Setelah lebih seminggu berada di bumi matahari terbit, tibalah masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga aku.. Agak sedih sebab aku sudah mula bekerja sejak semalam jadi tidak dapat teman mereka berjalan-jalan selama 2 hari.. Mujur semalam Mr. Sekiya bawa mereka berjalan-jalan di 浅草 (Asakusa) yang penuh dengan gerai お土産 (Souvenirs)~ Aku bergegas menuju ke Malaysian Hall Tokyo iaitu tempat mereka tinggal sebaik sahaja habis kerja sekitar jam 1800; teman mereka makan malam sebelum bergegas ke 羽田 (Haneda) dengan keretapi sekitar jam 2015~ Terkejut dengan barisan orang yang beratur untuk check-in di airport, mujur ahli keluarga aku sudah buat online check-in siap-siap :) Tak sangka sebaik selesai urusan check-in, tiba giliran mereka untuk di-interview oleh "polis khas" sambil diambil maklumat passport dsb ;) Bergegas untuk pulang memandangkan esok hari bekerja;)
Semoga dapat berjumpa bulan hadapan :) |
p/s Tamat juga akhirnya siri Family New Year Trip nih :)
mesti sedihkan nak berjauhan dengan family semula... apapun, take care di negara orang..
ReplyDeletefamily is priority!
Deletethanks for the valuable advice :)