Followers

Sunday 24 July 2011

Siaran Analog Tamat!

24 July - JAPAN

Tepat jam 12 tengahari tadi, siaran analog TV di Jpon telah ditamatkan; sesiapa yang tidak mempunyai tv digital ataupun digital tuner tidak dapat menonton siaran TV bermula hari ini.. Kerajaan Jpon telah menetapkan perkara ini sejak 10 tahun yang lepas malah iklan mengenai tamatnya siaran analog telah disiarkan begitu kerap sehingga ada maskot! Bilangan rakyat yang begitu ramai terutamanya dikalangan warga tua antara sebab utama pihak 総務省 (Ministry of Internal Affairs and Communications) masih menerima panggilan orang ramai tentang penamatan siaran analog sehingga hari ini ;) (link)


Sejarah
Siaran analog TV di Jpon mula dipancarkan pada tahun 1953.. Pada ketika itu, siaran adalah dalam hitam putih, dan tidak ramai lagi yang mampu memiliki set TV.. Penjualan TV semakin rancak bermula ketika siaran hitam putih bertukar jadi siaran berwarna pada tahun 1960..  Siaran digital pula bermula pada tahun 2003 dan kini siaran analog akan dihentikan serta-merta selain kawasan 岩手 (Iwate), 福島 (Fukushima), dan 宮城 (Miyagi) yang masih dalam proses membaik-pulih daripada bencana tsunami yang menimpa mereka Mac yang lalu~  

Kenapa ditamatkan?
  1. Penggunaan gelombang yang lebih baik
  2. Peningkatan servis penyiaran
  3. Menggiatkan ekonomi
Seperti yang semua sedia maklum, gelombang radio digunakan di dalam TV, telefon bimbit, radio dan pelbagai jenis alat komunikasi.. Jika dilihat pada penggunaan telefon bimbit yang begitu berleluasa, kita mungkin akan menganggap gelombang radio tiada had tapi sebenarnya tidak.. Ada had dalam penggunaan gelombang radio.. Oleh sebab semakin ramai yang menggunakan telefon bimbit pada masa kini, had gelombang radio tersebut sudah mencapai batasan sehingga sudah tidak boleh lagi ditambah.. 


Teknologi digital membolehkan sesuatu maklumat itu dimampatkan sebelum dihantar; jadi sekiranya penyiaran dapat di-digitalisasi-kan, ruang yang terhasil daripada maklumat yang telah dimampatkan itu boleh digunakan oleh servis komunikasi lain seperti sistem kecemasan dsb.. Melalui siaran digital juga, jurang maklumat antara komuniti tua dan golongan muda dapat dikurangkan kerana fungsi yang terdapat pada TV digital membolehkan komunikasi 2 hala antara pengguna dengan pihak penyiaran.. (link)

Maskot

感想 (View)
Imbas kembali waktu berada di Malaysia, bila dengar siaran digital mesti akan teringat ASTRO.. Berbanding dengan siaran analog, imej di skrin TV lebih jelas kelihatan menggunakan siaran digital.. Tapi bila tiba di Jpon, sesiapa sahaja boleh menikmati siaran digital dengan hanya membeli digital TV.. Lagi seronok apabila memiliki TV berdefinisi tinggi (1080 HD) kerana imej yang dipaparkan begitu jelas sehingga boleh nampak kedut di muka artis bermekap tebal (笑) 字幕 (Subtitle) hampir di setiap rancangan TV begitu membantu terutamanya bagi mereka yang masih dalam proses mempelajari 日本語 (Japanese).. TV Guide juga boleh dilihat dengan hanya menekan punat di remote control.. 

p/s Syok giler layan World Cup tahun lepas dalam HD ;)   

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC