cuma, cuma pakaiannya compang-camping dengan tangan kanannya memegang penyapu.

"Apakah rahsia Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad?" Soal Tuan Presiden menggigil kepala lutut.

"Ia adalah satu rahsia untuk satu kebenaran. Begini, saat Allah berfirman kepada nabinya Zakaria dari keturunan Yaakub. Bahawa Nabi Zakaria a.s. memohon Allah mengajarkan nama-nama yang dapat memadam kesedihannya ekoran ia tidak punya zuriat. Hadirlah Jibrail mengajarkan nama-nama; Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husin. Setiap kali Zakaria menyebut-nyebut nama Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan ia akan sentiasa berasa aman; akan tetapi saat ia menyebut nama Husin, hatinya kembali gundah gulana. Maka Zakaria pun bertanya kepada Tuhannya, 'Apakah sebabnya hatiku ini akan berasa sebak duka dan bertangisan-tangisan tatkala nama Husin disebutkan?' Maka Allah pun menyebutkan huruf-huruf muqaththa'ah Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad. Adalah Kaf itu Karbala, Ha itu adalah Halakal 'ithrah iaitu terbantainya keluarga suci Nabi SAW, ia itu Yazid, adapun Ain itu adalah 'Athsyal Husin atau dahaganya al-Husin di Karbala sementara Shad bermaksud Shabruhu iaitu kesabarannya al-Husin. Sebaik mendengar kisah penuh yang menimpa Saidina Husin di Karbala, Nabi Zakaria a.s pun menangis dan meratap'.

'Nabi Zakaria berdoa mengenang musibah yang dihadapi keturunannya Nabi Muhammad SAW, "Ya Allah, apakah makhluk termulia-Mu dan kekasih-Mu, puteranya akan mengalami musibah seperti itu? Apakah musibah seperti ini yang bakal menimpa mereka? Apakah Ali dan Fatimah berduka cita seperti aku ini? Ya Allah, pohonku, kurniakan kepadaku seorang putera yang membahagiakan hatiku di masa tuaku, serta jadikan dia sebagai pewaris dan penggantiku. Setelah Engkau kurniakan anak itu kepadaku, timpakan kepadaku musibah sebagaimana yang dialami oleh kekasih-Mu Muhammad sehubungan dengan puteranya Husin. Maka Allah pun menganugerahinya anak, Nabi Yahya a.s. Duhai, duhai kita pun tahu musibah Yahya disembelih Hirodus. Bahawa kepala suci Yahya diarak dan dilempar-lempar untuk memuaskan hati Herodia. Duhai, duhai petaka menimpa. Demikianlah Zakaria menanggung derita kehilangan anaknya. Demikian ia merasai pedih Nabi Muhammad SAW menanggung pembunuhan Husin di Karbala.

Bercucuranlah, teresak-esak menangis Tuan Presiden mendengar kisah tukang sapu tersebut. Barulah ia mengerti hubungan Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad dengan inti surahMaryam tersebut. Barulah serasi huruf-huruf terpenggal, huruf-huruf muqaththa'ah Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad tersebut dengan ayat kedua surah Maryam:

'(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.' Dan ayat-ayat seterusnya: (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan. Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepada-Mu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisi-Mu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredai serta disukai. (Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya): 'Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya".

Ketika itu fahamilah juga Tuan Presiden tali-temali Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad tersebut dengan ayat 75 dan 76 surah Maryam juga, iaitu 'Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah (Allah) Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka, - sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya. Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya'.

Tahulah Tuan Presiden sekarang kebenaran berada dalam rahsia yang tersembunyi. Kebenaran mesti dicari dan dibongkar dengan hati terbuka. Dan kesesatan mungkin sahaja berpanjangan untuk satu tempoh yang entah berapa lama. Sehingga ada hidayah dan petunjuk datang daripada-Nya.

Begitulah, kami sudah menceritakan kepada kalian satu persatu. Tidakkah kalian perhatikan?

Source: Utusan 9 Jan 2011 (link)


p/s Insaf...

Friday, 15 June 2012

Volunteer Work: Day 5

1 June - MATSUSHIMA


Destinasi pertama pada pagi ini ialah 見学 (Lawatan sambil belajar) mengelilingi 南三陸 (Minami Sanriku); salah satu tempat yang agak terkenal kerana sering kedengaran dalam berita sejak tsunami tahun lepas.. Bas berhenti di さんさん商店街 (Sansan shopping complex) selama 1 jam untuk kami membeli apa yang patut; agak terkejut apabila melihat kedudukan shopping complex ini melalui gambar lama sebelum tsunami dengan banyak banggunan dsb.. Tak banyak kedai yang ada di situ; tertarik dengan ATM bergerak dan juga pejabat pos~

Ak berada di sekitar hujung bawah kanan gambar.. Kawasan berhampiran laut memang musnah habis dan tsunami turut sampai kawasan kedai ini! 

Destinasi seterusnya paling ditunggu-tunggu oleh ak iaitu 松島 (Matsushima), salah satu daripada 日本三景 (Three Views of Japan)~ Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam daripada 南三陸; kami diberi masa 1 jam untuk makan tengahari dan ak sengaja memilih untuk makan bersama 上司 (Superior) kerana yakin mereka akan belanja (笑) 上司 memilih restoran yang ada menyediakan makanan laut untuk ak dan seorang lagi "Malaysian"; hari itu baru dapat tahu dia jenis "minum" dan makan "daging Jpon" apabila dengan selamba 乾杯 (Cheers) disebelah 上司 (-_-")


Misteri terungkai kerana selama ini ak pelik bila dia tolak ajakan untuk makan daging di restoran 2x2 pada hujung minggu dan dia juga kerap turut-serta dalam 飲み会 (Party) hujung minggu bersama 同僚 (Workmates) yang lain.. Agak tidak sedap hati bila 上司 mula membanding-bandingkan antara ak dengan dia dari sudut agama #sigh Selesai makan, kami diminta berkumpul di hadapan tempat jual tiket kerana dari situ akan naik feri mengelilingi 松島~ FYI 松島 hanya mengalami kerosakan kecil akibat tsunami dek dihalang oleh pulau-pulau kecil disekitarnya..

Don't try this at home (笑)

Berbeza dengan 天橋立 (Amanohashidate) di 京都 (Kyoto) dan 宮島 (Miyajima) di 広島 (Hiroshima), Pemandangan menarik 松島 lebih menumpu pada pulau-pulau kecil semulajadi ini.. Seronok bila feri bergerak, banyak burung mengejar daripada belakang dan kami semangat memberi makan kepada burung tersebut dengan pelbagai gaya seperti di dalam gambar (笑) Feri pusing selama 20 minit sebelum pulang~ Sempat beli お土産 (Souvenirs) berupa poskad seperti biasa sebelum naik bas menuju ke 神奈川県 (Kanagawa Pref)~ Bertolak jam 1400 dan selamat tiba di hostel sekitar jam 2030!

Alhamdulillah, selamat menghabiskan satu lagi 日本三大 selepas 日本三祭tempoh hari ;)

p/s Dalam perjalanan, terkejut bila baca twitter ada gempa bumi kuat sekitar 東京 (Tokyo)~ Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~    

Wednesday, 13 June 2012

Volunteer Work: Day 4

31 May - ONAGAWA


Aktiviti hari ini bermula dengan 女川町見学 (Onagawa City Tour) melihat suasana persekitaran Bandar Onagawa, salah satu bandar yang rosak teruk akibat tsunami tahun lepas.. 10% daripada bilangan penduduk bandar ini kehilangan nyawa dan kini hampir 40% berhijrah ke tempat lain~ Terkejut dengan himpunan sampah sarap dan kesan tinggalan tsunami yang berbukit-bukit sewaktu bas membawa kami melalui jalan-jalan di bandar tersebut.. Kononnya jumlah sampah sarap tersebut bersamaan dengan jumlah sampah sarap untuk 100 tahun! Proses pelupusan sampah buat masa ini dibantu oleh pusat perbandaran di Tokyo namun yang pasti ia akan mengambil masa yang lama untuk bandar ini kembali kepada yang asal..


Selepas itu kami singgah untuk membuat lawatan di sebuah kilang memproses 蒲鉾 (Kamaboko), sejenis makanan (kuih) yang diperbuat daripada ikan.. Kilang ini merupakan yang terawal sekali 復興 (Revival) selepas tsunami, malah bilangan pekerja sekarang terdiri daripada penduduk bandar terbabit.. Menariknya separuh daripada 180 pekerja di situ merupakan pekerja baru.. Kilang ini juga memberikan bantuan dengan menyedekahkan hasil 蒲鉾 untuk diagihkan kepada mangsa tsunami di 避難所 (Refuge)~ Selepas tamat lawatan, kami diberi juadah berupa 蒲鉾 panas~ Tertarik dengan slogan bandar ini yang menggunakan loghat mereka "がんばっぺ (Ganbappe)" yang bermaksud "Usaha"


Destinasi berikutnya ialah 北上町 (Kitakami City); juga salah satu tempat yang teruk dilanda tsunami~ Kami disambut oleh wakil NPO yang menceritakan saat-saat dia menyelamatkan keluarga dengan menaiki kereta menuju ke kawasan tanah tinggi sewaktu amaran tsunami berkumandang.. Sedih bila dengar dia cerita yang dia hanya dapat melihat jiran-jiran yang kebanyakannya golongan tua berteriak ketika arus tsunami menghempas rumah mereka~ Wakil NGO ini juga menunjukkan stor yang diubah suai menjadi rumah sementara kerana rumah dia turut dibawa arus tsunami pada tahun lepas.. Selesai makan tengahari, kami dibahagi kepada 2 kumpulan dan kumpulan ak dikehendaki membersihkan sebuah padang luas yang penuh dengan konkrit, sampah sarap yang dibawa tsunami..


Aktiviti ini paling sukar sepanjang ボランティア活動 (Volunteer work) kami sejak hari pertama kerana proses membersihkan kali ini memerlukan kami menggali batu konkrit, kemudian mengumpulkannya di tepi jalan.. Pelbagai jenis sampah yang ak jumpa antaranya kad keretapi, alat mengawal air panas dalam bilik air, kereta mainan dll.. Proses pembersihan berlangsung sehingga jam 1530; agak terkejut apabila diberitahu pekerjaan wakil NGO itu ialah pereka software 18SX (笑) Malam ini kami tidur di hotel sekitar 南三陸 (Minamisanriku)~ Memandangkan malam ini merupakan malam terakhir tidur di hotel, majlis makan malam juga agak panjang berbanding biasa dengan persembahan karaoke oleh wakil 研修生 (Trainee) dan juga 上司 (Superior) setelah "dipujuk" oleh kami ;p Malam itu duduk bersembang dengan 上司 dan member lain sehingga jam 0200 o_0

Menu hari terakhir paling sedikit (笑)

p/s Gambar-gambar lain boleh didapati melalui sini~    

Monday, 11 June 2012

Volunteer Work: Day 3

30 May - ISHINOMAKI


Hari ketiga agak 大変 (Hard) bukan sebab kerja teruk tapi kesihatan ak terjejas apabila selsema dan batuk tidak berhenti dan pagi itu badan agak panas; malam sebelum itu dah makan ubat yang diberi oleh member Vietnam dan Jpon tapi masih kurang cergas membuatkan ak dibenarkan untuk melakukan kerja ringan iaitu aktiviti yang sama ak buat semalam di tempat yang sama.. Mula bekerja sekitar jam 0900 sehingga jam 1600; berhenti makan tengahari berhampiran コンビニ (Convenience Store)~ Terkejut melihat kesan rekahan di コンビニ tersebut; agak tertarik dengan papan tanda yang mengelilingi sekitar コンビニ memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak membuang sampah merata-rata.. 

Nak berhenti jadi manusia atau berhenti buang sampah merata?

Memandangkan ak diberi tugas ringan yang umumnya dilaksanakan oleh makcik-makcik usia 40 tahun ke atas, ak sempat bertanyakan tentang pengalaman mereka sewaktu tsunami tahun lepas.. Sedih apabila diberitahu ada yang kehilangan kedua ibu bapa dan kerja yang dia buat sekarang merupakan "wasiat" mereka.. Jujur ak kurang dapat tangkap banyak perbualan kosong yang mereka ucapkan kerana mereka guna loghat orang utara; sekali dengar dah macam bukan bahasa Jpon (笑) Sebelum balik, kami diberikan hadiah 3 kotak 昆布 (Kombu) sebagai membalas jasa~ Makan malam agak mewah seperti biasa, ada udang galah yang digoreng dan menu mentah seperti biasa~ 


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

Saturday, 9 June 2012

Volunteer Work: Day 2

29 May - ISHINOMAKI


Hari kedua bermula agak menarik apabila kami dibawa menaiki bot menuju ke Oshika Peninsula yang terkenal dengan pulau "suci" 金華山 (Kinkasan) untuk "ziarah" 黄金山神社 (Koganeyama Shrine).. Perjalanan menaiki bot mengambil masa sekitar 20 minit dan kami dipecahkan kepada 3 kumpulan kecil.. Sesampai di sana, agak terkejut dengan kawasan sekitar yang masih dalam proses 復興 (Revival).. Kesan tsunami  mencapai paras 15 meter, melebihi sangkaan awal.. Bila melepas 鳥居 (Torii) tokong, singgah sekejap untuk bermain dengan segerombolan rusa yang "menetap" di atas gunung itu~


Sewaktu tiba di tokong itu, kami diperkenalkan dengan sami di situ yang menceritakan suasana ketika tsunami tiba.. Memandangkan tempat ini hanya boleh datang dengan menggunakan bot, bantuan keselamatan datang agak lewat.. Selesai usha tokong, kononnya nak panjat gunung untuk ambil gambar pemandangan dari atas tapi malangnya masa tidak mencukupi dan proses memanjat juga agak sukar membuatkan kami terpaksa patah balik di separuh jalan.. Seterusnya ak naik bot lagi untuk menuju ke 寄礎浜 (Yorisohama) untuk belajar proses pengambilan ホタテ (Scallop) dilaksanakan..

Lokasi hotel yang kami duduki

Dalam proses menunggu rakan lain yang tiba menaiki bas, ak perasan stokin ak berdarah dan sebiji pacat sedang cuba keluar daripada kasut ak.. Rupa-rupanya kaki itu telah digigit pacat! Habis basah tisu sewaktu cuci kaki o_0 Kali pertama digigit pacat sewaktu sertai kem KRS Tingkatan 5~ Selepas mereka tiba, sekali lagi kami dipecahkan kepada 3 kumpulan menuju ke destinasi ホタテ~ Kononnya ホタテ mengambil masa setahun untuk dia "membesar" sebelum diambil daripada cengkerang dia.. Agak geli nak makan mentah-mentah tapi bila lihat reaksi member Jpon yang hampir semua jerit "Umaaaiiiiii~ (Delicious)" lepas makan membuatkan ak terpaksa juga melahap satu (笑) Selepas sesi melahap ホタテ, barulah kami diberi makan tengahari~ 


Perjalanan diteruskan lagi ke destinasi terakhir iaitu sebuah kilang yang memproses 昆布 (Kombu) iaitu sejenis makanan sampingan Jpon~ Bentuk dia seperti rumpai laut, tapi lagi lebar dan mudah didapati di laut.. Kilang ini musnah ketika tsunami tahun lepas tapi didirikan semula di lokasi yang sama kerana terletak bersebelahan dengan laut.. Sewaktu pengagihan tugas, ak bertanggungjawab dalam memilih 昆布 kering, buang bahagian yang rosak sebelum dimasukkan ke dalam kotak~ Kerja berjalan sehingga jam 1500 apabila kami dihimpunkan untuk pulang.. Menu malam ke-2 juga boleh tahan tapi masih ada ikan mentah yang kurang ak minat (-_-") 


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

Thursday, 7 June 2012

Volunteer Work: Day 1

28 May ~ 1 June - MIYAGI


Salah satu aktiviti tahunan bagi semua pekerja baru syarikat ak ialah melakukan ボランティア活動 (Volunteer Work) dan tahun ini kami ditempatkan di 宮城県 (Miyagi Prefecture), salah satu negeri yang teruk dek tsunami tahun lepas.. Bas berlepas pada pagi 28hb sekitar jam 0740 di hadapan syarikat jadi kami sudah dikehendaki berkumpul di ロビー (Lobby) hostel sekitar jam 0630 lagi ;) Seramai 26 orang termasuk 2 上司 (Supervisor) turut-serta di dalam bas tersebut yang mengambil masa selama 6 jam untuk tiba di destinasi..

28 May - ISHINOMAKI


Dalam perjalanan agak terkejut hujan turun dengan lebat sekitar 宇都宮 (Utsunomiya); dok menjangkakan hebat sepanjang hari bakal membuatkan kami hanya duduk dalam hotel sahaja bila sampai nanti ;( Berhenti untuk makan tengahari di Hillside Shops & Outlets~ Kagum dengan rekaan persekitaran seperti di Eropah~ Makan tengahari ditanggung oleh pihak syarikat; yang Jpon makan daging, dan kami diberi makan ketam~ Perjalanan diteruskan selepas itu dengan destinasi pertama ialah 石巻市立病院 (Ishinomaki Hospital); kami dibawa masuk untuk lihat sendiri kerosakan terutama tingkat 1 yang hancur habis dek tsunami.. Keliling hospital pula penuh dengan longgokan sampah, runtuhan konkrit, jalan berlubang dsb.. 


Hospital ini dibina selepas 阪神淡路大震災 (Hanshin Awaji Earthquake) pada tahun 1995 jadi dia memang tahan kepada gempa bumi.. Malangnya kali ini selepas gempa bumi, tsunami pula mari membuatkan kebanyakan rumah habis musnah.. Malang juga bagi pihak hospital kerana lifeline (makanan dan minuman) mereka ditempatkan di tingkat 1 juga turut musnah dek tsunami.. Sewaktu kami sedang mendengar penerangan daripada doktor, bekalan elektrik kerap kali terputus~ Doktor nasihatkan untuk persiapkan kelengkapan lifeline di rumah seperti botol minuman, dan makanan kerana kita tidak boleh jangka bila bencana akan menimpa.. Bila ditanya apa yang mereka perlukan sekarang, doktor kata merupakan doktor lagi kerana ramai doktor lari ke tempat lain selepas bencana~ 


Selesai penerangan, kami dibawa pusing sekitar 石巻市 yang memang agak menyedihkan.. Ibarat seperti melihat gambar-gambar bangunan di Palestine pun ada~ 石巻市 terkenal dengan manga dan masked rider; siap ada muzium Masked Rider tapi sayang turut mengalami kerosakan dek tsunami.. Bas berhenti sebentar di 石巻駅 (Ishinomaki Station) untuk buang air; boleh tahan lawa stesen dia (笑) Daripada situ, bas membawa kami menuju ke Hotel Nyu-sakai yang mengambil masa 1 jam sebab terletak di tepi laut.. Makan malam agak mewah; pertama kali dijamu dengan ikan jerung! Kurang minat makanan Jpon sebab semua ikan yang dijamu adalah mentah! Selesai makan, kami diberi masa untuk menulis laporan sepanjang hari pastu kena hantar sebelum tidur! 


p/s Gambar-gambar lain boleh dilihat melalui sini~

Monday, 4 June 2012

Arsenal 11/12 Season Review


Arsenal telah mengakhiri musim EPL 11/12 di tangga ke-3 untuk layak secara automatik dalam saingan UCL musim depan setelah mencatat kemenangan tipis 2-3 ke atas West Brom di tempat lawan.. Musim ini juga menyaksikan Arsenal gagal mengutip sebarang piala berprestij untuk kali ke-7 berturut-turut namun berita baik buat peminat Arsenal apabila kapten Robin van Persie berjaya dinobatkan pemain terbaik EPL musim ini malah memenangi kasut emas setelah menjaringkan 30 gol sepanjang musim; 132 gol sepanjang karier beliau bersama Arsenal~ 


Season Review
Ketiadaan Nasri, Fabregas, Wilshere dan beberapa pemain tunggak dek kecederaan menyaksikan perlawanan pembukaan Arsenal tidak begitu membanggakan apabila sekadar seri 0-0 menentang Newcastle di tempat lawan.. Namun kekalahan 2 perlawanan berikutnya menentang Liverpool dan Manchester United benar-benar merisaukan hala tuju kelab lebih-lebih lagi apabila Arsenal tewas teruk 2-8 di tangan MU di tempat lawan~ Arsene Wenger (AW) terus membawa masuk 6 pemain baru di saat akhir pintu perpindahan pemain Ogos dengan 1 striker, 3 midfield, 2 defender~ Kemasukan Arteta, Benayoun dan Mertesacker benar-benar membantu mengukuhkan skuad Arsenal yang agak goyah pada ketika itu..


Salah satu pemain yang begitu diharapkan dapat membantu barisan serangan Arsenal ialah Park Chu-Young, kapten South Korea yang dibawa masuk daripada Monaco.. Seperti biasa, AW gemar menggunakan pemain baru untuk bersaing dalam pasukan simpanan dan juga saingan FA Cup dan Carling Cup namun sayangnya Arsenal kecundang awal pada musim ini.. Satu-satunya pemain yang banyak membantu Arsenal disamping menambah kepercayaan peminat terhadap kelab ini ialah kemasukan Thierry Henry yang dipinjamkan daripada NY Red Bulls selama 2 bulan.. Jaringan Henry 10 minit selepas dimasukkan menyaksikan Arsenal maju ke pusingan ke-4 saingan piala FA benar-benar mengubat hati penyokong! 


Saingan UCL musim ini juga menyaksikan Arsenal kecundang di tangan AC Milan pada agregat 3-4 di peringkat suku akhir meskipun berjaya mengejar 3 gol pada separuh masa pertama 2nd leg.. Pada waktu ini Arsenal boleh fokus kepada saingan tempat ke-3 EPL setelah tewas dalam saingan mengejar piala lain.. Kemenangan 5-2 dalam North London derby merupakan suatu perlawanan yang tidak dapat dilupakan kerana Arsenal berjaya menyumbat masuk 5 gol setelah ketinggalan 0-2 di awal permainan.. Musim ini juga menyaksikan Arsenal berjaya mencatat kemenangan ketika menentang Chelsea, Liverpool dan Manchester City walaupun sekali (笑) 


Players  
Musim ini menyaksikan pemain baru Alex Chamberlain muncul sebagai pemain kegemaran peminat Arsenal dengan prestasi yang memberangsangkan dalam permainan.. Alex berjaya mencatatkan 2 gol pertama bersama Arsenal ketika menentang Blackburn yang menyaksikan Arsenal menang besar 7-1; jaringan terbanyak dalam musim ini.. Selain Park, persembahan Chamakh dan Ramsey juga kurang memberangsangkan; Chamakh hanya menjaringkan 1 gol dalam musim ini ketika menentang Blackburn manakala Ramsey pula dilihat "lemah" di atas padang dan prestasi turun-naik beliau benar-benar mengundang kemarahan peminat kendatipun kerap dipilih AW.. Pemain paling menyerlah semestinya Alex Song; pengganti Fabregas dengan 12 assists sepanjang musim~ Ketiadaan Wilshere benar-benar terasa!! 


p/s Tak kisah sangat Arsenal tidak menang piala, janji main best takde hal :p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC