3 October - KAWASAKI
Sudah menjadi adat hampir seluruh syarikat di Jpon untuk mengadakan 内定式 (Welcome Ceremony for Prospective Employees) iaitu sebuah majlis yang menghimpunkan pelajar yang berjaya mendapat 内定 (Unofficial offer) daripada syarikat tersebut untuk mula kerja bermula awal April tahun hadapan.. Majlis diadakan pada jam 1430 di 本社 (HQ)..
|
HQ syarikat di Kawasaki |
STATISTIK
Seramai 25 orang pekerja baru yang telah diterima masuk pada tahun ini dan 4 orang daripadanya adalah 留学生 (Foreign Students) yakni 2 Malaysia dan 2 Vietnam.. Kesemua 留学生 dan 2 daripada 日本人 (Japanese) adalah pelajar Masters, 3 pelajar daripada 高専 (High School) dan selebihnya daripada taburan universiti seluruh Jpon dari selatan (九州) menuju ke utara (北海道).. 3 daripada 25 pekerja baru adalah wanita dari aliran 文系 (Social science) maka mereka akan bekerja di bahagian 事務系 (Office)~
ATUR CARA
14:30~14:35 Ucapan 人事部長 (Head of Human Affairs Dept.)
14:35~14:45 Penerangan tentang atur cara majlis, pembayaran duit tambang dsb
14:45~14:55 Penerangan tentang bentuk pembelajaran 内定者
14:55~15:10 Penerangan tentang kerja, jenis-jenis lesen yang perlu diambil dsb
15:15~15:45 Sesi perkenalkan diri
15:45~17:00 Group Work
18:15~20:30 Makan malam di sebuah restoran berdekatan China Town
21:00~ Check in hotel
感想 (View)
Alhamdulillah kerana ak bakal bukan keseorangan sebagai Muslim dan juga sebagai 外人 (Foreigner) di syarikat ini meskipun tempoh 3 tahun itu nampak seperti sekejap.. Terkejut juga bila dengar pasal 資格 (License) yang boleh/perlu diambil sebagai seorang jurutera di Jpon; menarik kerana syarikat akan membayar yuran pengambilan peperiksaan termasuk menambah gaji pekerja yang lulus.. 資格 juga penting dalam urusan kenaikan pangkat, di samping menambahkan kepercayaan pelanggan ke atas kredibiliti pekerja dalam melaksanakan suatu tugasan.. Paling tinggi boleh dapat 200,000円 sebagai hadiah jika lulus level 1 電気工事士 (Electrical Construction Engineer?)
|
Bawak digital camera tapi segan nak ambil banyak-banyak (笑) |
Sangkaan ak meleset apabila sepanjang 6 bulan sebelum masuk syarikat lagi kami sudah ditugaskan untuk mengikuti beberapa modul secara online dan dikehendaki menghantar report kepada syarikat dari semasa ke semasa! Tidak bolehlah nak seronok sakan menghabiskan sisa-sisa hidup seorang pelajar (笑) Sesi perkenalkan diri agak sengal sebab masing-masing diminta memberitahu artis kesukaan ;) Selepas itu, kami dipecahkan kepada 5 kumpulan untuk aktiviti LDK; 5 soalan KBKK disediakan dan kumpulan yang berjaya menyelesaikan soalan paling pantas akan menang~ Boleh tahan geliga juga otak masing-masing ;) Dalam jam 1715 kami bertolak menaiki bas mini menuju ke sebuah restoran di China Town..
Kali ini kami dipecahkan kepada 4 meja besar dan setiap meja ada 2,3 部長 (Head of Departments).. Kebetulan ak ditempatkan betul-betul sebelah 海外事業本部部長 (Head of Oversea Business dept.) yang juga merupakan salah seorang penemuduga ak o_0 Oleh kerana sudah banyak kali pergi ke luar negara atas urusan kerja termasuk Malaysia, dia mengambil tugas ak untuk bercerita tentang Islam kepada orang lain termasuk isu makanan halal dan solat! Malah dia siap maklumkan kepada pelayan restoran untuk asingkan makanan yang mengandungi daging dan juga siap pesan 海鮮 (Seafood) sahaja untuk ak! Pertama kali dapat makan banyak di dalam majlis yang disertai orang Jpon *terharu*
|
Terjumpa dalam tandas restoran tuh.. Gila dahsyat 3 in 1; pili air, pili sabun dan juga udara panas untuk keringkan tangan.. Semuanya automatik ;) |
Sesi perkenalkan diri dan tugas dalam syarikat turut dilaksanakan ketika makan.. Hampir semua 部長 memberikan pesanan yang sama yakni supaya tamatkan pembelajaran di universiti dengan "selamat", jaga kesihatan, dan juga berseronok sebanyak yang mungkin selagi masa masih ada! (笑) Selesai makan malam sekitar jam 2100, kami berjalan kaki menuju ke
Daiwa Roynet Hotel untuk tidur 1 malam.. Kagum dengan bilik yang disediakan; seorang 1 bilik pastu lengkap dengan pelbagai peralatan elektrik! (1 malam mesti 1万円 lebih nih) Check out dari hotel sekitar jam 1100 keesokan harinya.. Pusing-pusing sekitar 横浜 (Yokohama) seorang diri sebelum pulang menaiki 新幹線 (Bullet train) sebelah tengahari..
|
First time tidur Hotel di Jpon sorang2 (笑) |
p/s 内定式 kali ini agak berbeza daripada apa yang ak rasa sewaktu dapat kerja dengan Panasonic 2 tahun yang lepas (link)