Followers

Thursday, 12 February 2009

Ada Apa Dengan 14 Februari?


Suatu tarikh yg begitu 'istimewa' buat semua kekasih2 seluruh dunia; dimana pada hari tersebut, dianggarkan 1 billion kad Valentine di hantar setiap tahun. Penjual bunga terutama bunga ros merah memang dpt durian runtuh kaw2 hari tu sebab dianggarkan lebih kurang 110 juta kuntum bunga dapat dijual pada hari tersebut. Kalau ikut sejarah dunia, terdapat banyak kisah2 menarik yang berlaku pada hari tersebut contohnya:

14 Februari 1876 - Alexander Graham Bell memfailkan paten pertama telefon beliau.
14 Februari 1929 - Penicilin, ubat yg digunakan ntk penyakit sifilis, telah diperkenalkan

nak tau lagi? klik sini

tapi, masyarakat dunia skang kalo sebut jer 14 Februari, diorang akan ingat Hari Kekasih a.k.a Valentine's Day..pernah x kita tanye diri kita dari mana munculnya Hari Valentine nih? Kat sini ada 4 pendapat yg boleh diutarakan~
  • Pendapat pertama
Perkataan 'Valentine' diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol, iaitu Saint Valentine. Beliau disayangi kerana telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Febuari 270 Masihi.

  • Pendapat kedua
Berasal daripada pesta sambutan kaum Rom kuno yang dipanggil 'Lupercalia' yg bermula pada abad ke-3 Sebelum Masihi. Lupercalia adalah penyucian diri yg diadakan pd 14 Febuari. Pada hari itu, mereka akan menyembah dewi cinta yang bernama Juno Februata. Pada malam pesta Lupercalia, nama2 gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam sebuah bekas pastu setiap pemuda akan mencabut nama tersebut dari dlm bekas secara rawak. Nama gadis yg tertera di dlm kertas tersebut akan menjadi pasangan hiburan seksnya selama 1 tahun.

  • Pendapat ketiga
Dikaitkan dgn kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yg bernama Claudius Ⅱ (268-270). Dikatakan, St. Valentine enggan mematuhi arahan Raja Claudius agar membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dlm peperangan dan memerlukan pemuda2 sbg tentera. Malah St. Valentine telah mengahwinkan orang2 Kristian dgn pasangan mereka secara rahsia menyebabkan raja tersebut murka, lalu dihukum bunuh.

Dikatakan juga, ketika pemerintahan Claudius Ⅱini, kerajaan Rom yg menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh nya telah dipenjara serta diseksa, termasuk St. Valentine. Semasa di dalam penjara, St. Valentine telah jatuh cinta dgn anak salah sorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yg bertandatangan 'From your Valentine'.. jiwang giler~

  • Pendapat keempat
Diambil drpd nama seorang paderi yg paling berpengaruh pd zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yg status kedudukannya adalah di tempat ke-2 tertinggi selepas pope. Keinginan beliau utk berkahwin dgn pasangannya dari pengamal Protestan telah menimbulkan kegemparan di kalangan penduduk Cordova kerana beliau adalah seorang paderi Katolik yg x leh kahwin dgn pengamal Protestan. Lebih2 lagi paderi sememangnya xleh kahwin. Tindakan beliau itu telah buat Ratu menyirap lalu memenjarakannya. Ratu menetapkan tarikh 14 Februari sbg Hari Kekasih ntk St. Valentine sendiri...

Macam2 pendapat.. tapi masyarakat skang dah x ambil kisah dah ni sumer.. yang sedihnye fenomena ni dah menular ke dalam masyarakat Melayu persisnya beragama Islam.. FYI, sebenarnya ak pon sambut gak 14 Februari setiap tahun.. hari tu merupakan~


jeng3, birthday member baik ak waktu skola teknik dlu.. mantap giler gambo.. haha~

sumber: mastika Februari 2009, wikipedia, friendster profile member ak (lol)

1 comment:

  1. HAHAHhahaahahaAHAHAHAhAHahahahaHAHAHAHAHahahaahHAHAHAHAhahahahaahHAHAHAhAhAhAahahahahahahahHAHAHAHAhAhAhaAHHAHAHAHHAHAAHahahahahahaAHAHAHAHAAHAHA!!!!

    ending tak leh blah!!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC