Followers

Tuesday 19 July 2011

Gervinho

Arsenal telah berjaya membawa masuk pemain baru dari Lille, Gervinho (bukan nama sebenar) dengan menjadikannya pemain ke-2 masuk dalam skuad Gunners selepas Carl Jenkinson.. Gervinho yang turut menjadi buruan Man City memilih Arsenal kerana memang sudah impiannya disamping ingin berada dibawah didikan Arsene Wenger.. Kemasukan Gervinho dijangka dapat memberi saingan di bahagian serangan untuk Van Persie dan Chamakh.. Gervinho dikatakan boleh bermain di mana-mana posisi; sesuatu yang amat menguntungkan Arsenal buat masa ini..  


Update
Kemasukan Gervinho juga memberi alamat khidmat Bendtner sudah tidak diperlukan lagi~ Bendtner dijangka bakal melengkapkan perpindahan di kelab eropah yang lain sebelum tirai musim baru bermula.. Clichy juga telah selamat berpindah ke Man City setelah menolak tawaran Liverpool~ Denilson pula bakal kembali ke liga Brazil setelah bersetuju untuk dipinjamkan selama 1 musim.. Nasri masih belum menanda-tangani kontrak lanjutan manakala isu perpindahan Fabregas ke Barcelona pula masih berterusan sejak 2,3 tahun yang lalu.. Buat masa ini, tiada ura-ura tentang pembelian pemain pertahanan; suatu yang begitu diperlukan Arsenal buat masa ini..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC