Followers

Tuesday, 17 February 2009

solat



Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin “

Murid 3 = ” Debu “

Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Solat merupakan tiang agama. Untunglah mereka yang menjaga solatnya. Kita di asuh sejak kecil ttg cara2 menunaikan solat di mulai dengan mengambil wudhu sehinggalah salam. Tertib melaksanakan solat 5 kali sehari tu begitu indah sehinggakan ramai non-muslim begitu tertarik dengan ajaran Islam. Daripada Aishah R.A "Di wajibkan solat 5 kali sehari semalam adalah ntk mendidik diri supaya tidak sombong." Ketika kecil, bukan main susah skali ibu bapa nak suruh kita menunaikan solat sampaikan ade yang kene 'paksa' baru nak buat. Kesedaran ketika itu masih lemah sehinggakan solat hanya dilaksanakan ketika parent ade berhampiran ngan kita. Malangnya, ade segelintir di antara kita yang masih lemah kesedaran ntk menunaikan tanggungjawab ini. Ketiadaan ibu bapa membuatkan mereka sering mengabaikan solat malah ade yang memandang remeh ttg solat. 

Sebelum bertolak ke Jepun, ramai memberi nasihat @ kata2 cam "pergi sorang, balik pon sorang tau.." tp, kata2 ayah paling power skali.. "jangan tinggalkan solat~". Setiap kali ak hantar email kepada guru2 di Malaysia @ member2 lain, kerap kali orang akan nasihatkan kepada ak "jagalah solat~" dsb. Kalau di Malaysia, sape yg x solat pon boleh kluar paper, tp bila dah di negara non-muslim, baru ak perasan betapa tinggi nya nilai solat. Solat dapat menghindarkan diri kita daripada melakukan maksiat.Maksiat ni boleh dikategorikan kepada banyak bahagian, pembaziran pon maksiat jugak sebenarnye.. bila solat pon dah tunggang-langgang, hidup sudah tentu terumbang-ambing gak.. Dewasa ini kita sering dengar kes2 keruntuhan akhlak di kalangan remaja.. toksah kata di Malaysia jer, rata2 negara semua mempunyai masalah ni.. remaja merupakan masa depan negara; sebab tu orang2 atas dok pening memikirkan masa depan negara kalo remaja skang asik wat masalah jer.. Imam Syafiee menegaskan di dalam kitab nya bagi orang2 yg x mengerjakan solat:-

1) di suruh taubat
2) tak nak gak solat, maka jatuh hukuman MATI

Solat memang dipandang tinggi di sisi agama, tapi malangnya apabila sibuk mengejar dunia, solat itu ditinggalkan begitu sahaja. Bagi yang tersedar tu, eloklah mengqada'kan solat anda kerana masa tidak menunggu anda. "solat lah kamu sebelum kamu disolatkan.." Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 103 yang berbunyi

"... maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin"

Antara cara2 ntk mendapat khusyu' di dalam solat adalah dengan memahami ape yang dibaca.. Sesungguhnya ape yang dibacakan itu merupakan doa, maka amat mulia sekiranya kita memahami ape yang dibacakan dalam solat seharian..

Takbiratul Ihram
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesunggu hnya solatku, Ibadatku , hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.



Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.



Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,

Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Hayatilah maksud surah Al-Mukminun dan semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya.. wassalam.


3 comments:

  1. mekaseh ar bebanyak arab..

    patot ar slame ni susah gile nak tumpu perhatian...

    i'll try my best...

    ReplyDelete
  2. to edi: name pompuan tuh? n'tah la..
    to sepel: huhu.. jom cube sesame..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC