Followers

Saturday 10 October 2009

Panasonic Pra-Orientation

9 Oktober - OSAKA


Ak menerima tawaran bekerja dgn PEDMA sebagai Plan B sekiranya tiada rezeki ntk menyambung pelajaran di peringkat sarjana~ Pada hari ni kesemua calon yg berjaya terpilih menerusi temuduga bulan Jun lepas di panggil ntk menghadiri seminar pra-orientasi yg bertempat di Panasonic HQ di Kadoma, Osaka.. Ni merupakan kali ke-2 ak ke HQ; kali pertama dlu g ntk sesi temuduga.. Pelajar tajaan YPM yg terpilih cuma ak ngan Shahrin pjg jer; yg lain boleh kata sumer tajaan JPA= Seramai 22 pelajar menerima tawaran bekerja daripada 40++ yg memohon~ yg paling jauh datang ialah dr Akita Universiti manakala yg paling dkt dikatakan pelajar dr Rits~ Seminar bermula sekitar 10 pagi dan berhenti rehat pd 11:50 tengahari.. Majlis Hari Raya dia paling ringkas giler; memula setiap sorang dapat 1 set makanan yg ditempah kt restoran masakan Malaysia di Osaka.. pastu waktu tgh makan tuh ade la skit kuih2 raya yg diedarkan kepada sorang2 ntk dipassing2.. Seminar bersambung semula dalam jam 1300 dan selepas itu kitorang diberikan masa ntk bersolat sblm bergerak ke Konosuke Matsushita Museum yg terletak bersebelahan dgn HQ..


Selesai pusing2 dalam museum tuh, kitorang dibawa plak ke Panasonic Center Osaka yg terletak sekitar 京橋 (Kyoubashi).. Sayang giler kitorang x dibenarkan mengambil gambar sewaktu didalam bilik pameran kerana produk2 dan seni reka dalaman bilik tuh memang bikin ak kagum abis.. kitorang dipertunjukkan dgn teknologi2 terkini; semuanya dikawal dgn menggunakan remote control jer.. yg best nyer waktu tgh tgk2 tv, kalo tetiba ade orang tekan butang bell kt luar umah, secara automatik wajah orang yg menekan butang tuh akan muncul kt skrin televisyen.. malah kita juga leh set sistem kawalan tu sampai boleh buat muka orang tuh kluar kt telefon umah, dan car navigator.. selesai dgn teknologi terkini, dia tunjukkan kitorang ruangan 'tomorrow' yg mana semuanye teknologi masa dpn~ cool giler sbb lampu dlm bilik teater pon berubah ikut bentuk citer yg kita tgh layan waktu tuh.. pastu ade skrin yg kita kawal cam dalam movie Minority Report~ gerak2 tangan jer dah leh buat macam2.. Pastu kitorang dikagumkan lagi ngan sedutan tayangan filem Eragon pd skrin LCD 110 inci yg berharga sekitar 5.6 juta yen=


Selain diceritakan ttg gadget2, kitorang diperkenalkan gak ttg 'environmental showcase'; cara syarikat Panasonic mengaplikasikan 'eco ideas' pd setiap perkakas2 elektrik keluaran nyer.. banyak gak yg diceritakan dalam sesi petang tuh; kitorang bersurai sekitar jam 5 ptg~ Ak dah janji ngan bdk2 kt Rits ntk makan sesama malam nih kt Restoran Raju.. Selesai juadah, kitorang layan jap kt Bb seblom pulang ke umah masing2..

2 comments:

  1. bkn ke spe yg terima tawaran keje pastu tetiba tolak nnt kna byr gnti rugi ke????hmmm

    ReplyDelete
  2. hmm.. x pasti lak ttg hal nih..
    tp 一応 ak dah cakap ngan pegawai human resource ttg plan ak.. dan dia cakap sumer nyer terpulang pd ak.. :p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC