Followers

Thursday 15 July 2010

2010 FIFA World Cup

11 Jun ~ 11 July - South Africa


Tamat nye World Cup (WC) membuatkan peminat2 bola serata dunia termasuk ak mula mencari motif lain ntk tonton tv.. Musim WC memang terbaik aa sebab hampir setiap hari ada tayang bola kt tv; ibarat berada di syurga bagi semua peminat.. Juara kali nih jatuh pada pasukan Spain setelah berjaya menumpaskan Holland 1-0 di Soccer City Stadium~ Ntk kali nih cuba menyingkap beberapa perkara menarik yang berlaku sepanjang WC melalui persepsi ak..

Zakumi

FACTS (link)
  1. Spain berjaya memenangi WC buat pertama kali dan juga pasukan pertama yang memenangi nyer meskipun kalah pada perlawanan pertama dlm kempen.
  2. Jpon berjaya maju ke 16 pasukan terakhir buat pertama kali di luar tanah sendiri.
  3. Pengadil dari Malaysia turut muncul buat pertama kali di pentas dunia (WC).
  4. Buat pertama kali negara benua Afrika terpilih sebagai tuan rumah ntk WC..
  5. Ronaldo berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pemain terbanyak menjaringkan gol di dalam WC dengan jumlah 15 gol..
  6. Finalist WC 2006, France dan Italy terpaksa pulang awal dengan kedudukan terbawah dalam kumpulan masing2.. 
  7. Asamoah Gyan (Ghana) mengungguli kedudukan sebagai pemain terbanyak melepaskan rembatan sepanjang kempen WC - 33 rembatan (masuk gol cume 3)
  8. Xavi (Spain) pula mengungguli kedudukan sebagai pemain terbanyak melakukan パス (passes) - 669 passes
  9. Sebanyak 145 jaringan gol dicatatkan sepanjang kempen WC kali nih - Paling kurang sejak bertukar kepada format 64-perlawanan
  10. David James (England) pemain paling tua yang turut serta dlm WC kali nih - 39 tahun 330 hari
  11. Keisuke Honda (Jpon) menjuarai kedudukan pemain paling banyak kene foul
  12. Gol paling awal telah dijaringkan oleh Thomas Muller (Germany) pada minit ke 2 ketika Germany menang 4-0 lawan Argentina
  13. New Zealand mengakhiri kempen WC tanpa kalah!

CONTROVERSY
  1. Vuvuzela, sejenis alat muzik yang mengeluarkan purata bunyi sehingga 113 dB(A) telah menjadi fenomena baru dalam kempen kali nih.. 
  2. Paul the Octopus berjaya mencatatkan rekod bersih 100% apabila tilikan dia semuanya mengena termasuk menilik kemenangan Serbia ke atas Germany..
  3. Jaringan Lampard ke atas Germany telah dibatalkan kerana gagal dilihat oleh penjaga garisan.. 
  4. Kaka (Brazil) telah di buang padang setelah menerima kad kuning kedua kerana di tuduh mengasari Keita (Ivory Coast).. 
  5. Luis Fabiano (Brazil) mengaku menyentuh bola ketika menjaringkan gol menentang Ivory Coast 
  6. Konon nyer penyokong2 North Korea yg hadir memberi sokongan di stadium merupakan warga China yang dibayar.. (笑)
  7. Jabulani, bola terbaru Adidas membuatkan penjaga gol gagal mengagak haluan bola..
  8. C.Ronaldo (Portugal) bertindak meludah di hadapan kamera setelah perlawanan menentang Spain yg menyaksikan Portugal tewas..
  9. Pengurus pasukan France tidak mahu bersalam dengan pengurus pasukan Mexico di akhir perlawanan 
  10. Ketua pasukan France, Evra bersama beberapa pemain merajuk x nk main apabila pengurus pasukan menghalau Anelka~  
This is SPARTAAA~

FUNNY
  1. De Rossi (Italy) tetiba jatuh sendiri ketika perlawanan menentang Paraguay.. Nak cover nyer pasal dia bangun marah2 kt pengadil konon nyer ada orang tolak.. (笑) (link)
  2. Eboue (Ivory Coast) berupaya memahami bahasa Korea apabila menerima arahan daripada pengurus pasukan lawan.. (笑) (link)
  3. Teknik kamera slow-motion yang diperkenalkan sepanjang kempen WC memang menarik.. terutama babak2 bola terkena perut, nk gelecek x jadi dsb.. (link)
  4. Kemunculan "invincible vuvuzela" ketika perlawanan.. (link)

x yah main WC dah leh menang?! (笑)

AWARDS
  • Bola emas: Diego Forlan (Uruguay)
  • Kasut emas: Thomas Muller (Germany)
  • Sarung emas: Iker Casillas (Spain)
  • Pemain muda terbaik: Thomas Muller (Germany)
  • FIFA Fair Play Trophy: Spain

ALL-STAR TEAM (link)

-----------Casillas-----------

Maicon--Lahm--Puyol--Ramos

Schweinsteriger-- Sneijder--Iniesta--Xavi

--------Villa--Forlan-------

Amaran x kasi bising dalam umah sepanjang WC -_-"

CONCLUSION
Hmm.. sengal gak TV jpon sebab x tayang semua perlawanan seperti di Malaysia.. yang best nyer layan kt sini ialah semua perlawanan di tayang dalam HD 1080i (bagi yang memiliki tv HD la)~ Pecah rekod sendiri apabila menonton 3 perlawanan bola dalam satu hari ;) Perlawanan terbaik bagi ak ialah Jpon vs Denmark; waktu tuh semua agak Jpon paling koman pon seri memandangkan kedudukan Denmark dalam ranking FIFA adalah lebih tinggi~ Dua jaringan sepakan percuma sudah cukup ntk menempatkan Jpon ke saingan 16 terbaik.. Akhir kata, WC memang terbaeeekkk! 


6 comments:

  1. terbaek?? hurm... ramai kot komen yang WC ni byk team terlalu defensive... kalau diteruskan, mao buhsan next WC...

    plus, vuvuzela... buat aku tak semangat je mao tgk... ye la, tgk bola ni, dengau chants baru bes, baru menjiwai (teringat penyokong2 korea mase WC02)

    mueller kene ade dlm senarai...

    maicon?? hurm...

    ReplyDelete
  2. huhu.. EURO '04 waktu Greece menang pon orang cakap benda yg sama.. tp dunia bola sepak memang orang xleh predict bro..

    Vuvuzela memang xleh bla.. harap2 xde mangkok yang tiup benda tuh waktu EPL stat nanti..

    Muller? hmm.. ak rase dia ade jer dalam senarai.. tu bahagian pemain simpanan kot.. (笑)

    Maicon mantap dowh!

    ReplyDelete
  3. jepun dan Ghana memang mengagumkan...korea utara pun kira ok lah jugak hehe

    ReplyDelete
  4. sokong negara Asia jom~ ;)

    ReplyDelete
  5. tunggu 4 tahun lagi kalau panjang umur

    ghana paling best - harap2 dapat tengok ghana lagi nanti di brazil

    ReplyDelete
  6. harap2 umur kita masih panjang ntk beramal ibadah.. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC