Followers

Tuesday 22 December 2009

洋酒 (Western Liquor)

gambar adalah hiasan

Setiap kali nk beli barang makanan di スーパー (super market) @ コンビ二 (convenience store), perkara yang paling x leh x buat ialah membaca kandungan bahan yg digunakan~ Selain bahan2 syubhah yg cuba ak elakkan seperti 乳化剤 (emulsifier) dan ショートニング (shortening); antara yg menjadi kontroversi ialah pengguanaan 洋酒 dalam makanan~ 洋酒 adalah minuman beralkohol yg diimport daripada barat dan banyak digunakan dalam makanan~ Bila dah tergolong dalam kategori arak, dah tentu perkataan 'HARAM' dah terbayang dalam kepala semua orang.. tapi dunia Islam dikejutkan pada tahun lepas ngan fatwa oleh Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi; pengerusi Majlis Ulama' Sedunia yg meng-'halal'-kan penggunaan alkohol dalam minuman (klik sini ntk bacaan lanjut).. Arak diharamkan kerana ia memabukkan?? Kalo minum pastu x mabuk, kire ok la ek? lu pikir la sendiri!.. setiap orang ade pendapat masing2.. Ape yg ak nk kongsi ngan korang kt sini ialah satu link yg ak jumpe mengenai penggunaan alkohol dalam makanan ringan (manisan) seperti jelly dan gula2 di Jpon.. Logik gak kalo pikir2 balik, pengguna x risau ke nak kasi anak2 diorang makan makanan yg mengandungi 洋酒 nih??

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah , adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.(QS.5:90)

Ade kajian dijalankan ntk mengkaji berapa banyak kandungan alkohol dalam makanan ringan yg dijual di スーパー dan コンビ二 nih~ Sebanyak 75 jenis makanan yg telah dipilih termasuk jelly, gula2 dan makanan2 lain dan hasilnye adalah seperti berikut :-

1) Jelly
  • Kebanyakan ketumpatan alkohol bagi makanan yg menggunakan 洋酒 @ ワイン (wine) adalah pada kadar 0.1~1.0 % .. jangan terkejut kalo ade yg mencecah 2.2% kandungan alkohol dalam jelly nih..
  • Biasanye kt コンビ二, kandungan alkohol dalam makanan adalah bawah 0.3%~ tp kalo waktu musim panas, kebanyakan jelly2 yg dijual sebagai hadiah adalah pada kadar 0.7~2.2% !
  • Perlu diingat bahawa walaupon nama syarikat sama, kandungan alkohol dalam sesuatu makanan adalah BERLAINAN!
2) Manisan
  • Sesetengah manisan seperti puding dan coklat yg tertulis "洋酒" dalam senarai kandungan bahan mempunyai kadar kandungan alkohol melebihi 1.0%~
  • Ade juga perhatian pada label makanan "Makanan ini menggunakan 洋酒" @ "Awas bagi kanak2 dan orang yg lemah dalam penggunaan alkohol"
3) Lain2 makanan @ minuman
  • Umumnye alkohol digunakan pada kadar 0.5~2.0% pada makanan ntk kasi tahan lama?
sumber : link

8 comments:

  1. naruhodo, patut la ko main selamba je bantai aritu...maa, still ak pilih jalan yang lama..

    ReplyDelete
  2. mungkin aku silap. tapi dari apa yang aku pernah baca dari majlis fatwa negeri johor, makanan yang mengandungi arak ada kalanya dibolehkan, dengan syarat arak yang terkandung terhasil dengan sendiri(tanpa niat)semasa proses penyediaan makanan dan bukannya sengaja ditambah. alkohol yang terhasil dengan cara terssebut memang mempunyai peratusan yanng sedikit dan tidak membawa kepada mabuk. pernyataan diatas bersesuaian dengan link fatwa yang diberi. kalau salah, tolong betulkan

    ReplyDelete
  3. @ maarop : jgn ikut orang lain kali..

    @ zul : memang tu pon ape yg di cakap oleh Sheikh Qordhawi tuh..

    ReplyDelete
  4. kalau dlm mknn tu dicampur dengan arak secara sengaja, nama arak akan ditulis dalam list kandungan. cth, sake, wain dan sebagainya. arak yang terhasil secara sendiri tanpa sengaja mana mungkin mendapat nama2 tersebut.

    ReplyDelete
  5. jgn ikut org lain?? ak xmkn pun, ak amik apa yg aku biasa makan je..hahaha

    ReplyDelete
  6. jap2, ble ak pikr argument ko tu blk cam pelik je...mmg jeli tu sume diletak alkohol tp tgk niat dia, utk preserve...ttp alkohol dlm wine dan sake utk bg mabuk so itu psl la haram dan makan benda haram sikit pun xleh...kalo die letak dlm kek, kita x argue bil alkohol die, kita xleh mkn psl dia letak bnde haram...itu psl la kita xmkn nyuukazai psl yg haram tu nyuukazai walaupun dia sikit...wallahu a'lam

    ReplyDelete
  7. @hex-everros: aku tpakse google ape mksd nyuukazai -- emulsifier kan?

    ~! sori menyampuk ngan korg nye perbualan (xtau hangat ke x) cume tertarik ngan topik ni hahaa.. cume bg aku mkn ape yg 100% halal dan jauhi wpon yg 0.01% tak halal hehe tp memasing la kan ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC