Followers

Friday 9 July 2010

The Corporation

Bermula beberapa minggu yg lepas, jadual hari isnin ak semakin 'pack' ngan kelas; bermula daripada jam 1040 sehingga jam 1800 benar2 memeritkan lebih2 lagi musim W杯 (World Cup) yang memang makan masa tido ak kaw2.. Kalo diikutkan, jadual hari isnin ak hanya sampai jam 1610 jer, tp baru2 nih pihak キャリアオフィス (Career Office) telah mengadakan 外国人向け就活セミナー (Job hunting seminar for foreigners) dan hari yang dipilih plak jatuh pada hari isnin -_-" Dalam seminar tersebut, kitorang didedahkan dengan prospek ekonomi dunia semasa dan hala-tuju syarikat di Jpon bagi menangani krisis ekonomi dunia.. Jika dulu, kos tenaga buruh di China agak murah membuatkan banyak syarikat mendirikan kilang2 di China, tp kini keadaan semakin berubah apabila kos tersebut semakin meningkat dari semasa ke semasa.. Matlamat syarikat2 besar hampir sama iaitu mengaut keuntungan yang besar hasil daripada kos tenaga buruh yang kecil.. Kemungkinan besar, banyak syarikat akan mula mendirikan kilang di negara2 kelas bawah seperti Bangladesh dan negara2 Afrika.. 


Waktu interview, pihak syarikat x pandang sijil2 ape sumer sebaliknye ingin tahu visi dan misi kita, apa yang boleh disumbangkan kepada syarikat tersebut.. Bersediakah ntk dihantar ke mana sahaja ntk bekerja? Konon nyer ayat "..saya nk kerja di syarikat di Jpon supaya boleh mencipta jambatan yang menghubungkan 母国 (Birth country) dengan Jpon.." memang dah x dipandang da.. Kalo dulu, niat nk bekerja dan mengumpul pengalaman di Jpon cukup tinggi, tp skang kalo boleh cam nk balik Malaysia jer ;p Dalam proses 就職活動 (Job Hunting), setiap sorang termasuk orang Jpon kene amik SPI (Synthetic Personality Inventory), sejenis exam ntk dapat kerja.. Ingatkan dah abis skola xde dah exam, skali nk dapat kerja pon kene amik exam gak (笑) Konon nyer SPI nih dilaksanakan bagi memudahkan pihak syarikat membuang calon2 yang ingin bekerja di syarikat berkenaan -_-" Waktu interview ngan PEDMA tahun lepas, mujur xde exam ape2 tp lebih pada oral interview.. Banyak btol yang perlu difikirkan kalo nk kerja kt Jpon antaranya wang cukai yg perlu dibayar.. (tahun ni cukai naik plak tuh~)


Dalam dok pikir pasal 就活 nih, tetiba terjumpa satu dokumentari menarik berkisar pasal kuasa syarikat2 besar dalam masyarakat masa kini.. Dokumentari The Corporation nih lebih memfokuskan kepada syarikat2 di Amerika Utara terutamanya USA.. Banyak juga fakta2 yang menarik diperbincangkan dan juga cerita2 kotor yang kite x pernah tau selama nih.. Hubungkait syarikat IBM dan tentera Nazi ketika era perang dunia ke-2 dsb.. Korang leh layan kt youtube jer memandangkan ada yang berbaik hati pecahkan kepada beberapa episod~ Cuba layan episod pertama dulu~ 

4 comments:

  1. ko keje full time ke?

    hmm..ade 23parts. kna tgk satu2 ni kalau ade mase kang. kire cm the arrival ek. :)

    ReplyDelete
  2. erk? ak full time student bro.. ;) buat part time sebagai TA jer kt U~

    huhu.. slow2 bro.. maksud dia mendalam tuh~ ;)

    ReplyDelete
  3. hahaha...slmt menjalani apa yg prnh ak rse.ak siap prnh exam smpi 4 jam tu.lmbik gk la.ngan kanji pn tak reti nk bce.hentam sje

    ReplyDelete
  4. huhu.. x minat aa nak amik SPI..
    dok teringat SPM jer nanti.. kui3

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC