Followers

Friday 8 July 2011

Teori Tingkap Pecah

"..Disorder and crime are usually inextricably linked" - James Q. Wilson

Cuba lihat gambar di bawah; kita boleh dapati bahawa tiada masalah dengan faktor persekitaran di dalam gambar jadi boleh disimpulkan bahawa keadaan sedang aman dan masyarakat berada dalam keadaan tenteram.. Namun, kajian mendapati apabila cermin kereta tersebut pecah lalu dibiarkan begitu sahaja sehingga satu masa tertentu, peningkatan kes jenayah di kawasan persekitaran tersebut meningkat dengan mendadak!


Satu kajian telah dijalankan ke atas 2 buah peti surat seperti di dalam gambar di bawah.. Salah satu daripada peti surat itu telah diconteng dan keadaan peti surat itu juga agak teruk berbanding peti surat yang satu lagi.. Keputusan kajian tersebut mendapati bilangan kes jenayah seperti kecurian dan vandalisme yang berlaku adalah 8x ganda lebih tinggi untuk peti surat "buruk" berbanding peti surat biasa..


Terdapat hubung kait antara kes jenayah dengan persekitaran seperti yang dicanang oleh teori pecah tingkap ini.. Malah, teori ini juga boleh diguna-pakai dalam rumah tangga seseorang; sekiranya terlihat ada gelas yang pecah, anda dinasihati untuk membersihkannya secepat yang mungkin kerana jika dibiarkan, dikhuatiri isu rumah-tangga boleh berlaku hasil daripada faktor persekitaran tersebut! 

感想 (View)
Faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita.. Seluruh dunia tahu bahawa Jpon merupakan antara negara tercantik dan paling bersih.. Bersih di sini bukan bermaksud Jpon memiliki cleaner Indonesia paling ramai, tapi masyarakat Jpon itu sendiri memang sukakan kebersihan.. Kalau tiada tong sampah, mereka akan simpan sampah tersebut di dalam kocek, berbeza dengan kebanyakan masyarakat Malaysia yang menganggap persekitaran luar rumah adalah tong sampah jadi mereka bebas untuk buang sampah di merata-rata tempat (-_-)" 

Ada tong sampah pon kena tendang gak (笑)

Mungkin sebab itulah kes jenayah agak kurang berbanding Malaysia kendatipun populasi Malaysia adalah 1/5 daripada populasi Jpon.. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit; peribahasa ini boleh digunakan dalam pelbagai situasi termasuk dalam pembuangan sampah dan kesannya kepada peningkatan jenayah.. Islam menggesa penganutnya agar mengutamakan kebersihan rohani dan jasmani tapi kita boleh lihat dengan mata sendiri bentuk persekitaran Negara Islam, adakah sudah BERSIH? 


Bersih 2.0
Sebagai pelajar Malaysia di luar negara, ak sering mengikuti perkembangan semasa di luar negara dan perarakan Bersih 2.0 ini semestinya menarik perhatian.. Asalnya demonstrasi ini ingin dibuat di jalanan, namun atas nasihat YDPA, demonstrasi tersebut ditukar ke stadium?.. Mengikut teori pecah tingkap ini, ak setuju ia ditukar memandangkan demonstrasi itu boleh dikawal daripada di buat di jalan raya yang tidak bersih (笑) Meskipun tidak pernah mengundi, ak setuju dengan tuntutan Bersih 2.0 yang berniat murni untuk kemajuan negara tapi tetap curiga dengan demonstari ini.. Semoga Malaysia bertambah maju selepas 9 July ;)

p/s Tak sabar nak baca surat khabar 10 July ;) 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC