Followers

Thursday, 10 January 2013

Family New Year Trip: Welcoming

Waktu cuti panjang di Jpon berbeza dengan negara lain dan salah satu cuti panjang ialah ketika akhir tahun sehinggalah masuk tahun baru yang biasanya 8~10 hari bergantung kepada syarikat.. Syarikat aku bekerja memberi cuti daripada 29 December sehingga 6 January.. Asalnya aku plan nak pulang cuti di Malaysia memandangkan kali terakhir aku balik ialah awal March yang lepas tapi Ummi mempunyai idea lain.. Kebetulan AirAsia ada buat promosi sekitar October; 2 adik termasuk 2 sepupu telah datang ke Jpon untuk sama-sama menyambut tahun baru~

30 Dec - HANEDA

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke 羽田国際空港 (Haneda International Airport) yang merupakan pintu masuk bagi pengunjung AirAsia dari luar negara.. Mujur jarak dari hostel ke 空港 (Airport) hanya mengambil masa sekitar 30 minit menggunakan 電車 (Train) jadi aku gerak sekitar 2130~ Kalau ikutkan penerbangan mereka sepatutnya mendarat pada jam 2230 tapi alangkah terkejutnya bila dapat mesej daripada member yang kebetulan naik flight yang sama dengan mereka memberitahu dah selamat mendarat jam 2200~ Ingatkan aku sudah terlambat, tapi akhirnya mereka selamat tiba di pintu keluar sekitar jam 2300 disebabkan masalah komunikasi sewaktu melepasi kastam.. 

Sewaktu menunggu mereka, pertama kali aku ditegur oleh polis rahsia yang meminta aku menunjukkan passport atau apa-apa dokumen pengenalan diri.. Sudah jadi tugas mereka untuk menemu-bual pengunjung asing dan alhamdulillah aku selesa berborak dengan dia kerana sekurang-kurangnya hilang sikit kebosanan tunggu keseorangan di situ~ English mereka kurang fasih jadi pengunjung asing yang tidak mahir 日本語 (Japanese) mungkin akan rasa kurang senang bila "ditahan" macam itu :) Selepas menyambut mereka, aku terus beri kad PASMO kepada setiap seorang untuk memudahkan perjalanan mereka sepanjang berada di Jpon memandangkan medium pengangkutan 100% adalah 電車!

Oleh sebab aku tinggal di hostel yang mengharamkan orang luar masuk, awalnya aku mengalami masalah untuk menempatkan mereka.. Mujur ada kawan yang tinggal berhampiran dengan hostel sudi menerima mereka untuk tinggal sementara.. Oleh kerana ada 2 lelaki dan 2 perempuan, terpaksa juga asingkan kepada 2 rumah dan alhamdulillah member yang naik penerbangan sama itu tinggal sekali di rumah kawan itu jadi memudahkan proses pengangkutan malam itu~ Selesai menghantar mereka, aku selamat tiba di rumah sendiri nyaris-nyaris menggunakan 終電 (Last train of the day)  


p/s Rupa-rupanya 羽田国際空港 tiada kemudahan surau lagi.. Harap-harap akan ada di masa akan datang~ 

16 comments:

  1. Assalamualaikum. Wah best! 2 adk ye. yg sebelah kyo tu adik kyo. yg sorg g perempuan tu mgkin adik kyo :idea

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat ke Jepun tapi itulah kalau tak mahir bahasa Jepun susah lah nak communicate. Kena pakai tourist guide la Kyo

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      at least Jpon ada tunjuk minat nak interaksi dalam English
      kalau pergi tempat lain, laju je orang tu tolak permintaan kalau kita nak tanya jalan dsb~

      Delete
  3. Dhsyt...1 hari, 1 post, kalah style aku ni. hehe

    Btw, narita ada surau ke? Xtau lak aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. sebab nak tulis banyak..
      kang panjang2 aku pon malas nak baca :p

      Narita ada surau..
      kena tanya kt information center..

      Delete
    2. Tp narita jauh dowh...Dh la narita bkn 24 hours style nye epot. Aritu aku flght awal pg, tdo kt narita, rsa cm banduan lak. Kne duk kt 1 tmpt (sme yg tdo kt epot wktu tu kmpul situ), then polis dtg minx passpot & rekod. Kdai 1 apa pn x buka.

      Aku prefer haneda.

      Delete
    3. oh ye ke?
      ko g mana sampai kena stay awal pagi kt situ?
      hmm, kena la biasakan diri lepas nih kalau nak kerja jpon.. haha

      Delete
  4. Bestnyaaaa.. belanja lah sy ke sana.. Jepun adalah negara idaman sy selama ni... tapi masih belum ada rezeki, so tumpang berangan kat entry awak ni ye.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      semoga dimurahkan rezeki sehingga boleh ziarah Mekah :)

      Delete
  5. polis rahsia?? interesting....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, u'll find they're everywhere in the airport!
      i hope they're not just targeting Muslims ;p

      Delete
  6. waahh....bestnyerrr !!!!!!'

    i like the scenery ...or the background ...so cantik !!!!>.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..
      it's only temporary if I'm not mistaken..
      sampai abis winter kot (until April)
      ntah la..

      Delete
  7. Assalamualaikum...

    wah..bestnya dapat cuti lama..nice view

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam

      alhamdulillah.. sekali-sekala :)
      thanks..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC