Followers

Sunday 20 January 2013

Family New Year Trip: Tokyo DisneySea

3 Jan - TOKYO


Hari ini boleh dikatakan aktiviti kemuncak sepanjang lawatan ahli keluarga aku di Jepun selama 10 hari kendatipun masih ada masa lagi.. Awalnya aku agak bingung samada nak bawa mereka main snowboard atau pergi theme park memandangkan harga bagi seorang tidak banyak beza jika dikira dengan kos perjalanan dan sebagainya.. Oleh sebab aktiviti snowboard agak memenatkan dan bahaya bagi 初心者 (Beginner) seperti mereka (macamlah aku hebat nau), aku tekad untuk bawa mereka ke theme park, dan theme park yang aku pilih ialah Tokyo DisneySea (TDS), salah satu theme park yang belum pernah aku pergi sepanjang berada di Jepun..


Memandangkan aku akan pergi ketika cuti umum, aku sudah dinasihatkan awal-awal lagi untuk membeli tiket siap-siap bagi menjimatkan masa tak perlu beratur.. Mujur ada rakan yang baik hati tolong belikan di Disney Store sekitar 渋谷 (Shibuya); rupanya tiket untuk bawah 18 tahun murah sedikit daripada tiket dewasa jadi jimat sedikit alang-alang sepupu aku baru habis SPM ;p Memandangkan perjalanan mengambil masa hampir sejam dengan menggunakan 電車 (Train), aku sudah maklumkan pada mereka untuk tunggu di 鶴見駅 (Tsurumi Station) supaya senang bergerak sama kerana perlu transit di 東京駅 (Tokyo Station) sebelum tiba di 舞浜駅 (Maihama Station)..


Ingatkan bila dah sampai 舞浜駅 dah boleh guna tiket masuk waktu nak naik monorail, rupanya perlu bayar juga (-_-") Tokyo DisneyLand dan DisneySea terletak bersebelahan, jadi monorail akan lalu Disney Land dahulu baru tiba di DisneySea.. Kononnya yang dewasa lebih suka pergi DisneySea kerana permainan di DisneyLand agak "kebudak-budakan" (笑) Selamat sampai di pintu masuk DisneySea sekitar jam 0930, awal-awal lagi kami dah maju ke "Journey to the Center of the Earth" untuk dapatkan Fast Pass bagi jimatkan waktu beratur.. Terkejut bila waktu yang tertera pada Fast Pass ialah 1730~1830!!


Kami teruskan perjalanan pula dan terjumpa "Indiana Jones Adventure" lalu dengan pantas beratur untuk ambil tiket Fast Pass.. Tiket tertera Fast Pass tidak boleh diproses kerana perlu tunggu 2 jam daripada masa cetakan Fast Pass yang pertama (-_-") Ambil masa hampir 3 jam kalau nak beratur membuatkan kami teruskan perjalanan pula menuju ke Arabian Coast di peta.. Oleh kerana waktu beratur Sinbad's Storybook Voyage" hanya 20 minit, kami terus beratur lalu jadikan ia permainan pertama hari itu (笑) Hendak dipendekkan cerita, berikut merupakan senarai permainan yang kami main sepanjang hari itu mengikut turutan:

Don't do this at home (笑)

  1. Sinbad's Storybook Voyage
  2. Caravan Carousel
  3. Flounder's Flying Fish Coaster
  4. Aquatopia
  5. Indiana Jones Adventure: Temple of the Crystal Skull
  6. DisneySea Electric Railway
  7. StormRider
  8. Journey to the Center of the Earth
  9. Raging Spirits
  10. Tower of Terror
  11. Turtle Talk

Temple of the Crystal Skull

Berbalik kepada cerita asal, selepas 2 jam aku patah balik untuk ambil tiket Fast Pass Indiana Jones tapi terkejut bila lihat operasi telah tamat! Bila tanya staff DisneySea, kononnya attraction yang "hot" semua dah habis waktu tengahari itu jadi dia cadangkan sebut "Single Rider" yang membolehkan kita guna laluan beratur yang lain jadi cepat sikit dapat naik cuma sayangnya tak boleh naik bersama-sama dengan kumpulan sendiri.. Tak banyak attraction yang benarkan "Single Rider" jadi ikut nasib~ Alhamdulillah aku dapat main Indiana Jones itu dengan hanya beratur sekitar 30 minit~


Teringin nak cuba Toy Story Mania yang kononnya attraction paling terbaru di DisneySea tapi bila lihat 待ち時間 (Waiting hour) dia ialah 240 minit (4 jam) terus tak jadi! StormRider agak menarik sebab 4D dan Journey to the Center of the Earth memang terbaeekk! Terpaksa beratur lebih sejam untuk main Raging Spirits sebab ingatkan best, tapi bila dah main rasa biasa je roller coaster dia.. Agak geram sebab bila tanya boleh ke "Single Rider" staff kata tak boleh, tapi waktu kami beratur, tengok ada je yang lepas kata "Single Rider" (-_-") Jam waktu itu dah pukul 8 malam, ingatkan nak main Toy Story tapi 待ち時間 dia 2 jam membuatkan aku terus putus asa dan cari permainan lain.. 

Tak dapat main, ambil gambar pun jadi laa

Tower of Terror memang tak mengecewakan walaupun 待ち時間 dia hampir sejam.. Ingatkan rumah hantu tapi rupa-rupanya "free fall" yang memang boleh rasa macam tercabut jantung (笑) Habis sahaja permainan, terus naik kapal untuk menonton Turtle Talk with Crash iaitu salah satu watak dalam Finding Nemo.. Menarik bagi mereka yang faham 日本語 (Japanese) sebab Crash berinteraksi dengan pengunjung sambil buat lawak selama hampir 15 minit.. Attraction semua tutup jam 2200 jadi sebelum pulang kami singgah dulu untuk beli お土産 (Souvenirs); agak mengejutkan bila mereka borong lagi banyak daripada aku! (笑) 


p/s Kalau nak pergi TDS, make sure pergi waktu orang tak ramai untuk dapatkan keseronokan main semua walaupun aku agak berpuas hati dapat pergi kali ini~

23 comments:

  1. Mampu tengok gambar je.. Tak mampu nak pergi sana...


    ReplyDelete
  2. Nak pergiiiiiii jugak! Bestnya. Theme park nie sama ke dengan USS tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. tak pernah plak g USS so x pasti sama ke tak..
      pernah g Universal Studio Japan (USJ) je ;p
      USJ ngan TDS dari segi bentuk attraction lebih kurang sama jer.. cuma karakter dan plot yang berbeza ;)

      Delete
  3. Happy Monday to you in Japan, bro.

    This is a bit off topic but, your cursor (Arsenal shield) remind me of your team losing to Chelsea last Saturday. I really wanted them to win but their second half rally wasnt to be enough to earn them at least a point.

    Have a nice week.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It was last night bro (Sunday) and I was watching it live streaming from my laptop..
      yeah, a bit sad for the result but it's just a match..
      I'm optimistic Arsenal could finish top four this season as always ;)

      Delete
  4. natsukashiii!!!ko bile abes kt sane saido???

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      dah kerja skang nak abes ape nyer cik as~
      tunggu aku abes kerja? lol
      wallahua'lam ;)

      Delete
  5. ohsem.. termenung sambil berangan nak pegi...

    ReplyDelete
  6. waahh.. bestnya! nak pegi jugak! -__-

    ReplyDelete
  7. Warghhhhhhh!!! Nak pegi Jepunnnnn. Jeles seh! Agak2nya bila la aku dapat jejak kaki kat tempat ni? #_#

    ReplyDelete
    Replies
    1. kumpul duit dari skang..
      tunggu promo AirAsia pastu make ur dream come true :)

      Delete
  8. wahhh...bestnya...yg kat singapore pon blom penah sampai lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. utamakan Legoland dulu..
      support yg kat negara sendiri..
      haha

      Delete
  9. teringin la pulak nak pegi jepun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa..
      kena minta duit kt menteri pelancongan Jpon nih..
      x pasal2 entry ni leh buat orang minat nak lawat negara dia.. haha

      Delete
  10. seronoknye... teringin nak pergi :(

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum....

    sungguh menarik..berapa harga tiket masuk dlm nilai matawang malaysia?

    p/s: blh jd duta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumussalam

      6200円.. hmm, lebih dari RM200 kot

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC