Followers

Monday, 12 October 2009

IC tag & number plate for bicycle!

Bermula semester baru nih, semua pelajar Rits yg menunggang basikal ke 大学 (university) dikehendaki mendaftar basikal tersebut di kaunter yg disediakan sehingga akhir bulan nih.. Pelajar yg gagal berbuat demikian akan di kenakan denda @ xleh bawak beskal g 大学 lagi dah lepas nih~ Kitorang difahamkan yg pendaftaran basikal tu bertujuan ntk :-
  1. Memantapkan pemantauan keselamatan basikal daripada dicuri
  2. Kalo ditakdirkan beskal kene curi gak, kemungkinan ntk dijumpai lebih tinggi~
  3. Dah termaktub dalam buku peraturan penduduk yg menetap di negeri Shiga?!
Sewaktu proses pendaftaran basikal di jalankan, kitorang juga dikehendaki ntk memasang tag IC pada tayar basikal.. hal ni adalah sebagai menyahut saranan JKKK negeri Shiga yg ingin melaksanakan 交通調査 (pemantauan trafik) berhubung kawasan2 yg disyaki mudah berlaku kemalangan?! Tag IC tu bukan leh pilih sebarangan jer, diorang dah susun awal2 ikut arah jalan mana yg kite ikut waktu nk p 大学 setiap hari.. Tag IC tersebut akan ditanggal setelah pelajar tersebut tamat pengajian~ Waktu pendaftaran berjalan, kitorang kene pastikan basikal tuh berada dalam keadaan baik; lengkap dgn lampu dan rantai kunci.. kalo x nanti pemohonan akan di reject! Dah la waktu nk beli beskal dlu pon kene daftar ngan polis, skang ni kene daftar ngan universiti plak~ -_-"

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC