Followers

Thursday 29 July 2010

fakta menarik


Source: Mastika Julai 2008

  • Penulis terkenal Jerman, Johann Wolfgang von Goethe (1749~1832) x suka bunyi anjing menyalak dan dia hanya dapat berkarya kalo ade sebiji epal di sisi nye..
  • Great Britain adalah negara pertama yg mengeluarkan setem. Bagaimanapun, setem2 tuh x mencatatkan nama negara berkenaan, sebalik nyer meletakkan gambar muka keluarga diraja..
  • Guiness Book Of Records memegang rekod dunia sebagai buku yg paling kerap hilang di perpustakaan awam..
  • Semasa diadakan satu pesta di Maine, Jerman, sorang budak lelaki telah mengejutkan orang ramai apabila meludah biji tembikai sejauh 13m..
  • Ahli falsafah terkenal China, Confucius bekerja sebagai penyelia ladang jagung ketika berusia 16 tahun..
  • Bakteria adalah sel bebas paling kecil. Dianggarkan terdapat 50 juta bakteria dalam setitik air..
  • Pemain gitar bass The Rolling Stone, Bill Wyman (47) memulakan hubungan dengan Mandy Smith (13) dan hubungan tersebut di restui oleh ibu Mandy.. 6 tahun kemudian, mereka berkahwin tp malang nyer, perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun.. x lama lepas tuh, anak Bill dengan isteri pertama nya, Stephen Wyman telah mengahwini ibu Mandy (46).. Ini menjadikan Stephen sebagai bapa tiri kepada bekas ibu tiri beliau!
  • Musang terbang gergasi yg hidup di hutan belantara Indonesia mempunyai 'sayap' sepanjang 2m~
  • Gambar2 letupan bom atom di US dirakam oleh seorang sahaja jurukamera, Harold Edgerton~
  • Kalo nk kira bintang2 yg bertaburan di galaksi pada kadar sebutir bintang setiap saat, korang akan mengambil masa selama 3,000 tahun ntk habis kira..
  • Peter Mustafic (90) dari Botovo, Yugoslavia telah mengejutkan orang ramai apabila beliau tetiba mula bercakap selepas membisu selama 40 tahun.. Agensi berita Yugoslavia melaporkan, Peter bukan nyer bisu sebalik nye telah berhenti bercakap sejak 1920-an kerana x nk sertai perkhidmatan tentera negara..
  • Gunung Waialeale di Pulau Hawaii adalah tempat paling lembap di dunia. Ia menerima 480 inci hujan (atau 328 hari) setahun!
  • Leonardo da Vinci berbangga dengan kebolehan beliau membengkokkan besi menggunakan tangan..
  • Setiap tahun, seramai 4.5 juta orang terganggu kesihatannye akibat masalah pencemaran udara.. 
  • 4 juta kanak2 mati lemas terhidu asap dapur kayu di negara2 miskin dan 4 juta manusia lagi mati setiap tahun akibat jangkitan penyakit taun yg berpunca daripada sistem perparitan yg buruk..
  • Seramai 1,175 orang animator bekerja di studio Disney di Burbank, California, Orlando, dan Florida, USA serta Paris, Perancis, ntk membikin filem animasi Tarzan.. Disebabkan perbezaan masa antara kedua2 benua, filem animasi tuh hanya dapat disiapkan dalam tempoh 3 tahun..
  • Dianggarkan sejumlah 7000~15,000 helai bulu terdapat pada jambang seorang laki.. Setiap sehelai bulu tuh tumbuh 140mm setahun dan lebih mudah dicukur selepas dibasuh dengan air suam selama 2 minit.. 
  • Sepanjang hayatnya, seorang laki menghabiskan masa selama 3,350 jam ntk mencukur 8.4m tunggul janggutnye..
  • Bulu di tubuh wanita lebih halus berbanding lelaki..
  • Jumlah kereta planet bumi nih bertambah 3x ganda lagi cepat berbanding populasi manusia..
  • Badak air lebih kerap berbunyi semasa ia berada di dalam air..
  • Adolf Hitler dan Maharaja Perancis, Napoleon Bonaparte mempunyai sebiji kerandut zakar jer.. (笑)

4 comments:

  1. ngehehehe, yg last tu paling power sebenarnya

    ReplyDelete
  2. Kerandut tu apa? >.<

    Tak pernah dengar...

    ReplyDelete
  3. kerandut tuh bahasa melayu kuno kot..
    dalam kes nih, ak rasa x paham pon xpe.. kui3

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC