Followers

Wednesday 7 July 2010

Turki dan Jpon

Sejak belajar 日本語 (Japanese) lagi ak telah diberitahu mengenai hubung-kait Turki dan Jpon yg konon nyer mempunyai persamaan dari segi bahasa.. Pernah gak layan satu 番組 (tv program) yang menunjukkan ramai orang Turki mahir berbahasa Jpon.. Bila diselidik lebih mendalam, ghupe2 nyer ada 絆 (Bonds) yang mengikat tali persahabatan antara 2 negara nih lebih 100 tahun yang lalu.. Nama 山田寅次郎 (Yamada Torajiro) cukup terkenal di Turki kerana jasa beliau membantu meringankan beban rakyat Turki sehingga berjaya mencipta "jambatan" yg membawa budaya Jpon ke Turki.. Sejarah menceritakan bahawa hubungan antara kerajaan Khalifah Uthmaniyyah dengan Jpon telah wujud sejak tahun 1878 apabila tentera Jpon dalam perjalanan ke Eropah bagi menghadiri kursus telah singgah di Istanbul~ Kedatangan maharaja Jpon ke Istanbul pada 1887 bagi menganugerahkan pingat kebesaran kepada Sultan pada ketika tuh membuatkan Turki menghantar sebuah kapal sebagai "pelayaran muhibah" ke Jpon pada tahun 1889~  


Kapal perang, "Ertugrul" yang memuatkan 607 anak kapal dan pegawai telah berlepas dari Istanbul menuju ke Jpon.. Dalam perjalanan, kapal tersebut terpaksa berhenti di banyak negara kerana mengalami kerosakan; kapal tersebut selamat sampai di 横浜 (Yokohama) pada Jun 1890 dan mengambil masa selama 11 bulan perjalanan~ Sepanjang 3 bulan berada di Jpon, pelbagai majlis pertukaran pingat telah diadakan oleh wakil Turki dan 天皇 (Emperor).. Ertugrul berlepas daripada bumi Jpon pada September 1890 menuju ke Istanbul.. Malangnye, tragedi menimpa kapal tersebut apabila perubahan cuaca yang membawa ribut telah menghancurkan kapal tersebut selepas 3 hari pelayaran.. Hanya 69 orang yg terselamat daripada peristiwa malang tersebut; seorang 実業家 (Businessman) yang kerap berdagang di Jpon ketika itu, 山田寅次郎 telah menghantar iklan di surat khabar meminta rakyat Jpon mengumpul dana bantuan bagi membantu keluarga mangsa di Turki.. Hasilnye, sebanyak 2700万円 (RM 993 ribu) telah berjaya dikumpulkan, dan 山田 sendiri telah pergi ke Turki pada tahun 1892 bagi menyerahkan wang tersebut kepada Sultan.. Selepas tuh, 山田 konon nyer telah menetap di Turki dengan menjadi seorang guru mengajar 日本語 di sekolah..


Keakraban Jpon dan Turki boleh dilihat apabila kerajaan Turki menyelamatkan rakyat Jpon ketika perang Iran-Iraq pada tahun 1985~ Ketika tuh, Saddam mengisytiharkan akan menembak jatuh semua pesawat yang lalu di laluan udara Iran membuatkan kerajaan Jpon tiada jalan lain ntk menyelamatkan rakyat diorang ketika tuh.. Tindakan pantas kerajaan Turki telah berjaya menyelamatkan semua rakyat Jpon yang terperangkap di situ~ Setelah insiden tuh, kedua2 kerajaan turut saling tolong-menolong memberikan bantuan kemanusian dan kewangan antaranye tragedi 1999 Izmit Earthquake dan 1995 Great Hanshin Earthquake~Pada tahun 2006, "Frigate Ertugrul Project" telah dilancarkan bagi mencari khazanah2 dan kesan tinggalan kapal tersebut disamping mengingati kematian anak2 kapal.. Dalam lawatan rasmi Presiden Turki ke Jpon pada tahun 2008, beliau sempat pergi ke 串本 (Kushimoto) bagi merasmikan muzium Ertugrul dan monumen Ertugrul.. 


Seperti di Malaysia, Turki turut mengadakan 日本語弁論大会 (Japanse Speech Contest) setiap tahun, dan pemenang pertandingan tersebut konon nye dapat tiket penerbangan ntk melancong ke Jpon~ o_0


p/s Sape2 nk g 和歌山県 (Wakayama-ken) ajak ak skali~

2 comments:

  1. ada mutual relationship ni ek jepang ngan puak2 ottoman nih hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC