Followers

Tuesday, 1 December 2009

My Review : 2012

1 Disember - AEON MALL KUSATSU

Special price 1000円 bagi peminat2 wayang pada setiap 1hb~ kalo x harga standard 1500円; lepas 8 malam harga jadi 1200円.. ak book tiket awal2 dan dapat waktu tayangan jam 1800~ Naik bas (240円) daripada 南草津駅西口 (West gate Minami Kusatsu Station) pada jam 1735 dan tiba sekitar Aeon Mall pada jam 1745.. macam biasa leh tertido sat waktu tgh layan; bukan sebab citer boring, tp hari nih memang x cukup tido sbb kene datang lab awal ntk prepare ゼミ発表 (seminar presentation)..


Rating : 4/5

Comment : Citer2 yg ak rasa wajib tgk wayang ialah citer yg mengandungi efek CGI yg mantap! cam citer nih ngan Transformers.. terus-terang kalo nk banding dari segi grafik, ak rasa citer nih paling terbaik setakat nih walaupon jalan citer agak kureng~ happy ending paling x boleh blah; paling koman pon kasi la hero dalam citer mati ke ape.. lakonan babak dalam kapal terbang waktu nk lari lepas isi minyak paling x menjadik.. part tuh ak rasa cam nk tergelak jer~ antara kontroversi yg wat filem nih famous ialah Kaabah tidak dimusnahkan kerana pengarah filem takut akan jatuh fatwa ke atas dia.. Ak pernah disuruh ntk membaca sepotong doa oleh ustaz ak yg memetik daripada hadis Nabi (x jumpe plak link hadis tuh).. "akan ade suatu ketika umat Islam akan tinggal separuh kerana mati lemas?, orang2 yg selamat ialah orang yg baca doa nih.." lebih kurang camtuh la hadis tuh.. wallahua'lam~ ajal maut di tangan Tuhan~

Conspiracy Theory (copied from forum)

Ada beberapa teori konspirasi Yahudi Illuminati yang sedang menarik perhatian saya dalam filem yang mesejnya menepati ramalan saya sebelum ini (baca "Apa Pula Simbol Emmerich Dalam 2012" dan "2012 Janjikan Propaganda Illuminati").

1. Kenapa seorang pakar geologi - yang membocorkan maklumat kerajaan AS mengenai gempa bumi yang akan menimpa AS - terbunuh di tempat yang sama kemalangan maut berlaku pada Princess Diana ?

Adakah filem ini terang-terang mahu 'sengaja' menunjukkan bahawa kemalangan di tempat yang sama meragut nyawa Princess Diana hakikatnya suatu yang dirancang "secret societies" dan bukannya kebetulan ?


Baca juga : "...when The Queen Diana said : “there are powers at work in this country of which we know nothing...”.

2. Kenapa kapal armada laut AS (lihat gambar utama ini di website 2012) yang jelas terpampang nama John F. Kennedy 'terpilih' untuk merempuh White House ketika di kemuncak bencana tsunami dalam 2012 ?

Pendedahan John F. Kennedy suatu bahaya besarkah kepada pemilik sebenar pentadbiran AS ? Mungkin pendedahan website seperti ini mampu membuka minda.


3. Kenapa ada sahaja elemen "konspirasi yang tidak boleh didedahkan" dalam filem ini ketika ramai mungkin menjangkakan ia tidak akan berkesudahan dengan wujudnya kehidupan baru selepas diselamatkan oleh bahtera penyelamat - yang telah dirancang pembinaannya lebih awal oleh AS ?

Sukarkah membuat filem tanpa elemen 'konpirasi' ataupun 'hidden map' ?

Adakah ia suatu signal sememangnya Kiamat 2012 bukannya fenomena alam, tetapi sesuatu yang sedang dirancang pihak yang sama yang pernah mencatur Perang Dunia Pertama sehingga tertegaknya negara haram Israel dan mencipta bom atom untuk meletupkan Perang Dunia Kedua dari Jepun ?

Apatah lagi filem "2012" terdapat banyak aksi semacam sengaja "memperli" mengenai kedatangan "the end of life" seperti aksi nyanyian berseloroh sebuah band musical dan aksi animasi kelakar "matahari menembak bumi" dalam komputer Charlie Frost, juruhebah radio. Nampak jelas ia semacam memerli mereka yang akan mempercayai kiamat pada "2012".

4. Terdapat juga aksi seperti mirip aksi tenggelamnya Kapal Titanic di Bermuda Triangle ketika adegan tsunami 2012 menghempap sebuah kapal. Tahniah Remmerich, anda membuka fikiran saya untuk melihat tragedi bersejarah Titanic itu kini dari sudut yang berbeza.

"It is not inconceivable that we have heard so much about the famous voyage of the Titanic because it was one of the most perfect crimes ever committed." - Doug Yurchey


5. Filem ini juga memberikan suatu mesej bahawa sesiapa yang menguasai teknologi penerbangan dan lautan, akan selamat dari bencana besar 2012.

Adakah ini suatu lagi signal pihak yang sama sedang mencipta teknologi di udara dan di lautan - yang kononnya ia adalah makhluk asing (U.F.O) walhal mereka yang menciptanya ('faked alien') ?

Mereka telah berjaya menipu dunia dengan 'fake event' pendaratan di bulan pada 20 Julai 1969, kali ini tidak perlu pelik dengan penipuan seterusnya mengenai wujudnya 'makhluk asing', dunai mesti bersatu di bawah AS untuk menentang mereka seperti digambarkan dalam Independence Day arahan Remmerich yang sama sebelum 2012, filem ke-12 beliau.

New World Order Conspiracy Reveals Secret Martial Law Doomsday Plan 2009-2012. Lihat lagi pendedahan golongan Youtuber Kristian mengenai ancaman Illuminati di sini. Walaupun ia dibuat oleh golongan Kristian, namun sememangnya Illuminati adalah musuh utama yang akan menghapuskan semua agama.

6. Berulang kali juruhebah radio dalam 2012, Charlie Frost membuat kenyataan sebelum dirinya dihempap batu api dari letupan volkani 2012.

"To all Christian, Muslim, Buddhist, Rastafarian... We must be ONE family now. We Will be ONE!!!".

Untuk apa kalimah "one" sentiasa digemakan ? Untuk apa dipaparkan negara-negara besar dunia seperti China (tempat projek 'bahtera penyelamat' dibina), India, Russia dan 48 buah negara kesemuanya bersetuju dengan pelan keselamatan AS melalui kapal Atlantis tersebut ?

Merujuk kepada projek besar Yahudi untuk mewujudkan "One New World Oder" pada 2012 ? One World Religion ?

Bagi saya, skrip 2012 yang ditulis oleh Harald Kloser sememangnya mempunyai mesej tertentu kalaupun tidak kesemuanya. Jika tidak, masakan filem menelan belanja besar hampir 800 juta ringgit Malaysia ini boleh ditampung oleh Yahudi di belakang Hollywood.

7. Apa simbol di sebalik bahtera penyelamat yang menyelamatkan beberapa ratus ribu manusia yang 'terpilih' selepas bencana 2012 tersebut ? Adakah ia mengisyaratkan kepada projek penyingkiran 90 % penduduk dunia - melalui sekatan pemakanan dan sebagainya - dan akan kekalnya mereka yang 'terpilih' untuk meneruskan tamadun baru manusia berasaskan "New World Order" (novus ordo seclorum) .

Undian pemimpin pasca 2012 di website rasmi 2012 tambah meragukan siapakah dalang di sebalik projek "2012 fear factor"

Propaganda "Noah Ark" versi AS. AS tampil sekali lagi dalam "2012" sebagai penyelamat dunia (baca : pemusnah dunia).

Kenapa semacam kisah kapal Nabi Nuh yang sememangnya kisah sejarah itu menjadi titik persamaan antara agama asal Yahudi, Kristian dan Islam dijadikan 'nostalgia' dalam penghujung "2012" ? Semua agama akhirnya akan tunduk pada SATU kuasa setinggi Gunung Everest pada saat itu berlaku ?

Dalam ajaran agama Samawi dan mungkin juga agama lainnya, ketika kiamat terjadi tidak ada satu pun makhluk di bumi yang akan selamat, semua hancur bersama dengan hancurnya alam semesta. Namun filem 2012 ini mengirimkan "hidden messages" bahwa kiamat boleh sahaja terjadi, dan jika kiamat terjadi maka ikutlah bersama gerombolan yang telah dibuat oleh AS dan sekutunya, pasti anda akan selamat.

Demikianlah "mesej halus" filem 2012 pada anak-anak kecil dan remaja yang belum mapan didikan agama mereka. Didikan filem itu jelas melawan ajaran agama tentang Kiamat. Seolah-olah Tuhan pun tidak mampu mengkiamatkan misi keselamatan yang telah digagas oleh AS tersebut. 2012 mengirimkan pesan AS penyelamat anda, bukan agama dan Tuhan anda !!!


7 comments:

  1. tu ar, aku pong terkejut gak bile kuar berita kat tv tuh cakap tempat accident Princess Diana...

    ko pernah tgk video2 The Arrival?

    ada satu yang agak kontroversi yang diorang utarakan. mengenai UFO.

    kononnya satu hari nanti, golongan2 pemuja Lucifier ni akan membuatkan UFO itu jadi kenyataan.

    itu sebab byk cite2 UFO, angkasa2.. buatkan manusia, sedikit-sedikit,
    psychologically, dapat menerima kenyataan yang wujudnya UFO...

    yang menariknya, bulan lepas, pihak Vatican lantik sejumlah saintis untuk mengkaji UFO!

    here:
    http://news.yahoo.com/s/ap/20091110/ap_on_sc/eu_vatican_aliens

    hurm...

    ReplyDelete
  2. Bagus lah review nih. Kte tengok filem tu stakat tgk jer. Huhu.

    ReplyDelete
  3. @ sepel : yup2 ak minat giler siri the arrival tuh.. thanx sbb share pasal isu vatican tuh.. ternyata puzzle2 yg berselerak kalo kita cantum satu2 leh jumpe satu yg mengejutkan~

    @ notso? : so kene la tgk kali ke 2 kan?? hehe~

    ReplyDelete
  4. alang2 dh ade org wat review.. tmpg la sekaki.. ape yg dpt dilihat dr 2012..

    -->money is everything.. diorg keep saying 'if you have 10million(ke billion..x sure)..'

    -->a scientist is worth than 20 poloticians.. kata si presiden pada edrian, si saintis.. meyakinkan penonton yg sains tulen lebih nilai dr sains sosial.. sedangkan hingga ke saat akhir, si saintis x mampu nk tegakkan pendapat dia..disebabbkn ade si ahli politik.. hanya bila saat dh genting yg amat, baru si saintis cukup kuat mempertahankan pendirian.. (sains tulen bukan x penting yer, penting jugak)

    -->peranan media meyakinkan sumer org 'they said everything is fine'.. last2 abis ranap sumer bende..

    ReplyDelete
  5. yeah.. propaganda banyak nih~ kene hati2..

    ReplyDelete
  6. mantap ar Saido, ni yang buat aku nak tengok ni, ingatkan setakat banjir, tenggelam camtu je, rupanya ada jugak conspirasy. Pasal Illuminati ni, baru malam semalam aku tgk Angels and Demons lakonan Tom Hanks. Kat situ mmg Illuminati sahaja.

    Illuminati and Freemason, bahaya, sekurang-kurangnya tahu apa yang diorang ni buat.

    Thanks bro...

    ReplyDelete
  7. movie hollywood skang dah x cam dlu.. masing2 ade maksud tersirat.. sape sangka citer LOTR pon ade kaitan ngan dajjal dan imam mahdi..

    enjoy2 juga.. let's open our mind and think what is happening around us..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC