Followers

Thursday 22 July 2010

Eduardo

Eduardo da Silva telah dilahirkan pada 25 Febuari 1983 di Brazil tp memilih ntk mewakili Crotia dalam dunia bola sepak.. Memulakan karier sebagai pemain bola sepak professional pada tahun 2001 ntk kelab Dinamo Zagreb, Crotia, Eduardo berjaya menjaringkan gol pertama UEFA dalam karier dia menentang Arsenal di stadium Emirates pd Ogod 2006.. Kagum dengan prestasi Eduardo sepanjang musim tersebut membuatkan Arsene Wenger membawa masuk Eduardo ke dalam keluarga Arsenal pada 3 Julai 2007 dengan bayaran sekitar 7.5 juta pound.. Penampilan pertama Eduardo ntk Arsenal adalah menentang Blackburn Rovers dan gol pertama yang dijaringkan nya ialah ketika menentang Sparta Prague (pusingan kelayakan UEFA CL).. Eduardo mula mendapat tempat dalam kesebelasan utama apabila kecederaan Van Persie kian berulang.. Persembahan Eduardo sejak tuh semakin menarik sehingga pernah dilabel penyerang yang memiliki penyudah terbaik dalam skuad EPL musim tersebut..  


Mimpi ngeri Eduardo dan Arsenal bermula pada 23 Febuari 2008 (2 hari sebelum hari jadi dia!) sewaktu Arsenal bermain menentang Birmingham City (BC).. Terjahan keras pemain pertahanan BC, Martin Taylor pada buku lali kaki kiri di awal minit permainan menyaksikan Eduardo jatuh tersungkur x bergerak.. Punyalah teruk giler insiden tuh sehingga tayang semula langsung x ditunjukkan.. Awal musim semua peminat Arsenal menyangkakan musim 2007/2008 akan berakhir dengan piala liga namun tragedi yang menimpa Eduardo turut menyaksikan prestasi dan persembahan Arsenal semakin huru-hara.. Arsenal menamatkan saingan EPL musim tersebut di tangga ke-3 dan gagal memenangi sebarang piala.. Kecederaan Eduardo yang begitu serius membuatkan ramai berfikir karier sebagai pemain bola sepak telah berakhir.. 


Namun, kemajuan dalam bidang perubatan dan hasil latihan tanpa henti menyaksikan Eduardo kembali bersama skuad Arsenal pada 16 Febuari 2009; lebih kurang setahun selepas insiden tersebut berlaku.. Kemunculan pertama Eduardo menentang Cardiff City menyaksikan dia berjaya menjaringkan 2 gol; gaya selepas menjaringkan gol memang "深イイ (Mendalam)" dan turut menyentuh hati peminat2 Arsenal..  Malang nyer setelah perlawanan tersebut, Eduardo mengalami masalah hamstring dan terpaksa direhatkan selama 3 minggu.. Musim 2009/2010 tidak banyak menyaksikan kelibat Eduardo.. Sepanjang berada bersama Arsenal, Eduardo membuat 67 kemunculan dan berjaya menjaringkan sebanyak 20 gol ntk seluruh perlawanan.. 


Kini, Eduardo telah selamat melengkapkan perpindahan ke kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk dengan kontrak selama 4 tahun pada harga sekitar 7.5 juta pound (harga yang sama dibeli oleh Arsene Wenger sewaktu membawa masuk Eduardo 3 tahun dulu)~ Sebagai salah sorang peminat Arsenal, penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan Eduardo dalam pasukan Arsenal dan juga berharap agar karier bola sepak dia akan berterusan dengan jaya nye.. Akhir kata, layan dlu video kompilasi Eduardo yang agak mantap!

4 comments:

  1. tu bukan lutut la tp buku lali org pggl.hahaha...aish,br dok 2 thun lbih dh tak ingt ke.

    ReplyDelete
  2. haha.. ok2..
    ak dah tukar!

    ReplyDelete
  3. dah hilang lagi sorang star ni, tak leh buat untung tu jual harga sama ..hehe

    ReplyDelete
  4. huhu.. tu la pasal.. tp memandangkan prestasi Eduardo yg x menentu, dpt jual pada harga yg sama pon dah kire OK la kot.. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC