お誕生日おめでとうございます~
Tahun ni ak akan berusia 22 tahun.. pada usia inilah kedua2 ibu bapa ak berkahwin ketika masih menuntut di luar negara, dan pada tahun berikutnya lahirlah abang sulung ku, dan 6 tahun berikutnya lahirlah ak ke dunia ini.. Hari jadi merupakan nama yg diberikan kepada tarikh ulangtahun kelahiran seseorang di muka bumi ni.. Setiap masyarakat berbagai budaya menyambut ulangtahun ni dengan mengadakan majlis dan sebagainye.. Majlis hari jadi sering kali dihiasi dengan kewujudan KEK HARI JADI yg kebiasaannya berbentuk sfera.. tapi tahukah anda sejarah disebalik kek hari jadi nih?
Masyarakat yunani purba menyambut hari jadi Artemis (Dewi bulan dalam metologi mereka) dan membuat kek khas ntk dewi tersebut. Kek itu berbentuk bulat dan dihiasi dengan lilin sebagai melambangkan bulan yg sedang mengambang dan menyebarkan cahaya indah ke seluruh penjuru alam. Kemudian, kek itu diarak ke kuilnya. Dari situlah dipercayai bermulanya idea membuat kek hari jadi berbentuk bulat dan dinyalakan lilin diatasnya. Seterusnya ia berkembang pula dengan amalan memasang hajat dan menghembus api lilin dengan anggapan asapnya boleh membawa hajat mereka tadi naik ke syurga!
Sebagai seorang yg beragama Islam, perlu ke kita sambut hari jadi dengan kek dihiasi dengan lilin? Dr Qardhawi (Islam Online) menggesa umat Islam meninggalkan amalan ini kerana ia tidak signifikan kerana peningkatan umur bukanlah suatu yg ganjil dan luarbiasa atau suatu pencapaian yg sukar diperolehi. Lebih dari 6 bilion umat manusia meningkat umurnya saban tahun dan ia bukanlah suatu yg perlu disambut kerana peningkatan umur ini terlalu rutin dan proses tabi'i saban tahun sahaja. Bagaimana pula dengan pandangan anda?
wallahualam.. tepuk dada tanya iman~
sumber : mastika Februari 2009, wikipedia
No comments:
Post a Comment