Followers

Saturday 9 July 2011

中国総領事館 (Chinese Embassy)

5 July - OSAKA

Kedutaan China di Osaka

Sebagai persiapan untuk menghadiri 学会 (Conference) yang bakal dilangsungkan di Beijing, ak dikehendaki untuk membuat permit VISA di kedutaan China 関西 (Kansai) yang bertempat di Osaka.. Cemburu dengan orang Jpon kerana mereka tak perlukan VISA untuk memasuki China dan Malaysia tapi orang China dan Malaysia pula memerlukan VISA untuk memasuki Jpon.. Konon nye faktor nilai mata wang Jpon lebih tinggi yang membolehkan perkara itu berlaku.. Berikut merupakan senarai yang perlu ak sediakan dalam proses memohon VISA:


  • Surat pemohonan (link)
  • Passport berserta salinan 
  • 外国人登録証明書 (Alien card) berserta salinan
  • Gambar saiz passport (1x)
  • 招待状 (Invitation letter) daripada 学会 


Menariknya ialah 窓口 (Counter) untuk proses VISA hanya dibuka dari jam 0900~1200 sahaja.. Mujur masa perjalanan daripada 南草津 (Minami Kusatsu) menuju ke stesen 阿波座 (Awaza) hanya 1 jam meskipun perlu 乗り換え (Transit) sebanyak 2 kali -_-" Terkejut dengan bilangan polis di sekitar kawasan kedutaan; pastu susah nak beza orang Jpon dengan orang China di situ (笑) Boleh tahan gak bilangan orang yang hendak ke China nih; sekali lagi dikejutkan dengan kebarangkalian VISA tidak lepas kerana 招待状 yang ak bawa tiada pengesahan -_-" 

Gambar pon tak letak.. Abis buat ape suruh hantar gambar -_-"

Mana ada 招待状 rasmi daripada 学会 tu, yang ak bawak pun hanya salinan daripada email yang memberitahu paper ak berjaya dan dijemput untuk menghadiri 学会 tersebut~ Kakak 窓口 tu beri pilihan supaya ak datang lain hari atau hantar je dulu, kalau tidak lepas, dia akan telefon petang itu.. Jika tiada panggilan, maka ak diminta hadir untuk mengambil passport pada 8hb July.. Alhamdulillah, tiada panggilan diterima pada hari itu \(^o^)/ Sewaktu ak pergi ambil passport, ak dikenakan caj 4000円 (RM 150) untuk memasuki China sekali dalam tempoh 30 hari.. 

p/s Kalau tiada VISA, tidak boleh beli tiket penerbangan daripada agen o_0 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC