Followers

Monday 16 February 2009

Raúl González


Satu lagi nama besar dalam sejarah bola sepak dunia; Raul Gonzalez Blanco telah berjaya memecahkan rekod lagenda Real Madrid Alfredo Di Stefano sebagai penjaring terbanyak pagi tadi dengan jumlah 309 gol ntk kelab buat masa ini. Kapten Real Madrid ini merupakan antara pemain yang menghabiskan karier bola sepak ntk satu kelab sahaja merupakan penyerang prolifik yang mempunyai peminat di seluruh dunia dengan aksi2 lincah dan bijak mempermainkan pihak lawan. Rekod jaringan Raul ketika ini ialah..
  • penjaring terbanyak Sepanyol (44 gol)
  • penjaring terbanyak liga juara2 Eropah (64 gol)
  • penjaring terbanyak bagi semua permainan rasmi UEFA (66 gol)
maklumat lanjut klik sini


Keterampilan Raul di dalam dan di luar padang juga membuatkan 'ikon' bola sepak ni di segani pemain lain. Raul yang berusia 32 tahun pada tahun ini masih belum merancang ntk menggantung but nya; ak pasti kita akan menyaksikan lebih banyak gol daripada beliau selepas ini.. jom layan kompilasi video gol2 jaringan Raul ntk Real Madrid..


1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC